Ahad, September 13, 2009

Program Sumbangan Aidilfitri PAS Kawasan Kulai.


13.09.2009/23 Ramadhan 1430H,
Seawal jam 8.30 pagi tadi, para sukarelawan PAS Kawasan Kulai telah berkumpul bagi menjalankan kerja-kerja pembahagian Sumbangan Aidilfitri bagi meneruskan agenda kemasyarakatan seperti ditahun-tahun sebelumnya. Sesungguhnya kerja ini adalah satu kewajipan kepada kami bagi mendekatkan lagi kepada masyarakat terbanyak amnya dan golongan yang kurang berkemampuan khasnya.

Daripada sumbangan ahli-ahli dan lain-lain golongan masyarakat yang memberi kepercayaan kepada kami bagi menjayakan program ini, kami dengan rendah diri menjalankan tanggongjawab yang diamanahkan ini dengan sebaik yang mungkin.

Walaupun saban tahun, pelbagai pihak daripada badan-badan kerajaan, swasta dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) ada menjalankan program yang sama tetapi pada masa yang sama masih ramai lagi yang keciciran.

Pada tahun ini sebanyak 32 keluarga telah dikenalpasti dan layak diberi bantuan oleh PAS Kawasan Kulai, antara penerimanya ialah ibu tunggal, anak yatim dan keluarga yang berpendapatan kurang RM500 sebulan dan mempunyai bilangan anak yang ramai yang masih bersekolah dan lain-lain lagi.

Walaupun sumbangan kami ini tidak seberapa, daripada riak wajah-wajah penerima bantuan ini amatlah bermakna bagi mereka sekeluarga. Sempena Ramadhan yang mulia ini, semoga Allah SWT terus memberikan bantuan dan kekuatan kepada kami sekalian dalam menjalankan kerja-kerja ini, Insya Allah.

Sekian, wassalam.
Setiausaha DPPK Kulai selaku penyelaras program.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan