Selasa, Disember 31, 2013

Permohonan Tanah oleh Penduduk Kg Tan Yoke Fong, Kulai.

30 Disember 2013, Kulaijaya.
Seramai 41 orang penduduk dari Kg. Tan Yoke Fong, Kulai telah dibawa bertemu dengan Pentadbir Tanah Daerah Kulaijaya bagi mendapatkan status terkini kedudukan tanah yang telah mereka diami sejak 50 tahun dahulu. Ini merupakan tindakan susulan hasil daripada pertemuan pertama yang telah diadakan sebelum PRU13. Tindakan susulan ini telah mendapat sambutan yang amat baik daripada penduduk kampung berkenaan kerana sebelum ini janji yang ditabur hanya tinggal janji. Tapi kali ini, apabila Pakatan Rakyat menguasai parlimen Kulai, tindakannya nyata berbeza. Jawatankuasa bertindak yang ditubuhkan dibawah naungan ADUN Senai benar-benar berfungsi dimana dapat disaksikan penduduk dibawa bersama berbincang dengan Pentadbir Tanah Daerah Kulaijaya untuk mendapatkan gambaran sebenar status permohonan mereka.

Walaupun kebanyakkan mereka merasa tidak puas hati dengan penerangan yang diberi, namun menampakkan sedikit harapan apabila diberitahu kawasan tersebut telah pun diukur untuk penempatan. Bagi penduduk yang belum mengemukakan sebarang permohonan mereka diminta berbuat demikian sebelum tindakan lanjut dapat diambil. Sementara menanti permohonan mereka diproses, jawatankuasa yang dilantik bolehlah berhubung dengan pihak pentadbir tanah untuk mengetahui kedudukan terkini permohonan mereka. Inilah jaminan yang diberi didalam pertemuan tersebut.

Pihak Pakatan Rakyat Kulai mengucapkan terimakasih diatas kerjasama yang diberi bagi memenuhi permintaan rakyat. Dalam masa yang sama, PR juga mengharapkan agar penduduk asal kampung berkenaan diberikan keutamaan didalam permohonan ini. Perkara ini telah disuarakan oleh Sdr. Mazlan Aliman yang menjadi jurucakap penduduk kepada pegawai berkenaan kerana dibimbangi apabila permohonan dibuka, maka ramai pemohon akan mengemukakan borang permohonan yang akhirnya penduduk asal berputih mata. Jaminan inilah yang ditagih daripada Pentadbir Tanah Kulaijaya agar layanan yang adil diberikan kepada semua rakyat tanpa mengira batas kaum, agama dan fahaman politik.

Tindakan susulan berikutnya akan diadakan pada 1 Januari 2014.

Para penduduk dibawa bertemu Pentadbir Tanah Daerah Kulaijaya.



Sdr. Mazlan menyerahkan borang permohonan kepada Pentadbir Tanah Daerah Kulaijaya.
Penduduk bergambar bersama pimpinan PR Kulai setelah selesai perbincangan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan