Alhamdulillah..... Segala Puji bagi Allah Tuhan Pentadbir Alam, Selawat dan salam buat Rasul Junjungan Muhammad s.a.w. Apa yang dirancang akhirnya menjadi kenyataan. Detik 21 Syawal 1433H bersamaan 8 Sept 2012 menjadi tarikh keramat bagi PAS Kulai dan keluarga Pn Tiamah atau lebih mesra dengan panggilan Mak Teh, apabila Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS hadir untuk membuat penyerahan secara rasmi sebuah rumah yang berjaya disiapkan oleh warga PAS Kulai kepada keluarga Mak Teh.
Walaupun kedengaran sosek-sosek daripada segelintir masyarakat yang kurang senang dengan usaha ini, ia telah berjaya disiapkan dan juga berjaya menutup segala tomahan kelompok ini. Inilah asam garam kehidupan. Apa juga yang kita buat walaupun ianya baik, ada sahaja mereka yang memandang serong. Dalam hal menilai antara hak dan bathil ini Nabi s.a.w. mengajar kita dengan doa baginda yang bermaksud :
"Ya Allah tunjukilah kami bahawa yang benar adalah benar dan beri kemampuan mengikutinya. Dan tunjukkan kepada kami yang salah itu salah dan berikan kemampuan menjauhinya".
Kehadiran masyarakat setempat pada pagi itu sesuatu yang diluar jangka. Ramai dari kalangan mereka yang tidap pernah kelihatan dalam apa juga program anjuran PAS sebelum ini. Ini satu perkembangan yang sihat dan menunjukkan bahwa mereka sudah tidak takut lagi untuk mendekati PAS. Bagi kami, apa yang diusahakan ini adalah bagi menonjolkan kesyumulan Islam bukan meraih undi semata-mata. Masih banyak lagi kesyumulan Islam yang tersorok akibat doktrin sekular yang menjalar dalam pemikiran rakyat. Inilah yang perlu dirungkai.
Pesanan Tuan Guru pada penulis; masyarakt Melayu Islam di Malaysia perlu diberi penerangan yang jelas mengenai Islam kerana inilah senjata utama pihak sekular menguasai pemikiran mereka. Umat Melayu sekiranya memahami Islam dari prespektif sebenar, mereka tidak akan kembali lagi kealam sekular. Insya'allah.
Semoga Allah memberkati usaha kami dan membuka pintu hati umat Melayu Islam di DUN Bukit Permai khususnya dan Malaysia amnya kembali kepada Islam yang sebenar.
Dato'Seri Presiden menurunkan tandatangan sebagi tanda penyerahan rasmi.
Bergambar kenangan bersama keluarga Pn Tiamah (Mak Teh).
Antara masyarakat setempat yang hadir bersarapan pagi bersama Tuan Guru Presiden dan isteri.
Kehadiran generasi kedua & ketiga menunjukkan perkembangan yang positif.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan