Isnin, Julai 30, 2012

Pembinaan Rumah Mak Teh.

Pembinaan rumah Mak Teh kini sudah hampir 80% siap. Perkembangan setakat 29 Julai 2012 adalah seperti gambar dibawah :







Singgah Iftar PAS Kawasan Kulai.

Ahad : 29 Julai 2012 bersamaan 9 Ramadhan 1433H.
Rombongan Singgah Iftar PAS Kawasan Kulai telah berkunjung ke Taman Permata Impian, Taman Anjaria dan Felda Taib Andak. Seramai 11 keluarga telah diziarahi dan disampaikan juadah berbuka puasa disamping barangan keperluan harian. Program diakhiri dengan majlis berbuka puasa dan berterawih di masjid Felda Taib Andak.















Selasa, Julai 24, 2012

Singgah Iftar PAS Kawasan Kulai.

Tahun ini gerak kerja sempena Ramadhan bertukar dari Ziarah Ramadhan kepada Singgah Iftar pada setiap hari Ahad di bulan Ramadhan ini. Kali ini jentera PAS Kulai menziarahi golongan fakir miskin dengan membawa juadah berbuka puasa disamping barangan makanan sebagai iringan. Program telah bermula seawal 2 Ramadhan melibatkan lokaliti Bandar Putra dan Kampung Pertanian. Seramai 13 keluarga telah diziarahi dan dari reaksi mereka, jelas terkejut kerana kedatangan kami kali ini membawa juadah berbuka puasa.

Insya'allah pada hari Ahad yang akan datang ini, rombongan Singgah Iftar PAS Kulai akan berkunjung ke Taman Permata Impian, Taman Anjaria dan Felda Taib Andak.

Program Singgah Iftar ini akan turut disertai oleh Sdr. Mazlan Aliman selaku AJK PAS Pusat merangkap TPJ PAS Johor.









Sesiapa yang berhasrat untuk menyumbang dalam program ini boleh menghubungi Tuan Hj Wan Razali di talian 012-7922175. Sumbangan anda amat kami hargai.



Isnin, Julai 23, 2012

TAZKIRAH RAMADHAN

Ibadat sepanjang Ramadhan adalah penawar mujarab bagi semua penyakit. Oleh yang demikian, amalan puasa Ramadhan ini diwajibkan oleh Allah swt sekali setahun antaranya bertujuan supaya manusia melawan nafsu dalam diri, terutama nafsu makan dan minum.

Dengan melawan nafsu kita telah melatih diri untuk menghayati bagaimana mengawal hati nurani dan iman supaya tunduk kepada perintah Allah Taa'ala.

Disebalik perintah Allah, wajib diatas kita berhenti makan dan minum disiang hari selama sebulan. Meskipun perintah-Nya bercanggah dengan hak kita sendiri.

Apa yang utama, dengan cara puasa dan amal ibadat Ramadhan, ia sebagai cara untuk kita membendung perasaan tamak supaya tahu mana satu hak kita dan mana pula hak orang lain.

Tuan Guru
Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mursyidul Am PAS.


Pembinaan rumah Mak Teh.

Setakat 18 Julai 2012, hampir 70% rumah tersebut telah pun berjaya disiapkan. Kini kerja-kerja memperkemas bahagian dalam dan luar sedang dilaksanakan sebelum kerja-kerja bahagian lantai mula dilakukan. Berikut ialah gambar terkini yang sempat dirakamkan.






Khamis, Julai 12, 2012

TAHLIL PERDANA & BICARA IKON


TEMPAT : PASTI Al-Hikmah, Bandar Putra, Kulai.
MASA : 7.00 mlm

SEMUA WARGA PAS & PENYOKONG
 DIJEMPUT HADIR.




Selasa, Julai 10, 2012

JANJI DI TEPATI oleh BN



Saksikan bagaimana anak-anak ini bertarung nyawa untuk menimba ilmu di negeri yang kaya dengan hasil mahsulnya. Inikah Janji Yang Ditepati seperti yang dilaung-laungkan oleh kerajaan Barisan Nasional. Penulis percaya apabila ada yang terkorban kelak, barulah mereka ini akan menikmati jambatan yang lebih selamat dan selesa.




 


 




 
 

 

Sesetengah kandang kambing yang diusahakan oleh pengusaha di Johor pun lebih baik daripada sekolah tempat anak-anak ini belajar. Saksi dan nilaikan semdiri.

Sumber : Detikdaily.


 

PUASA RAMADHAN.

Firman Allah yang bermaksud :

"Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
(Puasa Yang Diwajibkan itu ialah beberapa hari Yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu Yang sakit, atau Dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari Yang dibuka) itu pada hari-hari Yang lain; dan wajib atas orang-orang Yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah Iaitu memberi makan orang miskin. maka sesiapa Yang Dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari Yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (Walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui." (al-Baqarah 2 : 183-184)

Sabda Nabi s.a.w. :

"Barangsiapa yang tidak mampu meninggalkan perkataan dan perbuatan dusta maka Allah tidak mengharapkan amalan dia meninggalkan makanan dan minumannya." (HR. Al-Bukhariy no.1903)

Hazrat Salman رضي الله عنه berkata bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda kepada kami pada hari terakhir dari bulan Sya'aban: Wahai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati. Satu bulan yang terdapat di dalamnya satu malam ( Lailatul- Qadr ) yang lebih baik daripada seribu bulan. Satu bulan yang mana Allah سبحانه وتعالى telah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai satu amalan fardhu dan berdiri pada malamnya ( bertarawih ) sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yang cuba menghampiri Allah سبحانه وتعالى padanya dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seorang yang telah menunaikan satu fardhu pada bulan-bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardhu di dalamnya adalah seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardhu pada bulan-bulan lain. Ia adalah bulan
kesabaran di mana ganjaran kesabaran adalah syurga. Ia adalah bulan simpati. Ianya bulan yang ditambahkan rezeki kepada orang-orang yang beriman. Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka, maka ia merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan dirinya dan neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikitpun dari ganjaran pahalanya."

Sahabat-sahabat رضي الله عنه lalu berkata, "Tidaklah setiap dari kami mempunyai sesuatu untuk diberi kepada orang yang berpuasa untuk berbuka." Maka Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, "Allah سبحانه وتعالى memberikan pahala itu kepada sesiapa yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisipan susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka."

Ia adalah satu bulan yang bahagian awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya kelepasan dari api neraka. Sesiapa yang meringankan beban hamba-hambanya (pekerja-pekerjanya) pada bulan itu maka dia akan diampunkan oleh Allah سبحانه وتعالى . dan akan dilepaskan dari azab api neraka. Perbanyakkanlah pada bulan ini empat perkara. Kamu meredhakan Tuhan kamu dengan dua perkara dan dua perkara lagi yang tidak boleh tidak kamu memerlukannya. Ada pun dua perkara yang kamu dapat meredhakan Tuhan kamu dengannya adalah penyaksian bahawa tiada Tuhan selain Allah dan kamu memohon istighfar daripadaNya. Sementara dua perkara yang tidak boleh tidak kamu perlukannya ialah memohon syurga dari Allah سبحانه وتعالى dan meminta perlindungan dari api neraka. Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah سبحانه وتعالى akan memberinya minum dari telagaku (pada hari kiamat), dengan sekali minum, dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga. (Hadis riwayat Ibnu Huzaimah, Baihaqi dan Ibnu Hibban)

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARRAQ

Sumber: Kitab Fadhilat Amal @ Fadhilat Ramadhan (Bab 1 Hadis 1 m/s 1) Karangan: Sheikhul Hadith Maulana Muhammad Zakaria rah.a


Isnin, Julai 09, 2012

Forum Bicara Ikon.


Al-Marhum Ustaz Dato' Hj Fadhil Mohd Noor.
( TETAP DIHATI )

  • Tarikh : 22 Sya'ban 1433H bersamaan 12 Julai 2012 ( Khamis )
  • Tempat : PASTI Al-Hikmah, Bandar Putra, Kulai.
  • Masa : 9.00 malam.
  • Ahli Panel : 
  1. Ust Abdullah Husien ( Moderator )
  2. Hj Subky Latif ( Kolumnis Harakah )
  3. Dato' Hj Mahfodz Mohamad ( Naib Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat / PJ PAS Johor)
  4. Sdr. Mazlan Aliman ( AJK PAS Pusat / TPJ PAS Johor )
 SEMUA DIJEMPUT HADIR.


Pembinaan Rumah Mak Teh

Perkembangan pembinaan rumah Mak Teh setakat 7 Julai 2012 :




Alhamdulillah..... Beginilah hasilnya setakat ini.


Selasa, Julai 03, 2012

Pembinaan Rumah Mak Teh.

Inilah perkembangan setakat 3 Julai 2012. Segalanya berjalan dengan baik. Insya'allah.