"Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada tali yang amat kuat yang tidak akan putus."
(Al-Baqarah : 256)
FirmanNya lagi yang bermaksud :
"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka) : Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhi diri dari Thaghut".
(An-Nahl : 36)
Banyak lagi ayat-ayat Allah yang menyebut tentang Thaghut. Cukuplah sekadar dua ayat ini dipaparkan betapa Allah mengingatkan manusia agar mengingkari dan menjauhi Thaghut. Tulisan ini cuba menjelaskan mengenai pengertian Thaghut menurut pandangan beberapa cendiakawan Islam agar umat Islam sedar tentang apa yang dikatakan Thaghut itu.
Perkataan Thaghut itu berasal dari Bahasa Arab yang diambil dari kalimat طغي طغى يطغى yang bererti melampaui batas. Pengertian Thaghut disisi ulama' terdapat berbagai-bagai pendapat yang akan dijelaskan didalam artikel ini.

- Imam al-Jauhari berkata : thaghut ialah tukang tenung dan tukang tilik yang mengaku mengetahui perkara-perkara ghaib dan tersembunyi. Juga segala ketua kepada kesesatan.
- Mujahid dan Ibnu Zaid berkata : thaghut adalah syaitan dan ini disokong oleh Syaidina Umar al-Khattab. Ad-Dhahhak dan as-Sudiy berkata : thaghut ialah berhala-berhala dan patung-patung.
- Al-Qurtubi berkata : menjauhi daripada thaghut itu bermaksud meninggalkan segala yang disembah atau dipuja selain daripada Allah seperti syaitan, kaahin, berhala-berhala dan segala yang mengajak manusia kepada kesesatan.
- Abu Jaafar al-Tabari (Imam al-Tabari) pula menjelaskan : thaghut ialah segala yang melampaui batas yang menentang Allah lalu disembah selain Allah. Dan orang yang menyembah thaghut tadi samada dengan paksaan atau tidak dan samada benda yang disembah itu manusia atau patung-patung berhala.
- As-Syeikh Abdul Aziz Ben Baz mengatakan : difahamkan daripada pendapat para ulama' terdahulu didapati bahwa thaghut ialah segala sesuatu (samada manusia atau benda) yang menghalang atau menegah seseorang hamba Allah dari melakukan ibadat kepada Allah dan menghalang atau menegah manusia dari mentaati Allah dan RasulNya samada penghalang itu berupa syaitan jin, syaitan manusia, pokok-pokok, batu-batu, berhala dsb. Termasuk dibawah thaghut juga ialah menghukum dengan undang-undang ciptaan manusia dengan tujuan mahu membatalkan syariat Allah supaya tidak dilaksanakan hukuman hudud, menghalalkan riba', zina, arak dsb. Ketahuilah bahwa undang-undang ciptaan manusia itu sendiri adalah thaghut dan orang yang menggubal dan menyokongnya juga adalah thaghut. Tidak terkecuali mana-mana penulis yang cuba memesongkan orang ramai dari kebenaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. juga dianggap thaghut.
- As-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab mengatakan thaghut itu umum. Maka segala perkara yang disembah selain daripada Allah dan ia redha ditumpu pemujaan kepadanya samada benda itu disembah atau diikuti atau ditaati. Thaghut itu pula banyak ketuanya dan terbahagi kepada 5 jenis :
- Syaitan yang mengajak dan memperdaya manusia supaya melakukan ibadah kepada selain dari Allah.
- Pemerintahan yang zalim yang merubah-rubah hukum Allah.
- Mana-mana orang yang menghukum tidak dengan hukum yang diturunkan Allah.
- Mana-mana orang yang mendakwa mengetahui perkara ghaib seperti tukang tenung dan tukang tilik.
- Mana-mana orang atau benda yang disembah selain dari Allah sedangkan ia redha disembah atau dipuja.
Berpandukan kepada pendapat beberapa ulama' diatas, jelas bahwa thaghut itu umum dan dapat disimpulkan seperti dibawah :-
Semoga Allah menjauhi kita daripada kesesatan yang dibawa oleh thaghut. AMIN !- mana-mana orang dan peraturan dan apa sahaja benda yang menghalang manusia dari menyembah dan mematuhi perintah Allah dan RasulNya.
- sesuatu yang dapat merosakkan dan menjauhkan manusia dari mengikuti kebenaran agama Islam dan ajarannya.
- sesuatu yang dapat memperdaya manusia supaya mengikuti jejak langkah syaitan.
- sesuatu yang dapat menyesatkan manusia dari kebenaran Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan