Selasa, Jun 29, 2010

Program Kebajikan PAS Kawasan Kulaijaya.

Pada 26 dan 27 Jun 2010 yang lalu, PAS Kawasan Kulaijaya berserta anggota Unit Amal telah telah turun beramai-ramai ke Seng Kang untuk membina tempat kediaman baru bagi seorang warga emas yang dikenali dengan panggilan Pak Hamzah. Program ini adalah susulan daripada lawatan kerja PR pada 20 Jun 2010 sambil mengotakan janji bagi memperbaiki rumah kediaman warga emas ini.

Penglibatan Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat berserta anggota Unit Amal dan PAS Kawasan telah berjaya menyiapkan 80% rumah kediaman Pak Hamzah. Rumah yang dianggarkan RM7000.00 ini adalah hasil sumbangan Tabung Harakah dan juga orang ramai yang prihatin dengan nasib warga emas ini. PAS Kawasan berserta Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Dewan Ulama' mengucapkan jutaan terima kasih kepada para dermawan samada individu, berkumpulan dan warga koperat yang telah turut sama menjayakan program murni ini.

Sumbangan tuan-tuan dan puan-puan amat kami hargai, semoga mendapat balasan yang setimpal daripada Allah swt.

Keadaan rumah Pak Hamzah sebelum dan selepas diruntuhkan.

Kerja-kerja pembinaan dimulakan.

Semangat gotong-royong yang ditunjukkan oleh anggota Unit Amal.


Kerja-kerja pembinaan rancak dilakukan.
Kehadiran muslimat dan anak-anak untuk membantu
menyediakan makanan kepada petugas.


Sdr. Mazlan Aliman turut hadir membantu.


Kawasan persekitaran turut dibersihkan.

Tapak asas berjaya didirikan.


Beginilah rumah Pak Hamzah yang berjaya disiapkan dalam masa dua hari.

Ruang dalam rumah yang kini lebih sempurna berbanding sebelumnya.


Sdr Mazlan bergambar kenangan bersama Pak Hamzah dan para petugas.

Isnin, Jun 21, 2010

Lawatan Kerja PR ke Kawasan Komuniti Cina di Seng Kang.

PAS Kulaijaya bersama-sama rakan dalam Pakatan Rakyat, telah mengadakan kunjungan ke kawasan komunti Cina di Seng Kang pada petang 20 Jun 2010. Lawatan ini bertujuan untuk mengenali lebih dekat mengenai masalah yang mereka hadapi sambil beramah mesra dengan penduduk setempat.

Kunjugan ini telah mendapat sambutan yang baik dari kalangan masyarakat Tionghua dan kehadiran kami sangat dialukan. Saudara Mazlan Aliman selaku AJK PAS Pusat merangkap Ketua Penerangan PAS Negeri Johor, telah beramah mesra dengan mereka tanpa sebarang masalah. Kunjugan ini telah turut dihadiri oleh wartawan dari akhbar Sinar yang membuat liputan sambil menemuramah Sdr. Mazlan bagi mendapatkan maklumat mengenai keterbukaan PAS dalam memperjuangkan hak-hak rakyat tanpa mengambil kira bangsa, keturunan, agama, warna kulit dan pertuturan.

Sdr Mazlan beramah mesra dgn seorang penduduk.

Rombongan kami telah diterima baik oleh penduduk setempat.


Mazlan dan wakil DAP sedang ditemuramah oleh wartawan Sinar.

Wartawan Sinar juga telah membawa rombongan kami meninjau seorang warga emas yang tinggal dalam serba kedaifan tanpa sebarang bantuan dihulur oleh pihak-pihak yang berwajib. Dalam arus pembangunan yang dicanang oleh pemimpin negara, khususnya di Johor, tidak terlintas langsung difikiran kami masih ada rakyat Malaysia yang berstatus Bumiputera Melayu terpinggir sedemikian rupa.

Rombongan kami telah sempat mengumpulkan sedikit derma untuk disampaikan kepada warga emas ini dan berjanji akan membantu untuk memperbaiki tempat kediamannya dalam masa terdekat.
Beginilah pondok yang didiami oleh seorang warga emas di Seng Kang.

Pondok ini sudah tidak sesuai lagi didiami oleh manusia.


Sapaan dari Sdr Mazlan sambil mendapatkan maklumat
untuk di salur kepada tabung Harakah.


Sumbangan telah dihulurkan bagi meringankan sedikit beban yang digalas.

Kepada para dermawan yang melayari blog ini dan ingin menyumbang, sila hulurkan sumbangan anda kedalam akaun kami yang tertera di kanan blog ini. Sumbangan anda sangat-sangat diharapkan untuk kami memperbaiki kediamannya dalam waktu terdekat ini.

ISLAM : ADIL UNTUK SEMUA.




Sabtu, Jun 19, 2010

Lagi NGO bantah Festival Ramadan

Rancangan Kementerian Pelancongan untuk mengadakan Festival Ramadan bagi menarik pelancong Arab melawat Malaysia, terus mendapat bantahan.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Muhamad Razak Idris berkata, hasrat kerajaan mengadakan festival itu merupakan satu cadangan yang lari dari roh sebenar Ramadan.

Beliau berkata, dalam perspektif Islam, bulan Ramadan merupakan bulan untuk meningkatkan kualiti ibadah.

"(Bagaimanapun) kalau kementerian pelancongan membuat sedikit pengubahsuaian sejajar dengan falsafah sebenar Ramadan dan mendatangkan kebaikkan kepada semua orang, ia boleh diteruskan jika ia tidak mempunyai unsur bersuka-ria.

"Kementerian boleh mendapatkan pandangan dan rundingan daripada pertubuhan Islam bagi mendapatkan konsep yang wajar yang boleh mendatangkan kebaikkan kepada semua orang," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin pula berkata, pihaknya tidak bersetuju jika Ramadan dikomersialkan dengan penganjuran Festival Ramadan.

Bagaimanapun beliau berkata, jika acara itu bertujuan untuk menjalinkan hubungan antarabangsa dan mempunyai fungsi merapatkan ukhuwah untuk kebaikkan, maka ia wajar diadakan.

"Tetapi kalau festival ini untuk 'difestivalkan' maka saya tidak setuju," katanya.

Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Muhammad Faisal Abdul Aziz juga membantah cadangan kementerian pelancongan itu jika majlis yang bakal dianjurkan tidak menghormati bulan Ramadan.

Muhammad Faisal berkata, perkara ini bukan kali pertama terjadi kerana tahun sebelum ini turut diadakan program sedemikian.

"Pada pandangan saya, program yang dianjurkan disifatkan (sebagai) tidak hormat (bulan Ramadan).

"(Festival) bukan baru (malahan) sudah dianjurkan pada tahun-tahun lepas, contohnya konsert yang seolah-olah tidak menjaga sensitiviti umat Islam," katanya.

Beliau berkata, menteri pelancongan seharusnya mempunyai satu panduan yang khusus dalam menjalankan sesuatu program walaupun menteri pelancongan bukan beragama Islam.

Sumber : Malaysiakini

Rabu, Jun 02, 2010

Rombakan Kecil Kabinet...

Semalam sekembalinya dari bertugas di Mersing, penulis menghadap komputer untuk mendapatkan berita terkini. Harakahdaily memaparkan tajuk rombakan kabinet, Khairi terlepas lagi. Rupa-rupanya Najib membuat rombakan kecil kabinet bagi mengeluarkan Presiden MCA yang kalah dan memasukkan anak Presiden MCA yang baru. Tak bagi pada si bapa, bagi pada si anak pun ok juga....

Yang malang ialah si Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Beberapa kali kabinet dibentuk, namanya lansung tidak tersenarai. Kesiaaan...yang peliknya si kalah yang bertarung dengan menantu mantan PM ni masih kekal dalam kabinet Najib. Beginilah perangai UMNO yang tak sudah-sudah membuli mereka yang tidak berada didalam kem pemegang tampuk negara. Itu sekapal, bayangkanlah kalau tidak sekapal dengan mereka. Macam-macam dibuatnya, sampai terpaksa menjadi katak lompat untuk menyelamatkan diri. Benar kata Prof Dr. Sidek Fadhil "Saya amat khuatir apabila wang mula berbicara". Kalau nila setitik merosakkan susu sebelanga, wang mampu merosakkan khazanah negara.

Si anak Jala, yang dahulunya menjaga MAS dan kini dibawa masuk ke dalam kabinet melalui pintu belakang sebagai Timbalan Menteri, menyatakan negara akan muflis kalau pemberian subsidi diteruskan. Dia lupa, ayah, ibu, datuk, nenek dan segala moyang serta keluarganya, bahkan dia sendiri belajar sehingga menjadi 'orang besar' menerima pelbagai subsidi dan bantuan daripada kerajaan. Tak terdengar pun selama ini orang dalam pentadbiran negara bercakap, negara akan bankrap kalau terus memberi subsidi. Tiba-tiba kini apabila menjadi orang koperat bergelar menteri, mencadangkan kepada kerajaan agar ditarik pemberian subsidi minyak. Kacang ini bukan sahaja lupakan kulit bahkan lupa pada sipenanam, tanah, baja, air dan segalanya. Lupa bukan saja di daratan, bahkan laut dan angkasa.

Mentang-mentang sudah senang dan mampu memiliki segalanya, jangan lupa mereka yang dikampung. Petani, penternak dan nelayan yang terpaksa membanting tulang mengharungi terik matahari dan badai lautan untuk mencari sesuap nasi dan membekalkan kita makanan. Fikirkan betapa susah mereka untuk menyara hidup apabila subsidi minyak ditarik. Sekarang ni saja mereka sudah terbeban dengan kenaikkan harga barang yang tak henti-henti.

Berbalik kepada cerita rombakan kabinet tadi. Berlaku sesuatu yang menyeronokkan untuk dikongsi. Apabila nama timbalan presiden MIC dicalonkan oleh presidennya (sekarang ni menjadi presiden yang dibenci oleh orang dia sendiri) di tolak oleh pucuk pimpinan BN, mereka terpaksa akur dengan keputusan yang dibuat oleh pengerusi BN. Naiklah si Kamal (di kalangan Melayu) atau Allan (di kalangan Cina) atau Nathan (dikalangan India) sebagai calon. BN pun menang di Hulu Selangor. Anak muda (yang hanya minum air sejuk) ini pun berjanji akan membawa perubahan kepada masyarakat di Hulu Selangor. Tiba-tiba dalam rombakan kecil yang dilakukan, si timbalan presiden yang tidak bertanding dan kalah semasa bertanding (2008) pulak yang menjadi timbalan menteri.

Penulis nak menasihatkan penyokong dan pendokong BN, dimasa-masa akan datang tak payahlah nak susah-susah bertanding dalam pilihanraya. Amalkan saja doa 'wa ampu sana wa ampu sini' banyak-banyak. Baca seribu kali sehari dan jangan lupa cium tangan baik punya, kalau boleh siap lentuk kepala, insya'allah jadi menteri. Si 'Kamal' tu, sikit punya susah bertanding lawan Dato' Zaid Ibrahim, menang tak jadi apa. Sepatah kata pepatah Melayu 'menang jadi arang, kalah jadi abu'. Susah-susah bertanding dan berkempen, yang jadi menteri orang duduk kat rumah. Apalah punya bengong...

Mungkin lepas ni, si penjual 'Char Kuew Tiaw' di tepi jalan akan jadi menteri. Siapa tahu.....sebab dizaman BN memerintah apa saja boleh jadi. Tambah lagi sekarang, penasihat mereka ialah yahudi....

Bilalah bangsaku nak sedar......