Jumaat, April 22, 2011

BERILAH KESEMPATAN UNTUK MENCERITAKAN YANG SEBENARNYA........


Kematian adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee telah menggemparkan Negara. Pembawaan cerita oleh media telah mengejutkan semua pihak termasuk saya yang menjadi mangsa kepada penceritaan media berkenaan isu tersebut. Peristiwa berlaku apabila seorang guru agama sebuah sekolah dikatakan telah mendera seorang pelajar berusia 7 tahun hingga menyebabkan kematian pelajar tersebut.

Boleh kita baca bagaimana ‘jahat’nya guru tersebut dengan pendedahan media seperti,

“Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu’ dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung” – harian metro- (boleh baca lanjut dengan tajuk, cikgu ambil nyawa )

“Saiful Syazani meninggal dunia selepas tiga hari dilaporkan koma, akibat dibelasah guru yang juga seorang warden di sekolah agama persendirian selepas disyaki mencuri RM7 di asrama sekolah. Dalam kejadian Khamis lalu itu, mangsa diikat kedua-dua tangan pada tingkap dan dibelasah bertalu-talu sebelum dihempas ke dinding hingga menyebabkannya mengalami pendarahan organ dalaman” – JPM Malaysia -

Setelah kita mengikuti kes tersebut melalui media yagn membuat liputan, maka kita telah menghukum dengan rasminya bahawa sungguh jijik dan jahat perbuatan guru tersebut.

Namun disana, saya masih curiga akan kisah yang berlaku. Dengan izin dan kesempatan yang diberikan Allah, telah menggerakkan hati saya dan pimpinan GAMIS ( Akram dan Nazry ) melawat tempat kejadian dan rumah arwah di Jejawi, Perlis. Kami kesana atas kerja rasmi GAMIS dan berkesempatan menziarahi rumah arwah. CERITA SEBENAR

Setibanya kami di sekolah berkenaan, ustaz waqar ( sahabat baik kepada guru agama yang dituduh ‘membunuh’) menyambut kami dengan mesra dan penuh ukhwah. Kami terus dibawa kerumah ayah angkat arwah terletak lebih kurang 6km dari sekolah berkenaan. Sepanjang perjalanan, ustaz waqar telah mencerikan kisah sebenar kejadian.

cid:image003.jpg@01CBF9BA.85689CD0

“ adik saiful (arwah) merupakan seorang yang mesra dengan orang. Dia agak aktif disekolah dan pernah menjadi Johan pertandingan azan PASTI peringkat negeri Perlis (gambar hadiah yang dimenangi). Setelah masuk ke darjah 1, dia tinggal di asrama. Namun timbul beberapa kes disiplin sepanjang adik ni tinggal diasrama hinggalah pada kemuncaknya dia didapati mencuri wang rakannya berjumlah RM7. Maka dia telah dipanggil oleh ustaz (yang dituduh) yang merupakan warden asrama ke bilik warden. Ustaz telah bertanya kepada adik saiful tentang kecurian wang rakannya, dan dia mengaku berbuat demikian. Semasa pertanyaan diajukan, ustaz berkenaan telah mengikat kedua-dua tangan adik saiful dibahagian hadapan, bukan belakang. Namun sepanjang berada dibilik warden tersebut, TIDAK ADA penderaan fizikal yang berlaku sebagimana yang dilaporkan.

Sebaliknya ikatan tangan tersebut dibuka setelah ustaz berkenaan ingin keluar dan mengurung adik saiful dalam bilik berkenaan. Setelah 2 jam ditinggalkan, seorang lagi warden, ustaz y telah membuka bilik berkenaan dan mendapati adik saiful terbaring diatas toto sambil menggigil. Mulanya ustaz y mengesyaki adik saiful terkena sawan dan kacing gigi, namun beliau sendiri tidak pasti akan penyakit yang menyerang. Lantas ustaz Y terus membawa adik saiful ke hospital Kangar, namun pihak hospital tidak dapat menerima pesakit kerana banjir melanda Bandar Kangar pada masa itu. Seterusnya adik saiful dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan terus dimasukkan ke wad ICU.

Pada malam kejadian itu juga ustaz h telah menemui ayah angkat adik saiful dan memohon maaf atas kesilapan dia mengurung arwah selama 2 jam. Sebelum ustaz h pergi ke hospital, dia terkejut dengan berita bahawa adik saiful dimasukkan ke icu, lantas dia terus menunaikan solat hajat”.

Selang 3 hari dari hari kejadiaan, adik Saiful dipanggil oleh Allah untuk mengadapnya pada jam 8 pagi hari ahad.”

Begitulah cerita sebenar kejadian kematian adik saiful yang telah diceritakan oleh rakan baik ustaz h. Kami terus pening kerana banyak percanggahan maklumat yang dibaca melalui media sebelum daripada itu. Kami terus sampai ke rumah Abang Zamri (ayah angkat adik saiful). Ketibaan kami disambut mesra oleh abang zamri yang kelihatan pasrah dan redha akan ketentuanNya. Adik saiful tinggal bersama keluarga Abang Zamri sejak umur 2 tahun setengah, setelah bapa adik saiful tidak mahu membelanya setelah kematian ibu adik saiful. “ dia seorang yang berani dan tak takut apa yang orang kata. Dia memang keras dan keberanian dia tak padan dengan umur dia” cerita abang zamri.

cid:image004.jpg@01CBF9BA.85689CD0

Setelah setengah jam berbual dengan abang zamri, kami pun memohon izin untuk pulang. GAMIS sempat menyampaikan sedikit bantuan kepada abang zamri atas musibah yang menimpa. Kami doakan agar abang zamri dan keluarga tabah dan sabar menempuh ujian yang mendatang. ( gambar Abang Zamri, senyum tanda terima kasih )

Semasa perjalan pulang, ustaz waqar sempat menyambung ceritanya tadi. Beliau turut mengaitkan kes ini telah menjadi suatu isu politik kepartian kerana sekolah berkenaan adalah dibawah parti PAS. Maka sebab itu, pelbagai cerita pelik yang timbul. Saya rasakan apa yang diceritakan oleh ustaz w adalah benar setelah melihat laporan forensik yang diberitakan bahawa punca kematian adik saiful adalah kerana kekurangan oksigen dan pendarahan dalam otak. Maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku, namun nyata sekali tidak ada kesan LEBAM akibat pukulan yang berlaku sebagimana yang dilaporkan oleh media. Lihat laporan ini, meninggal akibat kekurangan oksigen.

Kami juga dibawa melihat bilik warden yang dikatakan tempat adik saiful dikurung oleh warden berkenaan. Bilik tersebut bukan hanya pejabat, bahkan tempat tidur ustaz berkenaan. Banyak lagi persoalan yang timbul disebalik kejadian berkenaan, namun Allah sahaja yang mengetahui kebenarannya. (gambar sekolah Al-furqan, tempat kejadian )

Apa yang sangat menyedihkan ialah apabila masyarakat telah ‘menghukum mati’ peribadi ustaz berkenaan yang hanya dituduh dan ditohmah oleh media yang sanga berat sebelah. Yang lebih teruk lagi bila politikus menjadikan isu ini sebagai senjata politik hingga mendesak sekolah agama berkenaan ditutup.

GAMIS bukan membela tindakan ustaz bekenaan, namun apa yang kami harapkan ialah keadilan mesti diberikan kepada mereka yang terlibat. Media jangan cepat mnghukum hingga masyarakat pada hari ini memberi tanggapan yang sangat negatif kepada sekolah agama rakyat. GAMIS juga mendesak agar jangan libatkan politik yang melampau dalam kes ini hinggalah mahkamah yang menentukan siapa yang bersalah dalam kes berkenaan. Kita doakan agar keadialan diberikan kepada mereka yang berhak, dan pembalasan yang sepatutunya kepada yang zalim.

cid:image005.jpg@01CBF9BA.85689CD0

rombongan GAMIS kerumah arwah adik saiful, bergambar bersama abang zamri

SUMBER : http://www.mygamis.net/2011/04/kematian-adik-saiful-apa-ceritanya.html

kp : Al-Fatihah..

Khamis, April 21, 2011

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kulai kali ke 23.

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kulai kali ke 23 telah diadakan di Palm Villa Resort, Bandar Putra, Kulai pada hari Ahad 17 April 2011 bersamaan 13 Jamadiawal 1432H. Mesyuarat kali ini telah dirasmikan oleh Tn Hj Dzulkifli bin Ahmad, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor.

Mesyuarat kali ini berlangsung setelah Pilihanraya Negeri Sarawak selesai diadakan. Walaupun PAS gagal melahirkan anak sulungnya dinegeri itu tetapi rakan-rakan dari Pakatan Rakyat telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam pilihanraya kali ini. Sehubungan dengan itu, Tn Hj Dzulkifli telah memperingatkan perwakilan agar hubungan dengan rakan-rakan parti di dalam PR perlu diperkemaskan lagi. PRN Sarawak telah memberi isyarat yang jelas bahwa masyarakat Cina terus konsisten untuk membawa perubahan pucuk pimpinan negara.

Disamping itu saf pimpinan parti hendaklah diperkasa dan sentiasa bersiap siaga bagi menghadapi pembubaran parlimen. Johor yang sedang dilanda dengan pelbagai masaalah dalaman khususnya hutang kepada kerajaan pusat, kini dilihat semakin tenat. Peluang terhidang ini jika dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh PR dengan menjelaskan kepada rakyat Johor tentang kedudukan kewangan kerajaan negeri dan ditambah dengan mood masyarakat Cina yang konsisten, peluang PR menerajui kerajaan Johor dilihat cerah.

Usaha-usaha untuk memasyarakatkan PAS perlu dilakukan secara berterusan sehingga orang Melayu dapat menerima kehadiran PAS sebagai ganti kepada UMNO. PAS hendaklah sentiasa dilihat bersedia untuk mendengar rintihan dan keluhan bangsa Melayu serta bertindak membela mereka. Inilah tugas dan amanah yang perlu dilaksanakan oleh setiap petugas PAS bagi merealisasikan kemenagan yang diimpikan.


Majlis perasmian dan para perwakilan.


Ucapan YDP Kawasan dan Tim. Pesuruhjaya PAS Negeri Johor.


Proses pengundian AJK baru sessi 2011-2013.


Kematangan ahli terserlah menerusi perbahasan yang hebat.


Saf kepimpinan baru dan ucapan pengulunggan.


Doa wehdah dibaca sebagai penutup mesyuarat agung.


Salam perpisahan menjadi tradisi gerakan Islam sebagai tanda ukhuwah yang kental.




Selasa, April 19, 2011

Usaha Mendekati Masyarakat.

Pada 9 April 2011 yang lalu, PAS Kulai bersama AJK PAS Pusat, Sdr. Mazlan Aliman telah mengunjungi beberapa orang ibu tunggal di Taman Anjaria dan Felda Taib Andak, Kulai bagi menyampaikan sedikit sumbangan bagi meringankan beban yang mereka tanggung.

Kunjungan ini ialah susulan daripada program 'ziarah ramadhan' yang telah diadakan pada tahun lalu. Kehadiran kami telah disambut dengan rasa penuh kesyukuran daripada penerima kerana masih ada yang ingin menghulurkan bantuan kepada mereka walaupun bantuan yang dihulur tidak seberapa.

Ini merupakan usaha berterusan yang dijalankan oleh PAS Kulai bersama Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat bagi memasyarakatkan PAS khususnya dikalangan orang Melayu. Kini PAS Kulai sedang merancang untuk membina semula sebuah rumah milik seorang warga emas di Felda Taib Andak yang hidup dalam serba kedaifan.

Kepada mereka yang ingin menghulurkan derma, bolehlah menyalurkan sumbangan anda ke dalam akaun kami di MBB 551100701033 atau cek diatas nama PAS Kawasan Kulai. Sumbangan anda amat kami hargai.


Para ibu tunggal di Taman Anjaria menerima bantuan yang disampaikan oleh Sdr. Mazlan.


Kunjungan kerumah ibu tanggal di Felda Taib Andak dan mendoakan kesejahterannya sekeluarga.


Seorang warga emas yang hidup dalam serba kekurangan dan memerlukan pembelaan.


Hasrat PAS Kulai untuk membaiki semula rumah warga emas tersebut.





Selasa, April 05, 2011

Program PAS Kawasan Kulai.

Berikut adalah program yang telah diatur oleh PAS Kawasan Kulai untuk bulan April 2011.

1. Sambutan Maulid ar Rasul peringkat PAS Kawasan.

Tarikh : 4 Jamadil Awal 14H bersamaan 8 April 2011 (Jumaat)
Tempat : Felda Bukit Batu, Kulai.
Masa : 9.00 mlm
Penceramah undangan :
YB Ust. Dato Taib Azamudeen Mohd Taib (Ahli Parlimen Baling)


2. Ceramah Pakatan Rakyat.


Tarikh : 10 April 2011 (Ahad)
Tempat : Dataran Ilmu, PUSTAKA Taman Mewah, Kulai.
Masa : 9.00 mlm
Penceramah :
1. YB En. Ng Suee Lim (ADUN Sekinchan)
2. Al-Fadhil Ust. Abdullah Hussien (Ketua Dewan Ulama' PAS Johor)



3. Kuliah Umum.


Tarikh : 14 April 2011 (Khamis)
Tempat : Dataran Ilmu, PUSTAKA, Taman Mewah, Kulai.
Masa : 9.00 mlm
Tajuk : Islam dan Hak-haknya.
Penyampai :
Sdr. Mohamad Hisham Mohamad Zin (YDP PAS Kawasan)


4. Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kulai.

Tarikh : 17 April 2011 (Ahad)
Tempat : Palm Villa, Bandar Putra, Kulai.
Masa : 8.00 pg
Perasmi :
Tn. Hj. Dzulkifli Ahmad ( Tim. Pesuruhjaya PAS Negeri Johor)


5. Kuliah Umum.


Tarikh : 28 April 2011 (Khamis)
Tempat : Dataran Ilmu, PUSTAKA, Taman Mewah, Kulai.
Masa : 9.00 mlm
Tajuk : Bimbingan Mukmin.
Penyampai :
Ust. Tn Hj Mohamad Fauzi Osman




SEMUA DI JEMPUT HADIR

Sabtu, April 02, 2011

Dahsyatnya Fitnah Akhir Zaman.

Imam Muslim rahimahullah meriwayatkan di dalam Shahihnya :

Ishaq bin Manshur menuturkan kepada saya. Dia berkata; Abu Dawud at-Thoyalisi mengabarkan kepada saya. Dia berkata; Ibrahim bin Sa’d menuturkan kepada kami dari ayahnya, dari Abu Salamah, dari Abu Hurairah -radhiyallahu’anhu-, dia berkata; Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Akan terjadi fitnah/gempuran cobaan, orang yang tidur di saat itu lebih baik daripada orang yang terjaga. Orang yang terjaga lebih baik daripada yang berdiri. Orang yang berdiri lebih baik daripada yang berlari. Maka barangsiapa yang mendapatkan tempat kembali atau untuk berlindung hendaknya dia segera mencari perlindungan dengannya.” (Diriwayatkan pula oleh al-Bukhari dalam Shahihnya di Kitab al-Fitan, bab maa takuunu fitnatul qa’id fiha khairun minal qaa’im [hadits no. 7081], diterjemahkan dari Shahih Muslim cet Darul Kutub Ilmiyah, hal. 1105).

Imam Muslim rahimahullah juga meriwayatkan di dalam Shahihnya :

Qutaibah bin Sa’id menuturkan kepada kami dari Malik bin Anas di dalam riwayat yang dibacakan di hadapannya dari Abu Zinad dari al-A’raj dari Abu Hurairah -radhiyallahu’anhu- bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tidak akan terjadi hari kiamat kecuali sampai pada suatu ketika seorang lelaki melewati kuburan seseorang maka dia pun berkata, ‘Aduhai alangkah enaknya kalau aku sekarang berada di tempatnya.’.” (Diriwayatkan pula oleh al-Bukhari di dalam Shahihnya di Kitab al-Fitan, bab laa taquumus sa’ah hatta yughbatha ahlul qubur [hadits no. 7115], diterjemahkan dari Shahih Muslim cet Darul Kutub Ilmiyah, hal. 1114).

Kedua hadits di atas memberikan banyak pelajaran berharga, di antaranya :

  1. Dalam situasi fitnah maka seorang mukmin memerlukan ketegaran iman dan kesabaran ekstra
  2. Sesungguhnya amal-amal itu tergantung pada niatnya
  3. Ketika fitnah berkecamuk maka orang yang selamat darinya adalah yang berusaha sekuat tenaga untuk tidak ikut campur karena hal itu justru semakin memperkeruh suasana
  4. Diperintahkannya kita untuk menghindari tempat-tempat timbulnya fitnah
  5. Yang menjadi ukuran adalah benar dan tidaknya tindakan yang diambil, bukan berapa banyak tindakan atau kegiatan yang dilakukan
  6. Kewajiban mengimani hari kiamat dan tanda-tandanya
  7. Demikian parahnya kondisi fitnah yang terjadi menjelang kiamat
  8. Bolehnya mengangankan kematian bagi orang yang menjumpai fitnah dalam hal agama yang membuatnya khawatir akan keselamatan dirinya
  9. Kewajiban bersabar ketika menghadap fitnah yang ada
  10. Kewajiban untuk membekali diri dengan ilmu dalam mengatasi fitnah-fitnah tersebut
  11. Kewajiban mengimani adanya alam kubur
  12. Seorang yang beriman akan merasakan kebahagiaan di kuburnya
  13. Hendaknya banyak-banyak mengingat kematian
  14. Hendaknya setiap orang berintrospeksi diri dan mengukur kemampuan dirinya dalam menghadapi fitnah yang ada
  15. Dan faidah lainnya yang belum saya ketahui, wallahu a’lam.