Alhamdulillah segala pujian bagi Allah pentadbir sekelian alam. Selawat dan salam bagi junjungan besarNya Nabi Muhammad s.a.w. Para pencinta Islam, pendokong Gerakan dan Politik Islam seluruh negara berasa lega dengan berakhirnya segala kemelut ciptaan musuh-musuh Islam melalui sidang media Y.A.B. Dato' Menteri Besar Kelantan yang juga merupakan Mursyidul Am Parti Islam Semalaysia (PAS), Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam suasana yang sangat harmoni dan penuh ukhuwah.
Islam tidak menolak perselisihan pendapat bahkan mengizinkannya kerana ia membawa kepada percambahan fikiran yang sihat selagi mana ia berada dalam kerangka dan ruang lingkup Islam. Sekali lagi PAS berjaya membuktikannya selepas pertandingan jawatan dalam muktamar ke 55 yang lalu.
Mainan jahat media arus perdana bagi mengeruhkan hubungan antara sesama pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat tidak membuahkan sebarang hasil. Naib Presiden UMNO Dato' Zahid Hamidi menerusi media kongkongan mereka Berita Harian bertarikh 24 Jun 2009 di bawah tajuk 'PAS tidak ikhlas idea terbaik syor kerajaan perpaduan', menyatakan :
"Bagi saya keikhlasan UMNO dan BN ternyata kerana apabila orang menghulurkan tangan, kita menyambut baik dengan penuh keikhlasan tetapi jika orang menampar kita, kita tak akan tampar balik, sebaliknya kita tanya apakah makna huluran tangan yang lalu berbanding tamparan sekarang".
Sungguh 'unsangkarabble' (diluar sangkaan) UMNO rupanya mempunyai niat yang ikhlas hendak berbincang. Bila pula UMNO jadi baik hingga ketahap sebegeni. Kena tampar pun masih nak hulur tangan. Pelik betul. Yang bercakap tu pemimpin UMNO dari Negeri Perak. Satu-satunya negeri yang mempunyai 2 MB, 2 Speaker DUN dan macam-macam 2 lagi. Pendek kata serba 2 semuanya.
Bagaimana nak terima keikhlasan UMNO kalau sanggup melakukan perkara-perkara seperti :-
Bagi pejuang Islam, istiqamah dan wala' pada pimpinan adalah penawar kepada segala masalah. Selagi mana kita berada dilandasan yang dibenarkan Allah dan RasulNya, insya'allah kita akan diberi petunjuk illahi. Teruskan perjuangan kerana kemenangan sedang menanti. ALLAHUAKBAR!

- rampas kuasa secara haram
- culik dan beli wakil rakyat
- lantik MB dan Speaker haram
- usung keluar Speaker DUN yang sah
- rompak hasil minyak Kelantan
- sekat bantuan kepada negeri yang ditadbir oleh PR
- sekat bantuan kepada wakil-wakil rakyat bukan BN
- tukar wang royalti kepada wang ihsan
- dan bermacam-macam lagi.................
Bagi pejuang Islam, istiqamah dan wala' pada pimpinan adalah penawar kepada segala masalah. Selagi mana kita berada dilandasan yang dibenarkan Allah dan RasulNya, insya'allah kita akan diberi petunjuk illahi. Teruskan perjuangan kerana kemenangan sedang menanti. ALLAHUAKBAR!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan