Isnin, Disember 12, 2011

Haji, hajah perlu muhasabah diri.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w. Bersyukur kehadrat Ilahi kerana diberiNya kesempatan untuk kita muzakarahkan isu membabitkan ummah. Disini kita ingin membicarakan perihal jemaah haji yang hampir kesemuanya sudah kembali ke tanahair masing-masing selepas menunaikan rukun Islam yang kelima.

Jemaah mengharapkan haji mabrur yang tiada balasannya kecuali syurga. Kemabruran haji (yang diterima Allah swt) inilah yang perlu dipertahankan seseorang haji dan hajah itu sehinggalah dia meninggal dunia. Seseorang 'haji' sewajarnya mengekalkan peranannya sebagai utusan kebenaran dan menjadi model kepada masyarakatnya. Jika berada di Tanah Haram, seseorang itu berusaha mematuhi segala hukum hakam Allah swt termasuk menentang kebathilan sepanjang berada disana, kini dengan kembalinya ke tanah halal (tanahair masing-masing), dia perlu terus istiqamah dalam amalannya.

Sebagai contoh mudah, bagi seseorang muslimah, jika ia boleh menutup aurat sepenuhnya ditanah suci, tiada sebab ia membogelkan kepala dan membuka anggota auratnya yang lain ditanahair. Hukum Allah swt bukan hanya termaktub di tanah suci sahaja, ia digunapakai pada sebarang masa dan dimana-mana seseorang itu berada.

Ingatan kepada 'haji' dan 'hajah' itu tepat pada masanya bagi membolehkan mereka yang telah menunaikan Rukun Islam terakhir, memahami, menjiwai seterusnya mengamalkan segala pengajaran dan falsafah daripada ibadat yang mereka laksanakan itu. Mereka perlu dingatkan bahwa mengamalkan Islam sepenuhnya dan menegakkan segala hukum-hakamnya termasuk hudud menjadi tanggung-jawab setiap Muslim apatahlah lagi mereka yang bergelar 'haji' dan 'hajah'. Jika mahu berpolitik, mereka perlu melakukannya mengikut peraturan Islam yang sudah pasti menolak amalan buruk yang berleluasa sekarang ini seperti mengamalkan assabiyah (perkauman), menipu dalam pilihanraya, rasuah, memfitnah dan merompak harta negara.

Apabila dinyatakan mengamalkan Islam sepenuhnya, ia bermaksud menjadikan al-Quran dan hadis itu sebagai panduan hidup dalam semua bidang kehidupan. Ia bukan sahaja dalam soal ibadat khusus seperti solat dan puasa seperti difahami sesetengah pihak tetapi merangkumi segala-galanya; daripada soal yang dipandang remah temah oleh manusia kepada urusan mengatur masyarakat seperti politik, muamalat dan perundangan.

Ketika berada di tanah suci, jemaah haji diberi nasihat mengenai hukum hakam Islam oleh Kementerian Hal Ehwal Haji dan Wakaf Arab Saudi melalui buku 'Panduan Untuk Jemaah Haji dan Umrah serta Pengunjung Masjid Rasul' yang antara lain menegaskan perkara-perkara yang membatalkan Islam.

Selain syirik iaitu mempersekutukan Allah yang dianggap kesalahan terbesar, turut disenaraikan perkara bathil lain ialah berkeyakinan bahwa petunjuk yang lain daripada Nabi s.a.w. adalah lebih sempurna atau berkeyakinan hukuman yang lain daripada hukuman Nabi s.a.w. lebih baik seperti mereka yang mengamalkan peraturan thaghut (aturan manusia yang melampaui batas dan menyimpang daripada hukum Allah) dan mengetepikan Rasulullah s.a.w. Maka orang berkeyakinan seperti itu adalah kafir.

Sebagai contoh :
a) berkeyakinan bahwa peraturan atau perundangan yang dibuat oleh manusia lebih utama daripada syariat Islam; atau perundangan Islam tidak sesuai dilaksanakan sekarang; atau Islam adalah penyebab kemunduran umat Islam; atau Islam hanya mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya sahaja dan bukan urusan kehidupan dunia.
b) berpendapat bahwa melaksanakan hukum Allah seperti melaksanakan hukum hudud, memotong tangan pencuri dan merejam penzina yang sudah berkhawin (muhsan) tidak sesuai lagi pada masa kini.
c) berkeyakinan bahwa dibolehkan untuk mengamalkan perundangan yang lain daripada Syariat yang diturunkan oleh Allah swt samada dalam hukum muamalat (perdagangan) atau dalam melaksanakan hukum hudud (jenayah) atau lainnya sekalipun tidak disertai dengan keyakinan bahwa hukum-hukum tersebut lebih utama daripada Syariat Islam kerana dengan sedemikian, ia telah menghalalkan perkara yang telah diharamkan oleh Allah swt menurut ijmak (kesepakatan) ulama'.


Sumber : Harakah



1 ulasan:

  1. Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

    BalasPadam