Ahad, Mac 31, 2013

Isnin, Mac 25, 2013

Rakyat Didahulukan???????


55 tahun negara merdeka. Pelbagai slogan membela rakyat diperkenalkan. Tapi masih ada yang hidup merempat ditanahair sendiri. Pakcik Utuh hidup dalam serba kedaifan. Tanpa letrik dan air serta masak menggunakan dapur kayu. Mana perginya pejuang bangsa yg terpekik terlolong dgn slogan 'Hidup Melayu'. Warga emas ini hidup seorang diri di Kg Melayu Sedenak. Inikah yang dikatakan "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan"?


Gambar ini membuktikan segalanya.

 

Sabtu, Mac 23, 2013

Gugurnya seorang Syuhada'.


Semoga Allah mencucuri rahmatNya keatas roh Dr Mohd Said Ramadhan Al-Butthi. Al-Fatihah.


Isnin, Mac 18, 2013

Ribuan Banjiri Jamuan Rakyat Di Kulaijaya.

Posted by Nusajaya Kini on 16 Mac 2013.

KULAIJAYA:Ribuan masyarakat sekitar hadir ke majlis jamuan rakyat anjuran PAS Kawasan Kulaijaya pada hari ini. Majlis yang dihadiri oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ini menerima sambutan yang cukup menggalakkan. 
Turut hadir dalam majlis jamuan rakyat ini adalah Dato' Dr. Mahfodz Mohamed selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, YB Salahuddin Ayub selaku Naib Presiden PAS, Datuk Mustapha Ali selaku Setiausaha Agung PAS, YB Anthony Loke selaku Setiausaha Organisasi DAP, YB Dr Boo Cheng Hau selaku Pengerusi DAP Negeri Johor, Datuk Dr Chua Jui Meng selaku Pengerusi PKR Negeri Johor.
Dalam sidang media yang diadakan, Presiden PAS mengatakan bahawa negeri Johor mempunyai potensi yang sangat besar untuk dimenangi oleh Pakatan Rakyat. 
"Pakatan Rakyat telah berjaya menembusi negeri Johor pada PRU-12 pada 2008 yang lalu dengan memenangi beberapa buah kerusi ".
"Undi populariti kita juga sangat besar yang menyakinkan lagi Pakatan Rakyat untuk memenangi beberapa dewan undangan negeri dan parlimen di negeri Johor ini. Tambahan lagi, sambutan rakyat negeri Johor terhadap Pakatan Rakyat sangat memberangsangkan", tegas beliau lagi.

Pakatan Rakyat berpotensi besar menang di Johor.

Harakahdaily, 16 Mac 2013


KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melahirkan keyakinan bahawa negeri Johor mempunyai potensi yang sangat besar untuk dimenangi Pakatan Rakyat.

Ini, katanya kerana Pakatan Rakyat telah berjaya menembusi negeri Johor pada PRU12 pada 2008 yang lalu dengan memenangi beberapa buah kerusi, lapor Nusajaya Kini.

"Undi populariti kita juga sangat besar yang menyakinkan lagi Pakatan Rakyat untuk memenangi beberapa dewan undangan negeri dan parlimen di negeri Johor ini.

“Tambahan lagi, sambutan rakyat negeri Johor terhadap Pakatan Rakyat sangat memberangsangkan,” tegas beliau pada sidang media yang diadakan sempena jamuan rakyat anjuran PAS Kawasan Kulaijaya, hari ini.

Turut hadir pada majlis yang dihadiri ribuan masyarakat sekitar itu ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke, Pengerusi DAP Negeri Johor, Dr Boo Cheng Hau dan Pengerusi PKR Negeri Johor, Datuk Dr Chua Jui Meng.









Rabu, Mac 13, 2013

Jamuan Rakyat

Datanglah beramai-ramai bersama keluarga. 
Menjamu selera bersama pimpinan
 Pakatan harapan Rakyat.


 

Isnin, Mac 11, 2013

Program menjelang PRU 13.

Bermula dengan sembahyang Jumaat. Kali ini di Felda Bukit Batu. Walaupun tidak termasuk didalam DUN Bukit Permai, tetapi ahli PAS disini mencecah ratusan orang. Sepertimana biasa kami menyediakan minuman percuma kepada jemaah yang hadir, cuma kali ini agak berbeza bukannya air mineral seperti biasa. Alhamdulillah ramai jemaah yang menghargainya. Maklumlah cuaca pun agak panas. Dapat mereka membasahkan tekak dengan air dingin pelbagai perisa.

Sebelah malamnya, usrah umum diadakan dirumah ayahanda Tn Hj Rafie. Lama benar tak berkujung kerumah beliau. Inilah yang dinamakan usrah. Berkunjung sambil bertanya khabar dan merapatkan lagi tali ukhuwah sesama jamaah. Ramai juga sahabat-sahabat Bukir Batu yang hadir pada malam itu. Terdapat juga sekumpulan anak muda yang baru hendak berjinak-jinak dengan PAS, hadir sama. Alhamdulillah. Inilah natijahnya pilihanraya di tangguh-tangguhkan.

Keesukan harinya (Sabtu : 9 Mac 13) program ziarah diteruskan untuk mendekati pengundi. Kali ini rombongan kami ke Kampung Pertanian, Kulai. 10 Keluarga yang sempat kami ziarahi. Dari 10 keluarga tersebut, 8 adalah keluarga baru yang diziarahi termasuk mantan imam kampung tersebut. Sambutan mereka amat baik dan lebih terbuka berbanding dahulu walaupun dirumah masing-masing berkibar megah bendera UMNO dan dacingnya. Seperti kata tuan imam, sampai bila kita hendak dipayungi, sekali sekala hendak juga memayungi yang lain.

Pada sebelah petangnya pula merupakan kemuncak program pada hari itu, iaitu jelajah trailor berkebajikan PAS. Bertempat di tapak letak kereta TJ Mart Saleng, pelbagai acara telah diadakan sempena kehadiran trailor tersebut. Walaupun trailor Kebajikan PAS tidak hadir kerana masalah teknikal yang memaksanya pulang ke Kuala Lumpur, kehadiran trailor UBAH milik DAP telah berjaya menarik perhatian pengunjung.

Kehadiran peserta konvoi bermotosikal, persembahan 'flash mob', pemberian 'goodies' dan belon kepada setiap pengunjung yang hadir, juga telah berjaya mencuri tumpuan orang ramai yang berada dipersekitaran  tapak letak kereta TJ Mart. Ucapan para pemimpin dari ketiga-tiga parti pada petang itu sungguh bersemangat sekali. Dengan bertemakan 'Masa Untuk Berubah' rakyat telah diajak untuk melakukan perubahan daalam pilihanraya yang akan datang ini. Laungan perkataan UBAH telah disambut dengan lantang oleh orang ramai yang hadir.

Ternyata rakyat kebanyakkan benar-benar telah bersedia untuk melakukan perubahan kali ini. INI KALILAH, kalimah yang digeruni oleh UMNO dan Barisan Nasional. Kalimah ini telah kedengaran dimana-mana saja dan menjadi ungkapan yang sangat popular terutama dikalangan golongan muda. Patutlah sampai sekarang PM Najib tak berani nak bubar parlimen. Tapi sampai bila........


Jumaat, Mac 08, 2013

BN semakin terdesak.

Malam tadi penulis berkesempatan menghabiskan masa bersama keluarga kerana tiada program parti yang melibatkan pimpinan. Ada jugalah program tetapi hanya peringkat Dewan Pemuda dan juga cawangan. Mukhtahir ini jarang penulis dapat bersama keluarga diwaktu perdana seumpama ini, kerana kalau tidak kerana program parti, penulis akan berada disurau sekitar bandar Kulai memberi kuliah sekadar termampu. Beginilah pengisian masa yang dilalui setiap hari. Hampir setiap minggu dipenuhi dengan program.

Kesempatan yang ada telah digunakan untuk menonton berita TV Singapura, saluran Suria jam 8.00 malam. Lama benar tak menonton berita diwaktu perdana. Siaran pilihan kami ialah TV Singapura. TV3, TV1, TV2 dan lain-lain saluran TV Malaysia slot berita, jarang kami tonton bahkan dah lama tak buka. Bukan tak suka tapi meluat dan menyampah. TV Al-Hijrah dan NTV 7, masih boleh juga kami terima, tapi tidak yang lain. Maka TV Singapuralah menjadi pilihan utama. Itulah untungnya orang Johor. Ada juga pilihan berita.

Tengah asyik menonotn bagaimana ahli parlimen di Kota Singa tersebut berbahas tentang kadar pertambahan masyarakat Melayu disana, tiba-tiba telefon bimbit penulis berbunyi. Paparan nombor menunjukkan bukan nombor biasa. Ia datang dari seseorang yang tidak dikenali. Biasanya nombor begini jarang yang penulis jawab. Maklumlah.....tapi kali ini kuat naluri penulis menggesa agar dijawab panggilan tersebut. Panggilan tersebut datangnya daripada seorang yang berbangsa Cina yang mengenalkan dirinya sebagai Mr Ng.

 "Saya kenal awak dan kalau awak tengok saya, awak mesti kenal. Nama saya Ng" dia memulakan bicara. Lantas saya membalas "Apa hal Mr Ng. Apa yang boleh saya tolong". "Saya sekarang ada depan kedai motor dekat Taman Puteri sebelah gerai MPKu. Depan saya ada satu banner Undilah Barisan Nasional. Ini sudah kira haram" beliau berkata dengan nada yang marah. "Mana boleh ini macam. Kalau you naikkan you punya banner ini macam, tentu dia orang buang. You datang sini tengok" tegas beliau.

Penulis berjanji kepadanya akan kesana tetapi lewat sikit (selepas solat isya'). "Tak apa saya tunggu" beliau membalas. Selesai solat, penulis pun bergegas ketempat yang dimaksudkan. Kelihatan Sdr. Andrew daripada PKR telah sedia menunggu. Mr Ng ini ialah pendengar setia ceramah PAS pada setiap kali diadakan terutamanya di Bandar Putra. Penulis pun merakamkan beberapa keping gambar sebagai bukti untuk didedahkan dimedia-media sosial. Ini sahaja saluran yang kita ada. Kalau dilaporkan kepada akhbar, belum tentu disiarkan.

Persoalannya ialah, SPR menetapkan semua lambang parti atau bahan kempen tidak boleh dinaikkan sehinggalah parlimen dibubarkan. UBN buat negara ni macam milik keluarga mereka. Simbol parti mereka telah dinaikkan dimerata tempat di Bandar Kulaijaya. Bahkan di setiap tiang lampu, terpacak bendera BN. Kita tak sibuk pun sebab dah tahu perangai mereka yang selalu melanggar peraturan yang mereka buat. Tetapi menaikkan bahan kempen seperti ini, pada pendapat penulis sudah keterlaluan. Ini menggambarkan bagaimana terdesaknya mereka ini hendak mengekalkan kuasa. Banyak dah kita lalui pilihanraya, tapi kali ini ternyata benar-benar berbeza daripada biasa. Takut benar nampaknya.

Kepada pihak berkuasa tempatan, berlaku adilah kepada semua parti yang bakala bertanding. Ingat gaji yang diterima dibayar oleh Kerajaan Malaysia bukannya Barisan Nasional. Kerajaan adalah milik rakyat dan sumber pendapatan kerajaan ada datangnya dari cukai yang dikutip daripada rakyat. Berlaku profesionallah.
Jangan jadi kuda tunggangan UMNO dan Barisan Nasional.

Khamis, Mac 07, 2013

Program PAS Kulai dihujung minggu ini.

Jumaat 8 Mac 2013 :
  1. Solat Jumaat di Felda Bukit Batu.
  2. Usrah umum di rumah Tuan Haji Rafei di Felda Bukit Batu.
Sabtu 9 Mac 2013 :
  1. Ziarah kebajikan di Kg. Pertanian. Berkumpul di Pusat Media jam 9.30pg.
  2. Jelajah OPTIMUS PRIME di TJ Mart Saleng dari 4.00ptg - 7.30mlm. Peserta konvoi bermotorsikal yang mengiringi trailor diminta berkumpul di Pusat Media jam 3.00ptg untuk mendengar taklimat daripada marshal. 
  3. BBO Anak Muda besama Sdr. Mazlan Aliman di Kg. Pertanian, Kulai bermula jam 9.00mlm.   
 Ahad 10 Mac 2013 :
  1. Kuliah untuk muslimat oleh Al-Fadhil Ust Mohd Taib Wahid di Felda Taib Andak.
  2. BBO Anak Muda bersama Sdr. Mazlan Aliman di Felda Taib Andak, bermula jam 9.00mlm.  
SEMUA DIJEMPUT HADIR.

Jom Pakat Turun Bawa Famili


 

Rabu, Mac 06, 2013

Trailor Negara Berkebajikan PAS


Trailor ini akan berada di Kulai :
  • Tarikh : 9 Mac 2013 (Sabtu)
  • Tempat : TJ Mart Saleng
  • Masa : 4.00ptg - 7.30mlm     
Pelbagai acara menanti anda disana. Semua dipersilakan hadir.


Selasa, Mac 05, 2013

Macam-macam ada....

Kepelbagaian rakyat Malaysia sekarang ni hingga nama pun jadi pelik. PRU akan datang ni bakal menyaksikan betik dan bapanya kobis pergi mengundi.


Malaysia Ku.....

Projek mengkayakan kroni.....


Semakan Sistem Daftar Pemilih (SSDP)


Pelik bin Ajaib


Takutnya puak-puak ni....

Ketakutan yang bersangatan terhadap Anwar Ibrahim.....






(Sila klik pada gambar untuk mendapatkan imej yang lebih jelas).


Isnin, Mac 04, 2013

Gerakerja PRU N50 Bukit Permai.

Bermula dengan solat Jumaat di Sedenak, gerakerja PRU diteruskan sehingga ke malam Ahad 3 Mac 2013. Dengan jadual yang padat buat bakal calon, para petugas mengorak langkah bagi menawan DUN ini untuk PAS dalam PRU yang mendatang. Solat Jumaat di Sedenak diisi dengan edaran air mineral dan akhbar Harakah kepada para jemaah. Ada juga yang bising-bising apabila mengetahui yang membuat edaran itu datang dari PAS Kulai. Biasalah, kumpulan saluran satu memang susah nak menerima perubahan. Tetapi kelompok saluran tiga dan seterusnya yang mewakili golongan muda lebih terbuka. Harakah yang diberi percuma tidak sampai 10 minit habis semuanya. Ada juga bersungut kerana tak dapat.

Selesai disitu kami bersama wartawan Harakah wilayah selatan berkunjung kerana rumah Pak Wahab di Kg. Pisang, Bukit Batu yang tidak mendapat bekalan air bersih selama lebih 20 tahun. Tujuan kami ialah hendak mengetahui status permohonan 9 keluarga disitu disamping menyiarkan berita tersebut di akhbar Harakah pula. Menurut Pak Wahab, pihak pejabat daerah telah memberi jaminan masalah 9 keluarga disitu akan diselesaikan dalam bulan tiga (Mac) ini. Setakat mana kesahihan janji tersebut tidak diketahui kerana janji serupa pernah diberikan sejak dahulu lagi. Kini mereka berjanji lagi. Harap-harap kali ini janji tersebut ditepati seperti slogan yang berkumandang setiap hari di media ketika ini. Apa-apa pun kita tunggu dan lihat.

Gerakerja diteruskan dengan mengadakan lawatan kebajikan ke Felda Bukit Permai dan Kg Murni Jaya. Bermula jam 9.00pg, para petugas mula bergerak dan berkumpul di bilik gerakan UPU Bukit Permai. Sebanyak 20 buah keluarga telah disenaraikan. 10 di Felda Bukit Permai dan 10 lagi di Kg Murni Jaya. Sambutannya amat memberangsangkan walaupun terdapat satu keluarga enggan menerima bantuan dari kami, selebihnya alhamdulillah. Kehadiran kami disambut dengan baik dan mesra disamping ucapan terimakasih yang tak terhingga. Kami meninggalkan rumah yang diziarahi dengan melekatkan poster sebagai tanda rumah ini pernah dikunjungi untuk tujuan ziarah selanjutnya. Insya'allah.

Pada sebelah malamnya, satu ceramh umum telah diadakn di PASTI al-Hikmah, Bandar Putra anjuran Dewan Pemuda bersempena dengan program jelajah pemuda yang singgah di Kulai pada 2 Mac 2013. Antara penceramah yang diundang ialah wakil daripada DAP dan PKR.

Keesukan harinya (Ahad), pertugas terpaksa dibahagikan kepada beberapa aktiviti yang telah siap diatur. Dewan pemuda mengadakan ceramah 'Hit and Run' di tapak Pasar Tani, Flat Temenggung di Taman Indahpura. Selain itu mereka telah mengedarkan risalah kepada pengunjung. Selesai disitu mereka mula bergerak ke Kg. Air Manis untuk menebang buluh untuk dijadikan tiang bendera. Banyak juga yang mereka perolehi. Kalau setakat hendak menghiasi Bandar Kulai dengan bendera PAS, ia pasti akan meriah.

JPRK menyambung dengan tugasnya dengan meneruskan gerakerja 'calling center' bersama beberapa orang pelajar yang telah dimulakan pada hari Sabtu. Tumpuan masih lagi pada pengundi Melayu yang didalam lingkaran umur 21 hingga 40 tahun. Setakat ini kesemua pengundi di Kg Pertanian dan Kg Murni Jaya telah berjaya dihubungi disamping sebahagian di Kg Rahmat.  Tugas ini akan diteruskan disetiap hujung minggu bagi mendapatkan maklumat status pengundi.

Jawatankuasa Bilik Gerakan JPRK pula mengadakan lawatan kesetiap bilik gerakan bersama AJK DAP Parlimen Kulai. Bermula di Felda Bukit Permai, kami bergerak ke Sedenak Utara dan Selatan, kemudian ke Taman Manis, Felda Inas, bilik gerakan utama di Taman Mewah, Felda Taib Andak dan berakhir di bilik operasi di Bandar Putra. Lawatan ini bertujuan menjalin kerjasama dalam Pakatan Rakyat bagi mempermudah dan memperkemas lagi jentera parti sebagai persediaan yang ampuh menghadapi PRU.

Kemuncak program 3 hari ialah ceramah Pakatan Rakyat di UPU Kg Rahmat bertempat di Taman Manis. Antara tokoh yang berucap ialah YB Salehudin Ayub, YB Dr. Boo Cheng Hau dan Sdr. Mazlan Aliman. Kerjasama erat Pakatan Rakyat telah menyaksikan buat julung kalinya ceramah di Taman Manis dihadiri hampir 1000 orang yang terdiri dari kaum Cina, India dan Melayu. Selain itu terdapat juga rakan-rakan dari UMNO yang turut hadir pada malam tersebut. Sekumpulan masyarakat Cina dari Jln Tan Yoke Fong, Kulai telah menyerahkan memorandum kepada YB Salehudin dan YB Dr Boo mengenai status tanah kediaman mereka yang telah dipohon sekian lama. Mereka mengharapkan para pimpinan PR dapat menyelesaikan masalah mereka sekiranya berjaya menawan Nusajaya.

Begitulah harapan rakyat. Mereka sudah lama dahagakan satu kerajaan yang berjiwa rakyat yang memahami denyut nadi mereka. Satu kerajaan yang telus dan bersih serta sentiasa bersedia mendengar derita rakyat. Inilah harapan golongan marhain : PAKATAN HARAPAN RAKYAT.

Gambar-gambar sekitar program :

Calling Centre sedang beroperasi.
DPP : Hit n Run dan edaran risalah di Pasar Tani Kulai.

Persediaan bagi menaikkan syiar.
Ziarah UPU bersama DAP Kulai.
Ziarah kebajikan.

Ceramah di Taman Manis.