Mac 2008 menyaksikan lanskap politik tanahair berubah secara drastik sehingga ramai yang menggunakan istilah Tsunami Politik bagi menggambarkan arus perubahan luar jangka yang berlaku. Perubahan politik ini tidak berakhir disitu. Ia berterusan di 5 PRK yang menyaksikan Umno/BN tersungkur secara berturut kepada Pakatan Rakyat. Dengan segala jentera dan kewangan yang ada, UMNO/BN terkial-kial untuk bangkit memenangi hati rakyat. Projek mee segera mainan lapuk dan usang ternyata gagal mengula-gulakan rakyat yang semakin celik dan cerdik. Mereka masih bangga berada di kepompong lama yang haprak dengan minda yang disalut dengan wang dan habuan. Rakyat sudah jemu dan jelak melihatkan mainan taktik kotor mereka yang tidak berubah-ubah. Bagi penggerak Pakatan rakyat, kami berdoa agar UMNO/ BN terus berada di alam mereka kerana ini akan mempercepatkan proses kejatuhan yang ditunggu-tunggu.
Dalam PRU yang lalu, masyarakat Cina dan India sedia membuat perubahan dan telah memanifestasikannya ke dalam peti-peti undi. Manifestasi ini diteruskan pula dalam PRK yang berlangsung di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bkt Gantang, Bkt Selambau dan terbaru di Penanti. Peralihan memangkah selain BN tidak berlaku hanya di Batang Ai, Sarawak. Ini menunjukkan dominasi BN masih mampu dipertahankan di negeri kepulauan Borneo itu. Apakah ini satu petanda bahwa BN masih diterima rakyat kebanyakkan khususnya di Sarawak?
Kini Manek Urai pula menjadi medan pertempuran terbaru. UMNO yang menikus di Penanti kini berkokok sambil mengepak-ngepak sayapnya mendakwa orang Melayu masih berdiri teguh di belakang mereka, maka dengan itu melahirkan keputusan untuk bertanding. UMNO kembali kegelanggang. Segala bunga pencak silatnya mula dipertontonkan. Media mula memaparkan perkampungan dan penduduk di DUN Manek Urai. Ternyata langkah sumbang yang diatur hanya sesuai untuk menyambut pengantin dan pemimpin mereka, bukannya langkah kepahlawanan yang turun berhadapan dengan musuh. Dulu-dulu dan kini-kini masih dengan taktik haprak dan lapuk. Tidak habis-habis mencanangkan gendang pembangunan. Dulu wawasan diikuti pula dengan hadhari dan kini satu Malaysia. PAS yang berjuang atas landasan Islam sebenar tidak sekadar wawasan 2020 tetapi wawasan dunia dan akhirat. Perjuangan PAS tidak hanya tertumpu pada satu Malaysia tetapi untuk satu ummah yang merangkumi ummah al-ijabah dan ummah al-dakwah. Pembangunan yang akan dibawa oleh PAS bukan dalam bentuk meterial semata tetapi meliputi insan itu sendiri. Pemanduan PAS tidak terhenti didunia sahaja bahkan hingga ke akhirat.
Menyaksikan muktamar PAS ke 55 yang baru berlangsung dengan sokongan padu yang diberikan oleh masyarakat menerusi kunjugan mereka dalam angka puluhan ribu pada setiap hari, UMNO akan tersungkur sekali lagi. Manek Urai akan menentukan samada UMNO masih diperlukan lagi oleh orang Melayu atau sebaliknya. Sama-sama kita saksikan bagaimana UMNO terkapai-kapai meneruskan survival politik mereka di bumi Kelantan yang ternyata selesa dibawah kepimpinan Ulama'. UMNO terus berada didalam kegelapan ciptaan sendiri sedangkan PAS bersama rakan Pakatan Rakyat terus kehadapan memacu dalam cahaya kebenaran yang semakin terserlah dan diterima rakyat. Mengiktiraf Pejuang Bahasa dalam muktamar yang lalu menafikan terus peranan UMNO dalam mendaulatkan bahasa ibunda. Sepatutnya UMNO tidak lagi dipanggil sebagai sebuah parti Melayu kerana telah membunuh bahasanya sendiri. Slogan Hidup Melayu hanyalah untuk Melayu yang menjadi kroni mereka bukan untuk orang Melayu seluruhnya. Sangat malang sekiranya orang-orang Melayu di Manek Urai memberi kepercayaan kepada UMNO yang sudah semakin tenat dan meniti usia. Bagi para pengundi di Manek Urai kekalkan kebijaksanaan semasa PRU12 yang lalu dan sama-sama kita membawa wadah politik baru di Malaysia dengan berdiri teguh dibawah Pakatan Rakyat yang dipayungi kepimpinan Ulama'.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan