Khamis, Jun 28, 2012

PAS Kulai Mengalu-alukan Kedatangan Tuan Guru Nik Abd. Aziz Nik Mat ke Johor.


WARGA PAS KULAI DIMINTA HADIR BERAMAI-RAMAI KE LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA SENAI HARI INI JAM 5.30 PTG.

Beza Hosni Mubarak Dengan Pesiden Mesir Yang Baru

http://bm.harakahdaily.net/cache/532090_448094951881248_1837827156_na6sphotosakfbcdnnet_thumb_medium490_0.jpg

SAMA-SAMA KITA NANTIKAN PERBEZAAN DI MALAYSIA PULA.

Asal Perbuatan Jahat dan Baik Manusia.

Firman Allah yang bermaksud :
"Dan Allah yang telah menciptakan kamu dan apa yang kamu lakukan"          ( Surah al-Safat 37:96)
Difahamkan dari ayat ini, semua perbuatan manusiaa termasuk segala tutur katanya adalah daripada Allah swt. Kalau begitu, adakah perbuatan keji dan tutur kata yang dusta itu juga semuanya daripada Allah swt? Didalam ayat lain juga Allah berfirman yang bemaksud :
"Dan Allah yang menciptakan segala sesuatu" ( Surah al-An'am 6:101)
Ada pendapat lain pula mengatakan bahawa setiap kata-kata yang dusta dan perbuatan yang keji itu adalah daripada manusia itu sendiri dan bukan daripada Allah. Adakah pendapat ini benar?
----------------------------------------------------------------------------------
Sesungguhnya segala perbuatan hamba itu adalah makhluk bagi Allah kerana Allah itu bersifat wujud iaitu ada dan Dia yang mengadakan sesuatu (yang asalnya) daripada tiada. Allah juga yang mencipta manusia dan apa yang manusia lakukan. Begitu juga makhluk yang bernama haiwan, Allah yang menciptakannya.

Golongan Muktazillah berpendapat bahwa hanya diri manusia dan segala gerak perbuatannya sahaja daripada Allah. Manakala segala usaha dan ikhtiar adalah daripada diri manusia itu sendiri. Begitu juga setiap pergerakkan yang berlaku hasil daripada gerak manusia seperti berlkunya pergerakkan cincin dari jari seseorang itu kerana bergeraknya jari, maka gerak cincin itu adalah pergerakkan ciptaan Allah disebabkan Allah  jua yang menjadikan jari itu bergerak. Perkara ini khilaf bagi jumhur Muktazillah.

Mengenai ketaatan seorang hamba, ia juga berlaku dengan kehendak Allah menerusi qada' dan qadarNya, kerana Allah amat suka dan redha kepada ketaatan. Dia juga memerintahkan manusia supaya taat. Begitu juga tentang perlakuan maksiat dan kufur yang dilakukan oleh seseorang hamba. Ia juga berlaku dengan kehendak dan iradat Allah swt tetapi perbuatan itu amat dibenciNya dan tidak diperintahkan supaya melakukannya dan sememangnya tidak disukaiNya.

Adapun segala perbuatan yang mungkar, walaupun dianggap sebagai makhluk bagi Allah tetapi tidak seharusnya dikaitkan dengan Allah swt. Demi untuk menjaga peradaban, jangan sekali-kali mengatakan bahawa segala yang dikeji dan mungkar serta setiap yang kufur itu adalah kehendak Allah swt atau dengan mengatakan bahawa Allah menentukan segala-galanya.

Begitu juga percakapan seperti menyebut nama babi, monyet dan seumpamanya, jangan sekali-kali dikaitkan dengan nama Allah, tetapi kita boleh mengatakan bahawa Allah swt yang mencipta segala makhluk haiwan seperti babi dan monyet, tidak akan wujud semua makhluk-makhluk ini melainkan dengan kehendak dan iradat Nya jua.

Kita boleh mengatakan Allah swt memiliki segala yang wujud di tujuh petala langit dan segala apa yang ada di perut bumi, tetapi kita tidak boleh berkata Allah memiliki anak-anak kerana kata-kata seperti itu akan memberikan tanggapan negatif terhadap Allah swt, demikianlah pendapat Imam Ghazali daripada golongan Ahli Sunnah wal Jamaah yang sebenar-benarnya.

Petikan buku Furu' Wal Masa'il
Karangan : Maulana Al-Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani





Rabu, Jun 27, 2012

JOM MAKAN DURIAN

Program yang diwar-warkan sebelum ini akan diadakan seperti berikut :



Datanglah beramai-ramai sambil beramah mesra dengan pimpinan PAS Kawasan Kulai.







Selasa, Jun 26, 2012

Pembinaan rumah Mak Teh.

26 Jun 2012.
Gambar-gambar dibawah menunjukkan perkembangan pembinaan rumah Mak Teh setakat ini. Sejak dimulakan, ia telah berjalan dengan baik dan sehingga kini telah mencecah dua minggu. Jika keadaan cuaca mengizinkan, proses pembinaan ini akan berjalan dengan lancar dan tidak tergendala. Insya'allah.








JOM MAKAN DURIAN

Durian merupakan Raja Buah yang menjadi kegemaran masyarakat di Malaysia. Warga Malaysia sanggup membelanjakan wang mereka untuk menikmati kelazatan Raja Buah ini hingga ada yang sanggup ke Kelantan, Pulau Pinang, Perak dan lain-lain negeri bagi menikmati rasaanya yang berbeza mengikut klon-klon tertentu daripada negeri yang berlainan. Begitulah yang berlaku apabila tiba musimnya. Kini musim durian sedang berlangsung dan pengeluarannya berperingkat-peringkat mengikut kawasan. PAS Kulai sedang merancang untuk mengadakan program JOM MAKAN DURIAN bersama pimpinan kawasan. Tarikh, tempat dan masa akan ditentukan sedikit masa lagi. Insya'allah dalam minggu ini. Nantikan berita selanjutnya..........


 

Isnin, Jun 25, 2012

Lawatan Kebajikan PAS Kawasan Kulai.

Sabtu 23 Jun 2012.
PAS Kawasan Kulai telah mengadakan lawatan kebajikan bagi menyampaikan bantuan berbentuk barangan keperluan harian kepada golongan ibu tunggal dan yang memerlukan. Kali ini PAS Kulai berkunjung ke Kampung Rahmat sebagai susulan setelah kunjungan pertama dilakukan bersama YB Sdr. Salahudin Ayub bertemu dengan pemimpin tempatan sedikit masa dahulu. Seramai 9 keluarga miskin yang kebanyakkannya terdiri daripada ibu tunggal telah diziarahi. Inilah kali pertama PAS berjaya mengadakan program ziarah di kampung ini. Kehadiran kami bersama Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor iaitu Sdr Mazlan Aliman telah disambut baik oleh penduduk setempat. Kesemua yang kami kunjungi melalui kehidupan dengan amat sederhana sekali dan memerlukan bantuan daripada orang ramai dan pihak yang berwajib.

Terdapat satu keluarga yang kami kunjungi menceritakan keperitan hidupnya menyara 6 orang anak setelah ditinggalkan suami. Bantuan yang diperolehi daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sekadar RM400 sebulan. RM250 daripadanya telah digunakan untuk membayar sewa rumah, manakala bakinya digunakan untuk menyara keluarga. Ibu ini terpaksa membuat kerja-kerja sambilan untuk menampung kos kehidupan. Seorang ibu muda yang kematian suami yang kini tinggal menumpang dirumah ibunya yang juga seorang ibu tunggal, memperolehi pendapatan RM500 sebulan sebagai tukang cuci disekolah, mengharapkan PAS Kulai dapat membantu untuk mempercepatkan proses permohonannya memohon bantuan daripada JKM.

Inilah warna-warna kehidupan yang kami saksikan setiap kali ziarah dilakukan. Kampung Rahmat yang berkedudukan dipinggiran bandar, termasuk didalam kawasan kawal selia Majlis Perbandaran Kulai. Dengan kesempitan hidup yang terpaksa dilalui akibat pendapatan tidak dapat mengimbangi perbelajaan keperluan, mereka juga terpaksa berhadapan dengan cukai-cukai tahunan yang dikenakan.

Cukupkah BR1M yang bernilai RM500 itu (seperti yang dibangga-banggakan) mampu mengatasi masaalah mereka ? Kenapa golongan marhain seperti ini tidak dapat menikmati kekayaan negara ? Kemana perginya hasil negara ? Dan banyak lagi persoalan yang perlu dijelaskan oleh kerajaan yang memerintah.

Sudah tiba masanya rakyat bangkit membuat perubahan dalam PRU 13 yang akan datang dengan menolak Barisan Nasional.

 UBAH SEKARANG.









 Ziarah diakhiri dengan jamuan makan durian dirumah seorang sahabat di Kg. Air Manis.


Khamis, Jun 21, 2012

Sejarah Bulan Sya'ban.

Al-Syeikh Daud bin Al-Syeikh Abdullah Al-Fatani, dalam kitabnya Jam'ul Fawaid, mencatatkan bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadhan sebagai bulan-bulan mulia dan terkemuka diantara bulan-bulan yang lain. Ketiga-tiga bulan ini, masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri dalam aspek darjat kebesaran dan keberkatan serta nilai sejarahnya.

A. MAKNA DAN ASAL USUL SYA'BAN.

Rasulullah s.a.w. pernah bertanya kepada para sahabat : "Tahukah kamu kenapa bulan ini dinamakan bulan Sya'ban?" Jawab para sahabat: "Allah dan Rasul Nya lebih mengetahui." Sabda Rasulullah s.a.w. : "Sebabnya, bulan ini bercabang-cabang dan amat banyak kebajikannya."

Kalimah Sya'ban itu (dalam huruf jawi) merupakan akronim yang mempunyai lima huruf :
  1. Syin (sy) daripada kalimah syarfun, bererti kemuliaan.
  2. 'Ain (') daripada kalimah 'ulwun, bererti ketinggian.
  3. Ba' (b) daripada birrun, bererti kebajikan.
  4. Alif (a) daripada kalimah alfa, bererti berjinak-jinak.
  5. Nun (n) daripada kalimag nurrun, bererti cahaya.
Kelima-lima kalimah yang diwakili oleh setiap huruf dalam sya'ban itu adalah kurniaan Allah kepada hamba Nya khusus dalam bulan Sya'ban.

B. DARJAT YANG TINGGI SELEPAS RAMADHAN.

Sabda Rasulullah s.a.w.  : "Sya'ban itu bulanku, manakala Ramadhan itu bulan umatku. Sya'ban ialah yang mengkifaratkan dan Ramadhan itu yang menyucikan".

Ternyata sekali baginda Nabi s.a.w. meletakkan bulan Sya'ban pada darjat yang lebih tinggi daripada bulan-bulan lain kecuali Ramadhan. Dalam hadith lain Rasulullah s.a.w. menyebutkan : "Sucikan diri kamu dalam bulan Sya'ban dan elukkan niat kamu untuknya".

Mengikut riwayat yang lain, Nabi s.a.w. bersabda : "Kelebihan bulan Rejab daripada bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Al-Quran daripada kitab-kitab yang lain. Manakala kelebihan Sya'ban daripada bulan-bulan yang lain seperti kelebihanku daripada nabi-nabi yang lain. Dan kelebihan Ramadhan daripada bulan-bulan yang lain, seperti kelebihan Allah daripada seluruh makhluk".

Menurut Aisyah r.a. : "Bulan yang paling disayangi oleh Nabi ialah bulan Sya'ban".

Oleh itu Rasulullah s.a.w. mengamalkan ibadat puasa dalam bulan Sya'ban sepenuhnya. Sedangkan dalam bulan-bulan yang lain kecuali Ramadhan, baginda tidak berbuat demikian. Hal ini menyebabkan Usamah bin Zaid berkata kepada Rasulullah s.a.w. : "Ya Rasulullah, aku lihat engkau berpuasa sepanjang bulan Sya'ban tetapi tidak demikian pada bulan-bulan yang lain kecuali Ramadhan".

Bagi menjelaskan hal itu, Rasulullah s.a.w. bersabda : "Bulan yang dilupai oleh segala manusia ialah bulan antara Rejab dan Ramadhan (bulan Sya'ban). Bulan inilah diangkat segala amal manusia dan aku sukacita amalanku diangkat ketika aku sedang berpuasa".

Kalau bulan Rejab terkenal dan dimuliakan kerana peristiwa Israq dan Mikraj, bulan Ramadhan terkenal dengan malam Lailatul Qadar, maka bulan Sya'ban pula dimuliakan kerana Malam Nisfu Sya'ban (malam 15 Sya'ban).

Berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. malam Nisfu Sya'ban termasuk dalam senarai yang dikategorikan sebagai malam istimewa bersama dengan malam Lailatul Qadar, malam Arafah, malam Fitrah (malam Hari Raya Aidil Fitri) dan malam Nahar (malam Hari Raya Aidil Adha)

Petikan Buku : Rahsia Keajaiban & Kelebihan Bulan Rejab, Sya'ban & Ramadhan.
Tulisan : Abu Ahmad Yasin
Terbitan : Pustaka Azhar.


Perkembangan pembinaan rumah Mak Teh.

Perkembangan terkini setakat 20 Jun 2012 adalah seperti gambar dibawah. Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, pembinaan rumah warga emas ini menjadi tumpuan penduduk setempat. Semoga ia mampu menyuntik hidayah Allah swt untuk bersama perjuangan Islam. Insya'allah.











Isnin, Jun 18, 2012

PAS Semakin diterima oleh masyarakat.

15 Jun 2012, Bandar Putra, Kulai.
Ceramah YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS telah mendapat sambutan diluar jangka oleh penduduk setempat. Inilah kali pertama YB Dato' Seri Presiden datang berceramah di Kulai. Sebelum ini YB Presiden hanya singgah sahaja ke Kulai ketika dalam rangka lawatan beliau ke negeri Johor. Kali ini beliau berpeluang menyampaikan ceramahnya di Kulai dan kehadiran beliau telah mendapat sambutan yang menggalakan oleh warga Kulai. Sekitar 3000 orang telah hadir dimalam tersebut dan mendengar sendiri amanat yang disampaikan oleh Tuan Guru.

Kehadiran pelbagai bangsa dimalam tersebut telah membuatkan Tuan Guru menyampaikan ceramahnya dengan begitu semangat sekali. Beliau telah menjelaskan kepada hadirin tentang konsep tahaluf siyasi yang dilaksanakan oleh PAS bersama DAP dan PKR ketika ini. Terdapat ramai rakan dari kalangan UMNO yang hadir telah mendapat penjelasan yang tepat daripada Tuan Guru sendiri.

Semoga rakyat Johor yang bermazhab UMNO diberi hidayah oleh Allah swt dan beralih sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang. INSYA'ALLAH.

Gambar-gambar sekitar ceramah Tuan Guru.


Perkembangan pembinaan semula umah Mak Teh.

Alhamdulillah...segala kerja yang dirancang berjalan lancar dengan izin Allah swt. Rumah warga emas yang dimaksudkan sedang dalam pembinaan. Berkat usaha warga PAS Kulai, sedikit masa lagi rumah Mak Teh akan berwajah baru. Insya'allah. Kepada warga prihatin yang ingin menyumbang, bolehlah berbuat demikian melalui akaun PAS Kulai.












Khamis, Jun 14, 2012

Hanya Penyamun Cintakan Penyamun

Bakal menantu PM didakwa tipu AS$20 juta

Dokumen mahkamah Amerika Syarikat mendakwa warganegara Kazakhtan Daniyar
Nazarbayev, yang bertunang dengan anak perempuan Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak, terlibat dalam penipuan.

Dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan mendakwa,
dia menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 (RM62 juta)
dan memasuki Universiti Columbia menggunakan dokumen palsu.

Menurut The New York Post hari ini, dokumen mahkamah itu menyebut,
Daniyar memalsukan dokumen untuk memberikan gambaran bahawa dia
berkelulusan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan.

Bagaimanapun, sumber akhbar itu berkata, dia sebenarnya bersekolah di
Switzerland dan tidak menamatkan pelajaran.

Rekod Columbia masih menunjukkan Daniyar masih dalam senarai bekas
pelajar dan bergraduasi pada 2010.

The New York Post melaporkan jurucakap Columbia sudah dihubungi tetapi
enggan mengulasnya.






Skandal Wang Asing BNM 1992~1993

Pada hari Rabu, 30 Mei 2012, awal pagi, saya menerima satu pesanan
ringkas yang berbunyi: "Salam Dr. Rosli. Kaifahal? Saya Syed Mikael dari
Penang Institute. Berhajat besar utk menjemput tuan hadir memberi pdgn
dlm satu forum khas bertajuk "Bank Negara Forex Scandal: When Government
Becomes Speculator."  Forum ini bakal diadakan pada 2.30 ptg, Sabtu ini
2 Jun 2012 di Dewan Sri Pinang, Padang Kota Lama, Pulau Pinang. Selain
tuan, CM Lim Guan Eng dan DS Anwar Ibrahim turut jd panelis. Ini adalah
permintaan pribadi DSAI kpd tuan. Harap dapat hadir."

Apabila membaca mesej itu saya menjadi kelam kabut (tetapi saya tahu
ayat terakhir itu adalah tambahan dengan maksud tidak sopan kalau saya
menolak). Pertama, saya memang sudah ada program tetap di hujung minggu.
Setiap minggu, kecuali ada hal yang lebih utama, mulai petang hari
Khamis sehinggalah ke petang hari Ahad, saya mesti berada di Rembau -
turun padang. Kedua, pada hari Jumaat, 1 Jun, saya mesti hadir
bersama-sama rombongan dari Rembau ke program "Himpunan Hijau ke Putra
Jaya" di Alor Star, Kedah. Ketiga, pada hari Ahad, 3 Jun, saya mesti
kembali ke Rembau kerana majlis perkahwinan anak buah (anak adik) saya.
Saya tahu ibu saya akan sedih jika saya tidak bersama di majlis itu.

Keempat, masa yang ada memang suntuk dan amat sukar bagi saya untuk
membuat persediaan, tambahan lagi, ini bukan subjek yang mudah.

Kelima, maudhu' yang akan dibicarakan sudah lama saya tinggalkan. Kali
terakhir saya berbicara mengenainya ialah pada April 2006 bila pemberita
akhbar Malaysiakini menemubual saya mengenainya. Betul, saya ada menulis
mengenainya tetapi saya kena mentelaah kembali tulisan-tulisan itu
kerana banyak perinciannya yang saya telah lupa.

Keputusan saya: saya kena tolak undangan. Namun, hati saya terus
berbolakbalik di antara hendak kata ia atau tidak.

Saya akhirnya menalipon Syed Mikael menyatakan, dengan hati yang berat
dan rasa terbeban, "setuju."  Perkiraan saya ialah saya memang akan ke
utara dan program mingguan di Rembau pun telah dibatalkan kerana ramai
ahli yang akan ke Kedah menyertai perhimpuan hijau dan  setelah berjanji
kepada ibu, saya akan berada di Rembau pada pagi Ahad itu, Insya Allah.

Saya dan isteri ke Pulau Pinang pada hari Khamis 31 Mei bertolak dari
Subang Jaya pada pukul 5 pagi dan sampai di Pulau Pinang pada pukul 8.30
pagi.  Kami menginap di Hotel Equitorial. Berbekalkan sedikit maklumat
yang saya telah kumpulkan sebelum bertolak, saya memerapkan diri di
bilik hotel, mentelalah bahan yang saya bawa dan melayari internet untuk
bahan tambahan dalam menyediakan satu power point presentation untuk
dibentangkan di dalam forum.

Isteri saya merungut kerana saya tidak membawa beliau bersiar-siar di
Pulau Pinang. Hendak menziarahi saudara mara pun terpaksa dilupakan. Dia
reda sedikit bila pada sebelah senjanya, kami keluar makan malam di
restoran Pak Su di Sungai Dua dan makan durian dari dusun Pak Su sendiri
yang turut dijaja di situ. Kembali ke hotel saya terus menyambung kerja
hingga lewat malam.

Sesudah subuh, hari Jumaat, 1 Jun, dalam hujan yang lebat, kami memandu
kereta ke Alor Setar. Program di Alor Setar memang menyemarakkan
semangat perjuang tetapi meletihkan. Bila kembali dari Alor Setar pada
dinihari, Sabtu 2 Jun, saya menginap di Hotel Penaga, di Hutton Lane. Se
awal selepas sembahyang subuh, saya menyambung kerja menyiapkan ppp.
Ianya siap pada pukul 12.30 petang dan terus saya emelkan kepada Syed
Mikael kerana saya telah berjanji akan emel kepada beliau pada sebelah
pagi. Saya terlewat.

Saya tiba di Dewan Sri Pinang pada pukul 2.00 petang. Forum bermula pada
kira-kira pukul 3.30 petang kerana DSAI yang berkereta dari Kuala Lumpur
terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Utara-Selatan.
Perjalanan mengambil masa lima setengah jam berbanding  3-4 jam jika
tiada kesesakan.

Kepada kira-kira 400 hadirin dan hadirat di majlis forum itu saya
memberitahu ada sekurang-kurang lapan isu utama yang mengundang jawapan
berkaitan dengan tajuk forum itu (forum diadakan dalam Bahasa Inggeris).
Saya kongsi isu-isu dan jawapan yang saya kemukakan di forum itu dengan
pembaca Harakah.

Pertama, wajarkah Bank Negara Malaysia (BNM) berspekulasi di pasaran
pertukaran wang asing?

Tidak. BNM tidak boleh sama sekali terlibat di dalam kegiatan spekulasi
di dalam pasaran wang kerana risiko kerugian daripada kegiatan ini amat
tinggi. Fungsi sebenar BNM adalah sebaliknya, iaitu, memerangi kegiatan
spekulasi. Di dalam pasaran pertukaran wang asing khususnya, fungsi
teras BNM ialah menjaga dan melindungi nilai Ringgit Malaysia (MYR)
berbanding nilai matawang asing khususnya matawang rakan dagang utama
negara seperti Dolar Amerika (USD), Ringgit Singapura, Paun British
(GBP), Deutch Mark (DM), Yen, Swiss Franc, French Franc dan sebagainya.
BNM mesti melindungi MYR dari serangan spekulatif dan menjaga nilai
pertukaran MRY supaya sentiasa stabil dan pasaran wang setiasa cukup
kecairan.

Kedua, bilakah BNM mula  terlibat di dalam kegiatan spekulasi di dalam
pasaran pertukaran wang asing?

BNM mula melibatkan diri di dalam kegiatan spekulasi di pasaran
pertukaran wang apabila Tan Sri Jaffar Hussien (arwah) dilantik Gabenor
pada tahun 1985. Gabenor-Gabenor sebelum beliau - Tun Ismail Ali (arwah)
dan Tan Sri Aziz Taha (meletak jawatan) - semuanya menentang kegiatan
spekulasi matawang. Malah, mereka sentiasa mempertahankan BNM sebagai
badan yang harus bebas dari campur tangan pemerintahan. Kerana tidak
rela dijadikan "budak suruhan" kepada Menteri Kewangan yang mengarahkan
Tan Sri Aziz berbuat sesuatu yang bertentangan dengan prinsip dan etika
bank pusat, beliau memilih meletakkan jawatan. Mungkin, antaranya,
beliau enggan berspekulasi di pasaran wang asing.

Isyarat bahawa BNM akan bersepekulasi di pasaran pertukaran wang asing
disebut di dalam satu syarahan yang disampaikan oleh TSJH di Delhi dalam
tahun 1989. Beliau menyebut bahawa beliau telah menambahkan dimensi
ketiga dan keempat kepada pengurusan rizab BNM, iaitu, mengoptimamkan
keuntungan dan membangunkan kemahiran berurusniaga di dalam pasaran wang
asing.  Sebelum ini, teras utama pengurusan rizab adalah menjaga dan
melindunigi nilai MYR dan mengekalkan kecairan di dalam pasaran. Sejak
dari itu bermulalah penglibatan BNM dalam kegiatan spekulasi di pasaran
wang asing dalam skala besar dengan tujuan menjana keuntangan maksimam
sehingga mengkesampingkan teras utama pengurusan rizab.

BNM bukan lagi berspekulasi di dalam pasaran untuk menjaga nilai ringgit
tetapi berjudi dengan harapan mendapat untung besar dan segera.  Bila
ada pihak yang bertanya kenapa BNM berspekulasi secara besar-besaran
sedangkan tidak ada mana-mana bank pusat yang berbuat demikian, maka
TSJH sering memberi alasan "untuk mempertahankan nilai ringgit dan
mengawal inflasi." Ini terbukti falsu kemudiannya apabila kerugian besar
akibat berjudi terdedah dan nilai pertukaran asing MYR merudum dalam
tahun 1997-98 diserang spekulator.

Ketiga, Berapa besar dana digunakan BNM untuk berjudi di dalam pasaran
pertukaran asing?

Kerana ketiadaan penyiasatan, jumlah dana terlibat sukar diperinci.
Tetapi, pakar-pakar pasaran memang mengetahui bahawa pada satu ketika
BNM (sebelum skandal terdedah) adalah pemain terbesar di dalam pasaran
pertukaran wang asing di dunia. Lawannya hanyalah George Soros,
"penyangak matawang."  Akhbar Reuter pernah melaporkan bahawa BNM adalah
"sebuah kuasa yang dominan di dalam pasaran pertukaran wang sejak
beberapa tahun kebelakangan ini. Bahawa, BNM telah menjana keuntungan
yang agak lumayan dari kegiatan itu sejak sebelum tahun 1992-93, telah
mendorong BNM untuk bermain di dalam pasaran pertukran asing dalam skala
yang semakin besar."

Pedagang-pedagang matawang asing biasanya berjual beli dalam lot USD1
juta, USD5 juta dan paling tinggi USD 10 juta. Tetapi BNM berniaga dalam
lot USD 50 juta dan kadang-kadang dalam lot USD1 bilion (dalam istilah
pasaran, ini dipanggil satu ela) dalam sehari. Amat jarang sekali
peniaga matawang asing berjual beli dalam lot yang besar.  Penanding
yang paling hampir kepada BNM dalam kegiatan jual beli di dalam pasaran
pertukaran asing ini ialah pengurus-pengurus dana Jepun. Itu pun mereka
berani bermain paling tinggi dalam lot USD50 juta dan setakat sekali
atau dua kali setahun. BNM bermain dalam lot-lot besar ini setiap hari.
Ertinya, BNM memang berjudi di dalam pasaran, satu aktiviti yang tidak
ada kena-mengena langsung dengan fungsi "mempertahankan nilai ringgit
dan mengawal inflasi."

Strategi BNM ialah membeli dahulu sesuatu matang wang dalam jumlah
beberapa bilion USD dan setelah urusan pertama ini selesai (selang
beberapa minit sahaja), ia akan membeli beberapa billion USD lagi. Ini
menjana kejutan di dalam pasaran dan pedgang-pedagang lain menjadi panik
dan akan tergesa-gesa membeli matawang berkenanan. Akibatnya, harga akan
naik dan ketika itulah BNM menjual pegangannya dan menjana keuntungan
lumayan. Akhirnya, pedagang-pedagang lain akan tahu helah ini dan bila
mereka tahu, mereka akan bertindak balas. Maka bertemulah buku dengan
ruas.

Dalam tahun 1992, BNM berjudi di dalam Paun British (GBP). Ia membeli
dengan jangkaan GPB akan naik nilai. Pada masa yang sama, George Soros
membuat "short selling" ke atas GBP (jual dulu dan beli kemudian) kerana
dia menjangka nilai GBP akan jatuh di masa hadapan. Jangkaan soros
tepat. Nilai GBP jatuh. BNM rugi USD5.5 bilion dan Soros untung USD1.7
bilion. TSJH berbohong dengan mengumumkan bahawa BNM hanya rugi di atas
kertas sebanyak RM9.3 bilion. Hanya kemudian (dalam tahun 1993) beliau
mengakui BNM rugi RM10.1 bilion.



Pakar-pakar membuat anggaran bahawa kerugian sebesar itu hanya boleh
terjadi kalau BNM berspekulasi dalam pasaran sebanyak US27-33 bilion.
Jumlah ini 5 kali ganda jumlah rizab BNM pada masa itu dan lebih besar
dari nilai asset BNM, iaitu, USD20.7 bilion ketika itu, bermakna BNM
sudah bankrap. Ini bukan hendak menjaga nilai ringgit dan mengawal
inflasi, ini berjudi sakan.



Perjudian BNM di dalam pasaran pertukaran wang asing ini telah dikesan
oleh bank pusat Amerika (Federal Reserve Bank) dan Gabenornya pada masa
itu, Alan Greenspan telah menggesa BNM menghentikan segera perbuatan
itu. Tetapi, BNM buat pekak badak. Ia terus bermain judi dan akhirnya
rugi besar lagi dalam tahun 1993.



Akhbar "Malaysia Business" melaporkan bahawa pada kemuncaknya, BNM
pernah berspekulasi di dalam pasaran pertukaran wang asing sehingga
RM270 bilion (USD90-100 bilion). Pedagang-pedagang matawang asing BNM
amat agresif dan digelar "pembuli pasaran" (market bully). Mereka
seolah-oleh diberi oleh bos mereka cek kosong, berbelanja ikut suka.
Yang sebenarnya, yang berjudi itu seorang sahaja, iaitu Nor Mohamed
Yakcop. Khabarnya (berita yang hangat di kalangan kakitangan BNM), apa
yang beliau buat ialah beliau berjual beli menggunakan komputer orang
lain - pegawai-pegawai di bawah beliau. Beliau akan bergerak dari satu
komputer ke satu komputer sehingga pasaran melihat BNM mempunyai ramai
pedagang matawang asing yang agresif walhal yang agresif hanya seoarng
sahaja. Beliau selalu datang mesyuarat lambat dan ketika mesyuarat
sedang berjalan, keluar pergi ke kamar dagangan (dealing room). Beliau
membuat laporan palsu kepada Gabenor tetapi kerana dia licik, maka
Gebenor percaya semua laporan sehinggalah "nasi telah menjadi bubur"
barulah Gabenor sedar orang yang dipercayainya selama ini telah bermain
kayu tiga dengan beliau, buat cerita dongeng.

Keempat, berapa besarkah kerugian yang ditanggung BNM akibat dari
perjudian itu?

Memang sukar diketahui dengan tepat tanpa penyiasatan. YB Lim Kit Siang
pernah menyebut di parlimen bahawa jumlah kesemua kerugian ialah RM30
bilion, satu jumlah yang amat menggerunkan. Inilah jumlah kerugian yang
paling kerap disebut di kalangan pemain pasaran.

BNM mengakui kerugian sebanyak RM10.1 bilion dalam tahun 1992 dan RM5.7
bilion dalam tahun 1993.  Jumlahnya RM15.8 bilion, kira-kira setengah
dari anggaran pakar. Jumlah yang diakui oleh BNM itu memang secara
muslihat direndahkan. Sebahagian kerugian itu disorokkan melalui menilai
semula pegangan emas BNM pada harga pasaran yang telah menjadi lebih
tinggi berbanding harga mula-mula ia dibeli dan menilai pelaburan BNM
dalam saham tersenarai dan beberapa lagi harta yang lain. BNM juga
menggunakan "creative accounting" bagi menyorok kerugian. Kerugian telah
ditukarkan menjadi "harta" dengan mencipta istilah baru perakaunan,
iaitu, "deferred expenditure" atau "perbelanjaan tertunda" - wang telah
dibelanjakan dahulu tetapi akan dibayar secara ansuran kemudian. Ini
adalah penipuan. TSJH, seorang akauntan bertauliah, telah menderhakai
profesyen beliau sendiri.

Kelima, siapakah yang bertangungjawab di atas kerugian?

BNM berjudi sakan di pasaran pertukaran matawang asing semasa Tun Daim
Zainuddin (TDZ) menjadi Menteri Kewangan. Semua orang maklum, TDZ ini
seorang spekulator besar dalam pasaran saham.  Beliau menjana kekayaan
melalui spekulasi di pasaran saham. Dengan nada angkuh beliau pernah
dilaporkan berkata: "Apa yang saya jana di pasaran saham itu hanyalah
duit poket saya."

Diyakini bahawa arahan "pergi buat duit di pasaran pertukaran asing"
kepada BNM datangnya dari TDZ dan tentunya direstui oleh Perdana Menteri
Tun Mahathir Mohamad (TMM).  Umum mengetahui kedua-dua mereka rapat,
bagaikan isu dengan kuku.  Arahan itu dilaksanakan kerana BNM memiliki
seorang Gabenor yang berwatak "Yes Man" bukan macam Tun Ismail Ali  dan
Tan Sri Aziz Taha.  Harus diingat TDZ - kerana gagal menundukkan Tan Sri
Aziz Taha dengan arahan tidak munasabah - telah berjaya menekan Tan Sri
Aziz sehingga beliau meletak jawatan. Gabenor TSJH pula mempunyai "Yes
Man" lapisan kedua, iaitu, Nor Mohamed Yakcop.

Pada peringkat BNM, kerugian gergasi ini adalah tanggungjawab TSJH dan
Nor Mohamed Yakcop sepenuhnya. Mereka, walaubagaimana pun mengambil
arahan  daripada dan membuat laporan terus kepada TDZ dan TMM mengenai
permainan mereka di pasaran matawang ini. Pegawai tinggi BNM yang lain
tidak tahu apa-apa. Timbalan Gabenor pada masa itu, Tan Sri Dr. Lin See
Yan diketepikan.  Sesungguhnya, mereka berdua telah terpesong  jauh dari
batasan (went overboard) dalam memperjudikan harta BNM di pasaran
pertukaran asing. Mereka bukan berspekulasi tetapi berjudi secara cuai
dan tidak bertanggung jawab dengan tidak mengendahkan langsung tentang
keselamatan harta BNM dan harta negara.  Mungkin mereka bernafsu besar
untuk mengalahkan Goerge Soros yang dikenali sebagai "raja perompak"
(robber baron) itu bertujuan memenangi hati bos mereka bahawa mereka
mempunyai kepakaran tanpa tolok banding di dalam urusniaga matawang
asing.

Jadi, empat orang adalah orang yang harus dipertanggungjawabkan
sepenuhnya di atas kerugian gergasi yang ditanggung BNM akibat perjudian
di pasaran pertukaran asing - Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad,
Menteri Kewangan, Tun Dain Zainuddin, Gabenor, Tan Sri Jaffar  Hussein
dan Nor Mohamed Yakcop.

Bila Dato Sri Anwar Ibrahim mengambil alih sebagai Menteri Kewangan
dalam tahiun 1991, BNM memang sudah terperangkap di dalam perjudian di
pasaran. Beliau dinafikan maklumat mengenai keterdedahan BNM dalam
pasaran pertukaran asing - berapa besar pelaburan, untung  atau rugi,
semuanya disembunyikan dari beliau. Beliau mendapat maklumat serpihan
dari pihak ketiga.

Beliau, seperti yang diakui. pernah meminta maklumat terperinci dari
Gabenor TSJH tetapi beliau disuruh pergi memintanya daripada Perdana
Menteri. Bila DSAI dilantik Menteri Kewangan, kerugian telah menggunung
- "nasi telah menjadi bubur." Apa yang boleh beliau buat hanyalah
memberhentikan pendarahan dan itu beliau telah berjaya buat.

Beliau "membuang" Gabenor dan Nor Mohamed Yakcop dari BNM pada
pertengahan tahun 1994 selepas pembentangan laporan Tahunan BNM 1993
yang mendedahkan kerugian dari spekulasi wang asing itu. Beliau juga
melarang sama sekali BNM dari bersepekulasi di pasaran matawang asing.
Larangan ini berkuatkusa hingga kini.

Penganalisis merasakan beliau akhirnya membayar kos yang tinggi atas
tindakan beliau itu - difitnah, dibuang kerja dan dipenjara 6 tahun.

Orang yang memberi  arahan supaya BNM berspekulasi di pasaran wang asing
adalah TMM dan TDZ dan "kerja kotor" diserahkan kepada TSJH dan NMY
untuk melaksanakannya.  Jadi, TSJH dan NMY mempunyai pelindung.  Sebab
itu mereka bebas, tidak didakwa langsung.

Keenam, Kenapakah orang yang bertanggungjawab dibiarkan lepas-bebas?

Nor Mohamed Yakcop dipaksa meletak jawatan pada Julai 1994, satu hukuman
yang amat ringan berbanding jenayah yang telah beliau lakukan terhadap
negara. Malah, beliau kemudiannya diberi habuan lebih besar - kembali ke
BNM dan menjadi menteri kabinet.

TSJH juga dipersilakan meletakkan jawatan tetapi dengan segera beliau
dilantik menjadi Timbalan Pengerusi  PNB sebagai habuan. Sejak dari itu,
beliau hidup murung - jarang mendapat liputan media - dan dua tahun
kemudian beliau menginggal dunia akibat penyakit barah.

Perdana Menteri dan TDZ pula tida siapa yang berani sentuh. Buat
penyiasatan mereka tidak mahu. Mereka tidak lut undang-undang.

Ketujuh, kenapakah skandal kerugian pertukaran asing BNM tidak disiasat?

Ini adalah kerana, pertama, pemimpin tertinggi negara nampaknya terlibat
dan bersekongkol dalam perjudian ini. Kedua, penyiasataan mungkin
mendedahkan banyak kepincangan dan perkara buruk yang boleh membawa
kacau bilau politik kepada golongan berkuasa. Ketiga,
perincian-perincian skandal ini mungkin terlalu mengerikan (too
gruesome) kepada umum dan boleh menyebabkan malu besar kepada golongan
berkuasa, sekiranya didedahkan.  Keempat, wujud unsur-unsur jenayah di
dalam skandal berkenaan yang boleh menyebabkan orang bertanggungjawab
masuk penjara bukan masuk kabinet seperti yang berlaku sekarang.

YB Lim Kit Siang telah mencadangan di Parlimen supaya Suruhanjaya
PenyiasatanDiraja ditubuhkan untuk menyiasat skandal kerugian pertukaran
asing ini tetapi cadangan tidak langsung diendahkan.

Kelapan, patutkah PR (jika memerintah) menyiasat kembali skandal ini?

Di Mongolia, dua orang bekas Gabenor dan tiga orang kakitangan bank
pusat negara itu telah didakwa dimahkamah atas tuduhan kecuaian dan
melebihi kuasa sehingga menyebabkan kerugian USD90 juta di pasaran
pertukaran asing.  TSJH dan NMY telah melakukan kesalahan yang lebih
besar dan menyebabkan kerugian gergasi, maka sudah sewajarnya mereka di
bawa ke muka pengadilan. Mereka mestilah disiasat. Jenayah yang terlibat
termasuklah kecuaian, menyalahgunakan kuasa, memalsukan akaun,
memesongkan maklumat, pecah amanah, konspirasi dan rasuah.

Aktiviti spekulasi yang dibuat sebenarnya berlawan dengan
prinsip-prinsip utama bank pusat. Bank pusat sepatutnya membanteras
spekulasi. Manakan boleh BNM melibatkan diri di dalam kegiatan spekulasi
di pasaran matawang asing secara besar-besaran?

Kerugian wang rakyat terlalu besar untuk dilupakan begitu sahaja. Maka
wajiblah kerajaan PR menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat
skandal ini walaupun ia telah terlewat 20 tahun.

Penulis mengucapkan terima kasih kepada Penang Institute kerana memberi
ruang kepada penulis untuk berkongsi maklumat dengan orang ramai.

Dr. Rosli Yaakop,
05 Jun 2012

Isnin, Jun 11, 2012

Amanat Dato' Seri Presiden PAS Menuju Nusajaya.



Satu ceramah perdana akan diadakan seperti berikut :-
  • Tarikh: Jumaat 15 Jun 2012
  • Tempat : PASTI Al-Hikmah, Bandar Putra, Kulai.
  • Masa : 9.00mlm
  • Penceramah :
  1. Y.B. Dato' Seri Hj Abd. Hadi Awang ( Presiden PAS )
  2. Y.B. Sdr. Sallehudin Ayub ( Naib Presiden PAS )
  3. Ybhg . Dato' Dr. Mahfoz Mohamad ( Pesuruhjaya PAS Johor )
  


SEMUA DIJEMPUT HADIR










Pembinaan Rumah Mak Teh di Felda Taib Andak, Kulai.

Seperti yang dijanjikan, warga kerja PAS Kulai telah turun beramai-ramai pada Ahad 10 Jun 2012 untuk melaksanakan kerja-kerja amal-jariah membina semula rumah warga emas yang dimaksudkan. Bermula seawal jam 9.00pg pasukan kerja yang terdiri daripada Unit Amal Kawasan dan disertai oleh PAS Kawasan, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat, telah memulakan kerja-kerja awalan dengan meruntuhkan rumah asal milik Mak Teh. Usaha ini telah juga mendapat bantuan daripada masyarakat setempat yang turut prihatin untuk membantu.

Keseluruhan stuktur rumah asal telah berjaya diruntuhkan sebelum menjelang waktu asar. Kerja-kerja pembersihan tapak dan tanah akan bermula pada hari Isnin 11 Jun 2012 dan seterusnya diikuti dengan pembinaan rumah sehingga siap seluruhnya. Insya'allah rumah ini akan siap untuk diduduki sebelum menjelang syawal tahun ini. Inilah harapan kami agar warga emas ini mendapat sebuah kediaman yang agak selesa daripada sebelumnya.


 Dewan Muslimat ditugaskan untuk menyediakan makanan kepada para petugas dan tuan rumah.


Doakan kami agar usaha ini mendapat redha Allah swt dan dikurniakan kejayaan. INSYA'ALLAH.