Isnin, Jun 25, 2012

Lawatan Kebajikan PAS Kawasan Kulai.

Sabtu 23 Jun 2012.
PAS Kawasan Kulai telah mengadakan lawatan kebajikan bagi menyampaikan bantuan berbentuk barangan keperluan harian kepada golongan ibu tunggal dan yang memerlukan. Kali ini PAS Kulai berkunjung ke Kampung Rahmat sebagai susulan setelah kunjungan pertama dilakukan bersama YB Sdr. Salahudin Ayub bertemu dengan pemimpin tempatan sedikit masa dahulu. Seramai 9 keluarga miskin yang kebanyakkannya terdiri daripada ibu tunggal telah diziarahi. Inilah kali pertama PAS berjaya mengadakan program ziarah di kampung ini. Kehadiran kami bersama Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor iaitu Sdr Mazlan Aliman telah disambut baik oleh penduduk setempat. Kesemua yang kami kunjungi melalui kehidupan dengan amat sederhana sekali dan memerlukan bantuan daripada orang ramai dan pihak yang berwajib.

Terdapat satu keluarga yang kami kunjungi menceritakan keperitan hidupnya menyara 6 orang anak setelah ditinggalkan suami. Bantuan yang diperolehi daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sekadar RM400 sebulan. RM250 daripadanya telah digunakan untuk membayar sewa rumah, manakala bakinya digunakan untuk menyara keluarga. Ibu ini terpaksa membuat kerja-kerja sambilan untuk menampung kos kehidupan. Seorang ibu muda yang kematian suami yang kini tinggal menumpang dirumah ibunya yang juga seorang ibu tunggal, memperolehi pendapatan RM500 sebulan sebagai tukang cuci disekolah, mengharapkan PAS Kulai dapat membantu untuk mempercepatkan proses permohonannya memohon bantuan daripada JKM.

Inilah warna-warna kehidupan yang kami saksikan setiap kali ziarah dilakukan. Kampung Rahmat yang berkedudukan dipinggiran bandar, termasuk didalam kawasan kawal selia Majlis Perbandaran Kulai. Dengan kesempitan hidup yang terpaksa dilalui akibat pendapatan tidak dapat mengimbangi perbelajaan keperluan, mereka juga terpaksa berhadapan dengan cukai-cukai tahunan yang dikenakan.

Cukupkah BR1M yang bernilai RM500 itu (seperti yang dibangga-banggakan) mampu mengatasi masaalah mereka ? Kenapa golongan marhain seperti ini tidak dapat menikmati kekayaan negara ? Kemana perginya hasil negara ? Dan banyak lagi persoalan yang perlu dijelaskan oleh kerajaan yang memerintah.

Sudah tiba masanya rakyat bangkit membuat perubahan dalam PRU 13 yang akan datang dengan menolak Barisan Nasional.

 UBAH SEKARANG.









 Ziarah diakhiri dengan jamuan makan durian dirumah seorang sahabat di Kg. Air Manis.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan