UMNO melalui media arus perdana yang di remote control oleh mereka sedang mempromosi Kerajaan Perpaduan yang kononnya dibahas dalam muktamar PAS yang baru lalu. Heboh diperkatakan disana sini hingga mereka yang jarang berbicara mengenai politik bertemu penulis menanyakan hal yang sama. Popular sungguh cetusan idea Dato' Seri Presiden PAS hingga berjaya mengatasi idea 'One Malaysia'. Ini baru dinamakan pemimpin yang mampu mencetus idea-idea baru atau pemikiran-pemikiran baru ketengah masyarakat hingga membuatkan rakyat termenung dan berfikir. Cetusan ini mendapat sambutan luar jangka sehinggakan UMNO dan juak-juak mereka masih membicarakannya. Pelik tetapi benar. Warga PAS langsung tidak menyentuh persoalan ini baik semasa muktamar ataupun sesudah.
Seingat penulis, yang telah menghadiri muktamar dari perasmian sehingga perbahasan ucapan dasar, pembentangan usul dan ucapan penangguhan serta penggulungan, langsung tidak menyebut soal kerajaan perpaduan. Yang hangat dibicarakan ialah menentang sebarang bentuk kerjasama dengan UMNO sambil memperkukuh Pakatan Rakyat. Penulis hairan bila pula timbul isu kerajaan perpaduan sehingga hangat diperdebatkan di massa. Nampaknya UMNO yang tergila-gila sangat dengan kerajaan perpaduan dan cuba mempolemikan isu ini agar ujud perselisihan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Kepada warga PAS dan penyokong PR, awas dengan permainan kotor mereka yang sedang mencemburui pakatan kita ketika ini yang disedari mereka semakin hari semakin ampuh. PR yang sedang bergerak kearah Malaysia baru yang lebih dinamik serta bersih dari sebarang bentuk rasuah dan penyelewengan sangat digeruni UMNO/BN. Rakyat dapat menilai dan merasai bagaimana negeri-negeri yang ditadbir urus oleh PR sangat jauh berbeza dengan apa yang dilakukan selama 50 tahun dibawah pemerintahan UMNO/BN. Mereka sedar bahwa hegemoni kekuasaan mereka semakin meluntur. Maka itu cekup apa saja yang boleh menimbulkan kekeliruan dikalangan rakyat. Tokok tambah dengan kosmetik yang dipunyai lalu pamirkan untuk tatapan masyarakat. UMNO kini amat terdesak dan sesak lalu menyelusuri apa saja denai yang ada tanpa menghiraukan bencana yang menanti.
Amat nyata UMNO diambang senja.
Meniti usia yang semakin tua.
Berbicara cerita lama.Seingat penulis, yang telah menghadiri muktamar dari perasmian sehingga perbahasan ucapan dasar, pembentangan usul dan ucapan penangguhan serta penggulungan, langsung tidak menyebut soal kerajaan perpaduan. Yang hangat dibicarakan ialah menentang sebarang bentuk kerjasama dengan UMNO sambil memperkukuh Pakatan Rakyat. Penulis hairan bila pula timbul isu kerajaan perpaduan sehingga hangat diperdebatkan di massa. Nampaknya UMNO yang tergila-gila sangat dengan kerajaan perpaduan dan cuba mempolemikan isu ini agar ujud perselisihan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Kepada warga PAS dan penyokong PR, awas dengan permainan kotor mereka yang sedang mencemburui pakatan kita ketika ini yang disedari mereka semakin hari semakin ampuh. PR yang sedang bergerak kearah Malaysia baru yang lebih dinamik serta bersih dari sebarang bentuk rasuah dan penyelewengan sangat digeruni UMNO/BN. Rakyat dapat menilai dan merasai bagaimana negeri-negeri yang ditadbir urus oleh PR sangat jauh berbeza dengan apa yang dilakukan selama 50 tahun dibawah pemerintahan UMNO/BN. Mereka sedar bahwa hegemoni kekuasaan mereka semakin meluntur. Maka itu cekup apa saja yang boleh menimbulkan kekeliruan dikalangan rakyat. Tokok tambah dengan kosmetik yang dipunyai lalu pamirkan untuk tatapan masyarakat. UMNO kini amat terdesak dan sesak lalu menyelusuri apa saja denai yang ada tanpa menghiraukan bencana yang menanti.
Amat nyata UMNO diambang senja.
Meniti usia yang semakin tua.
Merapu berjela-jela.
Seperti nenek tua ingat-ingat lupa.
Kadangkala diri dan duduk tidak serupa.
Penulis ingin berpesan kepada pendokong PR khususnya PAS agar tidak terperangkap dengan permainan mereka. Jauhi adu domba yang sedang berlegar. Jangan bicara kalau tidak boleh berbicara kerana itu lebih selamat bagi mematikan hujah mereka. Biar mereka binggung dan terus kebinggungan. Apa yang perlu diberitahu ialah kerjasama dengan UMNO/BN tiada langsung dalam agenda PAS. Ini merupakan cakap-cakap mereka yang sudah sampai kepenghujung jalan. Jangan hiraukan mereka. Biarkan saja ia berlalu dibawa angin. Agenda kita kini ialah memperkukuh parti sebagai persiapan untuk mentadbir Malaysia.
TAKBIR!!!
TAKBIR!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan