Isnin, Jun 29, 2009
Lagi gambar sekitar Bowling Ukhuwah PAS Kawasan Kulaijaya.
Ucapan aluan Ketua DPPKK & Ucapan YDP Kawasan Kulaijaya.
Mempromosikan BERSIH & Menunggu Petandingan bermula.
Balingan perasmian serentak YDP, KP dan KM.
Pemenang berkumpulan bergambar kenangan bersama YDP.
Gambar Sekitar Bowling Ukhuwah PAS Kulaijaya di IOI Bowl Bandar Putra.
Lontaran rasmi oleh YDP, Ketua DPP dan Ketua DMP.
Kejohanan Bowling Ukhuwah Pas Kulaijaya anjuran DPPK Kulaijaya.
Rabu, Jun 24, 2009
Islam Mengizinkan Perselisihan Pendapat
Mainan jahat media arus perdana bagi mengeruhkan hubungan antara sesama pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat tidak membuahkan sebarang hasil. Naib Presiden UMNO Dato' Zahid Hamidi menerusi media kongkongan mereka Berita Harian bertarikh 24 Jun 2009 di bawah tajuk 'PAS tidak ikhlas idea terbaik syor kerajaan perpaduan', menyatakan :
"Bagi saya keikhlasan UMNO dan BN ternyata kerana apabila orang menghulurkan tangan, kita menyambut baik dengan penuh keikhlasan tetapi jika orang menampar kita, kita tak akan tampar balik, sebaliknya kita tanya apakah makna huluran tangan yang lalu berbanding tamparan sekarang".
Sungguh 'unsangkarabble' (diluar sangkaan) UMNO rupanya mempunyai niat yang ikhlas hendak berbincang. Bila pula UMNO jadi baik hingga ketahap sebegeni. Kena tampar pun masih nak hulur tangan. Pelik betul. Yang bercakap tu pemimpin UMNO dari Negeri Perak. Satu-satunya negeri yang mempunyai 2 MB, 2 Speaker DUN dan macam-macam 2 lagi. Pendek kata serba 2 semuanya.
Bagaimana nak terima keikhlasan UMNO kalau sanggup melakukan perkara-perkara seperti :-
- rampas kuasa secara haram
- culik dan beli wakil rakyat
- lantik MB dan Speaker haram
- usung keluar Speaker DUN yang sah
- rompak hasil minyak Kelantan
- sekat bantuan kepada negeri yang ditadbir oleh PR
- sekat bantuan kepada wakil-wakil rakyat bukan BN
- tukar wang royalti kepada wang ihsan
- dan bermacam-macam lagi.................
Bagi pejuang Islam, istiqamah dan wala' pada pimpinan adalah penawar kepada segala masalah. Selagi mana kita berada dilandasan yang dibenarkan Allah dan RasulNya, insya'allah kita akan diberi petunjuk illahi. Teruskan perjuangan kerana kemenangan sedang menanti. ALLAHUAKBAR!
Islam dan Pertentangannya dengan Fahaman Sekular. (Bhg 4)
(1) Kemajuan Barat.
Selepas abad pertengahan, Eropah mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang ilmu termasuk ilmu pengetahuan, sanis, pembangunan dll. Kemajuan tersebut dicapai setelah mereka menghayati sekularisma manakala dalam masa yang sama umat Islam berada dalam kemunduran dan ketinggalan dalam pelbagai lapangan. Dengan itu orang Islam khususnya para pembesar yang berpendidikan barat mengambil sikap mudah dengan membuat tanggapan 'sekiranya ingin maju maka tirulah barat dan ambil apa sahaja yang ada di barat.' Lalu dengan mudah mereka mengambil apa sahaja yang di barat termasuk fahaman sekularisma dan diguna pakai di negara Islam dengan dokongan kuat oleh para imperialis. Kesannya fahaman ini menjadi sebati dengan pemikiran orang Islam lalu dianggap baik tanpa mengambil kira ia sumber asing dan bertentangan dengan Islam.
Umat Islam tidak sedar bahwa kemunduran mereka bukan disebabkan kerana penghayatan terhadap Islam atau kerana mereka tidak mengamalkan sekularisma tetapi sebenarnya adalah kerana :-
- pintu ijtihad ditutup
- tidak menghayati Islam yang bersih seperti dizaman awalnya
- pemimpin negara leka dengan mengikuti hawa nafsu masing-masing
- perbalahan yang berterusan merebut jawatan khalifah dan menteri
Antara faktor kemasukkan sekularisma ke negara-negara Islam ialah melalui penjajah barat yang telah lama menghayati fahaman tersebut. Para penjajah barat Kristian seperti Itali, Belanda, Portugis, Inggeris dsb sangat benci kepada Islam dan penganutnya adalah musuh mereka. Peperangan salib yang berlarutan begitu lama adalah bukti jelas kebencian barat terhadap Islam.
Disekitar abad ke 19, hampir seluruh negara Islam dijajah oleh barat umpamanya :-
Perancis menjajah :
- Algeria (1830)
- Tunisia (1881)
- Morocco (1912)
- Beberapa buah negara Timur Tengah seperti Syria dll (1920)
- India dan Pakistan (1857)
- Mesir (1882)
- Iraq (1914)
- Palestin dan seterusnya (1914)
Bagi menerapkan fahaman ini para imperialis barat menggunakan beberapa saluran iaitu :
(i) Saluran Pendidikan
(ii) Saluran Media Massa
(iii) Saluran Perundangan
Rujukan : Nota Pengajian Diploma Tasawwur Islam ILH203 (Aqidah Islamiyyah)
Selasa, Jun 23, 2009
Islam dan Pertentangannya dengan Fahaman Sekular. (Bhg 3)
- Golongan kaya raya yang terdiri daripada kaum feudal yang memiliki tanah pertanian yang luas dan menguasai sepenuhnya ke atas buruh-buruh yang berkerja diladang-ladang mereka.
- Golongan orang-orang miskin yang berkerja sebagai buruh paksa kepada golongan pertama.
(4) Keadaan Politik.
Oleh kerana pihak gereja dan Rijal al-Deen mempunyai kuasa penuh, mereka memainkan peranan penting dalam bidang politik. Walau pun raja memerintah sesebuah negara tetapi kuasa sebenar berada pada pihak gereja. Gereja berhak melantik dan memecat mana-mana raja yang ia suka. Kemurkaan pope kepada raja dianggap sebagai kemurkaan Tuhan. Sebagai contoh Raja Inggeris King Henry ke IV pernah dimarahi oleh pihak pope dan untuk mengembalikan kuasanya, Henry terpaksa berjalan kaki dari England ke Rome, Itali untuk memohon keampunan dari pihak gereja disana.
(5) Keadaan Keilmuan.
Pihak gereja menyekat reformasi pemikiran dan keilmuan yang cuba di ketengahkan oleh ahli-ahli fikir dan tokoh-tokoh keilmuan mereka yang kebanyakkannya belajar ilmu-ilmu Islam. Gereja menganggap ilmu pengetahuan dari sumber selain dari sumbar mereka dianggap bahaya lebih-lebih lagi kalau diambil dari sumber Islam. Gereja menganggap bahasa Arab adalah bahasa orang kafir. Oleh itu gereja menggunakan kekerasan terhadap sarjana-sarjana barat yang belajar ilmu dan sains Islam. Sejarah ada menyebut terdapat seramai 340,000 sarjana dan ahli ilmuan mereka dihukum mati dan seramai 32,000 orang dibakar hidup-hidup di sepanjang sebelum lahirnya fahaman sekular.
Dengan sebab-sebab situasi dan keadaan yang penuh kekejaman, kezaliman dan penyelewengan kuasa oleh gereja dan kaum feudal yang begitu rupa telah menyebabkan lahir tentangan dari masyarakat untuk menuntut keadilan. Mereka bangkit menentang pihak gereja, memberontak terhadap golongan kaya sehingga akhirnya lahirlah fahaman sekular yang memisahkan kuasa agama Kristian dari urusan hidup dan negara.
Rujukan : Nota Pengajian Diploma Tasawwur Islam ILH 203 (Aqidah Islamiyyah)
Isnin, Jun 22, 2009
Islam dan Pertentangannya dengan Fahaman Sekular. (Bhg 2)
Bagi orang barat, mereka faham bahwa sekular bererti memisahan agama (Kristian) dari kerajaan dan pemerintahan serta pihak gereja tidak masuk campur dalam urusan pemerintahan dan urusan keduniaan.
Kamus dewan menyebut sekular bermaksud berkaitan dengan keduniaan atau tidak berkaitan dengan keagamaan. Jika disebut pendidikan sekular ia bermaksud pendidikan yang bukan berkaitan dengan agama.
Manakala sekularisma pula bermaksud: 'satu fahaman atau doktrin atau pendirian atau sebagainya yang menolak atau memisahkan agama atau ciri-ciri keagamaan daripada urusan-urusan yang tidak bersangkutan dengan agama seperti urusan pentadbiran awam dan lain-lain yang tidak ada kaitan dengan agama'.
Atau dengan kata lain sekularisma ialah: 'satu fahaman atau isme yang memisahkan urusan-urusan keduniaan dan pemerintahan serta pentadbiran dari urusan keagamaan' atau dikatakan juga bahwa agama tidak masuk cambpur dalam urusan politik, pemerintahan negara dan urusan keduniaan. Sekularisma juga selalu disebut sebagai fahaman "Politik suku, agama suku".
Kelahiran sekularisma.
Sekularisma mula lahir di barat di abad pertengahan kerana beberapa sebab tertentu. Kemudian ia dikembangkan dan disebar di negara-negara Islam oleh kuasa penjajah sehingga fahaman itu akhirnya diikuti dan dihayati oleh ramai orang Islam khususnya pemimpin yang mendapat didikan barat yang kurang faham mengenai ajaran Islam yang sebenar.
Sekularisma lahir dibarat kerana keadaan suasana barat ketika itu sesuai sekali bagi kelahirannya. Terdapat beberapa situasi yang menyebabkan munculnya sekularisma disana antaranya :
(1) Keadaan Agama Kristian.
Ajaran agama Kristian menganjurkan pemisahan antara agama dan negara atau dunia. Didalam kitab Injil dikatakan ada menyebut :
Dari sini jelas bahwa ajaran Kristian mengajar penganutnya bahwa disana ada dua kuasa berasingan ; kuasa pemerintahan yang bertanggungjawab memerintah dan mentadbir urusan hidup yang dikuasai pemerintah. Manakala kuasa Allah yang diwakilkan kepada pihak gereja dan orang agama (Rijal al-Deen) mengurus urusan akhirat dan agama.
Sebenarnya agama Kristian yang berasaskan ajaran Injil tidak mempunyai peraturan hidup manusia tidak seperti Islam. Itulah sebabnya orang-orang Kristian menggunakan peraturan dan undang-undang sivil rekaan tokoh undang-undang mereka.
(2) Keadaan Kuasa Gereja dan Tokoh-tokoh Agama.
Sebelum kelahiran sekularisma, tokoh-tokoh agama yang terdiri daripada pope-pope dan paderi-paderi mempunyai kuasa yang sangat luas dalam semua aspek kehidupan. Mereka berkuasa penuh dan boleh melakukan apa sahaja perbuatan sehingga melakukan berbagai penyelewengan dan kezaliman. Umpamanya pihak gereja dan paderi memaksa oang ramai menerima doktrin trinity yang tidak boleh diterima oleh akal yang waras. Mereka perkenal konsep dosa warisan, memberi hak pengampunan dosa orang ramai kepada pope dengan syarat-syarat tertentu termasuk dikenakan bayaran khas untuk mereka sebagai imbuhan. Akhirnya pope menjadi kaya raya, sedangkan masaalah sosial semakin berleluasa kerana orang yang mendapat kad pengampunan dosa dari pope tidak takut lagi membuat kesalahan kerana dosa mereka telah diampun.
Selain itu pada tahun 1869 pihak gereja Rome telah mengeluarkan ketetapan bahwa pope adalah maksum, tidak berdosa sama seperti Rasul pada pandangan Islam. Mereka mesti dipatuhi secara membuta tuli. Segala pendapat mereka mesti diterima oleh orang ramai dan mereka dianggap sebagai wakil Tuhan di dunia ini.
Akibat sikap gereja dan pope sedemikian rupa, akhirnya lahir perasaan benci masyarakat kepada mereka dan merampas kuasanya, lalu terjadilah pengasingan kuasa agama dan pemerintahan yang disebut sebagai SEKULAR.
Rujukan : Nota Pengajian Tasawur Islam ILH 203 (Aqidah Islamiyyah)
Khamis, Jun 18, 2009
Islam dan Pertentangannya dengan Fahaman Sekular. (Bhg 1)
Penjelasan Ringkas Mengenai Islam.
Agama Islam yang dihayati serta diimani yang menjamin kebahagiaan hidup didunia dan akhirat, adalah agama samawi yang terakhir. Diturunkan kitab al-Quran sebagai panduan dan diutus Rasulullah s.a.w. untuk mengajarkannya, merupakan ajaran yang sempurna lagi lengkap meliputi segala bidang kehidupan manusia.
Apabila seseorang memahaminya dengan sebenar-benarnya, kemudian diamal dan dipraktik dalam kehidupan, maka akan lahir seorang yang berperibadi baik dan mulia, ujud kedamaian dalam keluarga dan rumahtangga, masyarakat akan tenteram dan aman serta negara akan mendapat nikmat melimpah ruah. Tetapi sebaliknya jika kefahaman terhadap Islam itu salah dan pengamalannya tidak bertepatan, maka pincanglah kehidupan seseorang individu, keluarga, masyarakat dan negara.
Agama Islam bukannya satu ajaran yang boleh ditafsir dan dijelaskan mengikut sesuka hati, bahkan Islam mempunyai prinsip-prinsip yang tepat, jelas dan nyata. Sumber ajarannya terang dan teguh, tidak seperti agama-agama lain yang boleh ditokok tambah dan dibuang oleh orang-orang tertentu seperti pemuka-pemuka agama 'Rijal al-Deen' dengan sesuka hatinya. Ini disebabkan Islam itu telah sempurna seperti yang dijelaskan oleh Allah swt menerusi firmanNya yang bermaksud :
"Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telah Aku cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama kamu".
(surah al-Maidah : 3)
Oleh itu apabila berlaku perselisihan pendapat antara umat Islam, mereka semestinya kembali kepada al-Quran dan al-Hadith, tidak terpengaruh kepada hawa nafsu dan isme-isme ciptaan manusia. Apabila berlaku perselisihan pendapat ulama' dengan tokoh-tokoh sekular dalam hal-hal agama, umat Islam mesti merujuk kepada pakar agama. Firman Allah yang bermaksud :
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada U'lil Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah(berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan (sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih eluk kesudahannya".
(surah an-Nisa' : 59)
Dan firmanNya lagi yang bermaksud :
"Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang berpengalaman agama jika kamu tidak mengetahui".
(surah al-Nahl : 43)
Islam itu merangkumi bidang yang amat luas; akidah dan ibadat, akidah dan syariat, agama dan negara atau pemerintahan termasuk mashaf dan pedang. Islam yang sebenar tidak seperti yang difahami oleh pendokong-pendokong sekularisma. Mereka mahu Islam mengikut fahaman mereka, kemudian memaksa orang lain mengikut cara yang difahaminya. Mereka mahu Islam yang tersendiri tidak seperti yang didakwah oleh Rasulullah s.a.w., tidak seperti yang dijelaskan oleh para ulama' dan tidak seperti yang dilaksanakan atau ditanfizkan oleh salafussoleh. Tidak seperti yang diterangkan oleh ulama' fiqh, hadith dan tafsir. Mereka mahu Islam yang telah disilap atau diselewengkan, atau Islam seperti yang dikemukakan oleh musuh-musuh Islam dari kalangan orientalis barat dan lain-lain lagi.
Rujukan : Nota Pengajian Diploma Tasawur Islam ILH 203 (Aqidah Islamiyyah)
Selasa, Jun 16, 2009
Apa Itu Thaghut.
(Al-Baqarah : 256)
FirmanNya lagi yang bermaksud :
"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka) : Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhi diri dari Thaghut".
(An-Nahl : 36)
Banyak lagi ayat-ayat Allah yang menyebut tentang Thaghut. Cukuplah sekadar dua ayat ini dipaparkan betapa Allah mengingatkan manusia agar mengingkari dan menjauhi Thaghut. Tulisan ini cuba menjelaskan mengenai pengertian Thaghut menurut pandangan beberapa cendiakawan Islam agar umat Islam sedar tentang apa yang dikatakan Thaghut itu.
Perkataan Thaghut itu berasal dari Bahasa Arab yang diambil dari kalimat طغي طغى يطغى yang bererti melampaui batas. Pengertian Thaghut disisi ulama' terdapat berbagai-bagai pendapat yang akan dijelaskan didalam artikel ini.
- Imam al-Jauhari berkata : thaghut ialah tukang tenung dan tukang tilik yang mengaku mengetahui perkara-perkara ghaib dan tersembunyi. Juga segala ketua kepada kesesatan.
- Mujahid dan Ibnu Zaid berkata : thaghut adalah syaitan dan ini disokong oleh Syaidina Umar al-Khattab. Ad-Dhahhak dan as-Sudiy berkata : thaghut ialah berhala-berhala dan patung-patung.
- Al-Qurtubi berkata : menjauhi daripada thaghut itu bermaksud meninggalkan segala yang disembah atau dipuja selain daripada Allah seperti syaitan, kaahin, berhala-berhala dan segala yang mengajak manusia kepada kesesatan.
- Abu Jaafar al-Tabari (Imam al-Tabari) pula menjelaskan : thaghut ialah segala yang melampaui batas yang menentang Allah lalu disembah selain Allah. Dan orang yang menyembah thaghut tadi samada dengan paksaan atau tidak dan samada benda yang disembah itu manusia atau patung-patung berhala.
- As-Syeikh Abdul Aziz Ben Baz mengatakan : difahamkan daripada pendapat para ulama' terdahulu didapati bahwa thaghut ialah segala sesuatu (samada manusia atau benda) yang menghalang atau menegah seseorang hamba Allah dari melakukan ibadat kepada Allah dan menghalang atau menegah manusia dari mentaati Allah dan RasulNya samada penghalang itu berupa syaitan jin, syaitan manusia, pokok-pokok, batu-batu, berhala dsb. Termasuk dibawah thaghut juga ialah menghukum dengan undang-undang ciptaan manusia dengan tujuan mahu membatalkan syariat Allah supaya tidak dilaksanakan hukuman hudud, menghalalkan riba', zina, arak dsb. Ketahuilah bahwa undang-undang ciptaan manusia itu sendiri adalah thaghut dan orang yang menggubal dan menyokongnya juga adalah thaghut. Tidak terkecuali mana-mana penulis yang cuba memesongkan orang ramai dari kebenaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. juga dianggap thaghut.
- As-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab mengatakan thaghut itu umum. Maka segala perkara yang disembah selain daripada Allah dan ia redha ditumpu pemujaan kepadanya samada benda itu disembah atau diikuti atau ditaati. Thaghut itu pula banyak ketuanya dan terbahagi kepada 5 jenis :
- Syaitan yang mengajak dan memperdaya manusia supaya melakukan ibadah kepada selain dari Allah.
- Pemerintahan yang zalim yang merubah-rubah hukum Allah.
- Mana-mana orang yang menghukum tidak dengan hukum yang diturunkan Allah.
- Mana-mana orang yang mendakwa mengetahui perkara ghaib seperti tukang tenung dan tukang tilik.
- Mana-mana orang atau benda yang disembah selain dari Allah sedangkan ia redha disembah atau dipuja.
- mana-mana orang dan peraturan dan apa sahaja benda yang menghalang manusia dari menyembah dan mematuhi perintah Allah dan RasulNya.
- sesuatu yang dapat merosakkan dan menjauhkan manusia dari mengikuti kebenaran agama Islam dan ajarannya.
- sesuatu yang dapat memperdaya manusia supaya mengikuti jejak langkah syaitan.
- sesuatu yang dapat menyesatkan manusia dari kebenaran Islam.
Isnin, Jun 15, 2009
Rasuah Barah Negara
"Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain diantara kamu dengan jalan bathil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui".
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :
"Rasulullah s.a.w. melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dll)".
HR : Al-Tarmizi ; Hadis Hasan Sohih.
Sabda Baginda lagi yang bermaksud :
"Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (pengkhianatan)".
HR : Abu Daud ; Hadis Sohih menurut Albani.
Apabila berbicara mengenai hukum halal dan haram, kebanyakkan umat Islam akan merujuk sesuatu yang haram itu seumpama babi, anjing dan arak. Riba' yang juga haram di sisi Islam tidak dirasai keharamannya akibat terjerumus kedalam sistem kewangan konvensional yang mengamalkan riba' dan diamali sejak sekian lama. Ia menjadi kebiasaan kerana ramai yang mengamalkannya. Apabila kemelesetan ekonomi global melanda dunia, maka kepincangan sistem kewangan kapitalis ciptaan barat mula terserlah dan memperlihatkan kehancurannya. Waktu itu sistem kewangan Islam sahaja yang mampu bertahan dan mula diperakui sebagai sistem kewangan terbaik dan selamat diamalkan.
Begitu juga halnya dengan budaya rasuah yang melanda umat akhir zaman. Keharamannya juga tidak dirasai bahkan ia menjadi suatu budaya yang kini mula diterima oleh masyarakat. 'Alah... kalau kau di tempat tu, kau pun akan sama juga..' ' Ini biasa looo, semua olang pun angkat juga..' Dialog seumpama ini biasa kedengaran dikalangan penerima dan pemberi rasuah. Tiba-tiba apabila bertemu dengan seseorang yang menolak 'wang kopi' (istilah popular yang digunakan didalam pasaran), masyarakat jadi pelik. 'Ala... kita tengok saja berapa lama dia boleh tahan. Lama-lama ambik juga...' Begitulah tanggapan masyarakat terhadap rasuah. Tambah ironinya lagi kini masyarakat sudahpun menerimanya sebagai suatu trend terkini yang digunapakai sebagai sebahagian daripada kehidupan. Dalam ertikata lain, rasuah kini adalah sebahagian daripada budaya hidup masakini. Tidak menerima rasuah adalah satu kebodohan di alaf baru. Tambah menghairankan lagi, pemberi rasuah juga marah tetapi masih memberi. Bila ditanya kenapa, mereka menjawab :'Kalau tak kasi, susah...takde bisness nanti... projek kena tahan...' dan macam-macam alasan yang akan diberi.
Sektor Tahap Sektor Tahap
Parlimen & Pentadbiran Kerajaan 3.0 Pendidkan 2.2
Buisness & Syarikat Swasta 3.3 Ketenteraan 2.0
Polis 3.8 Perkhidmatan 2.2
Kehakiman 2.8 Pendaftaran & Permit
Media 2.4 Perkhidmatan 3.1
Badan Cukai 2.5 NGO 2.2
Badan Keagamaan 1.7
Nota : Tahap 1 = terbersih Tahap 5 = terkotor.
Berdasarkan statistik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dulu dikenali dengan BPR bagi Jan-Ogos 2007, jumlah tangkapan yang dibuat adalah seperti berikut :
Bulan Tangkapan
Jan 33
Feb 37
Mac 63
Apr 51
Mei 45
Jun 33
Julai 47
Ogos 53
Jum 362
sumber rujukan statistik: www.zaharudin.net
Korupsi/Rasuah adalah satu penyakit yang membarah dan mampu menghancurkan bangsa serta sesebuah negara. Keharmonian bisa terlucut seandainya ia terus dibiarkan, ibarat kayu yang dimakan anai-anai. Kelihatan cantik dan anggun diluar tetapi sudah mereput didalam, hanya menanti saat tumbangnya. Menjadi kewajipan hamba rakyat untuk membenteras korupsi sehingga keakar umbi. Dari kedudukan tertinggi didalam negara sehingga kepada kedudukan terendah tanpa mengira warna kulit serta status kedudukan, sekiranya kedapatan bukti rasuah menjiwai dirinya, maka ia wajib dihukum. Oleh itu, rakyat perlu sentiasa peka dan bermaklumat agar mampu menilai kewajaran seseorang yang digelar pemimpin untuk diberi kepercayaan memimpin. Jangan biarkan tikus yang berusaha membaiki labu terus-terusan membakinya walhal pada hakikatnya penyakit sedia ada akan terus menjadi kronik. Negara akan menjadi hancur sekiranya terus ditadbir urus oleh tangan-tangan yang bergelumang dengan rasuah. Selamatkan Malaysia daripada pemuka-pemuka korup yang telah korup minda, akhlak, jiwa dan kehidupan seluruhnya. Ayuh kita bina Malaysia baru yang bersih daripada sebarang korupsi. Sudah tiba masanya untuk membuat perubahan. Kekalkan momentum sedia ada.Teruskan semangat menolak UMNO/BN yang sudah terbukti korup sekorup-korupnya.
TAWARAN DUNIA. (Bhg Akhir)
Firman Allah dalam surah al-Isra' ayat 90-93 yang bermaksud :
"Dan mereka berkata : Kami sekali-kali tidak percaya kepadamu hingga kamu memancarkan air dari bumi untuk kami atau kamu mempunyai sebuah kebun kurma dan anggur, lalu kamu alirkan sungai-sungai di celah-celah kebun yang deras alirannya atau kamu jatuhkan langit berkeping-keping atas kami sebagaimana kamu katakan atau kamu datangkan Allah dan Malaikat-malaikatnya berhadapan muka dengan kami atau kamu mempunyai sebuah rumah dari emas atau kamu naik kelangit. Dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kenaikkanmu itu hingga kamu turunkan atas kami sebuah kitab yang kami baca : katakanlah Maha Suci Rabb-ku bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi rasul".
Allah menjelaskan menerusi ayatNya bagi menunjukkan bagaimana sifat kaum kafir Quraish sebenarnya. Allah maha mengetahui bahwa mereka tidak akan memberi berbagai tawaran melainkan kerana sifat kekafiran, keangkuhan dan penghinaan kepada Rasulullah s.a.w. Ini terbukti melalui tuntutan yang mereka ajukan kepada baginda Rasul. Seandainya mereka jujur dan serius ingin meyakini kebenaran Nabi s.a.w. niscaya Allah mengabulkan permintaan mereka. Sikap kaum Quraish ini sesuai dengan dengan apa yang Allah tegaskan menerusi firmanNya yang bermaksud :
"Dan jika seandainya Kami membukakan kepada mereka salah satu dari pintu-pintu (langit), lalu mereka terus menerus naik keatasnya, tentulah mereka berkata : Sesungguhnya pandangan kami adalah orang-orang yang kena sihir"
(al-Hijr : ayat 14-15)
Musuh-musuh Islam tidak akan berhenti untuk membuat pelbagai tawaran kepada orang-orang mukmin yang melaksanakan kerja-kerja dakwah dikalangan masyarakat. Mereka yang tidak terpesona dengan tawaran-tawaran menarik pihak musuh bahkan menolaknya, sesungguhnya telah berada diatas landasan yang betul dan mendapat restu dari Allah swt. Jangan rasa terhina atau tersisih apabila membuat sesuatu keputusan yang bertentangan dengan kehendak mereka. Sebaliknya hendaklah berbangga dan bersyukur kerana tidak mudah dibeli dengan tawaran dunia yang bersifat sementara. Allah telah memberi kekuatan untuk menolaknya, yang sudah tentu amat sukar untuk dilakukan sekiranya tanpa iman yang teguh. Muktahir ini Allah menyajikan banyak contoh-contoh dihadapan mata, bagaimana mereka yang dahulunya dilihat amat konsisten dalam menyatakan kebenaran tetapi kecundang dengan habuan dunia. Agama tergadai akibat menghambat kedudukan dan harta.
Sirah ini membuktikan sesungguhnya menolak habuan dunia tidak bertentangan dengan pemuliaan Allah keatas NabiNya. Kita tidak akan menjadi bodoh kerananya sebaliknya mereka yang menyambut tawaran duniawi itulah yang dibelengu kebodohan yang dicari sendiri. Berhati-hatilah apabila berhadapan dengan spesis manusia yang berkuasa dan berharta yang beranggapan mereka boleh membeli apa sahaja.
Khamis, Jun 11, 2009
Tragedi Selatan Thai : Bunuh umat Islam yang sedang solat, satu tindakan bacul
Tragedi masjid al furqan thailand Kejam dan tidak berperikemanusiaan! Mungkin itu yang dapat digambarkan tentang pembunuhan 11 jemaah ketika solat isyak di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan, 50 kilometer dari bandar ini kira-kira pukul 8.50 malam tadi (waktu Malaysia).
Setelah melepaskan tembakan dari dua pintu masuk masjid, enam penyerang itu dikatakan masih tidak berpuas hati dan masuk ke dalam masjid sebelum melepaskan beberapa das lagi tembakan bagi memastikan jemaah terbabit benar-benar mati.-Utusan Malaysia
Sesungguhnya orang yang melakukan aksi ganas ini adalah kalangan mereka yang bacul dan penakut. Mereka gentar berhadapan dengan umat Islam di medan pertempuran dan hanya berani bertindak bila umat Islam sedang solat.
Segelintir penduduk mendakwa bahawa ini adalah tindakan pihak tentera, bertujuan untuk membangkitkan kemarahan tentera pemisah Islam di Selatan Thailand.
Ia juga dilakukan bagi mewujudkan suasana ketakutan serta sebagai alasan untuk tentera Thailand meneruskan peperangan dengan tentera pemisah.
Walau siapa pun yang lakukan perkara ini, hakikatnya mereka akan dilaknat Allah. 11 syuhada yang terkorban dihadapan Allah itu pasti akan diganjari nikmat syurga. Pemergian tragis mereka itu tidak sesekali melemahkan semangat juang para mujahid yang akan menuntut bela atas kematian mereka.
Bangkitlah tentera Allah, ajarkan musuh-musuh Allah itu dengan erti kemanusian. Tunjukkan mereka jalan pulang ke pangkal jalan atau habiskan sahaja nyawa mereka jika masih mahu memerangi umat Islam.
Kedamaian tidak akan tercapai di Selatan Thailand selagi Kerajaannya mengamalkan sikap konfrontasi dengan pejuang Islam disana.
HermanSamsudeen
Rabu, Jun 10, 2009
UMNO oh UMNO
Seingat penulis, yang telah menghadiri muktamar dari perasmian sehingga perbahasan ucapan dasar, pembentangan usul dan ucapan penangguhan serta penggulungan, langsung tidak menyebut soal kerajaan perpaduan. Yang hangat dibicarakan ialah menentang sebarang bentuk kerjasama dengan UMNO sambil memperkukuh Pakatan Rakyat. Penulis hairan bila pula timbul isu kerajaan perpaduan sehingga hangat diperdebatkan di massa. Nampaknya UMNO yang tergila-gila sangat dengan kerajaan perpaduan dan cuba mempolemikan isu ini agar ujud perselisihan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Kepada warga PAS dan penyokong PR, awas dengan permainan kotor mereka yang sedang mencemburui pakatan kita ketika ini yang disedari mereka semakin hari semakin ampuh. PR yang sedang bergerak kearah Malaysia baru yang lebih dinamik serta bersih dari sebarang bentuk rasuah dan penyelewengan sangat digeruni UMNO/BN. Rakyat dapat menilai dan merasai bagaimana negeri-negeri yang ditadbir urus oleh PR sangat jauh berbeza dengan apa yang dilakukan selama 50 tahun dibawah pemerintahan UMNO/BN. Mereka sedar bahwa hegemoni kekuasaan mereka semakin meluntur. Maka itu cekup apa saja yang boleh menimbulkan kekeliruan dikalangan rakyat. Tokok tambah dengan kosmetik yang dipunyai lalu pamirkan untuk tatapan masyarakat. UMNO kini amat terdesak dan sesak lalu menyelusuri apa saja denai yang ada tanpa menghiraukan bencana yang menanti.
Amat nyata UMNO diambang senja.
Meniti usia yang semakin tua.
Merapu berjela-jela.
Seperti nenek tua ingat-ingat lupa.
Kadangkala diri dan duduk tidak serupa.
TAKBIR!!!
Selasa, Jun 09, 2009
Apakah Orang Melayu Sudah Sedia Berubah
Dalam PRU yang lalu, masyarakat Cina dan India sedia membuat perubahan dan telah memanifestasikannya ke dalam peti-peti undi. Manifestasi ini diteruskan pula dalam PRK yang berlangsung di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bkt Gantang, Bkt Selambau dan terbaru di Penanti. Peralihan memangkah selain BN tidak berlaku hanya di Batang Ai, Sarawak. Ini menunjukkan dominasi BN masih mampu dipertahankan di negeri kepulauan Borneo itu. Apakah ini satu petanda bahwa BN masih diterima rakyat kebanyakkan khususnya di Sarawak?
Kini Manek Urai pula menjadi medan pertempuran terbaru. UMNO yang menikus di Penanti kini berkokok sambil mengepak-ngepak sayapnya mendakwa orang Melayu masih berdiri teguh di belakang mereka, maka dengan itu melahirkan keputusan untuk bertanding. UMNO kembali kegelanggang. Segala bunga pencak silatnya mula dipertontonkan. Media mula memaparkan perkampungan dan penduduk di DUN Manek Urai. Ternyata langkah sumbang yang diatur hanya sesuai untuk menyambut pengantin dan pemimpin mereka, bukannya langkah kepahlawanan yang turun berhadapan dengan musuh. Dulu-dulu dan kini-kini masih dengan taktik haprak dan lapuk. Tidak habis-habis mencanangkan gendang pembangunan. Dulu wawasan diikuti pula dengan hadhari dan kini satu Malaysia. PAS yang berjuang atas landasan Islam sebenar tidak sekadar wawasan 2020 tetapi wawasan dunia dan akhirat. Perjuangan PAS tidak hanya tertumpu pada satu Malaysia tetapi untuk satu ummah yang merangkumi ummah al-ijabah dan ummah al-dakwah. Pembangunan yang akan dibawa oleh PAS bukan dalam bentuk meterial semata tetapi meliputi insan itu sendiri. Pemanduan PAS tidak terhenti didunia sahaja bahkan hingga ke akhirat.
Menyaksikan muktamar PAS ke 55 yang baru berlangsung dengan sokongan padu yang diberikan oleh masyarakat menerusi kunjugan mereka dalam angka puluhan ribu pada setiap hari, UMNO akan tersungkur sekali lagi. Manek Urai akan menentukan samada UMNO masih diperlukan lagi oleh orang Melayu atau sebaliknya. Sama-sama kita saksikan bagaimana UMNO terkapai-kapai meneruskan survival politik mereka di bumi Kelantan yang ternyata selesa dibawah kepimpinan Ulama'. UMNO terus berada didalam kegelapan ciptaan sendiri sedangkan PAS bersama rakan Pakatan Rakyat terus kehadapan memacu dalam cahaya kebenaran yang semakin terserlah dan diterima rakyat. Mengiktiraf Pejuang Bahasa dalam muktamar yang lalu menafikan terus peranan UMNO dalam mendaulatkan bahasa ibunda. Sepatutnya UMNO tidak lagi dipanggil sebagai sebuah parti Melayu kerana telah membunuh bahasanya sendiri. Slogan Hidup Melayu hanyalah untuk Melayu yang menjadi kroni mereka bukan untuk orang Melayu seluruhnya. Sangat malang sekiranya orang-orang Melayu di Manek Urai memberi kepercayaan kepada UMNO yang sudah semakin tenat dan meniti usia. Bagi para pengundi di Manek Urai kekalkan kebijaksanaan semasa PRU12 yang lalu dan sama-sama kita membawa wadah politik baru di Malaysia dengan berdiri teguh dibawah Pakatan Rakyat yang dipayungi kepimpinan Ulama'.
TAWARAN DUNIA. (Bhg 3)
Sesungguhnya syariat Islam telah menentukan sarananya untuk mencapai matlamat. Kita tidak boleh mencapai tujuan yang disyariatkan Allah kecuali dengan jalan tertentu yang telah dijadikan Allah sebagai sarana untuk mencapainya. Semua kebijaksanaan dan polisi dakwah Islam harus dirumuskan sesuai dengan batas-batas sarana yang telah disyariatkan.
Apakah kurang bijaksana seandainya Rasulullah s.a.w. menerima tawaran kaum Quraish untuk menjadi penguasa dan raja kerana melalui kekuasaan itu baginda mampu memenafaatkannya sebagai sarana dakwah Islam? Apatah lagi kekuasaan dan pemerintahan itu memiliki pengaruh besar di dalam jiwa manusia seperti yang biasa dilakukan oleh penganjur ideologi yang baru merebut kekuasaan. Mereka akan terus memenafaatkan kekuasaan itu untuk memaksa pemikiran dan ideologi mereka diterima oleh rakyat.
Sebaliknya Nabi s.a.w. tidak mahu melaksanakan cara-cara seperti ini didalam dakwahnya kerana ia bertentangan dengan prinsip-prinsip dakwah Islam itu sendiri. Jika sarana ini dibenarkan dan dianggap sebagai kebijaksanaan yang syarie, niscaya tidak akan ada bedanya antara orang yang jujur dan yang dusta, antara dakwah Islam dan dakwah kebathilan. Kemuliaan dan kejujuran adalah landasan utama falsafah agama ini (Islam) dan sarana harus didasarkan kepada prinsip kejujuran, kebenaran dan kemuliaan.
Disinilah makanya, para daie Islam dituntut untuk lebih banyak berkorban dan berjihad kerana mereka tidak dibenarkan menempuh jalan dan sarana sekehendak hatinya. Mereka dituntut untuk mengambil jalan dan sarana yang sudah disyariatkan walaupun terpaksa berhadapan dengan risiko yang pelbagai. Adalah menjadi kekeliruan, seandainya kita beranggapan bahwa prinsip hikmah (kebijaksanaan) dalam dakwah Islam disyariatkan bagi mempermudah tugas seorang daie atau untuk menghindari penderitaan dan kesulitan. Rahsia disyariatkan prinsip hikmah dalam dakwah adalah untuk mengambil jalan dan sarana yang paling efektif agar mampu diterima oleh akal dan pemikiran manusia. Artinya, apabila perjuangan dakwah berhadapan dengan beraneka ragam rintangan dan hambatan, maka langkah yang bijaksana bagi para daie dalam hal ini ialah melakukan persiapan untuk berjihad dan berkorban dengan jiwa dan harta. Disinilah terletaknya perbedaan antara hikmah dan tipu daya serta antara hikmah dan menyerah.
Rasulullah s.a.w. sendiri ditegur oleh Allah swt dalam surah Abasa walaupun tujuannya sangat mulia kerana cara tersebut mengandungi sikap yang tidak dibenarkan didalam syariat Islam akibat mengabaikan dan menyakiti hati Ibnu Makhtum kerana ingin menarik hati kaum musyrik. Tegasnya tidak seorang pun dibenarkan untuk mengubah, melanggar dan meremehkan hukum-hukum dan prinsip-prinsip Islam dengan dalih kebijaksanaan dalam berdakwah. Sebab suatu kebijaksanaan itu tidak boleh disebut bijak jika tidak terikat oleh ketentuan-ketentuan syariat dan prinsip-prinsipnya.
Isnin, Jun 08, 2009
Muktamar Tahunan PAS Kali ke 55
Sebagai sebuah parti siasah Islamiah, PAS telah berjaya menunjuk ajar kepada pemain-pemain politik berparti bahwa Islam mengizinkan pertandingan dalam menentukan pucuk pimpinan. Pemilihan dalam kerangka Islam berjaya menyerlahkan bahwa pertandingan itu sebenarnya tidak kotor bahkan ia satu amalan yang sihat. Islam berjaya mempamirkan pemilihan dalam semangat ukhuwah dan mahabbah tanpa sebarang pergeseran dan tuding menuding serta jauh dari sebarang bentuk rasuah yang menjadi barah dalam sesetengah parti politik di Malaysia. Ternyata PAS sudah semakin matang dan dinamik hingga para musuh kehilangan punca untuk mencari ruang melepaskan bedilan. Maka mereka kini terpaksa merekayasa polemik-polemik lama sambil mensensasikannya. PAS berjaya menunjuk arah bagaimana negara ini harus dipimpin melalui ucapan dasar Presiden yang bertemakan Islam Memimpin Perubahan.
- Dato' Hasan Ahmad (Mantan Ketua Pengarah DBP)
- Dato' A. Samad Said (Sasterawan Negara)
Dato' Seri Presiden dalam menggulung perbahasan telah mengingatkan setiap ahli parti agar memberi tumpuan kepada 3 elemen penting dalam mempersiapkan diri bagi menghadapi cabaran-cabaran mendatang.
- Menyuburkan taqwa kerana taqwa akan menjana kemenangan.
- Ketaatan dan wala' selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariat Islam.
- Sentiasa memelihara ukhuwah dan persaudaraan dalam jamaah.
- perjuangan kita bukan wawasan 2020 tetapi wawasan dunia dan akhirat.
- perjuangan kita bukan Satu Malaysia tetapi Satu Ummah iaitu ummah al-ijabah dan ummah al-dakwah.
Ahad, Jun 07, 2009
Senarai Keputusan Pemilihan JK PAS PUSAT sesi 2009/2011
SENARAI KEPUTUSAN
JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT BAGI SESI 2009-2011
PENGERUSI TETAP (MTB)
Abu Kasim Bin Abdullah, Ustaz Haji
TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Hussin Bin Haji Ismail, Haji
PRESIDEN (MTB)
Abdul Hadi Hj Awang , YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji
TIMBALAN PRESIDEN
Nasharudin Mat Isa, YB Ustaz Haji
NAIB PRESIDEN
Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato’ Ustaz(877)
Salahuddin Ayub, YB (824)
Mahfuz Omar, YB Dato' Haji (663)
AHLI JAWATANKUASA KERJA
Mohamad Nizar Jamaluddin, YAB Dato' Seri Ir (854)
Idris Haji Ahmad, Ustaz Haji (799)
Kamarudin Jaffar , YB Dato’ (769)
Azizan Abd Razak, YAB Dato’ Seri Ustaz (653)
Hasan Mohd Ali , YB Dato' Dr Hj (642)
Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. Haji (638)
Abdul Ghani Samsudin, Ustaz Haji(637)
Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz Haji (622)
Mohamed Hanipa Maidin, Sdr (619)
Amiruddin Hamzah, YB Dato' Ir. (606)
Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali, YB Dr. (589)
Ab Ghani Abdul Rahman, Ustaz Haji (584)
Dzulkefly Ahmad, YB Dr. (576)
Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB Dr. (530)
Hashim Jasin, YB Ustaz Haji (522)
Mazlan Aliman, Sdr (513)
Taib Azamudden Md Taib, YB Ustaz Haji (508)
Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. (488)
PEMERIKSA KIRA-KIRA
Mohd Rashidi Bin Hassan
Musaniff Abd Rahman
Rabu, Jun 03, 2009
Tragedi Bumbung di Stadium Sultan Mizan Runtuh.
Tragedi Bumbung Stadium Sultan Mizan yang runtuh ini adalah ekoran daripada beberapa rentetan peristiwa "RUNTUH" yang sedang berlaku kebelakangan ini di Negeri Terengganu Darul Iman.
"RUNTUH" yang telah melanda, antaranya ialah ;
1. Tragedi walhasil AKHLAK runtuh.
- Gejala Punk, Black Metal dll yang seumpamanya.
- Gejala rempit menjadi rutin harian.
- Botol-botol arak kelihatan di pantai-pantai.
- Pembuangan bayi menjadi-jadi.
- Motosikal pun dah tak selamat lagi.
- Jenayah mencuri kategori ragut merata-rata.
- Percubaan membunuh diri mula kedengaran.
2. Tragedi BINAAN runtuh.
- Syiling dalam kelas runtuh di sekolah.
- Bumbung dewan sekolah runtuh.
- Terkini.....Bumbung stadium runtuh.
- Mendatang ..... Wallahua'lam.
Persoalannya, mengapa perkara ini mutakhirnya berlaku secara berturutan di Terengganu ?
Apakah kaitannya dengan projek segera sekitar tahun 1999 ~ 2004 hasil rompakan wang petroleum ?
Apakah kaitannya dengan projek segera hasil penyalahgunaan wang petroleum sekitar tahun 2004 ~ 2008 ?
Apakah projek-projek "IMPIAN MENJADI REALITI" yang di ilhamkan oleh Pok Yeh ini sememangnya didamba-dambakan oleh sekalian rakyat Terengganu ?
Apakah ini akibat penolakkan rakyat terhadap Kepimpinan Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang begitu cakna rakyat dan cakna "Akhlak" rakyat ?
Matsaed ......... peluang mung pulok ning !!!
Pok Yeh .......... jangang nusuk weh !!!
Yang Musykil,
Ibnu Terengganu di Perantauan.
lagi pasal runtuh di: //www.buletinonline.net/