Khamis, Ogos 13, 2009

AGENDA BARAT MEMUSUHI ISLAM.

Firman Allah swt yang bermaksud :
"Dia lah yang mengutus rasul Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar dia memenangkan diatas segala agama-agama walaupun orang musyrik benci".
(as-Syaff : ayat 9).

Selepas beberapa dekad ayat ini diturunkan janji tersebut menjadi kenyataan. ISLAM MENANG. Kedua-dua super power ketika itu ( Kekaisaran Farsi dan Rom ) hancur ditangan umat Islam. Selama beberapa abad Islam berkuasa dari Atlantik hingga ke Pasifik.

Selepas era kegemilangan itu, umat Islam berada didalam keadaan tidak berdaya. Negara umat Islam dijajah dan ditindas disetiap sudut. Tetapi janji Allah tetap benar. Islam pasti akan menang walau dalam apa keadaan sekali pun. Para penkaji dan pemikir bukan Islam di barat menyedari hakikat ini dan telah membuat telahan mengenai kebangkitan dan kemenangan Islam diakhir zaman :-
  • Afrika adalah satu medan yang adil untuk semua orang tetapi agama yang akan diterima oleh orang Afrika adalah agama yang paling sesuai dengan keperluan mereka; dan pada agama tersebut, setiap orang mempunyai hak untuk bercakap pada tema tersebut berkata, adalah Islam. (The Shape of things to come : H.G. Wells).
  • Jika ada satu agama yang mempunyai kesempatan menaklukan Inggeris, bahkan lebih dari itu, tentu sahaja Eropah, dalam ratusan tahun akan datang, agama tersebut adalah Islam. (George Benard Shaw).
Barat mula menjalankan propaganda-propaganda mereka untuk menidakkan kebenaran ayat Allah. Ahmad Deddat dalam bukunya 'The Choice' menulis : orang-orang mereka dilarang untuk memperkatakan hal-hal yang baik mengenai Muhammad s.a.w. dan umat Kristian ketika itu diajarkan sejak kecil untuk membenci Nabi Muhammad s.a.w. dan ajarannya sepertimana mereka mengajarkan anjing mereka membenci orang kulit hitam.

Bagi merealisasikan impian mereka, barat mula menerobosi dunia Islam dengan menjajah negara umat Islam. Mereka telah menwujudkan kesatuan asing diatas bumi Islam yang berfungsi sebagai pusat untuk membuat segala perencanaan dan cita-cita mereka. Kewujudan kesatuan ini telah memaparkan suatu perlakuan impirealisma yang paling zalim dimuka bumi ini. Umat Islam menyaksikan dengan perasaan penuh kecewa dan marah terhadap penjajah yang menakluki tanah, merampas segala kepunyaan dan sumber-sumber, menjatuhkan nilai keperibadian, mencabul tempat-tempat suci dan memperkecil-kecilkan agama Islam. Segala kekayaan hasil bumi negara umat Islam dibawa balik kenegara mereka untuk tujuan perindustrian dan kemajuan kebendaan sehingga benua Eropah menjadi wilayah yang berkuasa lagi berpengaruh.

Dengan label negara membangun, negara umat Islam telah dijadikan negara pengguna. Dimana-mana sahaja pihak penjajah berusaha mewujudkan permintaan pengguna yang berlebihan untuk barangan mereka sedangkan keperluan produktif umat Islam tidak dihiraukan. Apabila terdapat industri yang dimajukan dengan bantuan pihak penjajah, tidak menghairankan ia terpaksa bergantung kepada bahan-bahan mentah atau komponen dari negara penjajah. Sikap kebergantungan inilah yang membuatkan barat dapat menguasai pemikiran, budaya dan peradaban umat Islam.

Proses penjajahan barat ini tidak hanya berlangsung dalam bentuk fizikal semata-mata. Umat Islam dibawah pimpinan Nabi s.a.w. pernah ditindas dalam bentuk fizikal oleh kafir Quraish namun ianya sedikit pun tidak melemahkan umat Islam ketika itu bahkan menjadikan mereka semakin kuat.

Pemikir barat menyedari bahwa kekuatan yang ujud pada umat Islam adalah hasil daripada Aqidah dan Addin Islam itu sendiri. Oleh itu mereka telah menjalankan kempennya untuk melemahkan iltizam dan ikatan umat Islam melalui addin yakni Islam dengan menukar kefahaman dan penghayatan syariah serta nilai-nilai positif kepada bentuk yang kaku dan tidak berkemampuan untuk membangkitkan atau mengarahkan roh dan penghidupan para muslim.

Inilah yang dikatakan sebagai penaklukan intelek iaitu satu proses yang menggunakan sebuah konsep filosofi dan metafizikal yang akan menimbulkan kontroversi dan putar belit serta penipuan yang berpanjangan. Natijahnya lahirlah pelbagai mazhab bathiniah yang akan lebih melemahkan lagi umat Islam lalu menghancurkan kesatuannya dan mengalihkan para ulama'nya daripada merujuk kepada sumber yang sahih bagi Islam iaitu al-Quran dan as-Sunnah Nabi s.a.w.

Penjajah barat berserta para pegawai agamanya dan komplot orientalis mereka telah menyerang habis-habisan sebarang bentuk penentangan, mempengaruhi dan merubah pemikiran Islam serta mencerobohi kesusilaan Islam sehingga berjaya memisahkan Islam dari kehidupan harian dan memutarbelitkannya menjadi kepercayaan karut. Proses ini telah membuatkan kebudayaan umat dicemari dan keruntuhan intelek dapat dicapai. Apabila tiba waktunya penjajah mengundurkan diri, mereka mengamanahkan kuasa kepada golongan elit tempatan yang telah dikuasai dan dibaratkan bagi meneruskan agenda mereka.

Umat Islam harus sedar dan bangkit daripada alunan sistematik dan stratejik barat yang mengalpakan. Kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah adalah jalan penyelesaian yang terbaik. Percaya atau tidak pergeseran yang berlaku dikalangan umat Islam hari ini adalah ciptaan barat bagi menafikan ayat Allah dalam surah as-Shaff yang dipaparkan diawal penulisan ini. Kebejatan sosial dan kekacauan nilai keperibadian umat Islam akhir ini dilihat seolah-olah kedapatan satu perencanaan teratur bagi membasmi kebangkitan Islam dikalangan golongan muda.

AWASI DIRI DAN KELUARGA ANDA DARIPADA TERJEBAK KEDALAM PERMAINAN MUSUH-MUSUH ISLAM!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan