Khamis, April 19, 2012

Sokongan bukan Islam kepada Islam.

PAS Kulai telah meneruskan agenda kebajikan dengan membantu golongan yang memerlukan. Pada tanggal 15 April 2012 yang lalu setelah selesai mengadakan mesyuarat agung pada sebelah paginya, seramai 50 keluarga daripada masyarakat India dan Melayu disekitar flat Jalan Cenggal, Bandar Putra telah diraikan dengan menerima bantuan dalam bentuk keperluan makanan.

Majlis yang dihadiri oleh Sdr Mazlan Aliman telah diadakan di PASTI Al-Hikmah, Bandar Putra bermula jam 5.00ptg, dihadiri oleh hampir 150 orang hadirin. Sdr. Mazlan telah menjelaskan kepada hadirin mengenai beberapa tawaran Pakatan Rakyat sekiranya berjaya membentuk kerajaan di Negeri Johor khasnya dan Malaysia amnya. Rata-rata hadirin yang hadir telah menyambut baik tawaran yang diberikan dan kini telah bersedia untuk membuat perubahan dalam pilihanraya ke 13 yang akan datang.

PAS Kulai yang bertanding di N50 Bukit Permai, telah menyiapkan beberapa strateji bagi menawan hati pengundi. Walaupun peratus pengundi dari kalangan masyarakat India agak kecil, tetapi mereka mampu menjadi penentu dalam memenangkan parti yang bertanding. PAS tidak meminggirkan mereka. Bahkan PAS kini telah berjaya menembusi dominasi MIC keatas mereka. Ini terbukti dalam program-program yang dianjurkan sebelum ini dimana kehadiran mereka amat membanggakan.

15 April yang lalu, sekali lagi masyarakat India menunjukkan sikap keterbukaan mereka walaupun mereka sedar penganjur adalah dari Pakatan Rakyat. Sebahagiannya khusus dari kalangan orang muda secara terang-terangan memberi pengakuan untuk membuat perubahan dengan memberi undi kepada Pakatan Rakyat. Mereka melahirkan rasa bosan dengan janji-janji yang ditabur oleh BN disetiap kali pilihanraya untuk membantu masyarakat India tetapi kini janji hanya tinggal janji. YB yang dipilih pun jarang sekali datang menjenguk mereka untuk bertanya khabar walaupun tinggal berdekatan.

Mudah-mudahan momentum yang ditunjukkan ini dapat berkekalan hingga ketarikh pilihanraya dan seterusnya diterjemahkan kedalam peti-peti undi.

Insya'allah.



Kehadiran Mazlan disambut oleh AJK program.


Ucapan dari pemimpin Pakatan Rakyat.


Sumbangan disampaikan oleh Sdr. Mazlan.


Sebahagian dari penerima bantuan yang hadir.


Para penerima sumbangan menjamu selera.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan