Ahad, Julai 05, 2009

Beranikah Naib Ketua Pemuda Umno berdebat dengan Ketua Penerangan Pemuda PAS ?



Written by PAS Johor


Friday, 03 July 2009 23:03


Berikut adalah dialog saya (Suhaizan Kayat) Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat dengan YB. Razali Ibrahim Ahli Parlimen Muar, yang jugak Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia di kantin Parlimen pada 1hb Julai 2009, berhubung dengan penurunan pegangan ekuiti bumiputra daripada 30% kepada 12.5 %. Sepanjang perbualan ini YB Razali Ibrahim menjawab penuh emosi dengan menggunakan bahasa rojak (60% BI, 40% BM). Disini saya terjemahkan sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia. Dialog ini adalah berdasarkan kepada fakta perbincangan bukan butiran setiap patah perkataan.

Suhaizan Kayat : Apa pandangan YB berkenaan ekuiti 30% yang diturunkan oleh PM?

YB. Razali Ibrahim : Kita dah beri peluang dalam DEB sebanyak 30% tapi tak boleh capai, sampai bila kita nak tunggu. Pelabur tak mahu datang sebab dasar kita. Kita tak boleh harapkan modal tempatan untuk bangunkan negara kita. Kita terpaksa turunkan.......

Suhaizan Kayat : Sepatutnya kita baiki kelemahan. Mengapa kita gagal. Hanya dapat 19.5 % ekuiti sahaja. Bukannya turunkan ke 12.5% seperti yang diumumkan oleh PM.

YB. Razali Ibrahim : Kita tidak boleh tunggu. Pelabur tidak mahu masuk sebab dasar kita yang ketat. Sepatutunya kita tiru macam Perak. Gunakan kuasa yang ada. Dapat kuasa terus beri tanah kepada siapa yang kita mahu. Kalau kita nak guna kuasa, kita boleh langgar aja. Tapi kesan tidak baik kepada rakyat. PAS pun tak tolong kita untuk perjuangkan isu-isu Melayu.....

Suhaizan Kayat : Saya rasa punca utama kegagalan adalah kerana ketirisan

YB. Razali Ibrahim : (Dengan penuh emosi) Itu awak sentimen. Kerajaan Pakatan pun ada ketirisan. Sebenarnya kita pun tak tahu siapa dapat projek. Bila gagal kerjaan yang disalahkan. Macam tiga jambatan di Muar yang terbengkalai. Kita tidak kenal siapa yang dapat. Bila gagal lari pergi Australia. Kita yang dituduh rakyat terlibat dengan rasuah. Rasuah ni tiada. Ini persepsi rakyat aja.....

Suhaizan Kayat : Habis kalau tak de rasuah. Pemimpin UMNO yang tertangkap dengan politik wang tu macammana.

YB. Razali Ibrahim : Kita pun sokong, Mereka yang ditangkap. Tapi kita pun tak tahu siapa yang dapat. Kita pun tak dapat apa-apa......

Suhaizan Kayat: Salah kerajaan jugak. Dulu diberi peluang dalam DEB untuk capai 30% tapi gagal. Dalam Islam kita utamakan yang memerlukan. Bukannya melayu aja tapi semua bangsa. Kita utamakan orang yang amat memerlukan

YB. Razali Ibrahim : Itu lah yang kita buat sekarang(seperti yang Islam mahu). Sebenarnya orang cina tak mahu kita dapat 30%. Mereka marah kita. Tengok YB Mohammad Taslim menang kerana apa. Sebab cina sokong dia. Kita tiada pilihan . Kita terpaksa buat perubahan .......

Suhaizan Kayat : Macammana pulak dengan orang UMNO. Adakah mereka boleh terima. Sebab dalam Perhimpunan Agong UMNO mereka mahu melayu di utamakan.

YB. Razali Ibrahim : (Dengan penuh emosi) Itu tugas kita Pemuda UMNO. Awak jangan bimbang......

Suhaizan Kayat : Macamana pulak dulu kerajaan suruh capai 30%. Sekarang pulak tukar jadi 12.5%. Kerajaan tak konsisten.

YB. Razali Ibrahim : Itu DEB.....

Suhaizan Kaiat : Jangan pulak nak dapat modal asing . Negara jadi tergadai.

YB. Razali Ibrahim : Tak kanlah kita nak gadai negara. Kita mempunyai perancangan untuk kekang perkara ini. Pelabor akan tinggalkan aset mereka apabila mereka tinggalkan negara kita. Itu jadi hak kita.........

Suhaizan Kayat : Kenapa tak keluarkan strategi ini. Beritahu rakyat

YB. Razali Ibrahim : Mana boleh kita beritahu. .......


Perbualan ini terhenti sebab semua kawan-kawan dah nak balik dan susana bertambah panas. Sebelum terbakar mereka ajak saya balik.

Saya tidak puashati dengan perbincangan tidak fomal ini. Kerana saya tidak banyak diberi ruang bercakap. Suara YB Razali Ibrahim lebih kuat. Saya tidak menggunakan suara saya yang sebenar. Sebab menjaga adab dan takut terbakar kantin parlimen. Sedangkan suara saya boleh didengar pada jarak ½ KM. Saya teringinkan perdebatan terbuka isu Penurunan Ekuiti 30% antara saya dan YB. Razali Ibrahim dikampung halaman kami Kg. Seri Menanti, Muar. Disitulah YB. Razali Ibrahim dan saya dibesarkan. Soalnya....Beranikah YB. Razali Ibrahim berdebat ?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan