Jumaat, April 27, 2012

JELAJAH TAIB ANDAK


JOM KAYUH


'Tepuk Dada Tanya Iman'


Adakah anda rela ... dalam Pilihanraya Umum ke 13 ini ?

-        pendatang asing menentukan nasib agama Islam kita ...

-        pendatang asing menentukan nasib bahasa kita ...

-        pendatang asing menentukan nasib bangsa kita ...

-        pendatang asing menentukan dasar negara kita ...





Fakta 1

Tanah Rizab melayu ....

1957 - 3 juta hektar

2010 - 1.7 juta hektar

Pegangan Saham Bumiputera ...

1990 - RM 52 bilion

2010 - RM 2 bilion

Kemana hilangnya ? Mengapa hilang ?

Mana perginya pembela melayu 1 Malaysia ?

Apa jawapan pembela melayu 1 Malaysia ?

          PM Najib menjawab di Parlimen, tiada jawapan.

Kini mereka dengan projek KP pula, memang jelas mengkhianati Negara !

Adakah anda rela ?

Fakta 2

Perkara ini telah didedahkan di Lobi Parlimen, tetapi tidak mendapat
liputan dari mana-mana akhbar semasa dan tidak diendahkan oleh pihak berkuasa ....sedangkan ini adalah isu kedaulatan Negara .... Mengapa ?

Fikirkan lah demi masa depan Agama, Bangsa & Negara kita.

'Daripada Allah kita datang dan KepadaNya kita dikembalikan'



Khamis, April 26, 2012

ANTARA DUA DARJAT


FIKIR-FIKIRKAN LAH.......

Selasa, April 24, 2012

Negara Bankrap Modal Baru BN

Bankrap adalah satu  modal baru Umno Bn untuk menakutkan rakyat supaya jangan pilih Pakatan Rakyat. Sebelumnya mereka menggunakan isu Agama, Bangsa dan Raja. Oleh  kerana ketiga-tiga isu ini sudah menjadi basi dan tidak laku kerana Umno mempunyai rekod yang buruk terhadap  3 perkara yang diperkatakan. Maka Umno mengalih pemikiran rakyat dengan menakutkan isu bankrap jika Pakatan Rakyat memerintah. Semua tawaran Pakatan Rakyat akan dilebelkan bankrap dengan harapan rakyat tidak beralih sokongan dan meninggalkan  Umno.

Apabila Pakatan Rakyat menjanjikan untuk hapus PTPTN, hapuskan tol, gaji minimum RM1100.00, menurun harga minyak, mengekalkan subsidi. Maka terdapat suara-suara sumbang mengatakan negara akan bankrap, termasuklah dari kalangan pensyarah yang menjadi pengampu kepada BN. Apa yang pelik semua yang dilakukan oleh kerajaan BN tidak berani ditegur walaupun memudaratkan ekonomi negara dan membankrapkan negara walaupun mengenepikan prinsip ketelusan.

Sebenarnya tektik pemimpin BN bermodalkan bankrap supaya rakyat lupa bahawa negara akan menjadi bankrap, kerana rekod pemerintahan Umno seperti barah di peringkat empat. Apa tidaknya, hutang negara 53%, paras bahaya ialah 55%. Hutang negara melonjak dari RM146 bilion pada tahun 2002, RM242 bilion (2006) dan RM456.1 bilion pada penghujung 2011. Wang Felda susut daripada RM4.08 bilion (2004) kepada RM1.35 bilion (2009). Saham bumiputera RM52 bilion lesap, Stadium Trengganu berharga RM292 juta runtuh, walaupun hanya setahun dibina, upah Apco Yahudi Israel RM77 juta setahun, RM589 juta hutang Tajudin dihapus kira, NFC RM250 juta, Laporan Ketua Audit Negara 2008 menyatakan berlaku ketirisan RM28 bilion, laporan Ketua Audit  Negara 2006 melaporkan Kementerian Pertahanan membayar kepada kontraktor sebanyak RM943.46 juta (hampir RM1 bilion) tanpa ada baucer.

Ini bukti bahawa negara akan bankrap jika BN terus berkuasa. Sedangkan tawaran PR untuk membantu rakyat dengan kita memerangi rasuah, perbelanjaan berhemah insyaAllah negara selamat, rakyat mendapat  rahmat.



Ustaz Idris Ahmad
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat

Isnin, April 23, 2012

Jumaat, April 20, 2012

Khamis, April 19, 2012

Sokongan bukan Islam kepada Islam.

PAS Kulai telah meneruskan agenda kebajikan dengan membantu golongan yang memerlukan. Pada tanggal 15 April 2012 yang lalu setelah selesai mengadakan mesyuarat agung pada sebelah paginya, seramai 50 keluarga daripada masyarakat India dan Melayu disekitar flat Jalan Cenggal, Bandar Putra telah diraikan dengan menerima bantuan dalam bentuk keperluan makanan.

Majlis yang dihadiri oleh Sdr Mazlan Aliman telah diadakan di PASTI Al-Hikmah, Bandar Putra bermula jam 5.00ptg, dihadiri oleh hampir 150 orang hadirin. Sdr. Mazlan telah menjelaskan kepada hadirin mengenai beberapa tawaran Pakatan Rakyat sekiranya berjaya membentuk kerajaan di Negeri Johor khasnya dan Malaysia amnya. Rata-rata hadirin yang hadir telah menyambut baik tawaran yang diberikan dan kini telah bersedia untuk membuat perubahan dalam pilihanraya ke 13 yang akan datang.

PAS Kulai yang bertanding di N50 Bukit Permai, telah menyiapkan beberapa strateji bagi menawan hati pengundi. Walaupun peratus pengundi dari kalangan masyarakat India agak kecil, tetapi mereka mampu menjadi penentu dalam memenangkan parti yang bertanding. PAS tidak meminggirkan mereka. Bahkan PAS kini telah berjaya menembusi dominasi MIC keatas mereka. Ini terbukti dalam program-program yang dianjurkan sebelum ini dimana kehadiran mereka amat membanggakan.

15 April yang lalu, sekali lagi masyarakat India menunjukkan sikap keterbukaan mereka walaupun mereka sedar penganjur adalah dari Pakatan Rakyat. Sebahagiannya khusus dari kalangan orang muda secara terang-terangan memberi pengakuan untuk membuat perubahan dengan memberi undi kepada Pakatan Rakyat. Mereka melahirkan rasa bosan dengan janji-janji yang ditabur oleh BN disetiap kali pilihanraya untuk membantu masyarakat India tetapi kini janji hanya tinggal janji. YB yang dipilih pun jarang sekali datang menjenguk mereka untuk bertanya khabar walaupun tinggal berdekatan.

Mudah-mudahan momentum yang ditunjukkan ini dapat berkekalan hingga ketarikh pilihanraya dan seterusnya diterjemahkan kedalam peti-peti undi.

Insya'allah.



Kehadiran Mazlan disambut oleh AJK program.


Ucapan dari pemimpin Pakatan Rakyat.


Sumbangan disampaikan oleh Sdr. Mazlan.


Sebahagian dari penerima bantuan yang hadir.


Para penerima sumbangan menjamu selera.


PESANAN HARI INI

Khamis, April 12, 2012

TAHUKAH ANDA ?

TAHUKAH ANDA ?



Pesanan Hari Ini .

Pendedahan Mahfuz Serius Dan Tidak Boleh Dibiarkan Sepi

PAS mengingatkan seluruh rakyat bahawa kita mempunyai sebuah kerajaan yang tidak bertanggungjawab dan kian khianat terhadap masa depan negara.

Tindakan kerajaan memekakkan telinga terhadap pendedahan berani Naib Presiden PAS, Dato' Hj Mahfuz Omar bahawa wujudnya sebuah task force khas yang diketuai oleh pegawai khas kepada Perdana Menteri yang bertindak memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan kepada warga asing demi menyelamatkan kerajaan BN merupakan suatu malapetaka bagi negara.

Tindakan terdesak ini jauh lebih besar bahaya berbanding semua penyelewengan dana negara, kerana memberi kad pengenalan dan taraf kewarganegaraan kepada warga asing bermakna menggadai kedaulatan dan masa depan negara.

Apa erti kuasa politik seandainya keputusan politik ditentukan oleh warga asing yang diberi kad pengenalan sehingga mereka mendapat hak yang sama dengan bumiputera dalam negara ini? Tindakan melampau ini tidak seharusnya dipandang sepi oleh pengamal media, sehingga tiada satu pun media arus perdana yang mengangkat isu ini.

Bahkan, apa yang lebih mendukacitakan badan-badan NGO yang selama ini bertempik mempertahankan kedaulatan negara, bangsa dan tanahair sunyi sepi seolah-olah isu ini hanya rekaan pembangkang.

Seandainya ia suatu rekaan, tentulah Mahfuz tidak berani untuk menyenaraikan satu persatu nama yang terlibat kerana ia terdedah kepada tindakan perundangan seperti saman, siasatan dan tindakan undang-undang. Kesediaan beliau untuk memberi segala maklumat kepada Suruhanjaya Diraja, merupakan tindakan berani bagi mendedahkan isu besar ini.

Sehubungan itu, PAS akan terus mendesak sebuah Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi meneliti dan membuat siasatan rapi berhubung dakwaan ini. Kegagalan kerajaan membentuk suruhanjaya ini dilihat sebagai bukti jelas kebenaran apa yang didakwakan oleh ahli parlimen Pokok Sena.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Ketua Penerangan PAS Pusat

Selasa, April 10, 2012

Jumaat, April 06, 2012

MENELADANI PENGORBANAN SITI HAJAR

Seringkali kita dipaparkan dengan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S bersama anaknya Nabi Ismail A.S, setiap kali menjelang kedatangan Aidiladha. Peristiwa yang menggambarkan keimanan yang kental dan keyakinan yang jitu, ketaatan dan pengorbanan di antara seorang ayah dan anak lelakinya terhadap perintah Allah Taala merupakan suatu kisah teladan yang unggul bagi panduan kita mengharungi kehidupan di dunia ini. Sayangnya kita jarang sekali mendengar ataupun terlalu sedikit sahaja para penceramah yang telah menyentuh dengan huraian yang mendalam peranan dan pengorbanan Siti Hajar sebagai seorang isteri dan ibu dalam peristiwa tersebut.

Walaupun peristiwa itu telah berlangsung ribuan tahun lamanya, begitu juga ibadat korban yang baru lalu, namun semangat dan keperkasaan Siti Hajar patut diteladani terutamanya Muslimat yang berada dalam parti Islam seperti PAS. Seharusnya kita hayati bagaimana ketabahan dan ketaatan seorang isteri bersama anak yang masih kecil ditinggalkan oleh suaminya di suatu lembah padang pasir yang kering kontang tanpa penduduk semata-mata untuk menyempurnakan perintah Allah Taala. Peristiwa Siti Hajar berlari-lari dari Bukit Safa ke Marwah telah disyariatkan oleh Allah dalam ibadah haji sebagai tuntutan sa'ie.

Sesungguhnya jika kita mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut di dalam konteks kegiatan dakwah haraki, peranan dan tanggungjawab Muslimat adalah amat besar serta tidaklah mudah tanpa pergantungan kepada pertolongan daripada Allah Taala. Kerana sesuatu kemenangan tanpa pengorbanan tidak akan ke mana, justeru kemenangan ahli keluarga Nabi Ibrahim, isterinya Siti Hajar dan anaknya Ismail adalah contoh yang paling relevan sepanjang sejarah tamadun manusia, lebih-lebih lagi buat golongan haraki yang bekerja keras untuk memenangkan Islam.

Peranan, sikap dan tindakan yang telah ditunjukkan oleh Siti Hajar itu sudah cukup untuk kita teladani.Tanpa keimanan yang penuh ikhlas, keyakinan yang jitu, kesetiaan kepada suami, dapat diragui bahawa Siti Hajar berjaya mengharungi segala cabaran yang terbentang di depan matanya.

Sebenarnya dari teladan yang ditunjukkan oleh Siti Hajar itu peranan besar Muslimat adalah sebagai pembantu dan pelengkap terhadap amanah dan tanggungjawab perjuangan Islam bukannya pesaing. Justeru, peranan mereka tidak boleh dipandang rendah kerana sejarah Siti Hajar sebagai bukti yang paling nyata pengorbanannya menegakkan Islam peringkat awal. Di mana Siti Hajar bukan sahaja dilihat sebagai pembantu Nabi Ibrahim, malah menjadi tumpuan kepada aspek kejayaan beramal dengan arahan suami yang meninggalkannya bersama anak kecil yang akhirnya menjadi tuntutan dalam rukun haji iaitu sa'ie.

Firman Allah Taala menerusi surah At Taubah ayat 71 yang bermaksud, "Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Berkuasa lagiMaha Bijaksana".

Jelaslah juga daripada pengertian ayat tersebut bahawa Allah Taala mengiktiraf peranan besar yang mesti dilaksanakan oleh Muslimat walaupun bentuk tugas dan skop yang berlainan. Bagi Muslimat PAS, kita yakini bahawa segala perancangan dan usaha-usaha yang telah dan akan kita laksanakan adalah selari dengan semangat ini. Natijahnya adalah bahawa tiada siapa yang boleh meragui kesetiaan dan sumbangan besar Muslimat terhadap perjuangan PAS dalam mengharungi segala cabaran yang mendatang.

Justeru itu, kita perlu sedari juga bahawa di dalam usaha-usaha kita meneruskan perjuangan ini kita sentiasa memerlukan pertolongan daripada Allah Taala. FirmanNya melalui surah Muhammad ayat 7, yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu menolong (agama) Allah, nescaya Allah akan menolong kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu".

Jumhur ulama berpendapat bahawa tindakan kita bergerak dalam jemaah Islam, istiqamah dan bersungguh-sungguh melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab yang telah di amanahkan kepada kita adalah satu manifestasi "menolong agama Allah". Jika kita dapat menghayati dan berjaya melaksanakan tuntutan jemaah dengan ikhlas, maka layaklah kita mendapat pertolongan daripada Allah Taala.

Oleh itu dalam era Pakatan Rakyat kini, di mana PAS adalah komponen sebuah parti pemerintah di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, peranan Muslimat adalah berlainan daripada masa-masa lampau. Kita perlu pastikan bahawa peranan kita di dalam melaksanakan tugas selaku ahli Parlimen, anggota Exco, Adun atau Ahli Majlis kerajaan tempatan serta JKK selaras dengan matlamat parti kita dan tuntas dengan permuafakatan dalam tuntutan Pakatan Rakyat.

Peranan PAS adalah penting dalam memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Tetapi perlu diingat bahawa di dalam keghairahan kita melaksanakan tugas-tugas kepada rakyat semua aktiviti dan tuntutan jemaah kita juga perlu berjalan seiring dan tidak dikesampingkan. Parti kita mesti diperkukuhkan agar ianya dapat berperanan dengan efektif pada permuafakatan kerajaan Pakatan Rakyat. Parti yang lemah akan mengakibatkan kerajaan jadi kucar kacir. Tiada kerajaan tanpa parti.

"Sirru 'alabarakatillah"


Ustazah Nuridah Salleh

Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat.

Khamis, April 05, 2012

Bantuan kepada anak yatim piatu.

PAS Kawasan Kulai sedang menguruskan tiga orang anak yatim piatu yang kehilangan ibu dan ayah mereka dalam satu kemalangan jalanraya pada malam 3 April 2012 yang lalu. Ketiga-tiga anak ini masing-masing berusia 10, 6 dan 2 tahun kini dibawah jagaan penduduk Taman Permata Impian tempat dimana allahyarham dan allahyarhamah menetap.

Sehubungan dengan itu kami warga PAS Kulai ingin menyeru kepada para dermawan yang ingin membantu bagi menguruskan kehidupan anak-anak ini dari segi pendidikan dan kehidupan seharian mereka. Sesiapa yang ingin menyumbang bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi Sdr. Juwahir Amin di talian 019-7648741.

Sumbangan anda amat kami hargai dan semoga mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah swt.


Sayangilah Anak Yatim.

Akibat kematian ayah atau ibu, seorang anak akan merasakan suatu kekosongan dalam hidupnya. Kosong dari curahan kasih sayang dan segala aspek yang memenuhi keperluan hidup seperti makan, minum, pakaian, dan lain-lain.

Ini menyebabkan seseorang anak yatim itu selalu dihantui oleh perasaan sedih dan hampa. Realiti yang ada di tengah masyarakat sekarang menunjukkan bahawa majoriti anak yatim yang tidak mendapat perhatian yang sewajarnya mengharungi kehidupan yang begitu sukar, menyedihkan dan tersisih.

Islam, sebagai agama yang menitikberatkan perihal kasih sayang sangat menekankan agar kita mengambil berat terhadap anak yatim sehinggakan al-Quran sendiri secara khusus banyak membicarakan masalah anak yatim ini lebih daripada perihal anak-anak yang lain secara umum. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya:

”Rumah yang terbaik adalah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim yang dihormati dan diperlakukan dengan baik. Rumah yang terburuk adalah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim yang dizalimi dan diperlakukan dengan buruk”.

Anak yatim yang mendapat perhatian dan kasih sayang yang cukup daripada mereka yang menjaganya semestinya akan merasa bahagia dan aman. Namun sekiranya ia tidak mendapat apa yang seharusnya ia peroleh, hidupnya akan rosak dan hal ini menjadi lebih parah jika ia jatuh ke pangkuan orang yang tidak bertanggungjawab yang mendidiknya secara salah dan membentuknya menjadi peribadi yang merugikan masyarakat.

Gambar Yang Menyayat Hati

Gambar yang menyayat hati ini diambil diri salah sebuah rumah anak yatim, yang menunjukkan seorang anak yatim melukis gambar ibunya di atas lantai dan tidur dipangkuannya, dalam usaha untuk mendapatkan kasih sayang dan belas kasihan seorang ibu.nourislam.com

Sayangilah Anak Yatim

DALAM al-Quran sebanyak 23 kali disebut perkataan ‘yatim’ dan penggunaan kata-kata yatim itu merujuk kepada kemiskinan dan kepapaan. Ertinya mereka yang berada dalam golongan yatim (anak yatim) memerlukan perhatian dan pembelaan daripada masyarakat untuk membolehkan mereka hidup selesa dan sempurna seperti orang lain yang mempunyai penjaga (ayah atau ibu).

Al-Quran secara jelas menegaskan dalam beberapa ayatnya yang menyuruh kita berbuat baik kepada anak yatim. Surah al Baqarah, ayat 220, Allah SWT berfirman bermaksud; “Mereka bertanya kepadamu mengenai anak yatim, katakanlah: Memperbaiki keadaan mereka adalah baik.”

Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” (Hadis riwayat Ahmad)

Mengulas hadis riwayat Ahmad itu, Al-Hafizah Ibnu Hajar Al-Asqalani berkata: “Cukuplah sebagai bukti yang menetapkan dekatnya kedudukan Nabi dengan kedudukan orang yang mengasuh anak yatim, kenyataan bahawa antara jari tengah dan jari telunjuk tidak ada jari yang lain.”

M Khalilurrahman Al-Mahfani dalam sebuah bukunya mencatatkan mengenai anak yatim: “Anak yatim adalah satu daripada komponen kehidupan yang harus kita rahmati. Dengan kata lain, kita harus menjadi rahmat bagi mereka, bukan menjadi musibah.”

Rahmat bagi mereka dizahirkan dalam bentuk kepedulian yang nyata, antara lain mengasuh mereka dalam keluarga kita, membantu ekonomi dan pendidikan, menjadi orang tua asuh, serta aktif mengelola rumah asuhan.

Sesungguhnya Islam adalah agama yang sangat menitikberat kesejahteraan umatnya, terutama nasib golongan yang lemah seperti orang miskin, ibu tunggal dan anak yatim. Sehubungan itu, Allah SWT memerintahkan kepada Nabi-Nya dengan firman-Nya dalam surah Ad-Dhuha ayat 9 yang bermaksud: “Adapun terhadap anak yatim, maka janganlah engkau berlaku sewenang-wenangnya.”

Dalam surah lain, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera. ” (Surah Al-Insaan 76:12)

Sesiapa yang berlaku tidak baik atau bersikap zalim terhadap anak yatim pasti akan menerima balasan daripada Allah SWT dan golongan ini dianggap antara satu ciri orang yang mendustakan hari akhirat. Firman Allah SWT bermaksud: “Tahukah kamu orang yang mendustakan hari akhir? Itulah orang yang mengherdik anak yatim dan tidak menganjurkan untuk memberi makan orang miskin.” (Surah Al-Ma’un ayat 1-3)

Jelaslah bahawa pahalanya sangat besar bagi sesiapa yang berbuat baik atau memelihara anak yatim. Dalam sebuah hadis daripada Ibnu Abbas meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang memelihara anak yatim dalam kalangan umat Muslimin, memberinya makan dan minum, pasti Allah SWT akan masukkan ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampun.” (Hadis riwayat Tirmidzi)

Banyak hikmah dan kebaikan apabila anak yatim dalam keluarga dan anak yatim itu dijaga dengan baik. Allah SWT akan memberi rahmat dan kasih sayang-Nya dan keluarga kita akan berasakan ketenangan dan kebahagiaan, tetapi jika anak yatim yang ada di bawah peliharaan atau pun jagaan kita diperlakukan tidak baik, maka perbuatan itu akan menerima balasan daripada Allah.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik rumah di antara orang Islam adalah rumah yang didalamnya ada anak yatim yang diperlakukan dengan sebaik-baiknya dan seburuk-buruk rumah adalah rumah yang di dalamnya ada anak yatim, namun diperlakukan dengan buruk.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Allah SWT juga berjanji akan memberi pahala dan ganjaran yang setimpal kepada kaum Muslimin yang membantu meringankan beban anak yatim dengan memberi sumbangan wang ringgit (derma atau sedekah). Banyak sedikit sumbangan yang diberikan itu bukan ukurannya, tetapi keikhlasan yang penting. Allah melihat apa yang ada dalam hati.

Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: “Katakanlah, sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (sesiapa yang dikehendaki-Nya)’, dan apa saja yang kamu infakkan, maka Allah akan menggantikannya dan Dialah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.” (Surah Saba ayat 39).

Dalam surah lain Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Apa saja yang kamu infakkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. Orang yang berbuat zalim tidak ada seorang penolong pun baginya.” (Surah Al-Baqarah ayat 270)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada suatu pagi yang dilalui oleh seorang hamba kecuali dua malaikat turun. Satu daripadanya berkata: Ya Allah, berilah ganti orang yang berinfak (dermawan). Malaikat yang satu lagi berkata: Ya Allah, berilah kehancuran bagi orang yang kedekut.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad dari Abu Hurairah).

Wallahu’alam….
Disusun Oleh: HasnulHadiAhmad.Com