Isnin, Februari 25, 2013

Ramah mesra bersama masyarakat CIna.

24 Feb 2013 (Ahad).
PAS Kawasan Kulai terus melaksanakan gerak kerja bertemu pengundi khususnya dihujung minggu. Kesempatan terbaik untuk bertemu mereka dalam suasan santai dan mesra disamping para petugas juga berkelapangan. Kali ini penulis bersama calon telah berkunjung ke UPU Sengkang dan Kelapa Sawit bersama rakan -rakan dalam Pakatan Rakyat. Gerak kerja bersama yang dilihat semakin serasi ini mula merencatkan pergerakkan BN terutama MCA dan Gerakan apabila terpaksa membuat kenyataan di akhbar-akhbar berbahasa Cina kononnya selama ini merekalah yang telah memperjuangkan nasib mereka. Isu ini timbul disebabkan kekerapan wajah Mazlan dan rakan-rakan DAP serta PKR muncul diakhbar-akhbar berbahsa Cina turun padang membela nasib mereka.

Seawal jam 10 pagi kami telah berkumpul disebuah kedai kopi di pekan Sengkang untuk mendengar keluhan rakyat bawahan. Macam-macam cerita yang didengar. Dari kisah politik sampailah kepada masalah kekangan kehidupan. Rupanya tidak semua masyarakat Cina yang nampak mewah, hidup dalam kesenangan. Ramai juga mengadu tentang kesusahan hidup masakini terutama dengan bebanan kenaikkan harga barang. Kenaikkan harga barang keperluan, tarif utiliti, cukai, insuran kereta dsb membuatkan mereka dihimpit dengan kesusahan ditambah lagi dengan perbelanjaan sekolah anak-anak yang semakin meningkat. Kami cuba menjadi pendengar yang baik sambil mencatat setiap keluhan sebagai bahan kempen untuk memujuk mereka agar membuat perubahan.

Selesai disitu, kami mula bergerak berkunjung dari rumah kerumah. Kali ini kami kekawasan yang belum dikunjungi semasa Tahun Baru Cina yang lalu. Lebih 30 buah rumah yang sempat kami kunjungi. Kelebihan masyarakat Cina ialah, walaupun mereka merupakan pengundi tegar BN, tetapi mereka tetap menerima kunjungan kami. Tak seorang pun yang mengusir kami ataupun menutup pintu. Berbeza dengan masyarakat Melayu. Muslimat kami pernah diherdik dan di maki ketika berkunjung ke sebuah perkampungan Felda. Pernah juga kami melihat bagaimana seorang tua UMNO terjerit-jerit macam kehilangan akal melihat kami mengagihkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Masyarakat Cina ternyata berbeza. Tak adapun samseng upahan. Kami dapat menjalankan gerak kerja tanpa sebarang gangguan bahkan anjing pun tidak menyalak bagai manghalau hantu. Seolah-olah tahu orang-orang PAS, DAP dan PKR datang berkunjung. Inilah keberkatan dalam menjalankan misi dakwah. PAS akan terus menonjolkan kesyumulan Islam kepada masyarakat non-muslim. Ketika diakhir pertemuan di Kulai, seorang rakan Tionghua bertanya kepada penulis "Kenapa orang Cina macam saya boleh menerima dan melihat kebaikkan PAS, tetapi orang Melayu tidak?". Dengan spontan Mazlan menjawab "Orang Melayu juga sudah berubah. Kini ramai dari kalangan orang Melayu telah mula menerima PAS". Nasib baik rakan Cina ini tidak bertakbir.

Kami juga telah berkunjung ke Sedenak untuk melihat sebuah rumah warga emas yang memerlukan bantuan. Bumbung dapur rumahnya terlalu banyak yang bocor dan perlu ditukar baru. Kesempitan hidup membuatkan ibu tunggal ini tidak dapat berbuat demikian. Rumah ini telah pernah dikunjungi oleh warga kerja PAS Kulai dalam siri-siri lawatan kebajikan sebelum ini. Satu anggaran kos akan dibuat dan gotong-royong dirancang pada 3 Mac depan. Insya'allah.

Sewaktu perjalanan meninggalkan Sedenak untuk ke Kulai, kami singgah untuk bertanya khabar Untie Chin Moi yang bumbung rumahnya kami ganti pada minggu lepas. Kami disambut dengan linangan airmata terima kasih. Kini ia dapat tidur dengan selesa pada ketika hujan turun. Tidak seperti dahulu lagi. Beliau sempat menceritakan kisah dua orang anaknya yang diberi kepada seorang keluarga India dan seorang keluarga Melayu. Kedua-duanya diberi kepada orang sejak lahir oleh suaminya akibat kesempitan hidup. Kini kedua-duanya telah ditemui dan kedua-dua mereka telah datang menjenguk. Kami sepakat untuk menghubungi akan beliau yang diserahkan kepada seorang keluarga Melayu untuk bertemu bagi mebincangkan tindakan yang patut diambil untuk membantu warga emas ini. Insya'allah tindakan lanjut akan diambil.

Program sehari ini diakhiri di Kulai di sebuah kopitiam sebagai tindakan susulan hasil daripada kunjugan ke Pejabat Tanah Daerah Kulaijaya mengenai status permohonan tanah di Jalan Tan Yoke Fong. Segala maklumat sedang dikumpul oleh pihak DAP dan serahan rasmi akan dilakukan. Bagi mereka yang belum mengemukan permohonan, borang akan cuba diperolehi dari pejabat tanah untuk diisi. Keutamaan akan diberi kepada mereka yang telah mengemukakan permohonan dan yang menetap disitu. Lawatan diakhiri dengan laungan sekata 'melakukan Perubahan menolak Barisan'.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan