Muktamar PAS kali ke 55 telah pun melaburkan tirainya. Segala sosek-sosek dan polemik pemilihan telah terjawab. Para perwakilan telah menunaikan tanggung jawab mereka dengan tenang tanpa sebarang gangguan agen-agen, panggilan telefon, sms, jamuan dsb seperti yang berlaku dalam sebuah parti politik Melayu yang mendakwa sebagai pembela dan penerus agenda bangsa Melayu. Suasana damai ini telah membuatkan para seteru merasa cemburu lalu cuba memerangkap warga PAS dengan permainan yang direka melalui media arus perdana. Ternyata sangkaan mereka bahwa para perwakilan akan menuruti alunan gendang yang dipalu, meleset sama sekali. Berita-berita yang terbitkankan melalui cakap-cakap dan dengar-dengar dari sumber yang tidak ketahuan puncanya gagal mempengaruhi minda para perwakilan. Maka dicari pula apa yang boleh menimbulkan kecelaruan difikiran rakyat. Akhirnya keluar berita-berita yang bukan berita tetapi diberitakan. Sudah sememangnya media ini begitu seperti yang dikatakan oleh Dato' Seri Presiden :'Para wartawan telah melaporkan apa yang sepatutnya tetapi terdapat tangan-tangan ghaib yang menyusun atur setiap berita yang hendak diterbitkan.' Walau bagaimana pun terima kasih diucapkan kepada para wartawan yang telah membuat liputan disepanjang perjalanan muktamar.
Sebagai sebuah parti siasah Islamiah, PAS telah berjaya menunjuk ajar kepada pemain-pemain politik berparti bahwa Islam mengizinkan pertandingan dalam menentukan pucuk pimpinan. Pemilihan dalam kerangka Islam berjaya menyerlahkan bahwa pertandingan itu sebenarnya tidak kotor bahkan ia satu amalan yang sihat. Islam berjaya mempamirkan pemilihan dalam semangat ukhuwah dan mahabbah tanpa sebarang pergeseran dan tuding menuding serta jauh dari sebarang bentuk rasuah yang menjadi barah dalam sesetengah parti politik di Malaysia. Ternyata PAS sudah semakin matang dan dinamik hingga para musuh kehilangan punca untuk mencari ruang melepaskan bedilan. Maka mereka kini terpaksa merekayasa polemik-polemik lama sambil mensensasikannya. PAS berjaya menunjuk arah bagaimana negara ini harus dipimpin melalui ucapan dasar Presiden yang bertemakan Islam Memimpin Perubahan.
Dato' Seri Presiden dalam menggulung perbahasan telah mengingatkan setiap ahli parti agar memberi tumpuan kepada 3 elemen penting dalam mempersiapkan diri bagi menghadapi cabaran-cabaran mendatang.

PAS bersama Pakatan rakyat yang kini dilihat sebagai kerajaan menanti 'goverment in waiting' telah mengiktiraf para pejuang bahasa dengan mengurniakan Anugerah Pejuang Bahasa kepada dua orang tokoh bahasa yang tidak asing lagi iaitu :
- Dato' Hasan Ahmad (Mantan Ketua Pengarah DBP)
- Dato' A. Samad Said (Sasterawan Negara)
Anugerah ini adalah sebagai satu pengiktirafan kepada dua tokoh ini dan juga pejuang-pejuang bahasa yang lain diatas usaha mereka yang konsisten dalam memperjuangkan bahasa ibunda khususnya dalam Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP). PAS sememangnya komited dalam perjuangan ini dan telah menentangnya sejak ia diperkenalkan tidak seperti Arm No yang 'bertelinga satu dan berlidah dua' (meminjam kata-kata Pak Samad) yang sehingga ini gagal bertindak walaupun ditampuk kuasa.
Ketika perbahasan sedang berlangsung, satu deklarasi telah dibuat dengan mendesak pihak kerajaan dan istana agar segera membubarkan DUN Negeri Perak bagi menyelesaikan kemelut yang sedang melanda. Dengan memakai 'arm band' yang bertulis Bubar DUN secara simboliknya, stadium Melawati Shah Alam telah bergema dengan laungan takbir dan kata-kata keramat Bubar : Bubar : Bubar DUN Perak. Stadium menjadi gegak gempita dengan laungan para pimpinan, perwakilan dan pemerhati sambil berdiri dengan penuh semangat perjuangan. Inilah kesatuan hati yang ditunjukkan oleh setiap warga PAS apabila berhadapan dengan masaalah rakyat.
Dato' Seri Presiden dalam menggulung perbahasan telah mengingatkan setiap ahli parti agar memberi tumpuan kepada 3 elemen penting dalam mempersiapkan diri bagi menghadapi cabaran-cabaran mendatang.
- Menyuburkan taqwa kerana taqwa akan menjana kemenangan.
- Ketaatan dan wala' selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariat Islam.
- Sentiasa memelihara ukhuwah dan persaudaraan dalam jamaah.
- perjuangan kita bukan wawasan 2020 tetapi wawasan dunia dan akhirat.
- perjuangan kita bukan Satu Malaysia tetapi Satu Ummah iaitu ummah al-ijabah dan ummah al-dakwah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan