Isnin, Januari 14, 2013

Pemimpin Bersama Rakyat

Pada 9 Januari yang lalu. satu program serahan sumbangan sempena Pongel telah diadakan di PASTI Bandar Putra. Majlis adalah anjuran bersama Wanita Keadilan Cabang Kulai dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Kulai. Majlis telah dilancarkan oleh Sdr. Mazlan Aliman selaku Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor. Turut hadir ialah Ketua Lajnah Perpaduan Kaum Dewan Muslimat PAS Negeri Johor.

Ini merupakan kali kedua PAS Kulai menganjurkan program tersebut dan pada kali ini dalam skala yang lebih besar lagi yang membabitkan 300 buah keluarga. Kehadiran pada malam itu dianggarkan melebihi 500 orang. Program ini merupakan antara platform terbaik untuk PAS mendekati masyarakat India bagi meraih undi mereka.

Kini ternyata masyarakat India sudah hilang fobia mereka pada PAS. Kehadiran dalam jumlah yang begitu besar telah  membuktikannya betapa PAS sebagai sebuah part siasah kini diterima oleh semua lapangan masyarakat di Malaysia. Propaganda UMNO/BN sebenarnya yang telah membuatkan mereka takut kepada Islam selama ini.

Seorang 'Single Mother' telah datang kepada penulis setelah selesai program, menyatakan kehairanan beliau apabila melihat PAS memberi bantuan kepada 'non-muslim'. Kini khabarnya, beliau sedang giat memberi penerangan kepada rakan-rakannya tentang duduk perkara sebenar agar menangkis dakyah yang dimainkan oleh Kerajaaan Barisan Nasional khususnya daripada parti komponan mereka iaitu MIC.

Beginilah senarionya apabila Islam mampu menerobos benteng yang dibina oleh musuh-musuh Islam. Sudah sekian lama masyarakat terperosok didalam benteng yang mereka bina sehingga gagal melihat perkara yang sebenar. Inilah sebahagian kecil usaha yang sedang kami jana bagi menyerlahkan kesyumulan Islam di kalangan masyarakat di Kulai khususnya dan Johor amnya. Semoga usaha kecil ini membuahkan hasil dalam PRU yang akan datang.

Bisik seorang dari kalangan Kepimpinan PKR Kulai yang berbangsa India, "Kalau beginilah sokongan yang ditunjukkan, tidak mustahil you boleh dapat 'at least' 50% undi mereka". Mudah-mudahan.....Allah memberkatinya. Insya'allah....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan