Ahad, Januari 18, 2009

PAS & PR menang di KT


ALLAHU AKBAR! Sesungguhnya kemenangan itu adalah milik Allah swt. Berkat gerak kerja yang bersungguh dan munajat kepada Allah swt maka kemenangan menjadi milik kita di Kuala Terengganu. Kemenangan yang diiringi dengan laungan takbir membesarkan Allah serta diringi airmata gembira ini menjadi bukti sesungguhnya kemenangan Islam sudah sangat menghampiri para pejuangnya. Ketika dunia sedang melihat umat Islam Palestin menangisi kematian saudara-saudara mereka akibat kekejaman Yahudi laknatullah, Allah mengurniakan kemenangan kepada kita di bumi Kuala Terengganu. Oleh itu kegembiraan yang sedang dirasai ini janganlah sampai kita lupa kepada penderitaan yang sedang dialami oleh saudara Islam kita di bumi Gaza. Perjuangan ini tidak ada hentinya selagi Islam tidak didaulatkan.
Rakyat di Kuala Terengganu telah membuktikan bahwa mereka telah begitu matang dalam permainan politik berparti yang menjadi teras kepada demokrasi di Malaysia. Walaupun berhadapan dengan begitu banyak sekali suapan dan jolokan atas nama pembangunan, ternyata
ia tidak menjadi habuan bagi mereka. Strateji kolot UMNO/BN yang digunakan pada setiap kali pilihanraya sudah ditolak oleh rakyat yang semakin celik dalam arena politik. Kemenangan yang didakwa oleh UMNO sebagai milik mereka sebelum turun bertarung telah menjadi sebaliknya. Anugerah Allah ini telah mendekatkan langkah Pakatan Rakyat menuju ke Putra Jaya. Setelah Mac 08, Permatang Pauh dan kini Kuala Terengganu, rakyat telah menghantar mesej yang sangat jelas bahwa BN sudah sampai kepenghujung jalan. Sangat malang kalau kita masih berada dalam kepompong lama dan menafikan kebenaran yang sudah terbentang. Allah menjelaskan menerusi firmanNya yang bermaksud "Sesungguhnya kebatilan pasti akan terhapus apabila datang kebenaran". Satu demi satu kebenaran terserlah, satu demi satu kebatilan terhapus dan satu demi satu kerusi BN terhakis, sudah cukup membuatkan masyarakat marhain yang celik hati membuat perhitungan apabila tiba masanya untuk mereka membuat pemilihan.
Sekalung tahniah kepada para petugas yang telah berkerja bersungguh-sungguh untuk kemenangan Islam. Segala tenaga dan wang ringgit yang dicurahkan demi kemenangan ini akan menerima habuannya disis Allah swt. INSYA'ALLAH. Sama-sama kita berdoa semoga terus istiqomah dalam perjuangan suci ini dan terus berada di saf hadapan bagi membela agama Allah. Ingatlah perjuangan Islam walaupun ia lambat tetapi bekekalan tetapi perjuangan sekular walaupun ia nampak hebat tetapi ia pasti akan hancur. TAKBIR!!!!

Sabtu, Januari 17, 2009

Jumaat, Januari 16, 2009

PAS Kulai sentiasa komited untuk berjuang atas nama Islam. Kemusnahan yang berlaku di Gaza oleh Yahudi Laknatullah tetap tidak akan dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan. Selain tunjuk perasaan menentang keganasan Yahudi, PAS Kulai mengambil langkah yang lebih berkesan dengan mengajak umat Islam di bandar Kulai dan kawasan sekitarnya agar menyahut seruan dari pelbagai pihak dengan memboikot barangan keluaran Yahudi dan sekutu kuatnya Amerika. Tindakan sedang dilakukan dengan mendapatkan kerjasama dari NGO-NGO Islam yang di ketuai oleh ABIM Negeri Johor serta PMI UTM dan badan-badan lain yang turut hendak melahirkan kemarahan mereka kepada Israel. USD3.2 Billion di salurkan setiap tahun ke Israel oleh Amerika hasil daripada kutipan cukai yang dikenakan keatas pendapatan jualan produk-produk keluaran mereka. Setiap ringgit dan sen yang kita belanjakan untuk membeli produk Amerika telah digunakan untuk membuat peluru bagi membunuh umat Islam Palestin. Sedarlah wahai saudaraku seIslam, betapa banyak wang yang telah kita belanjakan setahun semata-mata untuk membeli makanan dan produk keluaran Amerika. Marilah kita bersama berganding bahu memboikot produk mereka bagi melumpuhkan terus ekonomi mereka yang sedang tenat ketika ini. Kesatuan kita mampu mengugat kekuatan mereka sekiranya benar-benar kita bertindak. Ayuh laksanakan BOIKOT BARANGAN AMERIKA SERLAHKAN KEKUATAN ISLAM DIMATA DUNIA..... ALLAHU AKBAR!!!