Selasa, Ogos 18, 2009

Malaysia International Commodity Conference and Showcase (MICCOS) 2009

PAS Kawasan Kulaijaya dibawah Lajnah Petani dan Peneroka sekali lagi berjaya menganjurkan aktiviti pendidikan tani, lanjutan daripada kursus yang pernah diadakan sebelum ini. Kali ini seramai 4 orang peserta telah dihantar untuk menyaksikan pamiran MICCOS 2009 yang telah diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Selangor dari 13 hingga 16 Ogos 2009. 4 orang peserta ini telah ditaja sepenuhnya oleh Lembaga Lada Malaysia dari segi pengangkutan, penginapan dan elaun perjalanan.

Lawatan ini bertujuan bagi memberi pendedahan kepada mereka yang terlibat disektor komoditi khususnya para peneroka Felda mengenai perkembangan teknologi terkini industri komoditi negara. Pada pamiran ini pelbagai teknologi terkini dapat disaksikan disamping penemuan-penemuan baru. Bagi mereka yang kali pertama menyaksikan pamiran besar seumpama ini teryata kagum dengan pencapaian industri pertanian negara khususnya didalam sektor komoditi.

Semoga dengan lawatan ini akan membuatkan para pejuang PAS tidak ketinggalan untuk melibatkan diri didalam bidang pertanian yang bersaiz komersial.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan