Khamis, Februari 21, 2013

PAS Semakin Kehadapan

Semakin lama PM Najib menangguhkan PRU, semakin banyak kubu UMNO akan digempur oleh treler PAS.

TAKBIR!!!!!

UMNO makin pening.

Kerancakkan bendera di Felda Taib Andak di padamkan dengan kenaikkan Billboard Tawaran Pakatan Rakyat di jalan masuk felda berkenaan. Semakin rimas mereka kerana terpaksa melihat gambar Mazlan dijalan utama.




Tindakan susulan PAS Kawasan.

Hasil daripada ziarah Tahun Baru Cina dan pertemuan dengan mereka yang menghadapi masalah penempatan di Jalan Tan Yoke Fong, PAS Kawasan membuat tindakan susulan bagi mengatasi masalah yang dihadapi. 
Pertama :
Seorang ibu tunggal warga emas di Sedenak,yang menghadapi kesempitan hidup dan tinggal dalam rumah yang usang. Semasa lawatan pada hari kedua Tahun Baru Cina, ibu ini mengadu, ia tidak dapat tidur kerana bumbung rumahnya telah bocor seluruhnya sedangkan ketika itu hujan turun selama beberapa hari. Dengan nada sedih beliau mengadu hal kepada kami dan menyatakan telah sekian lama ia hidup dalam keadaan demikian tanpa ada kepedulian daripada penduduk setempat.
Kunjugan rombongan PAS kerumah beliau seolah-olah memberi harapan baru kepada kehidupannya. Sehubungan dengan itu PAS bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat Parlimen Kulai, melancarkan gerak-kerja untuk membantu ibu tunggal ini dengan menggantikan bumbung rumahnya. Bermula dengan susulan beberpa orang rakan dalam PR membuat anggaran kos yang diperlukan, gerak-kerja mula disusun.

Hari Isnin (18 Feb13), barang keperluan tiba dirumah warga emas ini dan kerja gotong-royong diadakan pada pagi Selasa (19 Feb 13) dan siap pada petangnya. Alhamdulillah. Ibu tunggal ini tidak mampu berbicara apa yang dilihat. Masih ada insan yang prihatin datang membantu. Penulis dapat melihat linangan airmatanya berderai membasahi pipi yang sudah dimamah usia. "Terima kasih pada Tuhan Allah. Olang baik latang, hujan puntak tulun hali ni" antara kata-katanya yang sempat penulis dengar.

Kedua :
Pada 16 Feb lalu, PAS bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat ( DAP & PKR ) mengadakan pertemuan dengan penduduk Jalan Tan Yoke Fong di Kulai yang berhadapan dengan status tanah yang mereka duduki sekian lama. Susulan daripada itu, sepucuk surat telah dihantar ke Pejabat Daerah Kulaijaya untuk membuat pertemuan rasmi dengan Pegawai Daerah bagi mengajukan masalah penduduk terbabit.

Petang hari yang sama, kami berkunjung kepejabat daerah bersama-sama dengan wakil penduduk untuk duduk berbincang dengan pentadbir tanah bagi mencari jalan penyelesaian. Ketibaan kami disambut dengan wartawan Sinar Harian yang tiba lebih awal untuk membuat liputan. Temubual telah diadakan dengan Sdr Mazlan Aliman yang merupakan Pengerusi Lajnah Tanah dan Wilayah PAS Pusat disamping beberapa penduduk yang terbabit.

Sekitar jam 3.30ptg kami masuk kebangunan kerajaan dan terus menuju ke pejabat Pegawai Daerah. Tetapi kami dimaklumkan bahwa Pegawai Daerah tidak ada kerana menghadiri mersyuarat di Nusajaya. Sebagai gantinya kami diminta bertemu dengan En Abd. Jalil, Penolong Pegawai Daerah Kulaijaya. Beliau tidak dapat membantu kerana bukan bidang tugas beliau. Setelah berbincang beberpa minit dan bertukar-tukar pandangan, kami diminta terus bertemu dengan Pentadbir Tanah Kulaijaya, En Lokman yang berada ditingkat bawah dan kebetulan beliau berada di pejabat ketika itu.

Kesempatan itu telah diambil dan kami dapat bertemu dengan En. Lokman lalu mengajukan permasalahan penduduk kepada beliau. Dengan dibantu oleh 2 orang pegawai beliau, fail permohonan dibuka. Menurut beliau permohonan ini pada asalnya telah ditolak oleh jawatankuasa teknikal kerana kawasan tersebut sering dilanda banjir dan tidak sesuai untuk penempatan. Disamping itu, tempat itu juga telah diwartakan sebagai kawasan penambatan banjir.


Tetapi fail permohonan telah dibuka semula kerana tempat tersebut sudah tidak dilanda banjir sejak kebelakangan ini. Semasa semakan dibuat, terdapat surat permohonan daripada wakil MCA berserta 47 nama pemohon. Apabila penulis ajukan salah satu daripada nama pemohon yang kami bawa, nama tersebut tidak terdapat dalam senarai yang dikemukakan. Pelik juga. Apa yang dibimbangi sudah ada tangan-tangan ghaib yang mencampuri urusan permohonan. Penulis bisikan kepada Shu Qi (wakil DAP), perkara ini perlu tindakan segera. Jangan sampai mereka yang mendiami kawasan tersebut sekian lama dinafikan hak, tiba-tiba pemilikan dianugerah kepada kroni. Cerita yang sering kita dengar apabila urusan dilakukan oleh makhluk yang bergelar Barisan Nasional.

Maka satu jawatankuasa bertindak akan dibentuk yang diketuai oleh DAP bagi menangani masalah ini. Perbincangan singkat selepas pertemuan tersebut telah memutuskan satu pertemuan akan diadakan pada petang 24 Feb 13 ini di Kulai. Semua pemohon yang telah mengemukan permohonan perlu menyerahkan salinan permohonan mereka kepada jawatankuasa bertindak untuk dimajukan kepada Pentadbir Tanah untuk semakan.


Rabu, Februari 20, 2013

Kempen Kaedah Baru.

 


Sepetang di hutan bandar, Bandar Putra Kulai.


Isnin, Februari 18, 2013

Wajah Pembela Kalimah Allah

Inilah yang dikatakan Poka-poka oleh Pak Shahnon dalam bukunya yang bertajuk SHIT.


Mendekati rakyat.

16 Februari 2013.
Satu pertemuan dengan masyarakat Cina yang mendiami kawasan Tan Yoke Fong telah diadakan disebuah kedai minum. Hari itu merupakan hari ketujuh Tahun Baru Cina dan merupakan hari kemanusiaan menurut kepercayaan mereka. Sehubungan dengan itu, PAS Kawasan Kulai telah menyediakan sedikit cenderahati berupa barangan keperluan harian untuk diagihkan kepada 20 keluarga.

Turut sama dalam majlis itu ialah pimpinan ketiga-tiga komponan Pakatan Rakyat daripada DAP dan PKR. Dalam pertemuan ringkas sebelum agihan barangan dilakukan, pelbagai masalah yang dihadapi telah disuarakan terutamanya tentang status tanah yang mereka duduki sekarang. Baru penulis sedar bahwa kawasan kediaman masyarakat Cina di Tan Yoke Fong masih berstatus sementara walaupun telah didiami melebihi 30 tahun. Selama ini mereka tidak berani menyuarakan masalah mereka kepada pembangkang kerana khuatir permohonana tanah mereka akan ditolak kerajaan. Setiap kali pilihanraya, pemimpin Barisan Nasional akan berjanji untuk menyelesaikan masalah mereka. Janji hanya tinggal janji, kini mereka sudah sedar bahwa mereka diperalat dan tidak mahu lagi diperbodohkan.

Maklumat yang disampaikan kepada kami ialah; permohonan tanah kediaman telah dimajukan sejak tahun 1997 dan sehingga sekarang tiada maklum balas. Sedangkan cukai tanah dan pintu terus dikutip oleh pihak berwajib. Inilah sikap Barisan Nasional yang terus menindas rakyat. Memerah keringat mereka semahunya tetapi kebajikan mereka diabaikan. Justeru itu, PAS Kulai bersama DAP dan PKR akan membuat pertemuan dengan Pegawai Daerah Kulaijaya pada petang Selasa ini untuk menyampaikan suara rakyat. Surat rasmi telahpun dikeluarkan dan disampaikan terus ke pejabat beliau.

Sama-samalah kita tunggu jawapannya. Tindakan susulan telah pun dirancang.


Jelajah DUN

13 Februari 2013.
Setelah menziarahi pengundi Melayu dan Cina, program kebajikan diteruskan dan kali ini melibatkan beberapa keluarga India disekitar bandar Kulai. Ternyata kumpulan ini bukan saja minorti bahkan mereka hidup dalam serba kesusahan. Kemana perginya MIC yang selama ini mendabik dada menjadi pembela kaum India di Malaysia. 55 tahun negara ini merdeka, nasib bangsa ini ternyata tidak terbela.

Mereka yang kebanyakkannya dahulu tinggal di estate, masih mengharungi kepayahan hidup yang serupa. Dari pengamatan penulis, kehidupan mereka kini lebih terhimpit. Dengan kenaikkan harga barang keperluan yang tiada hentinya, ada dikalangan mereka yang terpaksa mencari sayuran yang tumbuh melata didalam belukar untuk meneruskan kehidupan. Inilah kelompok manusia yang menjadi sasaran Barisan Nasional disetiap kali menjelang pilihanraya. Mereka akan disogokkan dengan pemberian 'off-hand' seperti BR1M bagi menagih undi rakyat. Selepas menang, mereka akan dibiarkan untuk meneruskan kelangsungan hidup tanpa dipedulikan.

Apabila ditanyakan kepada mereka, adakah wakil rakyat yang mereka pilih datang menjenguk, jawapan yang diberikan "Itu YB langsung tak nampak muka. Kami pun tak kenal siapa YB". Beginilah nasib rakyat bawahan. Mereka diternak seperti kerbau yang dicucuk hidung. Dipalu dan diheret kemana saja semahunya. Selesai tugas, mereka dibiarkan merempat bergelumangan lumpur sambil mencari makan sendiri.

Simpati dengan nasib mereka, PAS Kawasan Kulai telah menghulurkan sedikit bantuan keperluan harian kepada golongan yang tertindas ini. Sempat juga penulis bisikan kepada Sdr. Mazlan, sekiranya di takdirkan Allah kita menang, golongan ini perlu diberi pembelaan. Jangan dilupakan. Lama benar mereka hidup tanpa pembelaan daripada pihak yang berwajib. Perlu disediakan pelan pembangunan bagaimana hendak membebaskan mereka daripada belenggu kemiskinan yang berpanjangan. Kaedah pemberian bantuan seperti yang dilakukan sekarang hanya bersifat sementara dan tiada kesudahnnya. Kerajaan baru yang bakal dipilih kelak, perlu menyediakan pelan yang komprehensif agar mereka mampu keluar dari kemiskinan.
Insya'allah.