Allah swt menjelaskan menerusi firmanNya dalam surah al-Baqarah ayat 188 yang bermaksud :
"Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain diantara kamu dengan jalan bathil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui".
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :
"Rasulullah s.a.w. melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dll)".
HR : Al-Tarmizi ; Hadis Hasan Sohih.
Sabda Baginda lagi yang bermaksud :
"Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (pengkhianatan)".
HR : Abu Daud ; Hadis Sohih menurut Albani.
Apabila berbicara mengenai hukum halal dan haram, kebanyakkan umat Islam akan merujuk sesuatu yang haram itu seumpama babi, anjing dan arak. Riba' yang juga haram di sisi Islam tidak dirasai keharamannya akibat terjerumus kedalam sistem kewangan konvensional yang mengamalkan riba' dan diamali sejak sekian lama. Ia menjadi kebiasaan kerana ramai yang mengamalkannya. Apabila kemelesetan ekonomi global melanda dunia, maka kepincangan sistem kewangan kapitalis ciptaan barat mula terserlah dan memperlihatkan kehancurannya. Waktu itu sistem kewangan Islam sahaja yang mampu bertahan dan mula diperakui sebagai sistem kewangan terbaik dan selamat diamalkan.
Begitu juga halnya dengan budaya rasuah yang melanda umat akhir zaman. Keharamannya juga tidak dirasai bahkan ia menjadi suatu budaya yang kini mula diterima oleh masyarakat. 'Alah... kalau kau di tempat tu, kau pun akan sama juga..' ' Ini biasa looo, semua olang pun angkat juga..' Dialog seumpama ini biasa kedengaran dikalangan penerima dan pemberi rasuah. Tiba-tiba apabila bertemu dengan seseorang yang menolak 'wang kopi' (istilah popular yang digunakan didalam pasaran), masyarakat jadi pelik. 'Ala... kita tengok saja berapa lama dia boleh tahan. Lama-lama ambik juga...' Begitulah tanggapan masyarakat terhadap rasuah. Tambah ironinya lagi kini masyarakat sudahpun menerimanya sebagai suatu trend terkini yang digunapakai sebagai sebahagian daripada kehidupan. Dalam ertikata lain, rasuah kini adalah sebahagian daripada budaya hidup masakini. Tidak menerima rasuah adalah satu kebodohan di alaf baru. Tambah menghairankan lagi, pemberi rasuah juga marah tetapi masih memberi. Bila ditanya kenapa, mereka menjawab :'Kalau tak kasi, susah...takde bisness nanti... projek kena tahan...' dan macam-macam alasan yang akan diberi.

Laporan Transparency International 2005 mencatatkan: Malaysia jatuh 16 anak tangga dalam tempoh 10 tahun dari tempat ke23 pada tahun 1995 ke tempat ke39 dalam tahun 2004. Menduduki tempat ke44 dari 163 negara pada tahun 2006 dan membaiki sedikit kedudukan pada tahun 2007 di tempat ke 43 dari 180 buah negara. Negara jiran iaitu Singapura berada di tempat ke4 dari segi kebersihan rasuah didunia di bawah Denmark, Finland dan New Zealand manakala menjadi negara terbaik di kalangan negara-negara Asia. Menurut kajian Transperancy International Global Corruption Barometer 2006, kesan rasuah mengikut sektor di Malaysia adalah seperti berikut :-
Sektor Tahap Sektor Tahap
Parti Politik 3.5 Perubatan 2.1Sektor Tahap Sektor Tahap
Parlimen & Pentadbiran Kerajaan 3.0 Pendidkan 2.2
Buisness & Syarikat Swasta 3.3 Ketenteraan 2.0
Polis 3.8 Perkhidmatan 2.2
Kehakiman 2.8 Pendaftaran & Permit
Media 2.4 Perkhidmatan 3.1
Badan Cukai 2.5 NGO 2.2
Badan Keagamaan 1.7
Nota : Tahap 1 = terbersih Tahap 5 = terkotor.
Berdasarkan statistik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dulu dikenali dengan BPR bagi Jan-Ogos 2007, jumlah tangkapan yang dibuat adalah seperti berikut :
Bulan Tangkapan
Jan 33
Feb 37
Mac 63
Apr 51
Mei 45
Jun 33
Julai 47
Ogos 53
Jum 362
sumber rujukan statistik: www.zaharudin.net
Merujuk kepada angka statistik rasuah di Malaysia, ia merupakan sesuatu yang amat membimbangkan. Angka ini adalah apa yang dapat dicatitkan berdasarkan tangkapan dan tidak termasuk rasuah yang terus berleluasa yang tidak tertangkap. Kesan gejala ini dapat dilihat daripada bencana yang melanda negara dewasa ini. Daripada keruntuhan akhlak kepada keruntuhan jalanraya, tanah serta bangunan dan terkini stadium yang baru sahaja setahun diguna.
Selain pelbagai keruntuhan, jenayah rompak dan bunuh menggunakan senjata api juga meningkat. Media memaparkan bagaimana satu pertengkaran boleh diakhiri dengan tembakan yang mengakibatkan kematian. Fenomena ini sudah menjadi lumrah dan disaksikan hampir saban hari. Tidak sah berita hari itu sekiranya tidak diisi dengan kes bunuh dan rompak bersenjata api. Persoalannya ialah bagaimana senjata api mula membanjiri negara seolah-olah tiada kawalan? Dimana para penguatkuasa dan bagaimana penguatkuasaan dijalankan? Adakah mereka ini benar-benar menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi? Atau mereka 'daddy dah kasi' ?
Korupsi/Rasuah adalah satu penyakit yang membarah dan mampu menghancurkan bangsa serta sesebuah negara. Keharmonian bisa terlucut seandainya ia terus dibiarkan, ibarat kayu yang dimakan anai-anai. Kelihatan cantik dan anggun diluar tetapi sudah mereput didalam, hanya menanti saat tumbangnya. Menjadi kewajipan hamba rakyat untuk membenteras korupsi sehingga keakar umbi. Dari kedudukan tertinggi didalam negara sehingga kepada kedudukan terendah tanpa mengira warna kulit serta status kedudukan, sekiranya kedapatan bukti rasuah menjiwai dirinya, maka ia wajib dihukum. Oleh itu, rakyat perlu sentiasa peka dan bermaklumat agar mampu menilai kewajaran seseorang yang digelar pemimpin untuk diberi kepercayaan memimpin. Jangan biarkan tikus yang berusaha membaiki labu terus-terusan membakinya walhal pada hakikatnya penyakit sedia ada akan terus menjadi kronik. Negara akan menjadi hancur sekiranya terus ditadbir urus oleh tangan-tangan yang bergelumang dengan rasuah. Selamatkan Malaysia daripada pemuka-pemuka korup yang telah korup minda, akhlak, jiwa dan kehidupan seluruhnya. Ayuh kita bina Malaysia baru yang bersih daripada sebarang korupsi. Sudah tiba masanya untuk membuat perubahan. Kekalkan momentum sedia ada.Teruskan semangat menolak UMNO/BN yang sudah terbukti korup sekorup-korupnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan