PAS Kawasan Kulai telah mengadakan program Munajat Perdana peringkat kawasan pada 21 Feb 2013 di perkarangan Pusat Media di Bandar Putra, Kulai. Program telah bermula dengan iftar jama'ie, solat maghrib berjemaah, bacaan mathurat, jamuan, solat isya' berjemaah, zikir dan doa munajat mohon kemenangan kepada PAS dalam pilihanraya akan datang. Tawjihad telah disampaikan oleh Ust Rosli Jabbar, YDP Kuantan.
Banyak perkara yang telah disentuh oleh beliau mengenai perjuangan menegakkan syariat Islam dibumi Malaysia dan kenapa kita harus menolak UMNO dan Barisan Nasional sebagai parti yang menerajui kerajaan. Terlalu banyak kezaliman yang teah diakukan oleh UMNO / BN samada kezaliman dari sudut, agama, sosial, ekonomi, keselamatan, hak bersuara dsb. 55 tahun negara merdeka, rakyat masih terbelenggu dibawah pemerintahan zalim UBN seperti apa yang berlaku di Pekan baru-baru ini dimana sekumpulan pelajar dinafikan hak untuk menyebar maklumat kepada orang ramai. Seorang pelajar perempuan telah ditarik tudungnya oleh seorang samseng UMNO dan diugut hinggakan pelajar tersebut ketakutan dan menangis. Inilah demokrasi ala Malaysia. Sedangkan perlembagaan negara membenarkan rakyatnya untuk berhimpun dan bersuara. Tetapi pemerintahan kuku besi UMNO telah menafikan semua itu.Kezaliman seperti ini tidak wajar dibiarkan dan semestinya UBN ditolak dalam pilihanraya akan datang.
Berdasarkan al-Quran dan Hadith Nabi s.a.w. , Ust Rosli berhujah mengenai kewajaran kita umat Islam berjuang menentang UBN, bahkan ia merupakan satu tuntutan agama apabila kezaliman semakin menjadi-jadi. Menumbangkan kerajaan yang zalim itu menjadi agenda utama umat Islam mengikut waqiq setempat. Di Malaysia kaedah yang diguna pakai ialah sistem demokrasi berperlembagaan melalui pilihanraya. Maka menyertai pilihanraya adalah menjadi wajib bagi menumbangkan kerajaan yang zalim. Partisipasi masyarakat pula perlu bersama gerakan Islam yang ingin mendaulatkan sistem Islam kerana hanya Islam menjamin keadilan buat semua.
Kesedaran inilah yang perlu didoktrinkan kedalam minda umat Islam di Malaysia yang cintakan agamanya. Inilah siasahtul dakwah yang menjadi prinsip perjuangan PAS sejak dulu hingglah sekarang tanpa berlaku sebarang perubahan. Kalau dilihat pun berlaku perubahan, ia didalam konteks pendekatan. Mungkin berlaku proses 'rebranding' atau penjenamaan semula, tetapi ia tidak merobah prinsip perjuangan. Ia berbeza dengan UMNO, yang pragmatik,. Sentiasa berubah-ubah mengikut massa. Kalau massa bicaranya agama, maka ia akan dilihat berjuang untuk agama. Perhatikan bagaimana isu kalimah Allah diputarbelit memalui media kuasaan mereka, UMNO dilihat menjadi hero dalam mempertahankan kalimah suci itu. Sedangkan kalimah Allah telah digunakan oleh penganut agama kristian di Sabah dan Sarawak didalam bible Bahasa Melayu sekian lama. UMNO juga yang membenarkan kemasukan bible Bahasa Melayu dari Indonesia untuk digunakan oleh penganutnya di Sabah dan Sarawak. Tiba-tiba ia mendabik dada, kononnya merekalah yang mempertahankan kalimah suci ini. Sedangkan dalam masa yang sama, UMNOlah yang menginjak agama dan para ulama' semahunya.
Semakin banyak kebobrokan UBN terdedah kini terutama melalui media-media sosial yang cepat dan mempunyai capaian yang luas. Anak muda yang dikenali sebagai 'Generasi Y' cukup peka dengan perkembangan semasa. Kelompok inilah yang amat digusari oleh UBN. Anak muda hari ini ingin melihat tawaran- tawaran yang lebih menjamin masa depan mereka, bukannya pemberian-pemberian 'ad-hoc' yang bersifat sementara dan bermusim. Penulis diberitahu seorang anak muda yang terpaksa mengorbankan cutinya yang tidak bergaji semata-mata ingin mengambil BR1M. Sudahlah terpaksa menunggu lama dan beratur, disaman pula oleh polis kerana meletak kenderaan di kawasan larangan. Betul-betul tidak berbaloi. Manakan tidak, gaji hari itu dipotong oleh majikan, kena pula saman lagi. Menyesal tak sudah anak muda ini.
Inilah Malaysia ku, dapat yang dikejar tapi tercicir yang dikendong. Yang tercicir lebih banyak dari yang dikejar. Ala Haiiiii............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan