Isnin, Disember 30, 2013

Misi Kemanusiaan ke Kemaman Kali ke 2

25 Disember 2013 yang lalu PAS Kulai telah pergi sekali lagi ke Kemaman untuk melaksanakan misi kedua seperti yang dirancang. Misi kali ini turut disertai oleh Sdr. Mazlan Aliman selaku Tim. Pesuruhjaya 2 PAS Negeri Johor yang juga merangkap Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Kali ini kami terus kekawasan DUN Chukai yang diwakili oleh PAS didalam Parlimen Kemaman. Yb Hanafiah telah sedia menanti dan kami dibawa terus ke Kg. Paya Berenjut, sebuah perkampungan Melayu yang kali pertama dilanda banjir.

Barangan yang dibawa seperti :
  1. Air minuman
  2. Makanan ringan (biskut, mee segera dan barangan dalam tin)
  3. Pakaian termasuk pakaian sekolah  
Kesemuanya telah diturunkan disurau bersebelahan dengan tadika PASTI kampung berkenaan.

Sesudah itu, kami dibawa untuk bergotong-royong membantu penduduk kampung yang dilanda hakisan air banjir. Terdapat 5 buah rumah yang teruk dilanda hakisan. Sebanyak 20 buah lori pasir digunakan bagi menimbus kembali tanah yang telah dihakis.

Setealah dijamu dengan makan tenghari, YB Hanafiah telah membawa kami meninjau kesan banjir yang melanda bandar Kemaman sebelum kami dibawa untuk singgah sebentar ke rumah beliau yang juga telah ditenggelami air. Semasa tinjauan kami, banjir telah pun surut 3 minggu tetapi kesannya masih dapat dilihat dengan longgokan peralatan rumah yang musnah dihadapan rumah masing-masing. Kebanyakkan para penduduk masih bertungkus lumus membersihkan rumah mereka. Rumah YB sendiri ditenggelami air sedalam 1.5m dan hampir kesemua pintu dirumahnya tidak dapat ditutup rapat.

Sewaktu bersembang YB menyatakan, kawasan kampung teruk dilanda air bah, tetapi kesan yang dihadapi oleh penduduk bandar lebih dahsyat dibandingkan dengan penduduk kampung. Mereka terpaksa memulakan penghidupan baru kerana semua peralatan rumah musnah. Proses pemulihan ini akan menganbil masa paling kurang 6 bulan bagi mereka untuk kembali seperti sedia kala. Kata pepatah Melayu "Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya". Diatas keperihatinan ini, PAS Kulai telah menyumbang sebanyak RM3000.00 dalam bentuk wang tunai bagi meringankan sedikit bebanan yang ditanggung hasil daripada sumbangan orang ramai. Walaupun sumbangan ini amatlah kecil jika dibandingkan dengan kemusnahan yang mereka hadapi namun kebersamaan untuk merasai keperitan ujian amat dihargai.

Sehubungan dengan itu PAS Kulai telah melancarkan derma berbentuk 'Periuk Nasi Elektrik 1.8L' untuk diagihkan kepada penduduk Kemaman dengan sasaran 300 unit. Kepada para dermawan yang ingin menyumbang boleh berhubung dengan :
  1. Sdr. Aziz Jaafar : 019-7143675 / 017-7711395
  2. Sdr. Juwahir Amin : 019-7648741
  3. Sdr. hasli Halida : 013-5449967
Sumbangan anda ama-amat kami hargai. Kepada yang telah menyumbang, kami mengucapkan Jazakallah Khairan Kasira. Semoga Allah memberkati sumbangan anda sekelian.

Gotong-royong di Kg Paya Berenjut.







Keadaan pasca banjir di taman perumahan bandar Kemaman.






Ziarah ke rumag YB Hanafiah ADUN Chukai.





2 ulasan:

  1. Terima kasih semua kerana datang membantu kami di kemaman

    BalasPadam
  2. Terima kasih semua kerana datang membantu kami di kemaman

    BalasPadam