Sempena dengan Harai Raya Aidil Adha tahun ini, Ahli Parlimen Kulai YB Teo Nie Ching telah turun padang bagi menyampaikan sumbangan kepada 100 buah keluarga Melayu Islam dalam kawasan Parlimen Kulai pada 12 dan 13 Oktober 2013. Ia telah melibatkan beberapa lokaliti seperti berikut :
- Flat Cengal Bandar Putra
- Taman Aman
- Kg Jaya Sepakat
- Taman Beringin
- Taman Dawani
- Taman Bukit Senang
- Felda Taib Andak dan
- Taman Anjaria
Sumbangan berbentuk barangan keperluan harian dan duit raya ini telah disampaikan sendiri oleh YB Teo didalam majlis yang diatur di permis PASTI selain bertemu terus dengan penerima secara berkunjung ke rumah mereka.
Rata-rata penerima menyatakan syukur dan terima kasih kerana inilah julung-julung kali sumbangan disampaikan oleh Ahli Parlimen Kulai apatah lagi dari DAP. Sebelum ini tidak pernah Ahli Parlimen datang menghulurkan bantuan serupa, kalau ada pun menjelang pilihanraya untuk memancing undi.
PAS Kulai terlibat secara langsung dalam menyediakan prasarana dan senarai penerima. Ini menunjukkan gerak kerja kebajikan yang dilakukan bukanlah bermusim bahkan ia akan diteruskan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan yang dihulur sedikitpun tidak bersifat perkauman atau bermotifkan politik. Seperti yang disebut oleh YB "Bantuan ini tidaklah seberapa sekiranya dilihat dari segi nilai tetapi ia menjadi tanggungjawab saya sebagai Ahli Parlimen". Bantuan ini menjangkaui sempadan politik kerana kebanyakkan yang menerimanya adalah dari kalangan penyokong UMNO.
Inilah suasana yang hendak dihidupkan oleh parti-parti politik didalam Pakatan Rakyat iaitu melahirkan satu masyarakat Malaysia Baru yang jauh dari fahaman politik sempit perkauman bawaan UMNO / BN. Selain itu program seumpama ini mampu menangkis serangan UMNO yang menyebarluaskan fitnah jahat mereka yang mengatakan DAP anti Melayu dan anti Islam.
Semoga program turun padang seperti ini dapat memberi pencerahan kepada minda masyarakat khususnya Melayu Islam mengenai sifat prejudis mereka terhadap gagasan Pakatan Rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan