Rais Yatim ketika berucap dalam satu majlis ramah mesra dengan Orang Asli di suatu tempat meminta orang Melayu meniru sikap Orang Asli dalam memberi sokongan kepada BN. Saya tidak tahu macam mana persepsi orang ramai terhadap gesaan atau cadangan Rais itu. Tetapi bagi saya ia agak memeranjatkan.
Mungkin bagi orang Umno bersetuju sangat dengan cadangan itu kerana orang Umno yang tahu status dan juga maruah diri mereka.
Kalaupun benar Rais hendak bodek Orang Asli supaya terus menyokong BN, tetapi takkanlah sampai suruh orang Melayu tiru macam Orang Asli. Di sini bukan maksud saya hendak memperendah-rendahkan keupayaan Orang Asli tetapi apakah tidak ada perbuatan dan sifat-sifat kaum lain yang boleh dibuat perbandingan.
Saya faham dan saya tahu bukan semua Orang Asli menyokong BN. Ini menunjukkan Orang Asli juga sudah pandai membilang dan menghitung menilai baik dan buruk kerajaan UMNO/BN. Tetapi apabila Rais membuat cadangan itu dia telah meletakkan orang Melayu jauh lebih rendah tahap pemikiran siasahnya dari Orang Asli. Harapnya hanya orang Melayu Umno sajalah.
Kalaulah menteri Malaysia (UMNO/BN) berpandangan macam Rais Yatim itu "bedigul" sungguhlah rakyat negara ini. Rais harus mengkaji nilai ataupun macam mana kesetiaan Orang Asli kepada UMNO/BN itu. Beliau kena faham dan mengerti akan nilai sokongan itu. Tahap pemikiran dan kehidupan Orang Asli secara umumnya.
Kalaulah nilai sokongan yang Orang Asli berikan kepada UMNO/BN yang dikehendaki Rais itu juga dilakukan oleh Orang Melayu, maka sahlah orang Melayu boleh diperkotak katik dengan apa-apa saja mengikut kehendak kerajaan UMNO/BN. Lagaknya ini orang Melayu tak ubah seperti anjing pemburu saja ikut 'dipetuk'. Apakah tahap itu yang Rais mahukan?
Kalaupun hendak menarik sokongan kepada UMNO/BN berilah idea yang lebih bernas dan bermutu berwawasan dan berjiwa besar. Fikir dan renunglah apakah idea itu sesuai yang boleh memberi semangat dan bukan merendahkan martabat diri sendiri dengan meminta meniru Orang Asli.
Benarlah seperti mana dikatakan Rais Yatim ini seorang anti tesis bukan saja sanggup membakar jambatan besi dan membina jambatan emas walaupun emas itu diambil dari lombong orang lain tetapi lebih dari itu. Rais bukan saja sanggup menjilat semula ludahnya tetapi dia juga sanggup terus bercakap dalam keadaan mulut berbaut kohong.
Saya tidak tahu macam mana pemikiran dan tanggapan orang lain apabila mendengar nasihat menteri radio itu tetapi bagi saya ia adalah sesuatu yang memalukan.
Oleh : Mohd Sayuti Omar.
Sumber : Suraukini.
Oleh : Mohd Sayuti Omar.
Sumber : Suraukini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan