Ketika artikel ini ditulis warga PAS Kulai sedang beraksi hebat mempersembahkan skill masing-masing dalam kejohanan bowling anjuran dewan Pemuda PAS Kawasan Kulaijaya. Dewan bowling IOI Bandar Putra sedang gamat dengan sorakkan pemain dan penyokong yang terdiri daripada keluarga masing-masing. Tidak kurang hebatnya juga aksi yang ditunjukkan oleh para muslimat yang terdiri daripada para guru PASTI dan SRI serta muslimat kawasan dengan balingan-balingan yang menerjah sasaran dan juga parit. Ramai juga pemain dari kalangan muslimin yang mencipta balingan yang serupa. Pendekata ramai yang kaki longkang. Disamping itu terdapat juga yang ternyata hebat. Sekiranya PR memerintah, PAS tidak kurang ahli sukan bowling yang boleh mencipta nama di persada Kulai. Peringakat negeri, kebangsaan dan antarabangsa nampaknya masih jauh lagi. Tetapi kalau selalu berlatih, bakat-bakat yang ada mampu diketengahkan. Insya'allah.
Apa yang seronok hendak diperkatakan disini ialah, semangat yang ditunjukkan oleh warga PAS Kulai yang sangat responsif. Mereka hadir dengan isteri dan anak-anak. Satu semangat kekeluargaan yang ditunjukkan disamping ukhuwah sesama jemaah. Inilah yang hendak dilahirkan menerusi program seumpama ini. Kehadiran bersama anak-anak dapat memeriahkan lagi suasana. Dapat disaksikan bagaimana muslimat yang bergelar ibu selesai sahaja membaling bola terpaksa pula berlari kebelakang untuk membuat susu anak. Satu-satunya yang tidak terdapat dalam kejohanan bowling yang lain-lain apatah lagi diperingkat antarabangsa.
Syabas diucapkan kepada DPP Kulai kerana berjaya menganjurkan program riadah seumpama ini dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Sebanyak 18 lorong dipenuhi dengan warga PAS. Syabas dan tahniah. Teruskan usaha baik ini melalui acara sukan yang lain pula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan