Angkara siapakah ini? Tentulah bukan DAP ataupun orang Cina.
Memandangkan perkara seperti ini sedang berlaku dan bakal berterusan, orang Melayu mestilah undi PAS untuk membebaskan saudara mereka di Kelantan daripada cengkaman UMNO yang zalim dan langsung tidak berperi kemanusiaan.
Sudah tiba masanya untuk orang Melayu memilih PAS supaya keadilan dapat ditegakkan dan Islam diagungkan dan diberi keutamaan yang sewajarnya. Orang Melayu jangan memilih UMNO lagi sebab UMNO sekadar menguar-uarkan dirinya sebagai pejuang bangsa, agama dan negara tetapi memberi kuasa kepada MCA untuk menjadi jurucakap bagi hukum hudud. Malah MCA mengambil kesempatan ini untuk menghina hukum hudud sementara UMNO diam seribu bahasa.
Adakah UMNO jujur ikhlas dan telus dalam perjuangan mereka? Tentunya tidak.
Maka orang Melayu perlu mengundi PAS supaya nilai-nilai agama Islam dapat dilaksanakan. Apabila Menteri Besar di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor semuanya datang daripada PAS.
Hakikatnya kuasa adalah ditangan orang Melayu dan hanya orang Melayulah yang mampu menggunakan kuasa mereka dengan berkesan untuk kebaikan mereka sendiri kelak. Orang Melayu digesa supaya jangan membazirkan peluang keemasan ini dalam pilihanraya umum ke 13 (PRU13) yang akan datang ini dan digalakkan supaya mengundi dengan cermat dan cerdik untuk menentukan masa depan mereka dan masa depan negara.
Jangan buat silap dalam pengundian sebab inilah peluang terakhir untuk membuat keputusan muktamad dan peluang keemasan ini datang sekali sahaja seumur hidup. Buatlah sesuatu yang baik untuk generasi kita yang akan datang.
Oleh : Selena Tay.
Sumber : Harakah.
Kalau duit royalti minyak ditakdirkan diterima semasa PAS memerintah Kelantan apakah PAS dapat pastikan rakyat Kelantan akan menerima faedahnya ? atau hanya akan dibolot oleh para pemimpin PAS Kelantan memandangkan RM 714 juta yang telah diberikan oleh Kerajaan Pusat untuk kos bekalan air yang sehingga kini tidak semua rakyat menikmati kemudahannya
BalasPadam