Isnin, Jun 04, 2012

Himpunan Hijau ke Putrajaya.

Lama penulis tak berbicara dialam siber kerana agak sibuk dan malas nak memetik butang-butang komputer. Dah terlalu banyak cerita yang disampaikan melalui laman-laman sesawang hingga tak tahu apa yang nak dipersembahkan. Lagi pun kita bukannya seorang panulis yang hebat. Sikit-sikit tu bolehlah....Kali ini penulis rasa terpanggil untuk menulis apabila membaca komen Timbalan Perdana Menteri yang mengatakan peserta himpunan di Alor Setar tempuhari dibayar untuk datang. Setahu penulis kerja macam tu selalunya pelakunya ialah UMNO. Tiba-tiba dia nak menyamakan orang-orang PAS macam dia pulak. Ini menunjukkan bahwa rasa gerun mereka dah hampir sampai tengkuk gamaknya. Kesian UMNO....Kalau kamu nak himpunkan orang dengan menggunakan RM, jangan ingat orang lain macam tu jugak...

Penulis turut serta dalam himpunan tersebut bersama rakan-rakan yang lain. Dari awal perancangan nak pergi sehinggalah balik, satu sen duit pun kami tak minta dengan parti. Semuanya ditanggung sendiri. Bagi orang PAS menumbangkan kerajaan zalim seumpama UMNO adalah satu jihad. Ini disebut oleh Said Hawa dalam bukunya yang berjudul 'Jundullah Fi Sabilillah' dalam bab Jihad Menentang Kerajaan Islam. Untuk itu bagi kami para pejuang Islam, setiap harta yang dibelanjakan adalah satu jihad. Kami tidak akan teragak-agak untuk membelanjakan harta demi Islam. Bahkan kami sanggup berkorban nyawa untuk Islam. Allah berfiman didalam al-Quran yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa kamu, itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahuinya, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu kedalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai dan menempatkan kamu di syurga 'Adnin'. Itulah keuntungan yang besar."      ( Surah as-Saff : 10-12 )

Perniagaan yang dicari oleh setiap pejuang Islam ialah perniagaan yang dapat membebaskan kami dari seksa Allah swt. Laba yang dinanti ialah pengampunan dosa dan syurga Adnin seperti yang dijanjikan didalam ayat diatas. Kami bukannnya mahukan projek jutaan ringgit yang penuh dengan rasuah dan penyelewangan yang tiada langsung nilai agama didalamnya. Kami juga bukan mahukan kedudukan dan pangkat yang digunakan untuk menyapu wang rakyat dan hasil negara. Kami mahu kembalikan hak Allah yang selama ini telah dirampas oleh mereka yang rakus, tamak dan zalim. Inilah hasil tarbiah para Tok Guru, Ulama' dan para ustaz yang ada dalam perjuangan PAS sehingga kami sanggup pada bila-bila masa untuk turun beramai-ramai walaupun tiada dijanjikan dengan sebarang pulangan berbentuk duniawi, seperti yang berlaku didalam himpunan di Alor Setar tempuhari.
Buat makluman TPM dan mereka yang sewaktu dengannya, ribuan umat yang datang itu bukan sekadar menggunakan wang saku sendiri bahkan sanggup berhujan tanpa berganjak dan berpatah balik. Berbekalkan pakaian basah dan kesejukkan, kami sanggup tunggu untuk bersama-sama pimpinan bermunajat kepada Allah swt agar mengurniakan kemenangan kepada Islam yang diperjuangkan. Kenapa kami sanggup lakukan ini semua ? Jawapannya wahai TPM, kami lakukan kerana Allah bukannya kerana FULUS. Kami tidak perlukan K'Pop, cukup sekadar Ust Azhar Idrus. Kehadiran kami bersandarkan iman bukannya nafsu. Agaknya mampukah UMNO melakukan seperti kami. Inilah yang membuatkan siUMNO ni rungsing dan kehairanan. Apa tidaknya...yang datang mencecah ratusan ribu.

Menurut sirah Nabi s.a.w. peristiwa seumpama ini telah dilalui oleh juak-juak Abu Jahal dan sekutunya. Abu Jahal juga hairan kenapa umat Quraish pimpinan beliau terlalu patuh kepada Muhammad s.a.w. sehingga sanggup berkurban harta dan nyawa. Bahkan ada yang sanggup menjadi  miskin kerana nak mengikut Nabi s.a.w. Sedangkan segala projek dan pembangunan dia yang sediakan tiba-tiba mereka memilih untuk mengikut Muhammad s.a.w. yang tidak menjanjikan sebarang keuntungan yang bersifat duniawi. Pengikut Muhammad seolah-olah telah disihir. Itulah antara kata-kata yang hamburkan kepada Nabi s.a.w. dan para sahabat baginda ridwanallah alaihi ajmain. Sekarang penyakit itu sedang dialami oleh UMNO dan barisan kepimpinan mereka. Apa peliknya ?
Buat semua sahabat seperjuangan amnya dan sahabat dari kawasan penulis khasnya, sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan. Yakinlah apa yang kalian semua sumbangkan pasti akan mendapat balasan yang setimpal daripada Allah Azawajala. Semoga kita semua istiqamah dalam perjuangan suci ini INSYA'ALLAH.

TAKBIR !!!!!



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan