Semalam penulis pergi ke Felda Inas bersama calon PAS N50 Bukit Permai, Sdr Mazlan Aliman bersama beberapa orang rakan lagi untuk menziarahi Ketua JKKK dan dua orang lagi yang berpengaruh di felda tersebut. Yang mengepalai rombongan kami ialah seorang ketua UMNO cawangan di Kulai. Pendekata pertemuan antara calon PAS dengan pimpinan UMNO di Bahagian Kulai.
Chech point kami ialah di Masjid Jamek Felda Inas. Selepas solat Isya' kami pun bergerak kelokasi pertama iaitu rumah tok ketua. Kalau kata orang Melaka, tok sidang. Tuang Hj Salam ini mengalami penyakit kencing manis dan kini menjalani proses dialasis sebanyak 3 kali seminggu. Yang peliknya dalam rmbongan kami tu, turut serta seorang Orang Kuat UMNO (OKU) yang bersongkok tinggi terpacak diatas kepalanya. Penulis pun naik hairan lalu bertanya kepada Sdr Mazlan "macamnana OKU ini boleh ikut kita". Mazlan menjawab "ana pun tak tahu".
Tak apalah. Dipendekkan cerita OKU ini pun ikut kita sampai kerumah yang terakhir ziarah pada malam tu (rumah ketiga). Dalam perbualan dirumah terakhir tu, tuan rumah kenal Sdr Mazlan lalu bertanya khabar tentang keluarga beliau. Apabila si OKU ini mendengar nama Mazlan, beliau pun bertanya "nama awak Mazlan, bukan Alimazat?". Mazlan lantas menjawab " Alimazat tu BN, saya PAS". "oooooo itu ceritanya" kata si OKU ni. Tahu sahaja beliau telah tersilap orang, berubah air mukanya. Tak cukup sekadar itu, OKU ini pun terus keluar meninggalkan rumah dan balik berjalan kaki.
Kesian dia. Tersalah orang rupanya. Yang peliknya bukan dia tak nampak beg berlogo PAS yang kita bawa sebagai sumbangan. Agak Allah swt menutup matanya ketika itu. Semoga Allah memberi hidayah kepadanya dan kembali kepada Islam yang sebenar dan menyokong PAS. Amin...
Sedikit coretan menjelang PRU.....
nak tau lucu lagi... calon PAS putri wangsa yg menag tu... biar pun ustaz tapi gemuk gedempol. nak uruskan diri pun x berjaya cam mana nak uruskan rakyat. malam ceramah siang tido. makan pula tak rupa org alim, sapu jer cam org biasa. saksiyah ulama lansung tak terbentuk. org putri wangsa x pilihan yg lebih baik, sebab tu dia boleh menang. tlg perigatkan ustaz gemuk nie, jgn pandai cakap jer tapi diri sendiri pon x boleh urus. sah sah gemuk cam ni ada banyak penyakit, paling tidak nak berdir lama pun tak larat. kena bawa bangku kalau ada dgr ceramah. cam ner nk servis rakyat ti bukit, tasik, lombong, longkang, siang, malam, hujan, banjir, kemarau dsb. harap next term cari calon lain kalu masih gemuk lagi.
BalasPadam