Selasa, Disember 29, 2009

Majlis Penyampaian Sumbangan Bagi Program Titian Kasih Kulaijaya 2009

Alhamdulillah, pada tanggal 26.12.09 yang lalu, Dewan Pemuda PAS Kawasan Kulai (DPPK Kulai) dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia Zon Kulaijaya telah berjaya menganjurkan satu program yang julung-julung kalinya diadakan di Kulaijaya ini.

Program yang dinamakan Titian Kasih ini merupakan satu program bantuan yang berbentuk pakaian seragam sekolah (diberi dalam nilaian tunai), beg sekolah, alat tulis dll kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan di sekitar daerah Kulaijaya. Ianya adalah satu lagi usaha DPPK bagi memberikan perkhidmatan AMAL kepada masyarakat setempat.


Program ini merupakan satu titian antara DPPK, Masyarakat Korporat, Penderma-Penderma Individu dan Golongan yang kurang berkemampuan, dimana kami menjalankan amanah daripada dermawan-dermawan daripada pelbagai peringkat ini dan menyalurkan sumbangan mereka kepada golongan sasar.


Program ini berjaya menghimpunkan lebih daripada 300 orang yang terdiri daripada 79 orang pelajar penerima sumbangan dan ahli-ahli keluarga mereka. Majlis yang bermula jam 2.30 petang itu diisi dengan maklumat program dan aktiviti-aktiviti Yayasan Amal Malaysia yang disampaikan oleh Jawatankuasa Program dan Wakil Yayasan Amal Malaysia iaitu Saudara Mazlan Bin Aliman. Pendakwah Muda, Al-Fadhil Ustaz Rifqi Bin Maidin turut menyampaikan ceramah yang menarik yang berkisarkan tanggongjawab sesama insan, kasih sayang ibubapa dan tanggongjawab sebagai seorang anak dan pelajar.


Pertama kalinya lagu Amal Kerana Allah dikumandangkan di TJ Mart ini, para hadirin diminta berdiri semasa lagu ini dimainkan. Shaf Unit Amal Malaysia Kulai berdiri dengan penuh disiplin tatkala bersama-sama melagukan Amal Kerana Allah bersama hadirin yang hadir yang mungkin baru pertama kali mendengar lagu tersebut.

Majlis penyampaian ini juga turut disertai beberapa orang pelajar daripada kaum Cina dan juga India serta ahli keluarga mereka. Kami merasakan semangat persaudaraan yang ikhlas yang timbul hasil daripada usaha gigih sukarelawan yang menjayakan program ini dan dermawan-dermawan sekalian.


Petikan ucapan ikhlas daripada Pengarah Program, Tuan Haji Afandi Bin Abdul Samad menyatakan pihak penganjur amat berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini dan Insya Allah, program ini akan diteruskan pada masa mendatang.

"Kasih untuk semua, Kami prihatin"
Setiausaha Program

Khamis, Disember 24, 2009

Kearah Negara BTN?

Ketika Shamsul Iskandar Mohd Akil dari Angkatan Muda Keadilan berpidato di Konvensyen Pakatan Rakyat pertama di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 19 Disember 2009 yang lalu, satu unkapan yang mengejutkan sidang hadirin bahkan para pimpinan Pakatan Rakyat diatas pentas ialah apabila beliau menyeru para hadirin agar melaksanakan BTN dengan secepat mungkin bagi menyelamatkan Malaysia.

Penulis dapat menyaksikan raut wajah Dato' Seri Anwar Ibrahim yang ternyata terkejut dengan ungkapan tersebut. Kemudian suasana bertukar menjadi lucu apabila Shamsul menjelaskan bahwa BTN yang beliau maksudkan itu sebenarnya ialah negara BEBAS TANPA NAJIB.
Oooo....lega rasanya. Betul-betul menggemparkan seisi dewan. Penulis memang menentang BTN dan modul yang terkandung didalamnya kerana sifat perkaumannya dan memburuk-burukkan pembangkang terutama DSAI. Doktrin yang diasak kedalam minda peserta kursus ialah seolah-olah Malaysia hanya boleh ditadbir oleh UMNO dan Barisan Nasional. Fahaman 'kurafat' kuno pimpinan UMNO seperti yang sering di sumbang sarankan oleh Almarhum Dato' Fadhil Noor dihampir setiap ceramah beliau.

Begitulah suasana konvensyen yang penuh dengan pidato-pidato yang membakar semangat pendengarnya. Pelbagai pendedahan yang dibuat mengenai kepincangan tadbir-urus sang pemerintah. Pembentang pula terdiri dari mereka yang sangat tinggi nilai intergirti dan intelektualiti disamping berketerampilan. Kalau nak dibandingkan dengan pidato pimpinan UMNO, bak kata pepatah Melayu :'Jauh Panggang Dari Api'. Mutu bahasan yang penulis amati langsung tidak berbau emosi bahkan penuh dengan fakta-fakta dan etika politik yang tinggi. Penulis sedikit pun tidak ketinggalan mengikuti perbahasan yang berlangsung walaupun agak penat kerana terpaksa bangkit seawal 4 pagi bagi menyertai konvensyen. Tetapi ternyata berbaloi.

Kalau barisan pimpinan ini diberi peluang oleh rakyat untuk mentadbir negara pada pilihanraya akan datang, penulis optimis bahwa Malaysia mampu diselamatkan dan rakyatnya akan menikmati erti kemakmuran yang sebenar. Melihatkan kepimpinan muda PAS, DAP dan PKR melontarkan idea-idea bernas mereka membuktikan bahwa mereka ikhlas untuk mentadbir negara jauh dari fahaman sempit perkauman seperti yang nyalakan oleh UMNO. Islam yang menjadi asas perjuangan PAS ternyata diterima oleh rakan-rakan dalam Pakatan. Saranan Tuan Guru Dato' Seri Abd Hadi Awang agar jangan melihat Islam yang dipamirkan oleh UMNO, mendapat tepukan dari semua hadirin.

Seorang wakil rakyat muda dari DAP, YB Hanna Yeoh (yang secara kebetulan duduk dibelakang penulis) telah melahirkan kekagumannya melihat wakil rakyat dari PAS sanggup datang ke gereja untuk berdialog dengan masyarakat kristian. Peristiwa ini benar-benar telah menyerlahkan dasar universal Islam yang menghormati agama dan penganutnya sekali gus mampu memadamkan perasaan 'Islamopobhia' dikalangan non-muslim yang sengaja dimainkan oleh para musuh Islam. Beliau telah mengucapkan sekalung tahniah kepada YB Khalid dan YB Rodziah yang telah membela masyarakat Hindu.

Seperti yang diungkapkan oleh Dato' Zaid Ibrahim sebagai pembahas terakhir, kini adalah masa buat Pakatan Rakyat. Lima puluh tahun akan datang bukan lagi untuk Barisan Nasional yang sekarang ini dilanda dengan pelbagai kemelut dan pekung yang semakin membusuk. Kata-kata 'tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain' bukan lagi satu lelucon. Dewan MBSA pada tanggal 19 Disember 2009 telah menyaksikan YB Karpal Singh duduk di apit oleh dua orang Tok Guru iaitu Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Hadi Awang. Tok Guru Nik Aziz sempat bersenda dengan kata-kata : " Hamba lihat dada Karpal ada lambang bulan hari ni" yang disambut dengan gelak sorakkan hadirin.

Tepatlah kata-kata sdr Shamsul agar kita kena mempercepatkan proses BTN bagi menyelamatkan Malaysia.

Ayuh Kita Bangkit Meyuarakan Aspirasi Rakyat Kearah Malaysia Yang Lebih Cemerlang!

BERPADU-BERUBAH-BERKAT.


Kejujuran Seorang Peniaga.

Biasanya peniaga ingin mengambil untung berlebihan kalau ia boleh berbuat demikian. Apatah lagi kalau secara kebetulan sipembeli tidak tahu harga 'standard' barangan yang dijual, maka saat itulah peniaga akan menjerut leher pembeli. Orang yang beriman, tanpa diawasi oleh kerajaan atau penguatkuasa akan menjual barangannya dengan harga yang berpatutan kerana ia yakin pada petugas 'waskat' atau pengawasan malaikat.

Al-Imam Al-Ghazali menceritakan kisah seorang peniaga yang sangat jujur dan tidak mahu mengambil kesempatan untuk mengaut untung yang banyak dari pembeli yang mudah ditipu atau orang asing.

Peniaga itu bernama Yunus bin Ubaid. Dia membuka kedai yang menjual berbagai jenis pakaian dengan harga yang bermacam-macam. Ada yang berharga dua ratus, tiga ratus dan ada pula yang berharga empat ratus. Apabila masuk waktu solat, Yunus akan meninggalkan kedainya untuk menunaikan solat dan kedainya dijaga oleh anak saudaranya.

Suatu hari ketika Yunus pergi solat, datanglah seorang Arab kampung ke kedainya untuk membeli pakaian. Orang kampung itu minta diambilkan pakaian yang berharga empat ratus. Maka anak saudara Yunus yang menjaga itu membentangkan pakaian yang berharga dua ratus kepada orang yang datang dari kampung itu. Setelah pembeli melihat keadaan kain yang dibentangkan dia terus bersetuju dan membeli sehelai. Kerana dia tahu bahwa pakaian seperti itu di negerinya berharga lima ratus. Setelah mengadakan akad jual beli, orang kampung itu pun balik dengan membawa pakaian yang dibelinya itu ditangannya. Ditengah jalan, pembeli tersebut bertemu dengan Yunus yang baru balik dari sembahyang. Apabila Yunus melihat pakaian yang diagaknya dibeli dikedainya dia bertanya: "Berapa pak cik beli ni?". Orang kampung menjawab: "Empat ratus". Yunus berkata: "Tidak! Barang ini harganya tidak melebihi dua ratus". Mari pergi ke kedaiku semula supaya aku pulangkan baki wangmu". Orang kampung itu berkata : "Tapi tuan, pakaian macam ini ditempat saya berharga lima ratus dan lagipun saya sudah bersetuju dengan harga yang sekian tadi".

Walaupun pembeli tadi sudah redha dengan harga yang telah dibelinya dan dianggap lebih murah bila dibandingkan di negerinya,namun Yunus tetap tidak mahu mencekik dan memperbodohkan orang asing itu. Dia pun memaksa pembeli itu balik ke kedainya. Mahu tidak mahu pembeli itu pun kembali ke kedai Yunus. Yunus pun memulangkan dua ratus kepada pembeli itu setelah anak saudaranya mengesahkan bahwa dia menjual kain itu dengan harga empat ratus.

Apabila pembeli sudah pergi, Yunus marah dan memberi nasihat kepada anak saudaranya. Kata Yunus : "Apakah kamu tidak malu? Apakah kamu tidak takut kepada Allah, engkau mengambil keuntungan sebanyak itu dan engkau tinggalkan nasihat agama untuk kaum Muslimin?". Untuk membela diri anak itu menjawab : "Demi Allah! pembeli itu tidak mengambil kain itu, kecuali dia telah setuju dengan harga sekian". Yunus berkata : "Mengapakah kamu tidak redha untuk dia, seperti engkau redha untuk dirimu sendiri".

Maksud tuan Yunus ialah peniaga mesti membayangkan diri pembeli itu sama seperti diri sendiri. Mesti menjadi pembeli yang sentiasa inginkan harga yang lebih murah.


Selasa, Disember 22, 2009

Tahukah Anda ?

Ketika ini sebanyak 15% rakyat Malaysia yang membayar cukai kepada kerajaan.

Mulai tahun depan semua rakyat di Malaysia akan mula membayar cukai apabila kerajaan mengenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau dalam bahasa penjajah disebut
Goods and Services Tax atau singkatannya GST.

Pakatan Rakyat yang baru sahaja memetrai perjanjian bersama pada 19 Disember 2009 dalam Konvensyen Pakatan Rakyat pertama di Bangunan MBSA, akan berjuang bagi membebaskan rakyat Malaysia seluruhnya daripada cengkaman cukai ciptaan Kerajaan Barisan Nasional.



Apakah anda masih setia untuk dibebankan oleh barisan yang sentiasa mencengkamkan ini. Fikir-fikirkanlah....Kini Satu Malaysia rakyat akan terbeban.




Sudah sampai masanya untuk berubah. Ayuh kita bulatkan tekad untuk memilih kerajaan yang lebih cemerlang dengan memberi undi kepada Pakatan Rakyat yang berimej baru dan berketerampilan.




Selamatkan Malaysia!!!

Selasa, Disember 15, 2009

PROGRAM TITIAN KASIH

Yayasan Amal Malaysia cawangan Kulai akan mengadakan program tersebut pada tarikh dan tempat seperti berikut :
  1. Tarikh : 26 Disember 2009 (Sabtu) bersamaan 9 Muharram 1431H
  2. Tempat : TJ Mart Saleng
  3. Masa : 2.00 hingga 6.00 ptg
Seramai 80 orang pelajar miskin yang datang dari pelbagai lokaliti dalam daerah Kulaijaya akan diraikan. Mereka adalah terdiri para pelajar yang datang dari sekolah-sekolah seperti :-
  1. Felda Taib Andak
  2. Felda Inas
  3. Felda Bukit Permai
  4. Kampung Murni Jaya
  5. Kampung Pertanian
  6. Bandar Putra
  7. Taman Mewah
Para pelajar ini akan dibekalkan dengan peralatan kembali kesekolah seperti :-
  • pakaian seragam
  • beg sekolah
  • perlatan menulis
Setakat ini telah dikenal pasti penerima sumbangan seramai :-
  • 65 orang pelajar keturunan Melayu
  • 10 orang pelajar keturunan Cina
  • 5 orang pelajar keturunan India
Objektif program ini ialah :-
  1. Mewujudkan kasih sayang sesama insan tanpa mengira batas agama dan bangsa.
  2. Menzahirkan keperihatinan golongan berada dengan golongan miskin.
  3. Mendidik masyarakat kepada sifat mahmudah seperti suka menderma, tolong menolong dan berkasih sayang demi kemaslahatan ummah.
  4. Mendidik masyarakat menjauhi sifat mazmumah seperti, bakhil, kedekut, sombong, individualistik dan seumpamanya.
  5. Merapatkan hubungan Yayasan dengan masyarakat sebagai Duta kasih Sayang sesama umat.
Majlis akan disempurnakan oleh Sdr. Mazlan Aliman selaku wakil Yayasan Amal Malaysia. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyumbang kepada program ini sila berhubung terus ke:
  • Pengarah Program : Hj Afandi Abdul Samad - 019-7584046 atau
  • S/U Program : Ahmad Thobroni Abu Bakar - 013-7216173
Anda masih berkesempatan untuk berbakti sesama insan yang memerlukan dan turut sama meringankan beban yang ditanggung oleh golongan yang kurang mampu. Sahutlah seruan Allah swt yang menyuruh kita 'berlumba-lumba berbuat kebajikan'.

Tentatif program :
  • 2.00 ptg - Kehadiran dan pendaftaran keluarga Titian Kasih
  • 2.15 - Ketibaan tetamu jemputan
  • 2.30 - Bacaan doa
  • 2.35 - Ucapan Pengarah Program
  • 2.45 - Ucapan Penasihat Program
  • 3.00 - Ucapan Sdr. Mazlan Aliman (Wakil Yayasan Amal Malaysia)
  • 3.30 - Ceramah Multimedia Titian Kasih
  • 4.15 - Penyampaian sumbangan kepada para pelajar Titian Kasih.
  • 4.45 - Jamuan
  • 5.15 - Bersurai.

SUKAR UNTUK DITERIMA TETAPI BENAR.

Begitulah ungkapan yang keluar dari mulut penulis apabila mendengar berita tentang kemenangan Malaysia mengatasi Laos dan seterusnya melangkahkan kaki ke perlawana akhir Sukan Sea buat sekian lamanya. Bukan nak merendah-rendahkan mutu bolasepak negara tetapi memang dah rendah pun. Semasa era kehebatan Malaysia dipersada bolasepak, seingat penulis Laos tidak tersenarai sebagai saingan Malaysia ketika itu. Bahkan pasukan seperti Thailand, Indonesia, Singapura malahan Jepun mudah diratah oleh anak-anak buah kapten Soh Chin Aun. Saingan negara masa itu ialah Korea Selatan, Iran, Iraq, Kuwait, Australia dan New Zealand.

Peminat menyaksikan bagaimana Hasan Sani yang berpasangan dengan James Wong dibarisan hadapan setelah ketiadaan allahyarham Mokhtar Dahari yang mengalami kecederaan lutut, membenam harapan Korea Selatan untuk ke Sukan Olimpik Moscow di Stadium Merdeka. Ternyata Malaysia memang hebat! Penulis masih ingat, setiap kali kejohanan Pestabola Merdeka berlangsung, penulis akan mendengar siaran langsungnya menerusi radio kerana siaran TV ketika itu amat terhad. Keesukkan harinya kami akan bersembang mengenai perlawanan malam tadinya seolah-olah menonton siaran langsung melalui TV. Masa itu rakyat Malaysia, apabila ada kejohanan bolasepak berlansung, mereka akan demam seketika. Semua bicara akan tertumpu kepada bola. Satu jam sembang pagi akan bercakap pasal bola sambil meneliti akhbar harian.

Era kegemilangan itu telah lama berlalu. Pasukan yang tidak menjadi saingan Malaysia sedikit masa dahulu, kini berada di rangking yang lebih baik daripada pasukan negara. Tidak pernah terlintas difikiran apabila melihat pasukan negara dipaksa berhempas pulas apabila bertemu dengan pasukan Vietnam, satu pasukan yang tidak pernah beraksi dipersada bolasepak antarabangsa di masa anak-anak buah Kapten Soh Chin Aun berlegar dipadang. Apatah lagi Laos. Mutu pasukan bolasepak negara jatuh merudum sehingga menjadi bahan tertawa pasukan belasahan anak-anak buah kapten Soh Chin Aun. Tak tahu mana silapnya. Macam-macam dah dibuat oleh FAM. Tukar pemain, tukar jurulatih, tukar pengurus, tukar pengendali dsb pendekata dah tukar habis pun, tidak mendatangkan sebarang peningkatan. Jurulatih dan pakar bolasepak antarabangsa pun dah datang dan berkhidmat di Malaysia, namun mutunya tetap tak berubah. Penulis memang sentiasa negatif apabila pasukan negara beraksi. Berdetik dalam hati dengan kata-kata "Kalah dah tentu, menang belum tahu". Sukar untuk menaruh harapan. Bukan pasal apa, cuma takut frust sebab selalunya memang begitu.

Tetapi kali ini berbeza. Malam tu penulis sempat menyaksikan pasukan negara beraksi sebelum keluar kerana ada mesyuarat. "Jangan jadi orang bodoh malam ni sudahlah" bisik hati. Jaringan awal Malaysia membuatkan penulis terus terpaku di depan TV. Apabila Laos menyamakan kedudukan, penulis terus bangkit sambil berkata "dah agak dah".

Kembali kerumah malam tu agak lewat. Sudah masuk waktu tengah malam. Setelah kaki melangkah masuk, khabar anak memberitahu Malaysia menang 3-1. Penulis hanya melemparkan senyum dan tertawa sinis kerana sesuatu yang sukar untuk diterima. Sekali lagi khabar anak disampaikan untuk tujuan meyakinkan si ayah bahwa kali ini Malaysia benar-benar menang. Itulah bolasepak Malaysia sekarang. Walaupun ia realiti tapi sukar untuk diterima.

Walau apa pun tahniah diucapkan kepada pasukan muda negara kerana berjaya memulihkan imej bolasepak Malaysia. Lama benar tak mendengar berita kejayaan seumpama ini. Rupa-rupanya Malaysia tidak perlu kepada jurulatih asing untuk membawa kejayaan. Cukup dengan jurulatih tempatan untuk membuahkan hasil. Namun demikian, perjuangan masih belum selesai. Kini baru menjejakkan kaki keperlawanan akhir bagi merebut pingat emas. Malaysia masih ada Vietnam untuk mendapatkan kilauan emas. Semoga Vientian akan menjadi tapak awal era kebangkitan semula skuad bolasepak negara.

Selamat Berjuang!



Dengki Akan Membunuh Diri Sendiri.

Pada zaman dahulu ada seorang soleh dan alim yang sangat disukai oleh raja. Dia sentiasa berada dimajlis raja untuk memberikan pelajaran dan nasihat. Orang soleh itu menasihatkan "Berbuatlah kebaikan kepada orang yang berbuat baik, kerana orang yang berbuat jahat itu akan binasa oleh kejahatannya sendiri". Bagaimanapun apabila seseorang berbaik-baik kepada raja dengan tujuan baik dan ikhlas tentu ada orang yang tidak menyukainya kerana dengki. Demikian juga halnya dengan orang soleh yang satu ini. Disebalik hubungan baiknya dengan raja ada seseorang yang juga dekat dengan istana, tidak senang melihatnya selalu berdamping dengan raja dan ingin melenyapkannya.

Maka orang yang dengki itu mulai mencari cara untuk menghasut raja. Setelah menemukan suatu idea, pergilah ia menghadap raja sambil berkata "Ampun Tuanku! Orang soleh yang sentiasa datang kesini itu pernah berkata bahwa mulut raja berbau busuk".
"Apa!" kata raja dengan hairan.
Kemudian baginda bertanya lagi "Betulkah kata-katamu?"
"Betul tuanku" kata orang yang dengki itu.
Dia berkata pula "Kalau tuanku ingin membuktikannya, sila perhatikan apabila dia bercakap dengan tuanku, dia akan menutup hidungnya kerana tidak tahan dengan bau mulut tuanku".
Raja nampak agak marah dan berkata "Baliklah engkau! Aku akan menyiasat kebenaran ini".

Laporan orang yang dengki itu berhasil mempengaruhi fikiran raja. Si penghasut merasa gembira. Dia segera balik kerumahnya dan memasak makanan yang banyak mengandungi bawang putih agar siapa sahaja yang memakannya, mulutnya akan berbau. Setelah siap dia menjemput orang soleh yang didengkinya itu untuk makan bersama. Orang soleh itu pun makan tanpa curiga apa-apa demi menghormati undangan walaupun dia tahu bahwa hidangannya banyak mengandungi bawang putih. Kemudian seperti biasa orang soleh itupun pergi ke istana untuk memberikan nasihat dan pengajaran.

Raja berkata "Sila dekatlah engkau kepadaku".

Orang soleh sedar bahwa dia baru saja makan makanan yang banyak mengandungi bawang putih dan tentu saja mulutnya masih berbau. Oleh kerana itu apabila telah dekat dengan raja, dia menutup mulutnya dengan tangan agar raja tidak terganggu oleh baunya.

Kini raja berasa bahwa keterangan orang yang memberi laporan itu memang betul. Kerana ternyata orang soleh itu benar-benar meletakkan tangannya sebaik saja dia mendekati. Raja marah, tetapi ditahannya kemarahan itu didalam hatinya agar tidak nampak bahwa sikapnya berubah. Raja tidak bercakap apa-apa. Baginda hanya mengambil sekeping kertas dan pen kemudian menulis surat kepada salah seorang pegawainya. Setelah siap, surat rahsia itu ditutup rapat dan diberikannya kepada orang soleh yang disayanginya itu.

"Sila kau hantar surat ini kepada si polan" kata raja.

Orang soleh yang tidak tahu apa kandungan surat rahsia yang dibawanya, segera pergi memenuhi perintah raja. Sementara orang yang menghasut raja berada agak jauh dari istana sambil mengintai-intai tindakan apa yang diambil raja ke atas orang yang dia dengki. Ternyata dia melihat orang soleh keluar dari istana dengan gembira sambil membawa amanah raja. Dia segera mengejar dan bertanya "Apa tu?".
Orang soleh menjawab "Ini surat raja yang dituisnya sendiri dan menyuruh saya menyampaikannya kepada si polan".
"Berikan surat itu kepadaku, biar aku yang menyampaikannya" kata si penghasut. Dengan menghantar surat tersebut, dia ingin dirinya dianggap sebagai orang terdekat raja.
Pada mulanya orang soleh itu tidak mahu memberikannya kerana dia tidak mahu mengkhianati amanah raja. Namun si penghasut memaksanya dan meminta dengan bersungguh-sungguh, maka dengan terpaksa diberikanlah surat itu. Dengan bangganya si penghasut pergi membawa surat raja kepada pegawai yang dituju.

Sebaik saja surat itu sampai, si penerima terus membukannya dan dibacanya dalam hati sambil disaksikan oleh penghasut yang menghantarnya. Surat itu berbunyi "Apabila pembawa surat ini sampai kepadamu, maka segera bunuhlah dia, lapah kulitnya dan hantarkan kepadaku".
Pegawai yang menerima surat itupun berkata "Raja menyuruh aku agar membunuh kamu dan melapah kulit tubuhmu".
Bukan main terperanjat si pembawa surat, dia menyesal bercampur geram dan sedih.
"Tidak!...Tidak.....! Sebenarnya surat ini bukan untukku. Oleh kerana itu aku minta izin dulu untuk melapor kepada raja" katanya sambil cuba untuk beredar namun segera ditahan oleh pegawai berkenaan.
Pegawai itu berkata lagi "Surat arahan tidak boleh dibantah dan perintahnya harus dilaksanakan".

Sipenghasut cuba mengemukakan alasan dan perkara sebenar berkenaan dengan surat tersebut, namun tidak dihiraukan oleh pegawai. Maka diapun disembelih dan kulitnya dilapah untuk dihantar kepada raja.

Sementara orang yang soleh yang sebenarnya akan dihukum tiba-tiba datang menghadap raja dan memberitahukan bahwa surat yang dibawanya telah diambil secara paksa oleh temannya, dan dialah yang menghantarkannya kepada pegawai yang dituju.
"Astaghfirullah....." keluh raja dalam hatinya.
Baginda diam sejenak mengenangkan nasib yang menimpa orang yang menghantarkan suratnya. Kemudian raja bertanya "Benarkah engkau ada mengatakan bahwa bau mulutku busuk?".
Orang soleh menjawab "Tidak sekali-kali tidak".
Raja bertanya lagi " Jadi, mengapa ketika kamu bercakap denganku tadi engkau letakkan tanganmu di mulutmu?".
Orang soleh menerangkan "Ketika itu aku baru saja dijamu oleh teman yang meminta surat itu dengan makanan yang banyak mengandungi bawang putih sehingga mulutku berbau. Maka aku tutup mulutku supaya raja tidak terganggu oleh bau mulutku itu".

Raja menggeleng-gelangkan kepala kehairanan. Kini baginda faham perkara sebenar dan tipu helah si penghasut dan kaki bodek yang sudah pasti terbunuh itu. Kemudian baginda berkata "Benar betul ajaran dan nasihatmu kepadaku bahwa orang yang jahat telah binasa kerana kejahatan yang dilakukannya sendiri".

Begitulah bahayanya hasad dan dengki. Oleh kerana itu Rasulullah s.a.w. bersabda yang ertinya: "Waspadalah engkau pada perbuatan dengki, kerana dengki itu memakan pada kebaikkan seperti api memakan kayu bakar".


Isnin, Disember 14, 2009

Maksud Fiqh Siasah


Fiqh menurut bahasa Arab ialah kata terbitan yang diambil dari kata kerja terdahulu : faquha atau faqiha. 'Faquha/Faqiha al-amr' bermakna: baik kefahaman terhadap sesuatu. Fiqh bermakna kefahaman atau pengetahuan.

Fiqh bukan sekadar ilmu, sebaliknya ialah kefahamn yang memerlukan penggunaan fikiran, penajaman akal dan pengerahan seluruh usaha untuk itu.

Didalam syarak, fiqh tidak diperolehi oleh semua manusia. Sebaliknya ia hanya diperolehi oleh sekumpulan manusia yang memiliki kemampuan akal yang tinggi, beramal soleh serta rasional.

Firman Allah swt yang bermaksud :
"Sesungguhnya telah Kami jelaskan tanda-tanda kebesaran Kami kepada orang-orang yang mengetahui" (al-An'am : 98)

Fiqh tidak diperolehi oleh orang kafir dan orang munafiq. Firman Allah yang bermaksud :
"....disebabkan orang-orang kafir itu kaum yang tidak memahami" (al-Anfal : 65)

Allah swt telah berfirman tentang orang-orang munafiq yang bermaksud :
"Katakanlah; api neraka jahanam itu amat panas jikalau mereka mengetahui" (al-Taubah : 81)

Firman Allah swt lagi yang bermaksud:
".....tetapi orang-orang munafiq itu tidak memahami" (al-Munafiqun : 7)

Fiqh menurut istilah syarak ialah : mengeluarkan (istinbat) hukum-hukum syarak yang bersifat amali dari dalil-dalilnya yang detail(tafsil). Sementara ungkapan 'al-Siyasi' adalah diambil dari perkataan 'sasa', katanama pelaku ialah 'sais' dan katanama terbitan ialah 'siasah' yang bermakna pengjagaan.

Ahli siasah ialah : orang yang memelihara urusan umat, memahaminya dengan kefahaman yang mendalam dan menyelesaikannya dengan pemikiran dan pandangan yang betul.

Ahli siasah Islam ialah : orang Islam yang komited dengan Islam yang menyelesaikan urusan umat dari sudut pandangan Islam dan hukum syarak.

Fiqh Siasah ialah : kefahaman mendalam terhadap urusan umat dalam dan luaran, mentadbirnya, menjaganya menurut panduan hukum syarak dan memandunya.
Siasah terbahagi kepada dua bentuk :-
  1. Siasah Syarak dan
  2. Siasah Bukan Syarak.
Pertama : Siasah Syarak bermaksud memimpin keseluruhan manusia menurut kehendak pandangan syarak dan khilafah yang bertindak memelihara agama serta menguruskan dunia dengannya (agama).

Kedua : Siasah Bukan Syarak atau siasah ciptaan manusia menurut kehendak pandangan manusia yang diterjemahkan kepada perlembagaan-perlembagaan ciptaan yang menggantikan syariat Islam dan bertentangan dengannya. Siasah ini yang menolak siasah syarak ialah siasah yang tidak beragama. Siasah yang tidak mempunyai agama adalah 'siasah jahiliyah'.


Petikan buku : Fiqh Siasah Menurut Imam Syahid Hassan Al-Banna
oleh : Dr. Muhammad Abdul Qadir Abu Faris.

Jumaat, Disember 11, 2009

Amaran Terhadap Orang Yang Menyembunyikan Ilmu


Abu Hurairah r.a. memberitakan bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Sesiapa yang ditanyakan tentang sesuatu ilmu yang telah dipelajarinya, tiba-tiba dia menyembunyikannya, maka dia akan dikekangkan di hari kiamat dengan kekang (pasung mulut) daripada api neraka".

Hadis Sahih riwayat Imam Ahmad, At-Tarmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah.

Pengajaran Hadith.
  1. Tujuan mempelajari ilmu ialah untuk mengesahkan sesuatu amalan dan dapat melaksanakannya dengan sempurna. Selain itu dapat diajar dan disebarkan kepada orang lain.
  2. Sesiapa yang tidak mengetahui ilmu aagama , maka dia wajib belajar dan bertanya kepada orang yang lebih tahu.
  3. Mana-mana orang yang tahu ilmu agama adalah berdosa besar apabila dia menyembunyikannya daripada pengetahuan orang lain.
  4. Penyembunyi ilmu agama itu akan dikekang dengan kekang api neraka di hari kiamat.

Selasa, Disember 08, 2009

Goods and Services Tax (GST)

GST adalah singkatan kepada 'Goods and Services Tax' atau dalam Bahasa Melayunya disebut "Cukai Barangan dan Perkhidmatan". Banyak lagi tafsiran yang diberi kepada huruf potong ini seperti 'Golongan Susah Tertindas', 'Go Squeeze Them' dan pelbagai lagi tafsiran boleh dilakukan. Pendekata ikut suka kitalah, apa yang nak kita namakan.

Utusan Malaysia on line bertarikh 27 Nov 2009 bertajuk 'GST pada 4%' dan disusuli pada 4 Dis 2009 dengan tajuk 'GST Tidak Bebankan Rakyat' telah melaporkan hasrat kerajaan untuk melaksanakannya pada tahun 2010. Bacaan pertama akan dilakukan pada sessi akhir parlimen tahun 2009, manakala bacaan kedua akan dibentangkan pada sidang parlimen sessi Mac 2010.

Kerajaan akan memperolehi RM1 Billion setahun hasil dari GST yang bakal dilaksanakan. A Kadir Jasin dalam blognya ketika mengulas kenyataan Menteri Kewangan Kedua, Ahmad Husni Hanadzlah sebagai berkata "kerajaan telah menjalankan kajian yang agak lama dan komprehensif mengenai pelaksanaan GST"; tidak berhasrat untuk berbahas mengenai semantik dengannya tetapi mempersoalkan kata-kata 'kajian yang agak lama dan komprehensif'.

Mengapa agak lama dan agak menyeluruh? Mengapa tidak lama dan menyeluruh? Bagi cadangan yang sangat penting seperti GST ini, kerajaan tidak boleh main agak-agak. Bagi beliau apa juga cukai yang diperkenalkan, ia tetap akan membebankan rakyat.

GST atau dalam bahasa penuhnya 'Goods and Services Tax' atau loghat Melayunya 'Cukai Barangan dan Perkidmatan' adalah sejenis cukai dimana apa sahaja barang dan perkidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah juga ia dikenali sebagai 'cukai penggunaan' atau 'consumption tax'. Dalam erti kata lain asasnya jauh lebih luas daripada cukai jualan dan cukai perkidmatan yang ada sekarang.

Pengguna apabila membelanjakan wang untuk membeli barangan akan dikenakan cukai. Dengan pendapatan yang tidak meningkat sambil terus dibebani dangan kenaikkan harga bahan bakar, tol, barangan keperluan, kadar inflasi dsb, kini rakyat Malaysia dibebani pula dengan GST.

Ada benarnya apabila kedapatan mereka yang berteori bahwa rakyat sebenarnya akan membayar 3 kali ganda daripada cukai GST yang dikenakan, walaupun kerajaan mendakwa tidak akan membebankan rakyat dengan kadar 4 % sahaja. Logiknya ialah, apabila satu barangan yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluar, ia akan melalui dua aliran pasaran iaitu pemborong dan peruncit. Sekiranya bagi setiap satu aliran pasaran yang dilalui akan dikenakan 4% cukai GST, bermakna barangan tersebut akan sampai ke pengguna pada kadar 12% cukai GST.

Contohnya : apabila satu produk yang dikeluarkan bernilai RM10.00; kadar 4% akan dikenakan kepada pemborong menjadikan nilainya RM10.40; 4% lagi akan dikenakan apabila produk tersebut tiba kepada peruncit menjadikan nilai meningkat kepada RM10.82; akhirnya apabila ia sampai ke tangan pengguna, nilainya meningkat keparas RM11.70 berserta kadar GST 4% yang dikenakan. Ini belum diambil kira kadar keuntungan yang diambil bagi setiap aliran pasaran yang dilalui.

Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution berkata : "Pakatan Rakyat amat prihatin terhadap cadangan ini dan menubuhkan 'pasukan petugas pemantau GST' yang dianggotai 3 wakil dari setiap parti. Pasukan ini akan mengkaji akta sedia ada yang berkaitan serta cadangan rang undang-undang berkenaan. Ia juga bertujuan untuk memformulasikan pelan tindakan jangka pendek dan jangka panjang". Pasukan ini kelak akan menyedia dan melengkapkan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dalam isu GST selain menjalankan sessi sumbang saran dengan rakyat serta memberi kefahaman secara menyeluruh terhadap kesan GST.

Menurut Dr. Dzulkifli Ahmad yang merupakan salah seorang daripada pasukan pemantau dari Parti PAS, GST yang akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan ini akan memberi kesan yang parah kepada rakyat khususnya kepada mereka yang berpendapatan rendah.

"Pada pandangan dan telahan kami, pengenalan GST ini akan meninggalkan kesan-kesan dan impak yang parah khususnya kepada golongan berpendapatan rendah. Kami mahu membawa isu ini sebagai isu yang cukup penting kerana persoalan bagaimana ia akan meninggalkan impak kepada rakyat bukan hanya isu politik tetapi sekali gus akan menjejaskan kehidupan rakyat yang sudah terbeban dengan pelbagai cukai dan penarikkan semula subsidi" tegasnya.

GST akan dilaksanakan 18 bulan selepas bacaan kedua.
Inilah amalan 'Tradisi Membela Rakyat' UMNO/BN.

Perlukan anda terus memberi undi kepada mereka. Fikir-fikirkan lah.



Isnin, Disember 07, 2009

Pesanan Agar Mengembangkan Ilmu.

Malik bin al-Huwarith r.a. pernah memberitakan :

"Kami telah datang untuk berada di samping Nabi s.a.w. sedang kami di kala itu adalah anak-anak muda yang hampir sebaya".

Maka kami berada disamping beliau (untuk belajar) selama dua puluh hari dan dua puluh malam. Dan adalah Rasulullah s.a.w. seorang yang ramah serta menjadi sahabat kepada kami. Maka dikala beliau merasakan adanya keinginan kami kepada keluarga kami atau kami telah merasa rindu, maka beliau bertanya kami tentang orang yang kami tinggalkan selepas kami (dirumah). Maka kami pun menceritakan kepada beliau.

Maka beliau berkata :
"Kembalilah kamu mendapatkan keluarga kamu dan hendaklah kamu berada disamping mereka, ajarlah mereka dan suruhilah mereka".

Dan beliau menyebutkan beberapa perkara yang saya ingat atau saya tidak lagi ingat.

"Dan bersembahyanglah kamu sebagaimana kamu lihat aku bersembahyang".
"Apabila masuk waktu sembahyang, maka hendaklah salah seorang daripada kamu azan untuk kamu semua dan hendaklah kamu melantik orang yang lebih tua antara kamu untuk menjadi imam."
HR : Imam Bukhari dan Muslim.

Pengajaran Hadis.
  1. Orang-orang Islam digalakkan hidup bergaul dan berkumpul. Lebih-lebih lagi apabila hendak mempelajari ilmu agama.
  2. Orang-orang muda pula digalakkan mendampingi alim ulama' untuk belajar ilmu agama.
  3. Pemuda-pemuda yang datang dan berada disamping Nabi s.a.w. itu telah memperolehi sebahagian ilmu agama daripada Nabi s.a.w.
  4. Mereka disuruh kembali kerumah sesudah cukup tempuh belajar secara intensif untuk mengajar pula kepada keluarga mereka. Mereka hendaklah mematuhi Allah swt dan Rasul Nya.

Khamis, Disember 03, 2009

Akal Buntu Punca Manusia Sembah Batu.


Al-Faqih Muhammad bin Marjan menjelaskan sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang panjang dalam kitabnya, Al-Irsyad. Dalam hadis tersebut Rasulullah s.a.w. menceritakan keadaan huru-hara di Mahsyar.

Mahsyar merupakan tempat persinggahan sementara sebelum manusia ditentukan oleh mahkamah Akhirat sama ada akan dihantar ke syurga atau ke neraka, atau pun tidak ke syurga dan tidak pula ke neraka tetapi sebagai As-habul A'araf. Walaupun Mahsyar adalah tempat persinggahan sementara, namun peristiwa Mahsyar boleh menjadi lebih lama tempuhnya jika dibandingkan dengan tempuh manusia menjadi penghuni di alam dunia ini.

Jika seseorang menunggu bas di perhentian selama beberapa jam, namun bas yang ditunggu tidak kunjung tiba, kita akan dapati ramai yang akan gelisah dan keluh-kesah. Sudah terasa penat duduk, mereka akan bangun meninjau-ninjau dan melontarkan pandangan kalau-kalau bas yang ditunggu sudah tiba, sambil mengurut pinggang yang terasa lenguh. Mereka saling bertanya sesama para penunggu yang lain, bilakah bas akan tiba lantaran mereka sudah dilanda kebosanan.

Maka betapa pula keadaannya ketika berada di perhentian Mahsyar untuk menghadapi urusan pemeriksaan amal dan pelbagai agenda soal jawab dengan Tuhan, membuat perhitungan dan penyelesaian dalam kalangan mereka yang mempunyai kesalahan sesama manusia, ataupun bersangkutan dengan hutang piutang yang belum dijelaskan.

Begitu panjang masa yang diperlukan, bukan sahaja terasa letih kerana begitu lama menunggu, sebaliknya penantian itu merupakan suatu azab yang tidak tertanggung oleh ahli Mahsyar kerana bagi sesetengah orang, walaupun sudah begitu lama disitu namun belum ada penyelesaian. Kalangan ahli Mahsyar ketika itu berusaha untuk mencari Nabi-nabi supaya mereka boleh menolong menyegerakan proses itu.

Mereka menemui Nabi Adam a.s., Nabi pertama dan bapa sekelian manusia, sayangnya Nabi Adam tidak berupaya untuk menolong kerana dia sendiri ada kes dengan Tuhan semasa di syurga iaitu melanggar larangan Tuhan kerana mendekati Pohon Khuldi. Ketika itu Tuhan memerintahkan Nabi Adam supaya mengeluarkan puak-puak yang akan dimasukkan ke syurga daripada kalangan anak cucu mereka. Golongan yang akan menjadi mangsa keganasan api neraka itu terdapat tujuh golongan.

Nabi Adam a.s. memerintahkan dua golongan pertama supaya keluar dari khalayak ramai. Belum pun sempat melangkahkan kaki, api neraka telah menyambar mereka terlebih dahulu.Ibarat minyak yang terdedah ditengah air, api menyambar minyak tersebut tetapi air yang ada di sekelilingnya tidak terbakar. Demikianlah neraka itu sendiri amat mengenali mangsanya.

Gelombang pertama yang disambar oleh neraka itu ialah daripada puak yang kufur terhadap Allah swt dengan cara menunjuk sombong, sama ada sombong tingkah laku ataupun sikap yang dapat diterjemahkan melalui tutur kata mereka. Dengan sombong mereka menolak hukum Allah swt dan menyifatkan hukum yang berasaskan wahyu tidak sesuai untuk masyarakat majmuk.

Golongan kedua yang bakal dihumban ke neraka ialah golongan kuffar yang tidak mempedulikan peranan dirinya sebagai hamba Allah Ta'ala. Hidup seperti haiwan sekadar untuk makan, minum, tidur dan berkhawin. Mereka adalah puak-puak jahil yang tidak mengambil tahu kewujudan Allah swt.

Tuhan berkata kepada ahli-ahli neraka : " Sekarang ke manakah perginya benda-benda yang kamu sembah selain daripada Allah?". Pertanyaan ini adalah suatu tempelak terhadap manusia yang menyembah sesuatu selain Allah swt. Manusia bukan sahaja ada yang menyembah batu berhala, menyembah busut, memuja syaitan, menyembah harta benda, malah ada juga manusia yang menyembah sesama manusia.

Manusia yang menyembah Allah swt, semestinya mereka bertemu dengan Allah, tetapi para penyembah mahluk akan ditanya oleh Nya, dimanakah benda-benda yang disembah oleh mereka itu. Jika benda-benda itu dijadikan tuhan, sepatutnya tuhan-tuhan mereka itu ada bersama menolong ketika mereka amat memerlukan pertolongan. Namun terbukti bahwa tuhan-tuhan itu tidak dapat menolong para penyembahnya, malah tidak dapat menolong diri mereka sendiri.

Ketika itu Allah swt memerintahkan manusia yang menyembah sesuatu selain Nya supaya mengikut tuhan-tuhan palsu yang disembah dahulu. Oleh sebab tuhan-tuhan yang disembah oleh mereka terdiri daripada batu-batu berhala atau tunggul kayu yang dimasukkan kedalam neraka sebagai bahan bakar, maka para penyembahnya juga turut terjun kedalam neraka bersama dengan sembahan mereka.

Demikianlah natijah yang mesti ditempuh oleh manusia yang tidak menggunakan akal yang sempurna dan juga nasihat para Rasul supaya menyembah Allah swt yang menciptakan alam dan diri manusia sendiri serta meninggalkan berhala-berhala yang tidak mendatangkan faedah mahu pun mudharat.

Mengapa mereka tidak menggunakan akal yang waras semasa mereka menyembah tuhan-tuhan palsu, padahal patung-patung sembahan itu adalah ciptaan mereka sendiri? Bukankah tuhan-tuhan palsu itu beku dan kaku, tidak memberikan sebarang menafaat kepada penyembahnya, hatta terhadap dirinya sendiri. Alangkah lemahnya akal para penyembah berhala itu.

Petikan buku 'Nota Kepada Diri' oleh Tuan Guru Nik Abd. Aziz Nik Mat.


Rabu, Disember 02, 2009

Mengucap Tahniah Kepada Ilmuan.


Ubay bin Ka'ab r.a. memberitakan Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Wahai Abu al-Mundzir (gelaran Ubay), tahukan engkau ayat manakah daripada kitab Allah (al-Quran) yang lebih besar yang ada bersama engkau?".

Ubay berkata :
"Allah dan rasul Nya yang lebih mengetahui"

(Rasulullah s.a.w. mengulangi pertanyaan tadi dalam bentuk yang sama).

Ubay berkata : Saya menjawab :
"Allah dan Rasul Nya yang lebih mengetahui".

Dia menyambung : Maka beliau menepuk dadaku dan baginda bersabda :
"Syabas! mendalam ilmu engkau, wahai Abu al-Mundzir!".

HR : Imam Muslim.

Pengajaran Hadis.
  1. Sesungguhnya dada adalah sebagai gedung imu. Nabi Musa a.s. memohon kepada Allah agar dibukakan dadanya apabila berhadapan dengan Firaun dan pengikut-pengikutnya.
  2. Tiadalah suatu agama yang paling kaya dengan sumber ilmu selain agama Islam. Sumber ilmu itu terkandung dalam al-Quran dan al-Hadis.
  3. Setiap orang digalakkan menghafal dan mengingati ilmu yang dipelajarinya bukan sekadar mengetahui atau mempelajarinya sahaja. Ilmu dalam dada adalah sebenar-benar ilmu yang ada bersama seseorang.
  4. Ilmu menjadi teman atau sahabat karib yang boleh membantu seseorang dalam sebarang keadaan dan suasana.
  5. Besar pahala apabila kita membaca ayat al-Kursy melebihi ayat lain. Ayat al-Kursy terkandung dalam ayat 255 surah al-Baqarah. Ayat al-Kursy menyamai pahala (membaca) suku al-Quran, menurut sumber Imam Ahmad.
  6. Rasulullah s.a.w. menggembirakan para ilmuan termasuk Ubay. Ini kerana Ubay tahu kedudukan ayat-ayat al-Quran dan mengingatinya.

Ahad, November 29, 2009

Apabila Orang Alim Berdoa.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Terdapat 3 golongan mereka yang tidak akan ditolak doanya iaitu pemimpin (penguasa) yang adil, orang yang berpuasa sehingga ia berbuka dan orang yang dianiaya. Doa mereka itu diangkat Allah dan pada hari kiamat akan dibukakan untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman 'Demi keagungan Ku, Aku akan menolongmu walaupun sesudah suatu waktu'". (HR : Imam Ahmad, Tirmidzi, Nasa'i dan Ibnu Majah)

Hadis diatas memberikan penjelasan bahwa terdapat 3 golongan manusia yang tidak akan ditolak doanya oleh Allah swt.

Golongan pertama, pemimpin (penguasa) yang adil iaitu, pemimpin yang selalu membela orang yang benar dan menghukum mereka yang salah tanpa pilih kasih, yang mendahulukan kepentingan rakyat serta menggunakan pangkat dan kedudukannya semata-mata untuk kesejahteraan umat dengan niat kerana Allah.

Golongan kedua, orang yang berpuasa hingga ia berbuka. Orang yang sedang berpuasa adalah orang yang paling hampir untuk dikabulkan doanya. Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dari Abdullah bin Umar bahwa dia mengatakan dirinya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Orang yang berpuasa memiliki doa yang mustajab pada masa berbuka".

Golongan ketiga, doa orang-orang yang teraniaya iaitu orang-orang yang ditindas sama ada fizikal mahupun mental. Mereka ditindas sama ada sistem atau corak kepimpinan yang zalim. Maka Allah akan mengabulkan doa mereka.

Akhbar Berita Harian versi online , Ahad 29 November 2009, dibawah tajuk 'Doa Nik Aziz di Kecam' memuatkan berita :
Nik Aziz kelmarin berkata, beliau dan penyokongnya sudah mendoakan agar Perdana Menteri mengubah fikiran supaya memberikan royalti kepada negeri itu (Kelantan), jika tidak beliau akan berdoa supaya Allah menghapuskan masa depan Najib dan UMNO.
"Saya doa tadi ramai-ramai minta Allah swt perbetulkan pemikiran Perdana Menteri biar dia beri (royalti)....kalau tak, kita doa supaya Allah musnahkan masa depan dia, parti dia, proksi dia semua akan musnah, tak mustahil benda ini akan berlaku" katanya.

Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria mengingatkan bahwa perbuatan itu adalah haram disisi Islam. Ujarnya: Berdoa meminta Allah swt memusnahkan kehidupan masa depan orang lain tidak boleh, haram dan berdosa besar. Kalau kepada kafir harbi (tidak tunduk kepada pemerintahan kerajaan Islam) tidak mengapa".

Kelam kabut kerajaan pimpinan UMNO/BN apabila mendengar Tok Guru berdoa dengan nada yang keras dan menakutkan sehingga terpaksa menggunakan jurucakap agama mereka yang kini ternyata telah hilang kredibelitinya. Kenapa mesti gusar dengan seorang yang sudah berusia dan kurang daya kekuatannya jika dibandingkan dengan seorang Menteri Perdana yang segak bergaya melangkah seantero dunia. UMNO/BN yang gah dengan kesombongan mereka, gempita berbicara boleh melakukan apa sahaja, tiba-tiba menikus dengan doa seorang tua yang sedang meniti usia. Ketakutan sama yang dialami Israil apabila berhadapan dengan As Syahid Syeikh Ahmad Yassin, pemimpin HAMAS yang berkerusi roda dan buta.

UMNO terpaksa menggunakan jurucakap mereka dari kalangan agama kerana golongan ini memahami intisari hadis diatas. 3 golongan yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w. jika diamati ada pada diri Tuan Guru Nik Abd Aziz. Beliau merupakan seorang penguasa yang adil, seorang ulama' yang sudah pasti melakukan banyak ibadat-ibadat sunnat seperti berpuasa dan terainiya akibat sistem dan corak kepimpinan yang zalim. Ciri-ciri yang ada ini membuatkan doa Tok Guru akan 'diangkat oleh Allah dan pada hari kiamat akan dibukakan pintu-pintu langit untuknya'.....

Ciri-ciri inilah yang digeruni oleh mereka. Maka media diperalat untuk mengaburi mata dan minda masyarakat dengan menjadikan mufti sebagai jurubicara. Begitulah UMNO- Dulu Kini dan Selama-lamanya terus memperbodohkan rakyat. Bagi rakyat yang telah celik pemikiran, suapan minda seumpama ini sudah jauh ketinggalan dan akan terus menolak sebarang bentuk propaganda murahan tajaan UMNO/BN.

Islam Memimpin Perubahan.



Sabtu, November 28, 2009

Apabila Kita Bicara Soal Intergriti.

Ketika Saidina Khalid Ibnu Walid sedang memimpin bala tentera Islam memerangi tentera Rom di Yarmuk, tiba-tiba datang Mahmiya bin Zamin sebagai utusan dari Madinah lalu menyerahkan sepucuk surat kepada Khalid sambil berbisik menyatakan bahwa Khalifah Abu Bakar As Siddiq telah kembali menghadap Rabbnya dan digantikan dengan Saidina Umar Al Khattab. Khalid menerima surat tersebut lalu menyimpan dalam tabung anak panahnya kerana khuatir berita tentang penggantian Umar sebagai Khalifah dan pemecatannya sebagai panglima angkatan bersenjata akan tersebar dikalangan tentera Islam yang baru sahaja hendak memulai peperangan. Setelah selesai melaksanakan tugasnya dan berjaya mengalahkan tentera Rom, Khalid pun berundur dari jawatannya dan menyerahkan tugasnya sebagai panglima angkatan bersenjata kepada Abu Ubaidah Al Jarrah sebagai penggantinya.

Nilai keimanan dan semangat juang berdasarkan Islam yang amat tinggi yang dimiliki Khalid mengatasi segala-galanya. Pangkat dan kedudukan bagi insan seperti Khalid tidak dapat mengaburi mata demi kerana Iman dan Islam. Inilah nilai intergriti sebenar yang ada pada para sahabat Nabi s.a.w. yang amat sukar untuk dicari ganti dewasa ini. Khalid tidak memberontak sambil mengumpul para penyokongnya agar memulaukan peperangan, seperti yang banyak dilakukan oleh manusia sekarang apabila dinafikan kedudukannya. Sebab bagi Khalid, ia berperang kerana Allah dan Rasul Nya demi agama Islam yang dianuti, tidak sedikit pun jauh disudut hatinya terselit perasaan cintakan pangkat dan kedudukan. Pemecatannya diterima dengan hati yang amat terbuka tanpa sebarang sangkaan buruk terhadap Khalifah Umar Al Khattab.

Tiba-tiba kita mendengar berita yang menjadi kegemaran para musuh kerajaan Kelantan, apabila terdapat kemelut didalam pentadbiran Perbadanan Menteri Besar Kelantan yang diterajui oleh Ir. Abdul Ariffahmi Ab Rahman yang juga merupakan menantu kepada YAB Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat. Dalam senario politik di Malaysia khususnya gerombolan United Malay Nation Organisation (meminjam kata-kata Hishamudin Rais) adalah perkara biasa. Tiada apa yang pelik, malahan hampir setiap negeri yang ditadbir mereka sering kedapatan ahli keluarga didalam pentadbiran. Bahkan bermacam-macam penyelewengan yang didedahkan tetapi mereka menerimanya sambil lewa sahaja. Seoalah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Lihat sahaja lagak budak-budak ditingkat 4 Jabatan Perdana Menteri seperti yang didedahkan oleh Tun Mahathir ketika era pemerintahan Tun Pak Lah. Ia berlalu macam tu saja walaupun yang memukul gendang adalah mantan Perdana Menteri. Tetapi apabila ia melibatkan pemerintahan Islam yang diterajui oleh PAS di Kelantan, lain iramanya.

Ariffahmi telah mengambil langkah yang sama diambil oleh Khalid Ibnu Walid, cuma beliau tidak dipecat tetapi mengundurkan diri secara sukarela. Bukan senang hendak melepaskan jawatan tinggi seperti itu. Tetapi atas kepentingan agama yang diletak tinggi mengatasi kepentingan duniawi, kedudukan dan pangkat dilihat sebagai suatu yang amat kecil kerana sifatnya adalah sementara. Dinsman ketika disapa melalui telefon bimbit sewaktu menikmati makan tengahari di Jalan Kg Sireh, tidak menyedari telah berlaku satu kejutan besar dalam pentadbiran PMBK kerana nada suara CEOnya tidak menampakkan sebarang perubahan besar telah berlaku. Tenang dan bersahaja.

Inilah hasil tarbiah yang datang dari kepimpinan Tok Guru yang secara kebetulan merupakan bapa mertua kepada Ariffahmi. Tok Guru juga selaku Menteri Besar akur kepada nasihat yang di beri daripada pimpinan tertinggi parti, sekali gus menunjukkan betapa tingginya nilai intergriti yang ada dalam diri seorang yang menjawat jawatan tertinggi dalam kepimpinan negeri. Inilah contoh terbaik yang telah dipamirkan oleh seorang yang bergelar Menteri Besar untuk tontonan dan ikutan kepada mereka yang menjawat jawatan tertinggi didalam kepimpinan negeri mahupun negara. Jangan hanya pandai bercakap sambil mencipta pelbagai slogan tetapi tidak berjaya menjadi contoh ikutan kepada masyarakat. Tok Guru dan Ariffahmi tanpa sebarang rasa kecewa dan kesal menurut kehendak ramai kerana pegangan agama yang utuh. Insan-insan hebat seumpama ini meletakkan kepentingan akhirat lebih aula daripada kepentingan dunia. Mereka langsung tidak terpesona dengan mainan dunia yang penuh dengan tipu daya dan sia-sia seperti yang diberitahu oleh Allah menerusi kalam Nya.

Bagi mereka yang mencemburui kepimpinan Tok Guru, apa juga isu walaupun ianya dilihat baik tetap akan menjadi buruk pada pandangan mereka. Susuk tubuh insan ini akan terus dijadikan bahan kritikan tanpa ada rasa belas ihsan. Namun sebagai insan yang hebat, setiap kritikan akan dibalas dengan senyuman yang diiringi dengan doa agar mereka yang iri dan dengki diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah swt.

Kalau mahu berbicara soal intergriti....lihatlah susuk tubuh ini...semoga ia menjadi panduan untuk kita menuju kejalan Illahi.

Kisah Pemuda Beribu-bapakan Babi.


Nabi Musa adalah satu-satunya nabi yang boleh berakap terus dengan Allah swt. Setiap kali ia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Diatas bukit itulah baginda akan bercakap dengan Allah. Baginda sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Satu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah : "Ya! Allah, siapakah orang di syurga nanti akan berjiran dengan aku?" Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan menuju tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari perjalanan, akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat yang berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam baginda dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia terus masuk kedalam bilik dan melakukan sesuatu didalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekur babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ni" kata Nabi Musa berbisik didalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilapkan dengan kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekur babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga di mandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap sehingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula kedalam bilik.

Selesai kerjanya itu barulah ia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?" tanya Nabi Musa. "Aku agama tauhid" jawab pemuda itu (agama Islam) "Habis kenapa kamu membela babi, sedangkan kita tidak boleh berbuat begitu" kata Nabi Musa. Jawab pemuda itu kepada Nabi Musa "Wahai tuan hamba! Sebenarnya kedua babi itu adalah ibu-bapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu-bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugas aku" sambungnya. "Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohom supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah belum memakbulkan lagi" tambah pemuda itu.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. "Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibu-bapanya. Ibu dan ayahnya sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami".

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud :" Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibu-bapanya yang Kami sediakan dalam neraka telah kami pindahkan ke dalam syurga."

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibu-bapa yang akan masuk ke dalam neraka berpindah ke syurga, dengan syarat dia berbakti kepada kedua ibu-bapanya, walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibu-bapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak. Walau bagaimana buruk sekali pun perangai ibu-bapa kita, itu bukan urusan kita. Urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sepertimana mereka menjaga kita dari kecil hinggalah dewasa.

Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu pun bukan urusan kita. Urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah swt supaya kedua ibu-bapa kita mendapat keampunan Nya. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibu-bapanya mendapat tempat yang baik di akhirat nanti. Inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibu-bapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak kapada kedua ibu-bapanya ialah dengan doanya supaya kedua mereka mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah swt.

Semoga kita tergolong didalam anak-anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kedua ibu-bapa kita.

Amin Ya Rabbul 'alamin

Khamis, November 26, 2009

Siapakah Ahlus Sunnah ? (Bhg Akhir)

As Sunnah Menurut Ahli Ushul Fiqh.

Menurut ahli ushul fiqh, as sunnah adalah asas dari asas-asas hukum syariat dan juga dalil-dalilnya. Al-Amidy dalam kitab Ah Ihkam 1/169 mengatakan : "Apa-apa yang datang dari Rasulullah s.a.w. dari dalil-dalil syariat yang bukan dibaca dan bukan pula mukjizat atau masuk dalam kategori mukizat".

As Sunnah di Sisi Ulama' Fikah.

As Sunnah disisi mereka ialah apa-apa yang apabila dikerjakan mendapat pahala dan apabila tidak dikerjakan tidak berdosa. Disini boleh dilihat mereka yang mengaku sebagai ahlus sunnah; dengan menyandarkan kepada ahli fekah, tidak memiliki dalil yang jelas.

Siapakah Ahlus Sunnah.

Ahlus Sunnah memiliki ciri-ciri yang sangat jelas dimana ciri-ciri itulah yang menunjukkan hakikat mereka :-

1. Mengikuti Jalan Rasul.
Mereka adalah orang-orang yang mengikuti jalan Rasulullah s.a.w. dan jalan para sahabatnya, yang menyandarkan pada Al-Quran dan As Sunnah dengan pemahaman salafus salih iaitu pemahaman generasi pertama umat ini dari kalangan sahabat, tabi'in dan generasi setelah mereka. Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sebaik-baik manusia ialah generasiku kemudian orang-orang setelah mereka kemudian orang-orang setelah mereka". (HR: Bukhari, Muslim, Ahmad)

2. Merujuk Al-Quran dan Sunnah.
Mereka kembalikan segala bentuk perselisihan yang terjadi dikalangan mereka kepada Al-Quran dan As Sunnah dan sedia menerima apa-apa yang telah diputuskan oleh Allah dan RasulNya. Firman Allah :
"Maka jika kalian berselisih dalam satu perkara, kembalikanlah kepada Allah dan Rasulullah jika kalian beriman kepada Allah dan hari akhir. Dan yang demikian itu adalah baik dan lebih baik akibatnya". (QS An Nisa : 59)
"Tidak pantas bagi seorang mukmin dan mukminat apabila Allah dan Rasul Nya memutuskan suatu perkara untuk mereka, akan ada bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka. Barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul Nya sungguh dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata". (QS : Al Ahzab : 36)

3. Mendahulukan Firman dan Sabda.
Mereka mendahulukan firman Allah dan sabda Rasulullah s.a.w. daripada uxapan selain keduanya. Firman Allah :
"Hai orang-orang yang beriman janganlah kalian mendahulukan (ucapan selain Allah dan Rasul) terhadap ucapan Allah dan Rasul dan bertawakalah kalian kepada Allah sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui". (QS : Al Hujurat : 1)

4. Menghidupkan Sunnah.
Menghidupkan sunnah Rasulullah samada dalam ibadah mereka, akhlak mereka dan dalam semua sendi kehidupan, sehingga mereka menjadi orang asing ditengah kaumnya. Rasulullah s.aw. bersabda tentang mereka :
"Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali pula dalam keadaan asing, maka berbahagialah orang yang dikatakan asing". (HR : Muslim dari hadis Abu Hurairah dan Ibnu Umar r.a.)

5. Taat pada Kalamullah dan Sunnah.
Mereka adalah orang-prang yang tidak fanatik kecuali kepada Kalamullah dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Imam Malik mengatakan : "Tidak ada seorang pun selepas Rasulullah s.a.w. yang ucapannya boleh diambil dan ditolak kecuali ucapan Baginda".

6. Berpegang Pada Sunnah.
Mereka adalah orang-orang yang menyeru segenap kaum Muslimin agar berpegang dengan Sunnah Rasulullah dan sunnah para sahabatnya.

7. Amal Makruf Nahi Mungkar.
Mereka adalah orang-orang yang memikul amanat amar makruf dan nahi mungkar sesuai dengan apa yang dimahukan Allah dan Rasul Nya. Dan mereka mengingkari segala jalan sesat dan kumpulan-kumpulan yang membawa ajaran salah terhadap umat Islam.

Oleh : Abu Usamah Rawiyah
Majalah I Keluaran November 2009.






Rabu, November 25, 2009

Islam dan Umat Islam Ternyata Hebat.

Ketika artikel ini ditulis, penulis berada di Sungai Petani, Kedah. Peluang yang tidak sepatutnya dilepaskan ketika berada di bandar ini ialah merasai keenakan ayam goreng keluaran syarikat bumiputera Islam HPA yang lebih dikenali dengan nama Radix Fried Chicken. Setelah selesai melaksanakan tugas di Sik, kenderaan dihalakan menuju ke Sungai Petani melalui susur masuk Sg Petani Utara dan ketika dalam perjalanan ke hotel penginapan RFC telah kelihatan disebelah kanan jalan. "Ha! inilah tempat makan tengahari kita hari ni" kata saya kepada rakan-rakan yang berbangsa Cina. "Hoi sedapkah ini...boleh lawan KFC ka kawan...." "You try first..then you comment" balas saya untuk meyakinkan mereka.
Setelah bersiap untuk makan tengahari kami pun terus menuju ke restoran RFC tanpa ada sebarang cadangan lain. Hasrat saya ialah untuk membuktikan kepada rakan-rakan berbangsa lain bahwa orang Melayu Islam yang dianggap kerdil dalam bidang restoran makanan segera ala barat ini mampu membuktikan keupayaan mereka bahkan lebih baik lagi.

Masuk sahaja kedalam restoran ini, set-upnya sahaja sudah memeranjatkan rakan-rakan saya. "Wah! not badlah....lets try the chicken" kata-kata yang terhambur dari mulut mereka. "First round aku dah menang" bisik hati saya. Kami pun terus order mengikut set yang disediakan. Ada yang ambil set untuk 2 ketul dan ada juga yang try set untuk 3 ketul ayam. "This is organic chicken not like what KFC is having, definately the taste will be different" jelas saya kepada mereka dengan penuh keyakinan.

Apabila ayam yang ranggup setanding KFC menerjah masuk ke mulut masing-masing "Emmm ini lebih sedap dari KFC" ungkapan yang ternyata berbeza dari mulanya. Persepsi yang ada dalam minda sebelum ini dah bertukar kepada sesuatu yang amat meyakinkan. "Kat Johor ada ka....?" "Ada kat Kluang" jawab saya. "Dia orang kena luaskan lagi outlet" "Is in the planning" balas saya. "Just wait and see, it might be in your area very soon" satu penjelasan yang amat menyakinkan.

Walau apa pun tahniah kepada HPA. Sebagai seorang Muslim, saya amat teruja dengan kejayaan yang dicapai. Ini membuktikan kepada masyarakat tempatan dan antarabangsa bahwa orang Melayu Islam mampu menyaingi bangsa asing. Bahkan produk yang dipasarkan ini lebih baik dari apa yang terdapat dipasaran dengan 'value added' yang ada iaitu selain halal ianya ORGANIC.

Syabas!!! ISLAM BOLEH.

Siapakah Ahlus Sunnah? (Bhg 1)

Istilah Ahlus Sunnah tentu tidak asing bagi umat Islam. Bahkan mereka semua mengaku sebagai Ahlus Sunnah. Tapi siapakah Ahlus Sunnah itu? Dan siapa pula kumpulan yang disebut Rasulullah s.a.w. sebagai orang-orang asing?

Untuk menjawab pertanyaan siapakah golongan Ahlus Sunnah, hal ini perlu dirujuk kepada keterangan Rasulullah s.a.w. dan ulama' salaf yang menentukan siapakah mereka yang sebenarnya dan apa ciri-ciri mereka. Hal ini kerana ramai yang mengaku berfahaman ini, malangnya amalan mereka jauh daripada hal yang menjadi ciri-ciri Ahlus Sunnah seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w.

As Sunnah

Memahami As Sunnah dari aspek bahasa dan isltilah adalah sangat penting. Disamping untuk mengetahui hakikatnya, juga untuk menjadi kayu ukur untuk kita melihat pihak-pihak yang mendakwa Ahlus Sunnah, benarkah dakwaan mereka. Memahami definasi Ahlus Sunnah perlu ditinjau dari beberapa aspek iaitu aspek bahasa, syariat dan generasi yang pertama, ahlul hadith, ulama ushul dan ahli fikah.

As Sunnah Menurut Bahasa.

As Sunnah menurut bahasa adalah As Sirah (perjalanan), samada yang buruk ataupun yang baik. Khalid bin Zuhair Al Hudzali berkata :
"Jangan kamu sekali-kali gelisah kerana jalan yang kamu tempuh. Keredhaan itu ada pada jalan yang dia tempuh sendiri."

As Sunnah Menurut Syariat dan Generasi yang Pertama.

Apabila terdapat kata sunnah dalam hadith Rasulullah s.a.w. atau dalam ucapan para sahabat dan tabi'in, maka yang dimaksudkan adalah makna yang luas dan umum. Meliputi hukum- hakam, samada yang berkaitan langsung dengan keyakinan atau dengan amal, apakah hukumnya wajib, sunnah atau boleh.
Al Hafidz Ibnu Hajar dalam kitabnya Fathul Bari 10/341 berkata : "Telah tetap bahwa kata sunnah apabila terdapat dalam hadith Rasulullah s.a.w., maka yang dimaksud bukan sunnah sebagai lawan wajib (apabila dikerjakan mendapat pahala dan apabila ditinggalkan tidak akan berdosa)".
Ibnu 'Ajian dalam kitab Dalilu Falihin 1/415 ketika beliau mensyarahkan hadith 'Fa'aalikum Bisunnati', berkata : "Ertinya jalanku dan langkahku yang aku berjalan di atasnya dan dari apa-apa yang telah aku perincikan kepada kalian dari hukum-hukum iktikad (keyakinan), dan amalan-amalan baik yang wajib, sunnah dan sebagainya."
Imam Shan'ani berkata dalam kitab Subulus Salam 1/187, ketika beliau mensyarahkan hadith Abu Sa'id Al-Khudri : "didalam hadith tersebut disebutkan kata 'Ashobta As Sunnah' iaitu jalan yang sesuai dengan syariat."
Demikianlah kalau kita ingin meneliti nas-nas yang menyebutkan kata 'As Sunnah', maka akan jelas apa yang dimahukan dengan kata tersebut iaitu : 'Jalan yang terpuji dan langkah yang diredhai yang telah dibawa oleh Rasulullah s.aw.' Dari sini jelaslah kekeliruan orang-orang yang menisbahkan atau menafsirkan kata sunnah dengan istilaj fikah.

As Sunnah Menurut Ahli Hadith.

As Sunnah menurut jumhur ahli hadith adalah sama dengan hadis iaitu : 'Apa-apa yang diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. samada berbentuk ucapan, perbuatan, ketetapan dan sifat baik khalqiyah (bentuk) atau khuluqiyah akhlak.'

Oleh : Abu Usamah Rawiyah
Petikan Majalah I November 2009

Rabu, November 18, 2009

TITIAN KASIH



Dewan Pemuda PAS Kawasan Kulai dengan kerjasama PAS Kawasan dan Dewan Muslimat akan menganjurkan program yang diberi nama 'Titian Kasih'. Program ini bertujuan untuk menghulurkan bantuan dalam bentuk kelengkapan sekolah kepada pelajar miskin yang terdapat disekitar daerah Kulai. Objektik program ini diadakan ialah bertujuan untuk :-
  1. Menghubungkan silaturrahim antara golongan berada dengan golongan yang kurang berkemampuan.
  2. Mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh mereka yang kurang mampu khususnya ketika menghadapi permulaan penggal persekolahan.
  3. Mendekati dan mengenal pasti golongan yang kurang berkemampuan bagi menghulurkan bantuan secara berkala melalui lajnah kebajikan PAS Kawasan.
Program ini memfokuskan :-
  1. Sasaran pelajar miskin seramai 60 orang yang terdiri daripada pelbagai kaum di Kulai.
  2. Tumpuan diberikan bagi sekolah-sekolah yang terletak didalam DUN Bukit Permai.
  3. Bantuan dalam bentuk sepasang pakaian sekolah berserta beg dan perlatan tulis.
  4. Anggaran kos bagi seorang pelajar ialah RM80.00
Program akan berlangsung seperti berikut :-
  • Tarikh : 27 Disember 2009 (Ahad)
  • Venue : TJ Mart Saleng, Kulai.
  • Masa : 2.00 hingga 6.00 ptg
Bagi sesiapa yang berminat untuk menyumbang dalam bentuk tajaan pelajar dan ingin mendapat maklumat lanjut sila hubungi talian dibawah :
  • 013-7216173 En. Ahmad Tobrani atau
  • 012-7271535 En. Mohd Fadil
Sumbangan anda amat kami hargai dan diucapkan
Jazakallah Khairan Kasira.


Selasa, November 17, 2009

Cheng Ho : 1371 - 1433 (Bhg.Akhir)

Perintis Laluan Sutera Laut.

Walaupun Cheng Ho, Christopher Columbus, Vasco da Gama dan Ferdinand Magelhaen berkongsi satu persamaan dan pengiktirafan - mereka adalah pelayar-pelayar terhebat dunia - namun yang membezakan setiap individu adalah matlamat pelayaran yang mereka ketuai. Misi pelayaran para pelayar barat lebih kepada tujuan-tujuan seperti penjajahan, penyebaran doktrin kristianisasi dan penguasaan kekayaan yang disertai dengan kezaliman dan penindasan ke atas negara atau bangsa yang didatangi.

Amat berbeza sekali dengan pengembaraan Cheng Ho sebagai mewakili Dinasti Ming yang membawa mesej keamanan, persahabatan, perdamaian, diplomatik, perdagangan, pertukaran budaya dan teknologi dan menyebar dakwah Islam ke tanah daratan yang disinggahi. Pengembaraan Cheng Ho bukan sekadar membuahkan jambatan silaturrahim tetapi turut membantu beberapa pihak seperti berjaya memusnahkan kuasa lanun China, campur tangan dalam peperangan di Jawa dan membantu pemerintahan Ceylon yang sah mendapatkan takhta baginda semula.

Sepanjang 30 tahun dalam kehidupan sebagai ahli pelayaran, Cheng Ho tidak pernah putus asa melibatkan diri dalam aktiviti budaya Islam di China. Melalui 'laluan sutera laut' Cheng Ho telah membantu mempererat hubungan China dengan negara luar terutama dalam bidang politik dan ekonomi. Beberapa pengkaji sejarah moden menyimpulkan sumbangan Cheng Ho yang besar dalam dunia pelayaran silam secara tidak langsung telah menaikkan nama China gah di mata negara-negara jiran dan mungkin juga sebagai kuasa besar di dunia.

PETIKAN MAJALAH I (November 2009)

Isnin, November 16, 2009

Cheng Ho : 1371 - 1433 (Bhg. 2)

Jejak Ekspedisi Cheng Ho.

Tahun 1405 telah menjadi titik permulaan 'penguasaan' China dalam melancarkan misi ekspedisi terbesar dalam sejarah. Cheng Ho pula dilantik sebagai laksamana yang mengetuai misi. Sehingga tahun 1433, Cheng Ho telah mengetuai tujuh armada pelayaran ke 37 negara meliputi rantau Asia Tenggara, benua Afrika dan Tanah Arab dalam tempuh 28 tahun. Tujuan penjelajahan adalah untuk memupuk hubungan diplomatik di kalangan negara-negara terlibat kepada pihak istana. Ada juga pendapat sejarahwan yang mengatakan matlamat utama misi adalah untuk memulihkan semula imej Maharaja Yong Li yang agak kurang baik berikutan cara baginda yang menduduki takhta secara penggulingan kuasa.

Dilaporkan saiz angkatan laut Cheng Ho mempunyai kekuatan berganda-ganda apabila dibandingkan dengan bahtera Ibn Batutta mehupun kapal Christopher Columbus. Jika dilihat pada saiz kapal, tongkang Cheng Ho berukuran 400 kaki panjang, empat kali ganda dari saiz kapal Christopher Columbus yang hanya 85 kaki. Malahan kekuatan armada Cheng Ho tidak setanding dengan mana-mana kuasa Eropah walaupun sesebuah armada itu adalah gabungan daripada beberapa kerajaan. Suatu pencapaian yang amat luar biasa pada kurun ke 6 bagi tongkang sebesar itu dapat membelah lautan China Selatan dan LautanIndia menuju ke Ceylon, Arab dan Afrika Timur. Angkatan laut ini terdiri daripada 317 kapal besar yang setiap satunya mempunyai sembilan batang tiang layar, dengan ukuran 300 kaki panjang dan 150 kaki lebar dengan kapasiti 1000 orang penumpang. Kebanyakkan kapal tersebut di telah dibina di sebuah limbungan Teluk Naga berhampiran Nanjing. Sisa-sisa tinggalan masih dapat dilihat hingga ke hari ini.

Tongkang-tongkang telah dilayarkan pada Julai 1405; 500 tahun lebih awal daripada pelayaran Columbus ke benua Amerika. Turut dibawa ialah berdozen-dozen buah kapal khas dengan kain layar selebar 15 meter dan kemudi sepanjang 11.07 meter. Kelengkapaan lain termasuk 100 kapal perang. Pelbagai muatan dibawa seperti barangan berharga, bekalan makanan, tangki-tangki air minuman, tentera berkuda, bot rondaan, sutera China dan barangan tembikar, barangan tembaga emas dan perak, barangan kapas dan perkakasan besi. Anak kapal yang terlibat berjumlah 27,000 terdiri kelasi, penterjemah, ahli perubatan, kerani, tukang-tukang, ahli meteorologi dan tentera.

Cheng Ho menggunakan 57 laluan laut yang berlainan dari negara China dan 53 jalur masuk, bergantung kepada keadaan laut. Antara laluannya ialah sepanjang pantai China ke Champa lalu merentasi Lautan China Selatan untuk singgah di Jawa, Sumatera dan tiba di Sri Lanka melalui Selat Melaka. Bagi laluan pulang, Cheng Ho telah memilih laluan sepanjang perairan Timur India dan selamat tiba ke China semula pada tahun 1407. Melaka sering menjadi pelabuhan persinggahan utama untuk mendapatkan bekalan dan keperluan logistik. Pada musin luruh tahun 1413, Cheng Ho telah belayar bagi pelayaran ke 4 bersama-sama 30,000 anak kapal menuju ke negara Arab. Daripada Hormuz beliau mengelilingi semenanjung Arab hingga ke Aden yang terletak berhampiran laut Merah. Kedatangan Cheng Ho telah mengejutkan masyarakat di wilayah itu yang didatangi oleh tetangga jauh. Kesannya, 19 buah negara telah menghantar duta-duta mereka ke kapal Cheng Ho dengan membawa hadiah-hadiah untuk dikirim kepada Maharaja Yong Le.

Beberapa negara turut membuat lawatan balas seperti Calicut di India, beberapa negara Asia dan Timur Tengah ke China. Ada dikalangan mereka yang tinggal di China buat beberapa tahun dengan tujuan melawat ke pelbagai tempat di sana. Pada tahun 1417, selepas dua tahun bermastautin di Nanjing, para duta asing dibawa pulang oleh Cheng Ho. Dalam perjalanan itu, beliau telah menyusuri perairan timur Afrika, berhenti di Mogadishu, Matindi, Mombassa, Zanzibar dan Mozambique. Secara tidak langsung Cheng Ho telah menggalakkan pertukaran dagangan dan teknologi dengan negara-negara yang disinggahi. Contohnya, para pedagang Arab dan Afrika telah bertukar-tukar barangan dengan armada China seperti rempah-ratus, kayu-kayan, gading, ubat-ubatan dan mutiara. Selain itu, Kota Semarang juga menjadi tempat persinggahan utama dalam urusan rempah-ratus yang antara lain digunakan untuk pengubatan tradisional Cina.

Penggembaraan Cheng Ho tidak berseorangan apabila turut ditemani oleh Ma Huan dan Ha San dari suku Hui (Imam Masjid Besar Chang'an) yang bertindak sebagai pencatat serta jurubahasa, juga Kuo Chung-li dan Hung Pao. Peranan Ma Huan amat penting dalam mencatatkan pelbagai peristiwa pelayaran lalu mengabadikannya dalam buku yang bertajuk 'Ying Yu Shen Lan' atau bermaksud Pemandangan Indah Ditepi Seberang Laut. Buku ini menjadi rujukan utama dalam kajian mengenai sejarah hubungan China dengan dunia luar. Walaubagaimanapun misi penjelajahan ini tidak terlepas dari menerima kritikan dari para pegawai istana sendiri. Mereka mengatakan misi Maharaja China sebagai kurang menafaat dan membazir semata-mata. Selepas kemangkatan Yung Le pada tahun 1424, sejurus Cheng Ho kembali ke China menyempurnakan ekspedisi ke 6, ekspedisi telah dihentikan. Laksamana Cheng Ho telah ditugaskan sebagai komander tentera di Nanjing. Penjelajahan terakhir dan yang ke 7 diteruskan ketika pemerintahan Maharaja Hsuan-tsung.

Ibrahim TY Ma (1979) dan H Yusuf Chang (1998) dalam tulisannya mencatat secara berturutan
7 ekspedisi pelayaran Laksamana Cheng Ho. Menurut H Yusuf Chang, pelayaran ke 7 pada 1432-1433, sebenarnya merupakan misi haji yang diarahkan oleh Maharaja Hsuan-tsung untuk memenuhi sebuah misi rahsia Maharaja Yung Le yang meninggal dunai dan belum sempat dilaksanakan. Tidak diketahui secara pasti bentuk misi rahsia yang dimaksudkan. Dalam pelayaran yang lain, Laksamana Cheng Ho ditemani Ma Huan dan Ha San. Sepanjang 7 kali pelayaran, Laksamana Cheng Ho tiba di Melaka sebanyak 4 kali iaitu 1408, 1409, 1412 dan 1413M. Hasil penjelajahan laut ini telah membawa hubungan baik antara Melayu Melaka ke Negeri China. Itu sebabnya terdapat 20 kali rombongan dari Melaka ke Negeri China di sepanjang 1404-1435M, sebagai balasan atas interaksi China-Melaka yang dirintis Cheng Ho. Cerita mengenai muhibah kerajaan Melaka tercatat dalam Tawarikh Dinasti Ming.

Pada usia 65 tahun, Cheng Ho kembali mengunjungi Teluk Parsi, Laut Merah dan meninggal dalam perjalanan pulang dari India pada tahun 1435. Jenazah beliau telah dikebumikan di kawasan pinggir Kota Nanjing.

Petikan Majalah I (November 2009)

Jumaat, November 13, 2009

Cheng Ho : 1371 - 1433 (Bhg. 1)

Laksamana Muslim dari China.
Saiz angkatan laut Cheng Ho mempunyai kekuatan berganda-ganda apabila dibandingkan dengan bahtera Ibn Batutta mahupun kapal Christopher Columbus.

Cheng Ho atau Zheng He sebenarnya lahir dengan nama Ma He pada tahun 1371. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga miskin berketerunan Hui, iaitu sebuah etnik China beragama Islam di Yunan, sebuah wilayah di barat daya China. Datuk dan ayah Cheng Ho pernah melakukan beberapa penghijrahan haji ke Makkah ketika dia masih kecil. Kembara itu serba sedikit telah mendedahkannya kepada budaya asing dan pelbagai pengetahuan seperti kemahiran berbahasa Arab dan ilmu geografi.

Pada usia 10 tahun, Cheng Ho telah menjadi tawanan perang. Tetapi nasibnya baik apabila telah dipilih untuk menjadi sida istana yang bertugas sebagai pengiring kepada seorang bangsawan bernama Yong Li. Bakat kepimpinan Cheng Ho sudah mula terselah apabila dia telah menjadi orang kepercayaan Yong Li yang sedang mengadakan kempen menggulingkan maharaja ketika itu. Setelah Yong Li menaiki takhta sebagai maharaja, Cheng Ho mempunyai peranan penting membantu Dinasti Ming dalam beberapa siri kempen ketenteraman termasuklah menakluki Nanjing. Sebagai ganjaran, Cheng Ho telah dikurniakan pangkat dan kedudukan berserta gelaran keluarga 'Cheng'.

Oleh kerana kebijaksanaan, keberanian dan kecerdasannya itu, Maharaja telah menganggap Cheng Ho seperti anak baginda sendiri. Dari situlah bermulalah era baru pemuda yang dikatakan mempunyai ketinggian lebih dari lapan kaki ini sebagai orang kepercayaan Dinasti Ming apabila diberi mandat sebagai duta negara China yang membawa mesej diplomatik merentasi samudera luas.

Petikan Majalah I (Nobember 2009)