KOTA BHARU: Demontrasi
mempertahankan kalimah Allah, sebaliknya antara yang hadir gadis-gadis
berpakaian seksi, tidak bertudung dan berbagai gaya dipertontonkan.
Itulah yang mungkin dapat dilakukan Pertubuhan Peribumi Perkasa
(Perkasa) di Alor Setar semalam bagi membela agama Islam, apabila gadis
yang hadir ada berpakaian seksi dan berlagak macam model.
Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohd Hafiz Musa berkata, program yang
bercampur gaul lelaki dan perempuan yang berpakaian tidak senonoh
anjuran Perkasa semalam cukup memalukan umat Islam.
“Berhimpun untuk menegakkan agama Allah atau kalimah Allah, tetapi
apa yang berlaku dan dapat kita saksikan begitu menyolok mata sekali.
“Kalaupun tidak ikhlas untuk tujuan itu, jangan gunakan gadis yang
berpakaian sebegitu. Jika tidak masyarakat akan mempersendakannya,”
katanya di sini.
Semalam perhimpunan Perkasa yang diketuai Datuk Ibrahim Ali di Alor
Setar bagi mempertahankan kalimah Allah memperlihatkan aksi yang tidak
senonoh dengan kehadiran gadis-gadis berpakaian seksi.
Mohd Hafiz berkata, perbuatan seperti itu bukan untuk memartabatkan
agama Islam sebaliknya memperlihatkan kepada umum perbuatan yang
menyalahi hukum syarak.
“Namun kerana terlalu gopoh dalam meraih simpati politik Perkasa
sanggup melakukan apa sahaja bagi mendapat populariti secara murahan.
“Tindakan mereka itu tanpa disedari telah mempersendakan hukum Allah.
Dalam kita ghairah berpolitik, janganlah sampai ia memerangkap diri
sendiri,” katanya.
Sumber : harakahdaily.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan