Rabu, Februari 27, 2013

Pembaziran wang rakyat.

Dalam kerancakkan penulis, bakal calon dan para petugas menjelajah DUN Bukit Permai bagi bertemu pengundi melalui program yang dirancang, kami dapat menyaksikan bagaimana wang rakyat dibazirkan begitu sahaja.  Terdapat dua projek yang boleh dikategorikan sebagai 'gajah putih' di dua lokasi. Satu di Taman Permata Impian dan satu lagi di Felda Bukit Permai.

Di Taman Permata Impian terdapat sebuah bangunan Balai Raya yang telah siap dibina tetapi tidak digunakan. Ironinya, sistem pendawaian letrik didalamnya telah hilang dan barangan kelengkapan yang disediakan telah rosak dan tidak dapat digunakan lagi. Semasa lawatan kami kesana, bangunan tersebut tidak berkunci manakala pagar bahagian hadapannya telah dicuri orang. Menurut salah seorang penduduk disitu, bangunan yang menelan belanja ratusan ribu ringgit itu dibina jauh dari kawasan penempatan sehinggakan penduduk setempat gagal memenafaatkannya.

Demikianlah bijaknya puak-puak UBN mengagihkan projek kepada kroni. Penulis difahamkan yang mendapat projek tersebut ialah seorang AJK Pemuda Umno dikawasan tersebut. Wang rakyat dibazirkan begitu sahaja tanpa rasa bersalah walau sedikit pun. Yang penting kocek mereka penuh berisi.

Di Felda Bukit Permai lain pula ceritanya. Sebuah bangunan balai polis lengkap dengan kuaters kediaman telah siap tetapi tidak digunakan lagi. Menurut maklumat yang disampaikan kepada penulis, bangunan tersebut telah siap lebih daripada tiga tahun. Ia juga satu pembaziran wang rakyat. Penulis menganggarkan kos pembinaan bangunan tersebut lebih tinggi daripada balairaya di Taman Permata Impian.

Persoalannya ialah apakah rasionalnya pembinaan balai polis sebesar itu bagi kawasan penempatan yang hanya mempunyai 271 keluarga peneroka? Tidak cukupkah dengan pondok polis yang ada sekarang sehingga terpaksa dibina sebuah bangunan yang terpaksa menelan belanja puluhan ribu? Banyak sangatkah jenayah yang berlaku di tanah rancangan felda tersebut?

Inilah dua contoh pembaziran wang rakyat di dalam DUN Bukit Permai. Alangkah baik sekiranya wang tersebut dapat disalurkan kepada rakyat bawahan yang susah dan memerlukan bantuan bagi meneruskan kelangsungan hidup. Ramai lagi golongan fukara' dan ibu tunggal yang menagih simpati di luar sana yang hidup mereka mengharap ihsan daripada orang lain. Tidak terfikirkah golongan yang diberi kuasa oleh Allah swt ketika ini bahwa mereka akan dipersoal diatas setiap kerja-buat mereka semasa hidup didunia di mahkamah Allah Rabbuljalil.

Sedarlah wahai saudara ku.........


Tiada ulasan:

Catat Ulasan