Jumaat 8 Feb 2013.
Cuti Tahun Baru Cina yang lalu telah digunakan oleh warga kerja PAS Kulai untuk bertemu dengan pengundi di sekitar DUN N50 Bukit Permai. Bermula dengan solat Jumaat di Kampung Pertanian, sambil mengedar air mineral dan limau kepada jamaah masjid. Program telah disusuli dengan ziarah kebeberapa buah rumah penduduk yang uzur dan ibu tunggal. Anak tempatan telah menjadi jurutunjuk pada ziarah itu dan ini menunjukkan satu penambaikkan dari kalangan anak watan kampung.
Ziarah kami telah diterima dengan baik walaupun bendera UMNO / BN berkibar megah disetiap rumah yang kami lawati. Apabila ditanya, mereka memberitahu UMNO / BN sekadar pasang bendera sahaja. Tidak lebih dari itu. Mereka mengucapkan terima kasih kepada PAS, walaupun tidak membawa bendera tetapi telah datang dengan membawa sumbangan bagi meringankan sedikit bebanan yang mereka tanggung.
Sabtu 9 Feb 2013.
Bermula dengan program bersama warga pendidik anjuran NGO PENDIDIK yang dipimpin oleh Cikgu Normala Sudirman pada sebelah pagi di TJ Mart, Saleng. Satu diskusi menarik yang melibatkan warga pendidik. Kehadiran amat memberangsangkan. Penulis dimaklumkan ia melepasi sasaran yang ditetapkan. Penulis yang sempat hadir semasa sessi perasmian telah mendapat gambaran sebenar bagaimana tekanan yang dihadapi oleh para guru khususnya yang tidak selari dengan pemerintah. Macam-macam kerenah birokrasi yang terpaksa dihadapi. Patut juga Cikgu Mala berjuang untuk membela para guru.
Majlis dihangatkan lagi dengan kehadiran dua tokoh guru yang berkongsi pengalaman mereka dalam berhadapan dengan kekangan yang sengaja diada-adakan oleh pihak pentadbir. Pelbagai kerenah yang didedahkan, termasuklah kerja-kerja tangan ghaib yang menukar para guru mengikut telunjuk orang politik.
Sebelah petang, program diteruskan dengan majlis pembukaan bilik gerakan UPU Felda Bukit Permai. UPU yang mengalami kejutan drastik, apabila disertai oleh sebilangan besar anak muda yang dahulunya bersama UMNO. Persiapan kali ini amat jauh berbeza jika dibandingkan dengan sebelumnya. Masuk sahaja dikampung Murni Jaya, kita sudah dapat melihat bendera PAS berkibar berganding dengan bendera UBN. Hairan juga melihatkannya kerana sebelum ini bendera PAS akan diturunkan dan dibakar oleh samseng upahan UMNO. Rupa-rupanya yang menaikkan bendera PAS ialah samseng UMNO yang sudah sedar dan inginkan perubahan. Bukan sekadar itu, beliau telah memberi amaran kepada samseng upahan UMNO, sekiranya bendera PAS mereka perlakukan seperti sebelumnya, beliau akan bertindak menebang semua bendera UBN di kampung tersebut. Kali ini bertemu buku dengan ruas. Baru dia orang tahu.
Petang itu juga penulis berkesempatan menziarahi rumah yang telah dicat oleh para petugas UPU Bukit Permai yang terletak didalam Kampung Murni Jaya. Disamping itu, peluang yang ada telah digunakan untuk bertemu dengan sipulan yang telah menaikkan bendera PAS sambil menjaga keselamatannya sekali yang kebetulan jaraknya tidak berapa jauh dari rimah yang diziarahi. Sambil mengucapkan terima kasih, beliau telah disantuni dengan mesra dan mengharapkan kerjasamanya untuk memastikan gerak kerja kita tidak dikacau oleh puak UBN. Beliau telah menyatakan kesanggupannya untuk membantu demi perubahan. Begitulah Allah menolong hambanya yang menolong agama Nya.
Pada sebelah malam, penulis telah menghadiri satu lagi program yang telah diatur oleh Dewan Pemuda iaitu Program BBQ Anak Muda di Felda Inas. Satu program bagi mendekati anak muda yang akan menjadi agen perubahan di UPU felda tersebut. Walaupun tidak dapat menepati sasaran kerana mereka yang diundang tidak hadir, tetapi kehadiran sahabat dan anak-anak ahli PAS pada malam itu sudah cukup bagi memberi lonjakkan awal kearah perubahan.
Seorang anak muda yang berjiran dengan ahli kita, yang sempat penulis bersembang dengannya pada malam itu, telah menyatakan kesanggupan untuk membantu jentera parti bagi menghadapi PRU yang akan datang. Beliau yang kini menetap di Bangi kerana meneruskan pangajian diperingkat MA, di UKM, berjanji akan pulang mengundi sambil memujuk ahli keluarganya untuk membuat perubahan. Inilah pendekatan yang sedang digunapakai oleh PAS Kulai khususnya bagi mendekati pengundi muda. Program ini akan diperhebatkan lagi diperingkat UPU bagi menjana momentum perubahan menolak UBN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan