Walaupun ajaran Islam lengkap dan sempurna, tiada pemisahan antara agama dan keduniaan tetapi sekularisma berjaya menyerap masuk ke negara-negara Islam dan terus dihayati sehingga kehari ini. Mengapa perkara ini boleh berlaku? Berdasarkan kajian yang dibuat, terdapat beberapa faktor yang membolehkan fahaman ini meresap masuk ke negara-negara Islam antaranya ialah :-
(1) Kemajuan Barat.
Selepas abad pertengahan, Eropah mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang ilmu termasuk ilmu pengetahuan, sanis, pembangunan dll. Kemajuan tersebut dicapai setelah mereka menghayati sekularisma manakala dalam masa yang sama umat Islam berada dalam kemunduran dan ketinggalan dalam pelbagai lapangan. Dengan itu orang Islam khususnya para pembesar yang berpendidikan barat mengambil sikap mudah dengan membuat tanggapan 'sekiranya ingin maju maka tirulah barat dan ambil apa sahaja yang ada di barat.' Lalu dengan mudah mereka mengambil apa sahaja yang di barat termasuk fahaman sekularisma dan diguna pakai di negara Islam dengan dokongan kuat oleh para imperialis. Kesannya fahaman ini menjadi sebati dengan pemikiran orang Islam lalu dianggap baik tanpa mengambil kira ia sumber asing dan bertentangan dengan Islam.
Umat Islam tidak sedar bahwa kemunduran mereka bukan disebabkan kerana penghayatan terhadap Islam atau kerana mereka tidak mengamalkan sekularisma tetapi sebenarnya adalah kerana :-
Antara faktor kemasukkan sekularisma ke negara-negara Islam ialah melalui penjajah barat yang telah lama menghayati fahaman tersebut. Para penjajah barat Kristian seperti Itali, Belanda, Portugis, Inggeris dsb sangat benci kepada Islam dan penganutnya adalah musuh mereka. Peperangan salib yang berlarutan begitu lama adalah bukti jelas kebencian barat terhadap Islam.
Disekitar abad ke 19, hampir seluruh negara Islam dijajah oleh barat umpamanya :-
Perancis menjajah :
Bagi menerapkan fahaman ini para imperialis barat menggunakan beberapa saluran iaitu :
(i) Saluran Pendidikan
(ii) Saluran Media Massa
(iii) Saluran Perundangan

- pintu ijtihad ditutup
- tidak menghayati Islam yang bersih seperti dizaman awalnya
- pemimpin negara leka dengan mengikuti hawa nafsu masing-masing
- perbalahan yang berterusan merebut jawatan khalifah dan menteri
Antara faktor kemasukkan sekularisma ke negara-negara Islam ialah melalui penjajah barat yang telah lama menghayati fahaman tersebut. Para penjajah barat Kristian seperti Itali, Belanda, Portugis, Inggeris dsb sangat benci kepada Islam dan penganutnya adalah musuh mereka. Peperangan salib yang berlarutan begitu lama adalah bukti jelas kebencian barat terhadap Islam.
Disekitar abad ke 19, hampir seluruh negara Islam dijajah oleh barat umpamanya :-
Perancis menjajah :
- Algeria (1830)
- Tunisia (1881)
- Morocco (1912)
- Beberapa buah negara Timur Tengah seperti Syria dll (1920)
- India dan Pakistan (1857)
- Mesir (1882)
- Iraq (1914)
- Palestin dan seterusnya (1914)
Bagi menerapkan fahaman ini para imperialis barat menggunakan beberapa saluran iaitu :
(i) Saluran Pendidikan
(ii) Saluran Media Massa
(iii) Saluran Perundangan
Rujukan : Nota Pengajian Diploma Tasawwur Islam ILH203 (Aqidah Islamiyyah)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan