Tanggal 19 Sept 2012 yang lalu telah mencatitkan satu sejarah kebobrokkan perangai UMNO, apabila seorang Ketua UMNO Cawangan menceroboh PASTI milik PAS di Taman Aman, Senai, Johor. Ia berpunca daripada banner tawaran Pakatan Rakyat yang dinaikkan di premis berkenaan. Banner yang bertajuk 'Tawaran Pakatan Rakyat Jika Diberi Kuasa Memerintah Johor' yang menggariskan 10 agenda kepada rakyat Johor, telah membuatkan Ketua UMNO Cawangan Taman Aman, Senai hilang akal, menceroboh permis milik PAS dengan mengoyakkan benner tersebut dan dibuang kedalam tong sampah berdekatan. Bukan setakat itu, Ketua UMNO Cawangan yang bernama Norazman bin Hasbulah, telah memarahi guru PASTI yang tinggal berseorangan di permis tersebut sambil mengugutnya dengan kata-kata yang kesat.
Ekuran daripada itu, PAS Kulai dan Pengurusan PASTI Kawasan telah membuat satu laporan polis tentang insiden tersebut. Esuk harinya satu sidang media telah diadakan dipermis berkenaan yang turut dihadiri oleh beberapa orang wartawan. Antaranya ialah Sinar Harian, Sin Chew Daily, Harakah dan akhbar internet, Nusajayakini.
Ketua Umno Cawangan ini adalah merupakan setiausaha kerja UMNO Bahagian Kulai dan Ahli Majlis Perbandaran Kulaijaya (MPKu).
Dalam sidang media yang diadakan, Pengurusan PASTI dan PAS Kulai meminta pihak berkuasa undang-undang mengambil tindakan yang sewajarnya keatas pelaku. Kejadian seperti ini hendaklah dihentikan serta-merta dan tindakan undang-undang yang diambil akan dapat mengelakkan insiden serupa daripada berulang.
Amat memalukan apabila perkara seperti ini dilakukan oleh seorang yang memegang jawatan didalam masyarakat. Tindakan yang tidak bertamadun ini membuktikan betapa pemimpin UMNO sanggup melakukan apa saja demi untuk mempertahankan kuasa. Tidak cukup dengan mengarahkan sebuah TADIKA Islam di Pasir Gudang ditutup, kini UMNO mempamirkan perangai hodoh ala gengster dihadapan guru PASTI. Inilah wajah pemimpin UMNO masakini. Sebelum ini mereka gerun dengan kartun, kemudian bas dan kini pra-sekolah.
Inilah banner yang menjadi kegerunan UMNO di Senai.
Beginilah keadaan banner dan papantanda PASTI setelah diceroboh.
Antara wartawan yang hadir dalam sidang media tersebut.
Sidang media telah turut dihadiri oleh Sdr. Mazlan dan Lt. Kol (B) Nazari Mokhtar.
Suasana di PASTI berkenaan dihari sidang media diadakan.
Akbar Sinar Harian dan Sin Chew Daily telah menyiarkan berita ini pada keesukkan harinya. Manakala akhbar internet Nusajaya Kini telah menyiarkan berita serupa pada sebelah malamnya. Ini termasuk juga sebaran meluas melalui Selatan Online, Harakahdaily dan Facebook.
Semoga insiden ini menjadi penyebab UMNO dan BN dikuburkan di Negeri Johor dalam pilihanraya yang akan datang. INSYA'ALLAH.
bila nak saman...takkan pandai cakap aje...
BalasPadamnor azman hasbullah
TUNGGU.....
Padam