Ahad, Januari 06, 2013

20 tahun hidup tanpa bekalan air bersih.




Bergambar di rumah Pak Cik Abd Wahab Harun, 69 th di rumahnya, Kg Pisang Bkt Batu, Kulai. Beliau antara 9 buah rumah yg dinafikan hak mendapat bekalan air bersih hampir 20 th.

Sedut air menggunakan pam di anak sungai depan rumah. Jika hujan, air keroh dan tidak boleh digunakan. Terpaksa cari air di rumah anak2 ber km jauhnya. Sudah 3 kali pam air hilang kerana banjir, yg turut melanda rumah beliau dan penduduk kampung.

Bayangkan sukarnya untuk mandi, memasak, membasuh dll. Situasi lebih buruk bila musim perayaan dan cuti sekolah. Kenduri kawin bln okt lalu kena bayar RM100 pada SAJ untuk bekalan air.

Sudah penat mengadu pada Wakil Rakyat BN, Ketua Kampung dan SAJ. Jawapan standard yang diterima; DALAM PROSES, HARAP BERSABAR!

Pak Cik Wahab dan seluruh ahli keluarga adalah penyokong tegar Umno. Namun, kecewa dengan layanan yg diberikan oleh Kjaan BN Johor. Kini, beliau mengadu pula kpd Pakatan Rakyat.

Insyaallah, PAS Kawasan Kulai dan PR akan membuat susulan segera. Bahkan, secara personal, saya telah menghubungi pegawai SAJ untuk mendapat penjelasan kenapa proses membekalkan air oleh SAJ terlalu lama.

Dok kondem Kelantan dan Selangor pasal air; Johor..tarif air paling mahal di Malaysia. 20 tahun, guna air sungai pulak tu!!!


Sumber : FB Mazlan Aliman 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan