Angka SATU kini benar-benar menghantui rakyat Malaysia ketika ini. Sejak dilancarkan oleh Perdana Menteri menerusi slogan Satu Malaysia, satu demi satu wakil rakyat meninggal dunia. Maka terpaksalah lepas satu pilihanraya kecil diadakan menyusul pula satu lagi dan kini satu lagi PRK terpaksa diadakan. Kali ini di Permatang Pasir. Teringat kata-kata Pengerusi SPR ketika mengulas kematian wakil rakyat PAS di DUN Manek Urai beberapa bulan lalu, yang mencadangkan agar parti-parti politik memilih calon-calon yang sihat agar tidak mati sebelum menjelang pilihanraya umum berikutnya. Kata-kata sinis begini walaupun ianya berbentuk gurauan, tetapi ia boleh merosakkan aqidah penuturnya kerana ia mempertikai kuasa Allah swt. Manusia mana yang mampu meramal soal ajal dan maut. Bukankah sebagai seorang muslim kita wajib beriman kepada Qada' dan Qadar Allah swt. Maka kini Allah menunjukkan kekuasaan sebenar Nya dengan mematikan pula seorang wakil rakyat juga dari PAS yang memaksa SPR tiada pilihan melainkan mengadakan satu lagi PRK. PM dengan slogan satunya kini terpaksa berdepan dengan satu lagi PRK. Pening kepala PM, lepas satu......satu lagi. Menang belum tentu. Harapan nak kalah lagi.... dah ada.
Angka satu juga membawa erti maut sedang menanti rakyat di Malaysia sekarang ini. Virus babi yang menjadi semakin serius juga menggunakan angka satu iaitu H satu N satu (H1N1). Ketika artikel ini ditulis, wabak ini telah meragut seramai 38 nyawa rakyat Malaysia yang sedang didendangkan dengan lagu Satu Malaysia disetiap corong radio dan TV, setiap hari disetiap rangkaian. Apa ertinya semangat Satu Malaysia ditiupkan melalui seminar, dialog, wacana, forum dsb sedangkan hembusan virus H1N1 melalui pembawanya membunuh satu demi satu tanpa mengenal usia. Cukupkah sekadar nasihat dan peringatan yang diberi melalui saluran media memberitahu rakyat supaya sentiasa mencuci tangan serta memakai penutup mulut sambil menyaksikan Menteri dan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan memberi kenyataan mengenai angka terbaru. Sekiranya kerajaan mampu berbelanja besar untuk menjayakan program-program besar, apa salahnya juga berbelanja besar bagi menyelamatkan rakyat dengan memberi vaksin percuma bagi menghindari Hsatu Nsatu. Bukankah antara intipati Satu Malaysia menyebut Rakyat Didahulukan. Buktikan kepada rakyat yang sememangnya kerajaan komited membela mereka bukan hanya semasa pilihanraya dengan janji-janji yang menggunung dan melangit. Hentikan program-program besar buat seketika. Gunakan peruntukkan tersebut bagi menyelamatkan rakyat.
Rakyat Malaysia harus sedar bahwa virus H1N1 adalah satu virus yang sangat merbahaya dan mampu membunuh sipesakit dalam tempuh tidak sampai seminggu apabila dijangkiti. Penulis ada menerima satu e-mail yang menceritakan bagaimana seriusnya adik sipengirim yang dijangkiti virus berkenaan. Mereka hanya mampu melihat dari luar tanpa dapat membantu akibat di kuarantin. Hanya para doktor dan jururawat sahaja yang dibenarkan menghampiri pesakit yang berpakaian lengkap menutup seluruh badan. Sekiranya anda pernah menonton filem 'Outbreake' lakonan Dustin Hoffman, pasti anda dapat merasakan betapa seriusnya virus selsema babi ini perlu ditangani.
Satu harapan rakyat Malaysia diketika ini, kerajaan jangan hanya bercakap soal mendahulukan rakyat tetapi buktikan. Kini rakyat satu Malaysia mengharapkan tindakan konkrit daripada kerajaan Satu Malaysia agar menangani virus selsema babi yang secara kebetulan menggunakan angka satu secara serius. Inilah bala daripada Tuhan yang satu terhadap hamba-hambanya yang sering mempersenda perintah dan hukum Allah swt. Bertaubatlah dan kembalilah kejalan Allah kerana sesungguhnya :
"kebenaran itu dari Tuhanmu, dan jangan kamu tergolong bersama orang-orang yang ragu".

Tiada ulasan:
Catat Ulasan