Seperti yang dijanjikan, warga kerja PAS Kulai telah turun beramai-ramai pada Ahad 10 Jun 2012 untuk melaksanakan kerja-kerja amal-jariah membina semula rumah warga emas yang dimaksudkan. Bermula seawal jam 9.00pg pasukan kerja yang terdiri daripada Unit Amal Kawasan dan disertai oleh PAS Kawasan, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat, telah memulakan kerja-kerja awalan dengan meruntuhkan rumah asal milik Mak Teh. Usaha ini telah juga mendapat bantuan daripada masyarakat setempat yang turut prihatin untuk membantu.
Keseluruhan stuktur rumah asal telah berjaya diruntuhkan sebelum menjelang waktu asar. Kerja-kerja pembersihan tapak dan tanah akan bermula pada hari Isnin 11 Jun 2012 dan seterusnya diikuti dengan pembinaan rumah sehingga siap seluruhnya. Insya'allah rumah ini akan siap untuk diduduki sebelum menjelang syawal tahun ini. Inilah harapan kami agar warga emas ini mendapat sebuah kediaman yang agak selesa daripada sebelumnya.
Dewan Muslimat ditugaskan untuk menyediakan makanan kepada para petugas dan tuan rumah.
Doakan kami agar usaha ini mendapat redha Allah swt dan dikurniakan kejayaan. INSYA'ALLAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan