13 Februari 2013.
Setelah menziarahi pengundi Melayu dan Cina, program kebajikan diteruskan dan kali ini melibatkan beberapa keluarga India disekitar bandar Kulai. Ternyata kumpulan ini bukan saja minorti bahkan mereka hidup dalam serba kesusahan. Kemana perginya MIC yang selama ini mendabik dada menjadi pembela kaum India di Malaysia. 55 tahun negara ini merdeka, nasib bangsa ini ternyata tidak terbela.
Mereka yang kebanyakkannya dahulu tinggal di estate, masih mengharungi kepayahan hidup yang serupa. Dari pengamatan penulis, kehidupan mereka kini lebih terhimpit. Dengan kenaikkan harga barang keperluan yang tiada hentinya, ada dikalangan mereka yang terpaksa mencari sayuran yang tumbuh melata didalam belukar untuk meneruskan kehidupan. Inilah kelompok manusia yang menjadi sasaran Barisan Nasional disetiap kali menjelang pilihanraya. Mereka akan disogokkan dengan pemberian 'off-hand' seperti BR1M bagi menagih undi rakyat. Selepas menang, mereka akan dibiarkan untuk meneruskan kelangsungan hidup tanpa dipedulikan.
Apabila ditanyakan kepada mereka, adakah wakil rakyat yang mereka pilih datang menjenguk, jawapan yang diberikan "Itu YB langsung tak nampak muka. Kami pun tak kenal siapa YB". Beginilah nasib rakyat bawahan. Mereka diternak seperti kerbau yang dicucuk hidung. Dipalu dan diheret kemana saja semahunya. Selesai tugas, mereka dibiarkan merempat bergelumangan lumpur sambil mencari makan sendiri.
Simpati dengan nasib mereka, PAS Kawasan Kulai telah menghulurkan sedikit bantuan keperluan harian kepada golongan yang tertindas ini. Sempat juga penulis bisikan kepada Sdr. Mazlan, sekiranya di takdirkan Allah kita menang, golongan ini perlu diberi pembelaan. Jangan dilupakan. Lama benar mereka hidup tanpa pembelaan daripada pihak yang berwajib. Perlu disediakan pelan pembangunan bagaimana hendak membebaskan mereka daripada belenggu kemiskinan yang berpanjangan. Kaedah pemberian bantuan seperti yang dilakukan sekarang hanya bersifat sementara dan tiada kesudahnnya. Kerajaan baru yang bakal dipilih kelak, perlu menyediakan pelan yang komprehensif agar mereka mampu keluar dari kemiskinan.
Insya'allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan