Selasa, Julai 07, 2009

Islam dan Pertentangannya dengan Fahaman Sekular. (Bhg 4)

(i) Saluran Pendidikan.

Melalui saluran pendidikan, penjajah barat memperkenalkan sistem pendidikan sekular kepada masyarakat Islam dengan mendirikan sekolah-sekolah mereka. Diberi kemudahan dan kelengkapan, guru-guru yang berkelayakkan, bantuan yang cukup sehingga dapat menarik para ibu-bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah tersebut. Lepasan sekolah tersebut di beri jaminan ekonomi dan jawatan-jawatan penting. Pelajar yang cemerlang dihantar menyambung pendidikan di barat. Sewaktu disana mereka terdedah dengan cara hidup barat yang sekular dan akhirnya setelah kembali, mereka akan menjadi pegawai besar sambil menghayati cara hidup barat dan mengajak orang ramai mengikut mereka.

Manakala sekolah-sekolah agama diabaikan. Lepasan sekolah agama dihina, diberi jawatan rendah dan gaji yang murah. Akhirnya anak-anak Islam benci sekolah agama bahkan mereka ramai-ramai belajar di sekolah sekular.

Menamatkan pemberian berkapita kepada sekolah-sekolah agama rakyat adalah salah satu bukti nyata agenda barat untuk menyekat kefahaman agama sampai kepada masyarakat. Mereka mahu kefahaman agama disampaikan mengikut acuan mereka. Proses pengambilalihan melalui pemberian peruntukkan kewangan, guru serta kemudahan-kemudahan lain kepada sekolah-sekolah agama rakyat adalah agenda berterusan para imperialis yang dilaksanakan oleh pemimpin-pemimpin sekularis Islam.

(ii) Saluran Media Massa.

Kalau melalui pendidikan, barat dapat mempengaruhi para pelajar dari peringkat rendah, menengah dan tinggi maka melalui media massa mereka dapat mempengaruhi seluruh umat Islam. Melalui media cetak dan elektronik, penjajah menyebarkan fahaman sekular dengan pelbagai cara. Mereka menyebarkan berbagai-bagai unsur jahat, ganas, seks, filem-filem lucah dan lain-lain lagi. Lambakkan program-program hiburan membuatkan golongan remaja Islam hanyut dalam keseronokkan sehingga menyebabkan keruntuhan akhlak yang semakin meruncing. Setiap program realiti TV yang dimulakan dibarat akan dibawa masuk ke negara-negara umat Islam dengan memakai nama yang bersesuaian mengikut pasaran tetapi mempunyai isi yang serupa. Budaya hedonism menjadi semakin menggila dan menguasai fikiran umat Islam.

(iii) Saluran Undang-undang.

Melalui sistem perundangan pihak penjajah menukarkan sistem perundangan Islam dengan sistem perundangan sekular. Sekularisma perundangan ini berjalan serentak dengan sekularisma dibidang pendidikan dan media massa.

Negara Turki merupakan negara Islam pertama mensekularkan sistem perundangan yang bermula pada 1840. Mustafa kamal Atartuk merupakan tokoh utama merubah sistem perundangan Islam Turki. Dalam perjanjian beliau dengan pihak Inggeris dicatatkan beberapa perkara penting iaitu :
  1. Menghapuskan sistem Khalifah Islam.
  2. Memutuskan hubungan dengan Islam dalam pentadbiran.
  3. Turki memberi jaminan mahu menghapuskan segala aktiviti-aktiviti berunsurkan Islam.
  4. Mesti menukarkan perlembagaan Islam Othmaniah dengan perlembagaan barat.
Selepas Turki, Mesir pula mensekularkan undang-undang. Kemudian diikuti lagi oleh negara-negara Islam lain seperti Iraq, Algeria, Morocco, India, Pakistan dan lain-lain lagi termasuk Tanah Melayu (Malaysia).

Diantara penyelewengan yang dilakukan oleh Kamal Atartuk ialah menghapuskan sistem Khalifah, menghapuskan Mahkamah Syariah dan memperkenalkan sistem sekular, memasukkan undang-undang sivil Switzerland, undang-undang jenayah Itali dan undang-undang perdagangan Jerman. Beliau memperkenalkan semangat kebangsaan Turki dan anti Arab, melarang lelaki Turki memakai tarbus dan memaksa memakai topi ala barat. Melarang perempuan memakai hijab dan memaksa rakyat Turki lelaki dan perempuan berpakaian ala barat. Ramai ulama' dibunuh. Beliau menghalang pengajian agama, dipaksa azan dalam bahasa Turki, menghapuskan penggunaan bahasa Arab dan diwajibkan menggunakan tulisan rumi.

Selain itu beliau menganggap Allah tidak perlu, pernah membaling al-Quran keatas seorang ulama', memarahi orang yang mempercayai qada' dan qadar. Manusia ini semenjak kecil lagi selalu gembira jika dapat mengkhianati orang lain.

Rujukan : Nota Pengajian Diploma Tasawwur Islam ILH 203 (Aqidah islamiyyah)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan