KUALA LUMPUR: Umno bukan lagi suara untuk majoriti
Melayu kerana 3.57 juta orang Melayu tidak mengundi parti itu dalam
pilihan raya umum yang lalu, kata Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff
Sabri Abdul Aziz.
Beliau berkata, di Semenanjung, lebih ramai pengundi Melayu yang menolak BN berbanding pengundi Cina.
"Berapa
ramai orang Cina tidak menyokong Umno? 80 peratus dari 2.84 juta? Itu
hanya 2.27 juta. 2.84 juta adalah 30 peratus dari pengundi di
Semenanjung seramai 9.45 juta.
"Orang Melayu yang menolak Umno
dalam PRU13 ini lagi ramai. Di Semenanjung jumlah pengundi ialah 9.45
juta. 70 peratus darinya Melayu yakni sekitar 6.62juta.
"Umno
dan BN memperolehi 4.35 juta undi. Jika 70 peratus dari nya Melayu,
pengundi Melayu berjumlah 3.05 juta. Ini bermakna di Semenanjung sahaja,
3.57 juta orang Melayu tidak menyokong Umno!" tulis beliau dalam
blognya, sakmongkol.blogspot.com.
Beliau
yang juga bekas Ketua Penerangan Umno Pekan seterusnya mempersoalkan,
mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan para pemimpin
Umno marahkan Cina?
"Kerana mahu menutup pekong sendiri?" soal beliau lagi.
Mohd Ariff menyelar Najib yang menyalahkan "tsunami Cina" kerana kegagalannya mendapat undi popular.
Dalam
pilihan raya lalu, ketika Pakatan Rakyat mendapat 5.489 juta undi atau
50.3 peratus sokongan, BN hanya mendapat 5.220 undi sahaja atau 46.8
peratus sokongan.
Beliau mempersoalkan, adakah tindakan
menyalahkan "tsunami Cina" itu merupakan langkah pertama Najib mahu
menonjolkan dirinya lebih Melayu dari Melayu lain?
"(Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri) Muhyidin (Yassin) sudah
nampak Melayunya dari awal lagi dengan menyatakan bahawa dia Melayu
dahulu baru Malaysia. Najib yang kian terdesak nampaknya mesti
menonjolkan dirinya lebih Melayu dari Melayu yang lain.
"Sebab
itu dia membisu seribu bahasa sementara dikeliling nya, satu persatu
munculnya kenyataan-kenyataan perkauman dari penyokong-penmyokong Umno",
katanya.
Sumber : Harakahdaily
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan