Pertama :



Kedua :
Pada 16 Feb lalu, PAS bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat ( DAP & PKR ) mengadakan pertemuan dengan penduduk Jalan Tan Yoke Fong di Kulai yang berhadapan dengan status tanah yang mereka duduki sekian lama. Susulan daripada itu, sepucuk surat telah dihantar ke Pejabat Daerah Kulaijaya untuk membuat pertemuan rasmi dengan Pegawai Daerah bagi mengajukan masalah penduduk terbabit.
Petang hari yang sama, kami berkunjung kepejabat daerah bersama-sama dengan wakil penduduk untuk duduk berbincang dengan pentadbir tanah bagi mencari jalan penyelesaian. Ketibaan kami disambut dengan wartawan Sinar Harian yang tiba lebih awal untuk membuat liputan. Temubual telah diadakan dengan Sdr Mazlan Aliman yang merupakan Pengerusi Lajnah Tanah dan Wilayah PAS Pusat disamping beberapa penduduk yang terbabit.
Sekitar jam 3.30ptg kami masuk kebangunan kerajaan dan terus menuju ke pejabat Pegawai Daerah. Tetapi kami dimaklumkan bahwa Pegawai Daerah tidak ada kerana menghadiri mersyuarat di Nusajaya. Sebagai gantinya kami diminta bertemu dengan En Abd. Jalil, Penolong Pegawai Daerah Kulaijaya. Beliau tidak dapat membantu kerana bukan bidang tugas beliau. Setelah berbincang beberpa minit dan bertukar-tukar pandangan, kami diminta terus bertemu dengan Pentadbir Tanah Kulaijaya, En Lokman yang berada ditingkat bawah dan kebetulan beliau berada di pejabat ketika itu.
Kesempatan itu telah diambil dan kami dapat bertemu dengan En. Lokman lalu mengajukan permasalahan penduduk kepada beliau. Dengan dibantu oleh 2 orang pegawai beliau, fail permohonan dibuka. Menurut beliau permohonan ini pada asalnya telah ditolak oleh jawatankuasa teknikal kerana kawasan tersebut sering dilanda banjir dan tidak sesuai untuk penempatan. Disamping itu, tempat itu juga telah diwartakan sebagai kawasan penambatan banjir.
Tetapi fail permohonan telah dibuka semula kerana tempat tersebut sudah tidak dilanda banjir sejak kebelakangan ini. Semasa semakan dibuat, terdapat surat permohonan daripada wakil MCA berserta 47 nama pemohon. Apabila penulis ajukan salah satu daripada nama pemohon yang kami bawa, nama tersebut tidak terdapat dalam senarai yang dikemukakan. Pelik juga. Apa yang dibimbangi sudah ada tangan-tangan ghaib yang mencampuri urusan permohonan. Penulis bisikan kepada Shu Qi (wakil DAP), perkara ini perlu tindakan segera. Jangan sampai mereka yang mendiami kawasan tersebut sekian lama dinafikan hak, tiba-tiba pemilikan dianugerah kepada kroni. Cerita yang sering kita dengar apabila urusan dilakukan oleh makhluk yang bergelar Barisan Nasional.
Maka satu jawatankuasa bertindak akan dibentuk yang diketuai oleh DAP bagi menangani masalah ini. Perbincangan singkat selepas pertemuan tersebut telah memutuskan satu pertemuan akan diadakan pada petang 24 Feb 13 ini di Kulai. Semua pemohon yang telah mengemukan permohonan perlu menyerahkan salinan permohonan mereka kepada jawatankuasa bertindak untuk dimajukan kepada Pentadbir Tanah untuk semakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan