Rabu, September 26, 2012

Penghinaan keatas Nabi s.a.w.

Apabila orang Yahudi menghina Nabi s.a.w. , kita marah dan menzahirkan kemarahan kita sebagi tanda kecintaan kepada Rasulullah s.a.w. Memang patut pun kita bertindak demikian. Tapi itu Yahudi diluar negara. Apa agaknya yang kita buat apabila yang menghina itu orang Islam sendiri yang berbangsa Melayu. Cuba baca kenyataan dibawah ini dan fikir-fikirkan.

" Hanya yang diperlukan ialah bersyukur kepada Tuhan. Nikmat dan rezeki yang kita dapati bukan daripada orang yang menyampaikannya. Jika tidak orang itu, orang lain yang akan menyampaikannya. Jadi kita juga TIDAK PERLU berterima kasih kepada Nabi Muhammad s.a.w. Jika tidak Nabi Muhammad, orang lain yang akan diutuskan untuk menyampaikan agama Islam.
Oleh itu TIDAK PERLULAH kita mengagung-agungkan Nabi Muhammad. Memadailah dengan bersyukur kepada Allah s.w.t sahaja."

- Ucapan Dasar Presiden UMNo, Dr Mahathir Mohamad. Petikan dari Berita Harian / Utusan Malaysia 11 Mei 2000


Isnin, September 24, 2012

Perangai buruk UMNO ceroboh PASTI milik PAS.

Tanggal 19 Sept 2012 yang lalu telah mencatitkan satu sejarah kebobrokkan perangai UMNO, apabila seorang Ketua UMNO Cawangan menceroboh PASTI milik PAS di Taman Aman, Senai, Johor. Ia berpunca daripada banner tawaran Pakatan Rakyat yang dinaikkan di premis berkenaan. Banner yang bertajuk 'Tawaran Pakatan Rakyat Jika Diberi Kuasa Memerintah Johor' yang menggariskan 10 agenda kepada rakyat Johor, telah membuatkan Ketua UMNO Cawangan Taman Aman, Senai hilang akal, menceroboh permis milik PAS dengan mengoyakkan benner tersebut dan dibuang kedalam tong sampah berdekatan. Bukan setakat itu, Ketua UMNO Cawangan yang bernama Norazman bin Hasbulah, telah memarahi guru PASTI yang tinggal berseorangan di permis tersebut sambil mengugutnya dengan kata-kata yang kesat.

Ekuran daripada itu, PAS Kulai dan Pengurusan PASTI Kawasan telah membuat satu laporan polis tentang insiden tersebut. Esuk harinya satu sidang media telah diadakan dipermis berkenaan yang turut dihadiri oleh beberapa orang wartawan. Antaranya ialah Sinar Harian, Sin Chew Daily, Harakah dan akhbar internet, Nusajayakini.

Ketua Umno Cawangan ini adalah merupakan setiausaha kerja UMNO Bahagian Kulai dan Ahli Majlis Perbandaran Kulaijaya (MPKu).

Dalam sidang media yang diadakan, Pengurusan PASTI dan PAS Kulai meminta pihak berkuasa undang-undang mengambil tindakan yang sewajarnya keatas pelaku. Kejadian seperti ini hendaklah dihentikan serta-merta dan tindakan undang-undang yang diambil akan dapat mengelakkan insiden serupa daripada berulang. 

Amat memalukan apabila perkara seperti ini dilakukan oleh seorang yang memegang jawatan didalam masyarakat. Tindakan yang tidak bertamadun ini membuktikan betapa pemimpin UMNO sanggup melakukan apa saja demi untuk mempertahankan kuasa. Tidak cukup dengan mengarahkan sebuah TADIKA Islam di Pasir Gudang ditutup, kini UMNO mempamirkan perangai hodoh  ala gengster dihadapan guru PASTI. Inilah wajah pemimpin UMNO masakini. Sebelum ini mereka gerun dengan kartun, kemudian bas dan kini pra-sekolah. 

Inilah banner yang menjadi kegerunan UMNO di Senai.

Beginilah keadaan banner dan papantanda PASTI setelah diceroboh.

Antara wartawan yang hadir dalam sidang media tersebut.

Sidang media telah turut dihadiri oleh Sdr. Mazlan dan Lt. Kol (B) Nazari Mokhtar.

Suasana di PASTI berkenaan dihari sidang media diadakan.

Akbar Sinar Harian dan Sin Chew Daily telah menyiarkan berita ini pada keesukkan harinya. Manakala akhbar internet Nusajaya Kini telah menyiarkan berita serupa pada sebelah malamnya. Ini termasuk juga sebaran meluas melalui Selatan Online, Harakahdaily dan Facebook.

Semoga insiden ini menjadi penyebab UMNO dan BN dikuburkan di Negeri Johor dalam pilihanraya yang akan datang. INSYA'ALLAH.


 






Selasa, September 11, 2012

Majlis Syura: ‘Syaitan dikenali' menangis

Harakahdaily, 10 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Tindakan dan kebijaksanaan Majlis Syura Ulamak PAS mengurus perangkap yang dipasang oleh musuh, menyebabkan keputusan yang diambil oleh kepimpinan semalam dalam isu yang sengaja digembar-gemburkan mengenai Ustaz Nasharudin Mat Isa  benar-benar mengecewakan musuh.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataannya hari ini berkata tindakan tersebut menyebabkan ‘syaitan yang dikenali' menangis manakala 'para malaikat yang tidak dikenali' insya Allah akan gembira.

Ekoran itu, Tuan Ibrahim menasihatkan agar semua ahli dan pimpinan tidak terkena perangkap-perangkap yang dipasang oleh musuh dengan gempuran media mereka.

“Mereka gila mengimpikan Pakatan Rakyat berpecah atau dalaman parti bergolak. Bagi sesebuah parti di ambang ajal, tiada yang lebih menyeronokkan baginya melainkan musuh mereka berpecah.

Dengan objektif sedemikian, mereka memasang pelbagai perangkap bagi memerangkap ahli dan pimpinan agar memasuki jerat yang mereka sengaja pasangkan.

"Alhamdulillah, PAS dengan pengalaman lama dalam politik negara berjaya mengenali mana perangkap yang dipasang itu,” kata beliau.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut menasihatkan agar semua ahli dan pimpinan jangan menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit dalam menghadapi isu yang sengaja dilontar oleh musuh, kerana musuh kini sangat tidak senang dengan perkembangan dan sokongan rakyat kepada kita kini.

“Mereka memang dilatih untuk kerja jahat ini, dan janganlah keikhlasan kita menyebabkan kita gagal mengenali mana sahabat dan mana musuh,” nasihat beliau.

Selain jangan bersangka buruk pada orang lain, Tuan Ibrahim turut menasihatkan agar semua jangan melakukan perkara yang menimbulkan buruk sangka orang lain terhadap diri sendiri.

“Janganlah kemarahan kamu kepada sahabatmu menyamai kemarahanmu pada musuhmu, kerana kemarahan kepada sahabat kerana kecintaan kamu kepadanya, sedangkan kemarahan kamu kepada musuhmu adalah kerana kemurkaan Allah kepadanya.

"Lantaran itu, menghadapi kesilapan sahabat tentulah tidak  sama kardahnya menghadapi musuh. Perasaan kita turut berubah dan seluruh cita rasa akan berbeza.

"Lantaran itu juga, janganlah kita bergembira di atas dukacita sahabat, dan jangan pula bersedih di atas kegembiraan musuh,” tambah beliau.

Majlis Penyerahan Rasmi Rumah Mak Teh.

Alhamdulillah..... Segala Puji bagi Allah Tuhan Pentadbir Alam, Selawat dan salam buat Rasul Junjungan Muhammad s.a.w. Apa yang dirancang akhirnya menjadi kenyataan. Detik 21 Syawal 1433H bersamaan 8 Sept 2012 menjadi tarikh keramat bagi PAS Kulai dan keluarga Pn Tiamah atau lebih mesra dengan panggilan Mak Teh, apabila Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS hadir untuk membuat penyerahan secara rasmi sebuah rumah yang berjaya disiapkan oleh warga PAS Kulai kepada keluarga Mak Teh.

Walaupun kedengaran sosek-sosek daripada segelintir masyarakat yang kurang senang dengan usaha ini, ia telah berjaya disiapkan dan juga berjaya menutup segala tomahan kelompok ini. Inilah asam garam kehidupan. Apa juga yang kita buat walaupun ianya baik, ada sahaja mereka yang memandang serong. Dalam hal menilai antara hak dan bathil ini Nabi s.a.w. mengajar kita dengan doa baginda yang bermaksud :
"Ya Allah tunjukilah kami bahawa yang benar adalah benar dan beri kemampuan mengikutinya. Dan tunjukkan kepada kami yang salah itu salah dan berikan kemampuan menjauhinya".

Kehadiran masyarakat setempat pada pagi itu sesuatu yang diluar jangka. Ramai dari kalangan mereka yang tidap pernah kelihatan dalam apa juga program anjuran PAS sebelum ini. Ini satu perkembangan yang sihat dan menunjukkan bahwa mereka sudah tidak takut lagi untuk mendekati PAS. Bagi kami, apa yang diusahakan ini adalah bagi menonjolkan kesyumulan Islam bukan meraih undi semata-mata. Masih banyak lagi kesyumulan Islam yang tersorok akibat doktrin sekular yang menjalar dalam pemikiran rakyat. Inilah yang perlu dirungkai.

Pesanan Tuan Guru pada penulis; masyarakt Melayu Islam di Malaysia perlu diberi penerangan yang jelas mengenai Islam kerana inilah senjata utama pihak sekular menguasai pemikiran mereka. Umat Melayu  sekiranya memahami Islam dari prespektif sebenar, mereka tidak akan kembali lagi kealam sekular. Insya'allah.

Semoga Allah memberkati usaha kami dan membuka pintu hati umat Melayu Islam di DUN Bukit Permai khususnya dan Malaysia amnya kembali kepada Islam yang sebenar.

Dato'Seri Presiden menurunkan tandatangan sebagi tanda penyerahan rasmi.

Bergambar kenangan bersama keluarga Pn Tiamah (Mak Teh).

Antara masyarakat setempat yang hadir bersarapan pagi bersama Tuan Guru Presiden dan isteri.

Kehadiran generasi kedua & ketiga menunjukkan perkembangan yang positif.


Khamis, September 06, 2012

Pembinaan rumah Mak Teh

( Sila klik pada gambar untuk mendapatkan imej yang jelas )


Selasa, September 04, 2012

Majlis Penyerahan Rasmi Rumah Mak Teh.

( Sila klik pada gambar untuk mendapatkan imej yang lebih jelas )