Ahad, Ogos 14, 2011

Program Ukhwah : BOWLING NISA’


2 Julai 2011, 8.00 malam. Bertempat di pusat Bowling, IOI Mall, Kulaijaya. Nisa’ Kulaijaya telah mengadakan satu program ukhwah iaitu Bowling Nisa’.

Objektif utama program ini ialah merapatkan ukhwah antara ahli-ahli Nisa’ yang sedia ada serta menambahkan bilangan ahli Nisa’. Kebanyakan ahli-ahli Nisa’ ialah antara berumur 15 hingga 30 tahun. Ahli-ahli Nisa’ dapat menerima pendekatan ukhwah yang telah dijalankan.

Program ini juga mendekati masyarakat terutama remaja di kawasan Kulaijaya. Selain itu, ianya mendapat sambutan yang baik dari ahli-ahli PAS dan masyarakat sekeliling. Harapan Nisa’ Kulaijaya agar semua ahli-ahli Nisa’ dapat memantapkan diri untuk meyampaikan dakwah Islam ke mata masyarakat terutamanya kepada para remaja.

Program ini adalah antara usaha untuk memperkenalkan PAS agar mesra di mata masyarakat sekaligus membetulkan persepsi masyarakat yang mengganggap PAS hanyalah di surau dan di masjid sahaja.

Kerjasama serta sokongan dari PAS Kawasan Kulaijaya telah dapat menjayakan program yang telah dijalankan. Nisa’ Kulaijaya akan terus merancang dan melaksanakan program bertemu remaja dengan perlbagai medan dan cara. Nisa’ Kulaijaya juga boleh di temui di facebook : Nisa’ Kulai.

-Unit Penerangan DMPK-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan