Khamis, Februari 14, 2013

Jelajah DUN

Ahad 10 Feb 13
Program Jelajah DUN N50 Bukit Permai diteruskan dengan mengadakan ziarah kebajikan di UPU Ladang Swee Lam, membabitkan lokaliti Jalan Ara, Jati dan Cengal di Bandar Putra. Seramai 15 keluarga telah diziarahi yang dikategorikan sebagai uzur dan ibu tunggal. Ramai mereka yang kami ziarahi kebanyakkannya mengalami komplikasi buah pinggang disamping penyakit kencing manis, darah tinggi dan lemah jantung. Ada juga yang sudah agak kronik hingga terpaksa minta bantuan rakan untuk mendapatkan rawatan.

Selain itu yang diziarahi ialah ibu-ibu tunggal yang kematian suami dan terpaksa menyara anak-anak. Kemiskinan bandar ternyata amat perit untuk diharungi. Walaupun kelihatannya senang, tetapi realitinya amat menyedihkan. Di kediaman flat cengal, sekumpulan mereka sanggup menunggu kehadiran kami untuk menerima sumbangan yang disediakan walaupun nilainya tak seberapa. Wakil-wakil rakyat yang mereka pilih hidup senang lenang, tetapi golongan marhain hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Pemerintah sanggup berbelanja jutaan ringgit untuk membawa penyanyi Korea mendendangkan 2 buah lagu, tetapi rakyat dibiarkan seperti sampah yang tidak bernilai.

Mereka ini akan dibelai dan ditatang apabila tiba musim pilihanraya. Ketika itulah pelbagai janji akan ditabur. Segala macam benda yang akan diberikan. Selepas itu mereka akan dibiarkan semula hidup merempat di tanahair sendiri. Begitulah nasib rakyat yang dijadikan seperti kerbau membajak tanah. Sedangkan kroni mereka diternak seperti kucing siam, hidup selesa tanpa memerah keringat.


Isnin 11 Feb 13
Kali ini konvoi berkereta, melibatkan 12 buah kenderaan dengan peserta hampir 50 orang muslimin dan muslimat. Sasarannya ialah masyarakat Cina di UPU Sengkang dan Sedenak sempena Tahun Baru Cina. Sambutan yang diberi oleh masyarakat Cina terhadap rombongan kami amat luar biasa sekali. Seorang penduduk di Sengkang menawarkan diri untuk menjadi jurutunjuk arah sepertimana peristiwa hijrah Nabi s.a.w. Itulah pertolongan Allah. Apabila kita menolong agama Allah pasti Allah akan mempermudahkan kerja kita.

Walaupun hujan turun dan ada kalanya menjadi lebat, ia tidak sedikitpun mematahkan semangat para amilin PAS untuk melaksanakan misi dakwah yang diatur. Kali ini kami tidak sekadar bertemu mereka di kedai tetapi terus berkunjung dari rumah kerumah. Ternyata masyarakat Cina menghargai kunjungan kami yang sanggup datang dalam keadaan hujan sehingga ada dikalangan mereka yang telah menjamu para petugas dengan makanan ringan sempena tahun baru.

Terdapat juga rumah yang kami kunjungi terdiri daripada peserta BERSIH. Mereka menaikkan banner Tahun Baru Cina berlogokan logo BERSIH. Terkejutnya mereka dengan kunjungan kami sehingga mereka laungkan perkataan BERSIH sepertimana himpunan BERSIH di Kuala Lumpur. Seronok betul mereka. Disamping itu, kami juga berkesempatan berkunjung ke rumah Ketua Kampung yang merupakan orang kuat MCA. Kunjungan kami telah diterima dengan baik tanpa sebarang provokasi. Begitulah matangnya politik masyarakat Cina.

Daripada apa yang penulis amati daripada kunjungan ini, ternyata masyarakat Cina telah membuat keputusan untuk membuat perubahan. Semua yang kami temui mempunyai pendirian yang sama kecuali ketua kampung MCA itu sahaja. Itupun, setiausahanya mempunyai pendirian yang berbeza. Beliau menyatakan, kali ini suasana ternyata tidak seperti dulu. "Tiada jalan mudah buat BN" katanya.

Kalau diukur daripada sokongan ini, perubahan besar bakal berlaku dalam negara pada pilihanraya kali ini. Walaubagaimanapun, kita tidak semestinya berasa amat selesa. Kerana musuh utama yang perlu gabungan Pakatan Rakyat hadapi ialah SPR, komponen paling kuat dalam Barisan Nasional. Inilah fokus utama yang perlu diberi perhatian serius selain gerak kerja kempen.

Walau apa pun, kita ada Allah Tuhan Pentadbir Alam. Apa jua penipuan mereka, mereka tidak akan dapat mengatasi tipuan dan takdir Allah swt. Insya'allah....tidak semena-mena Allah menghantar Mr. Ng dan isterinya  untuk membantu para amilin PAS, maka tidak mustahil Allah menghantar bala tentera langit untuk membantu kemenangan Islam di bumi Malaysia. TAKBIR......


Tiada ulasan:

Catat Ulasan